Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝔹𝕒𝕓 8

AIMAN ALIHAN melabuhkan punggungnya di kusyen kereta. Dia menyandarkan badannya ke kusyen. Penat seharian mengajar. Tiba-tiba IPhone nya berdering menandakan panggilan masuk. Dia merengus geram.

Siapa yang berani-berani kacau aku ni ?! Dahlah tengah penat. Aiman Alihan berang. Dengan terpaksa, dia menjawab panggilan tersebut.

"Hello, Dragon !"

"Hurmmm kau nak apa, Khai ?" soal Aiman Alihan acuh tak acuh.

"Kau kat mana ni ?" soal si pemanggil yang dikenali sebagai Khai dengan nada suara cemas.

"Aku masih lagi dekat universiti ni. Kenapa kau call aku ?"

"Uncle Lim ! Dia kena tikam. Sekarang ni dia dalam bilik bedah." terang Khai tergesa-gesa.

Aiman Alihan tersentak. Hampir sahaja telefon pintarnya terlepas dari gengaman.

"Kena tikam ?! Siapa punya angkara ni ?" suara Aiman Alihan mula naik seoktaf.

"Aku syak ni angkara Leong dengan budak-budak dia lah. Siapa je yang tak puas hati dengan kita."

Badan Aiman Alihan mula mengigil menahan marah. Wajahnya mula berubah merah padam.

"Sial ! Kau tunggu sana. Sekejap lagi aku sampai. Pastikan uncle dalam keadaan yang selamat." pesan Aiman Alihan sebelum mematikan panggilan.

Telefon pintarnya dibaling kasar ke kusyen yang berada di sebelahnya. Dia meraup mukanya beberapa kali. Nafasnya turun naik. Gigi diketap kuat.

Kauorang semua boleh pergi mampus !!! Kauorang memang tak guna ! Stereng kereta digenggam erat.

Uncle tunggu Dragon !

Jangan tinggalkan Dragon !

✿✿✿

KERETA mewah yang dipandu oleh Aiman Alihan akhirnya tiba di perkarangan hospital. Dia segera keluar dari kenderaannya sebelum berlari menuju ke bilik pembedahan.

Kelihatan seorang jejaka sedang duduk di kerusi yang disediakan sambil menongkat kepalanya. Nafas Aiman Alihan tercungap-cungap akibat berlari.

"Khai." panggilnya.

Khai mengangkat kepalanya. Wajahnya kelihatan muram.

"Dragon..." Aiman Alihan menghampiri Khai. Mereka saling berjabat tangan.

"Macam mana dengan keadaan uncle Lim ?" soal Aiman Alihan risau.

Khai menggelengkan kepalanya. Dia mengeluh panjang.

"Tak tahu lagi. Doktor belum keluar."

Aiman Alihan mengangguk. Dia menundukkan wajahnya. Secara tiba-tiba dia teringatkan seseorang. Ya, seorang gadis !

Haziqah !

"Khai, mana Haziqah ?" lancar mulutnya bertanya.

"Dia dalam wad VVIP. Kalau kau nak pergi jenguk dia, pergilah. Biar aku tunggu sini."

Aiman Alihan membalasnya dengan menepuk beberapa kali bahu Khai. Dia perlahan-lahan menuju ke wad VVIP. Pintu ditolak perlahan.

Air matanya mula bergenang di kelopak mata. Berat kakinya untuk melangkah ke katil pesakit.

Wajah pucat si pesakit direnung lama. Dengan perasaan yang bercampur baur, dia mula mencapai tangan mulus itu. Di kucup lembut.

"Haziqah..."

Tiada respon.

"Haziqah, abang datang." katanya lagi.

Perasaan hiba menyelubungi diri. Akhirnya, air matanya mengalir membasahi pipi. Bibirnya menggeletar.

"Abang..." panggil seseorang dengan nada suara lemah.

Aiman Alihan memandang ke arah wajah pucat tersebut. Dia bagaikan tidak percaya bahawa gadis itu akan menyedarkan diri.

"Ziqah, maafkan abang. Maafkan abang. Abang gagal jaga Ziqah dengan papa Lim dengan baik. Hukumlah abang. Bencilah abang..."

Haziqah menggelengkan kepalanya. Dia menarik tubuh kekar itu ke dalam pelukannya. Tubuh itu di peluk erat.

"Ini bukan salah abang. Abang tak salah. Semua benda ni jadi tanpa diduga. Kita doakan semoga papa baik-baik saja."

Aiman Alihan tersenyum nipis. Dia turut membalas pelukan Haziqah.

"Dah, jangan nangis. Ini kalau kak Eyna tengok ni, memang dia reject abang." usik Haziqah.

Aiman Alihan mencebik. Konon merajuk.

"Biarlah, sibuk je."

"Hahahahaha abang boleh bawa Haziqah jumpa kak Eyna tak ? Ziqah teringin nak jumpa dia." pinta Haziqah.

Aiman Alihan terdiam. Bawa Haziqah jumpa Eyna Nurina ? Dapat ke Eyna Nurina menerima Haziqah sepertimana dia menerima remaja tersebut ? Dapat ke Eyna Nurina menerima siapa dirinya yang sebenar ?

Otak Aiman Alihan ligat berfikir. Soalan-soalan masih lagi berlegar-legar di fikirannya.

"Abang termenung apa tu ? Bosanlah kalau macam ni !" rajuk Haziqah. Dia memalingkan mukanya ke arah yang bertentangan.

"Alo, janganlah merajuk buah hati abang ni. Siapa nak teman abang tidur." pujuk Aiman Alihan.

Haziqah tetap dengan rajuknya. Pipinya dikembungkan.

"Sayang... Sorry lah !" tubuh Haziqah kembali didakap.

Haziqah tersenyum sebelum melentokkan kepalanya di bahu Aiman Alihan. Tangan berurat itu, gengaman kemas.

"Sayang abang."

Aiman Alihan tersenyum lebar. Dia mengetatkan lagi pelukannya. Rambut perang milik Haziqah dibelai manja.

✿✿✿

SELIMUT ditarik hingga ke paras dada. Telefon pintarnya diletakkan di atas meja bersebelahan dengan katil.

"Abang." panggil satu suara lembut.

Aiman Alihan menoleh ke pemilik suara. Dia tergamam. Peluh mula membasahi dahi walaupun penghawa dingin terpasang.

Kelihatan Haziqah yang nampak seksi dengan mengenakan baju tidur jarang dan singkat sehingga paras pehanya.

"Ha-Haziqah..."

Haziqah tersenyum. Aiman Alihan menjadi tak keruan. Lagi-lagi melihat tubuh ramping milik Haziqah. Naluri kelakiannya mula melonjak naik.

Dia terpegun melihat tubuh tersebut. Jika mahu dibandingkan dengan tubuh Eyna Nurina, sudah tentu tubuh Haziqah yang dapat melawan. Eyna Nurina memiliki tubuh badan yang besar dan gempal.

"Kenapa pandang Ziqah macam tu ?"

Aiman Alihan tersedar.

"Errr jom tidur." ajak Aiman Alihan gugup. Selimut dibetulkan.

Haziqah mula memanjat katil sebelum merebahkan badannya ke atas tilam. Mereka saling bertentangan mata. Aroma minyak wangi yang dikenakan oleh Haziqah membuatkan Aiman Alihan menjadi tidak tentu arah.

Ingat Aiman... Kau anggap dia adik kau je. Kau dah ada isteri. Ingat isteri kau. Bisik hatinya.

"Seksi abang bila tak pakai baju. Lagi-lagi dengan tatu naga tu. I like it !" puji Haziqah.

Aiman Alihan hanya membalasnya dengan senyuman. Kalaulah yang berkata demikian adalah Eyna Nurina, pasti dia akan gembira.

"Ziqah pun seksi malam ni." Haziqah ketawa manja.

Dia teringat sesuatu. Segera telefon pintarnya dicapai. Aplikasi whatsapp dibuka. Nama 'Eyna Nurina' dicari.

Saya tak balik malam ni.
Jumpa esok.

"Abang buat apa tu ?" soal Haziqah pelik.

"Abang bagitahu kak Eyna yang malam ni abang tak balik. Kesian pula nanti dia tunggu abang." terang Aiman Alihan.

"Apalah abang ni. Jom tidur. Esok kita melawat papa okey ?" Haziqah mula merangkul pinggang Aiman Alihan.

"Okey, sayang." balas Aiman Alihan sebelum memeluk tubuh ramping itu. Mereka lena diulit mimpi indah.

Kenapa lah tiba-tiba aku kesiankan Eyna ni ?😅😂Yang si Ziqah ni manja sangat kenapa ?! Siapa Haziqah sebenarnya ???

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro