𝔹𝕒𝕓 51
EYNA NURINA terpaku. Dia masih lagi tidak percaya dengan lamaran Aiman Alihan. Namun, dia kembali mengoyakkan senyuman. Kita memang suami isteri sayangku... Bisik hatinya.
"Maaf, saya tak boleh terima..."
Wajah Aiman Alihan berubah keruh.
"Kenapa ? Aku dah sentuh kau. Aku nak bertanggungjawab. Please kita kahwin..." pujuk Aiman Alihan
"Maafkan saya. Saya masuk bilik saya dulu."
Eyna Nurina segera bangun dari kedudukan duduk. Bukan dia tidak gembira cuma saja nak uji kesabaran lelaki itu.
Dulu, lelaki itu sabar melayan perangai tak semenggahnya. Manja macam kucing miang. Sekarang, dia dah hilang ingatan jadi kita uji dia semula. Mana tahu ingatannya kembali.
"Sekejap !"
"Awak nak apa lagi ? Saya tak ada masa nak layan lawak bodoh awak tu."
Aiman Alihan menggelengkan kepalanya. Dia kecewa dengan reaksi gadis itu.
"Aku tak buat lawak, Eyna. Aku serius nak memperisterikan kau." tangan Eyna Nurina diraih lembut.
"Tak perlu."
"Tapi kenapa ?!" Aiman Alihan naik berang.
"Apa guna perkahwinan kalau perasaan cinta dan sayang tak ada. Apa gunanya ? Tak apa, awak tak perlu bertanggungjawab. Saya pandai jaga diri saya..." air mata mula bergenang.
Aku cintakan kaulah, bodoh ! Hati Aiman Alihan merintih. Namun, ego dipilih.
"Kenapa ea ? Ke kau ni jenis perempuan murah ! Aku nak bertanggungjawab pun kau tak nak." sinis Aiman Alihan.
Eyna Nurina terkedu.
Perempuan murah ?
"Jaga mulut awak ya ! Jangan cuba-cuba nak menabur fitnah terhadap saya." amarannya.
Eyna Nurina mengetap giginya. Dia berasa betul-betul sakit hati dengan tuduhan lelaki tersebut.
"Huh, fitnah ?" Aiman Alihan masih lagi berlagak sinis.
"Kalau saya cakap kita ni suami isteri, awak percaya ?" soal Eyna Nurina serius.
"Mestilah tak ! Sejak bila kita kahwin ? Jangan buat gila !" Aiman Alihan tidak percaya.
"See ? Dahlah esok je lah kita bincang. Saya dah mengantuk sangat ni. Bye..." pintu ditolak.
"No ! Wait !"
"Awak nak apa lagi ?!" Eyna Nurina bagaikan ingin menangis.
"Tidur dengan aku malam ni."
Eyna Nurina menggelengkan kepala bererti tidak mahu. Dia masih lagi terasa hati dengan tuduhan kejam suaminya.
"Saya datang bulan. Saya tak boleh layan awak." alasannya dingin.
"Teman je. Please..." pinggang Eyna Nurina dirangkul dari belakang.
"Awak dah tuduh saya macam-macam lepastu awak suruh saya teman awak ?"
"Aku minta maaf. Aku tahu aku salah tapi aku betul-betul tak boleh terima apa yang kau cakap." Aiman Alihan memohon maaf.
Eyna Nurina mengeluh. Berat hatinya untuk menolak. Dia semakin inginkan suaminya.
"Hurmmm..." kepala dilentokkan di bahu sasa milik Aiman Alihan. Mata mula dipejam rapat.
Nyamannya...
✿✿✿
EYNA NURINA hanya menundukkan kepala. Dia rasa tidak sedap hati. Kini dihadapannya ada mama dan ayahnya dan juga mama dan papa mertuanya. Aiman Alihan turut berada disisinya.
"Errr kenapa kita kena berkumpul ea ? Mama ? Zul ?" soal Aiman Alihan pelik.
"Kita kena berbincang."
"Bincang apa ?"
"Ehem sebe...sebenarnya kau dengan Eyna merupakan suami isteri yang sah." Encik Zul memulakan bicara.
Aiman Alihan terpaku.
Aku dengan dia suami isteri ?! Tak mungkin...
"Tak lawaklah Zul. Kau jangan merepek lah." berang Aiman Alihan.
"Aku tak buat lawak pun. Kau dengan anak aku memang suami isteri. Korang hidup bahagia tapi lepas kau excident, kau terus lupa dia. Dia merana, Han. Dia suruh kami semua tutup mulut. Dia pura-pura jadi adik angkat kau sebab dia nak dekati kau.
Sebab tu bila kamu sentuh dia, dia tak tolak. Sebab apa ? Sebab isteri sah kau. Kau ada hak ke atas dia. Kau nak tahu sebab apa dia tolak lamaran kau ?"
Aiman Alihan menggelengkan kepala. Hatinya berdebar-debar.
"Sebab dia masih lagi isteri kau !"
Bang !
Aiman Alihan bagaikan dipanah petir. Dia diam tidak berkutik. Namun, jauh di hatinya berasa gembira.
"Ikut aku !" tangan Eyna Nurina ditarik kasar masuk ke bilik tidur milik Eyna Nurina. Memandangkan sekarang mereka berada di rumah orang tua Eyna Nurina.
Ahli keluarga yang lain tergamam. Tidak tahu apa yang terjadi.
"Aw-awak nak buat apa ni ?" soal Eyna Nurina gugup.
"Betul ke kita ni suami isteri ?" soal Aiman Alihan serius. Wajahnya tegang tanpa sebaris senyuman.
Eyna Nurina ketakutan. Lidahnya kelu.
"Y-ya..." balasnya takut-takut.
"Bukti ?"
Eyna Nurina melangkah menuju ke laci yang terdapat bersebelahan dengan katil. Laci dibuka sebelum sebuah album perkahwinan dicapai.
"Nah." Album tersebut bertukar tangan.
"Album perkahwinan siapa ni ?"
"Bacalah..." Eyna Nurina mula memeluk tubuhnya sambil memandang Aiman Alihan yang sudah pun duduk di birai katil.
"Album perkahwinan Aiman Alihan dan Eyna Nurina ?"
Aiman Alihan kembali memandang wajah kosong milik Eyna Nurina. Dia masih lagi tidak percaya.
"Kita...memang suami isteri." dia segera bangun lalu merapati Eyna Nurina.
"Kenapa baru sekarang nak bagitahu ? Dah sebulan semua ni berlalu. Kenapa mesti nak tahan semua tu ?" Aiman Alihan mula menyoal.
"Sebab saya sanggup tahan semua tu. Cukuplah dulu saya tinggalkan awak." pipi Aiman Alihan disentuh lembut.
"Kau tinggalkan aku ? Kenapa ?"
Eyna Nurina tersenyum tawar sebelum menggelengkan kepalanya.
"Tak ada apa-apa. Saya tak nak kenangan pahit tu diingat."
"Errr aku...tak manis lah. Ab-abang cintakan sayang." ucap Aiman Alihan malu-malu.
"Abang ? Sayang ? Abang dah ingat balik ke ?" soal Eyna Nurina teruja.
"Belum lagi. Ye lah kitakan suami isteri. Abang nak lah gelar diri panggilan macam tu."
Eyna Nurina mengetap bibirnya. Dia agak kecewa namun dia kembali tersenyum. Dia sepatutnya bersyukur.
"Okey abang. Jap, tadi abang cakap abang cintakan sayang ?"
"Ya, abang cintakan sayang..." ulang Aiman Alihan.
"Sejak bila ? Janganlah paksa diri abang untuk mencintai sayang. Sayang tak suka !" air mata kembali bergenang.
"Tak... Abang jatuh cinta dekat sayang untuk kali kedua sejak sayang pindah ke rumah abang. Entahlah 18 kali abang cuba tak nak tengok sayang tapi kali ke 19 masya-Allah aura dia lain macam sampai abang tak boleh kalau tak pandang muka comel sayang."
Eyna Nurina tertawa sambil mengelap air matanya.
"Bongoklah abang ni !"
Mereka berdua tertawa. Pelukan semakin diketatkan.
"I love you sayang..." bisik Aiman Alihan romantik.
"I love you too abang." balas Eyna Nurina.
Anak mata mereka saling merenung antara satu sama lain. Perasaan cinta semakin mekar menyelubungi diri. Wajah di antara teramat dekat. Eyna Nurina bertindak mahu mengucup bibir milik suaminya namun...
"Jangan !" tubuhnya ditolak perlahan.
"Kenapa ?" soalnya tidak puas hati.
"Abang rasa nak...nak..." mulut ditekup. Dahinya berkerut. Eyna Nurina mulai panik.
"Abang kenapa ni ?!"
"Abang nak muntah !"
Aiman Alihan mula berlari menuju ke bilik air. Eyna Nurina masih lagi terpinga-pinga.
"Uwekkkkk !"
"Abang, are you okey ?" soal Eyna Nurina cemas sambil turut berlari mendapatkan suaminya.
"Ab-abang okey... Uwekkk !"
Belakang Aiman Alihan diusap perlahan. Tengkuk lelaki itu turut dipicit.
"Huh..."
"Ada rasa nak muntah lagi tak ?" soal Eyna Nurina.
"Tak ada." jawab Aiman Alihan lemah. Usai membersihkan diri, dia diminta untuk berehat sahaja di bilik tidur.
Tekaknya loya. Kerjanya asyik ke hulur ke hilir ke bilik air. Kepalanya pening. Eyna Nurina kasihan melihat keadaan suaminya.
Semoga cepat sembuh abang...
Dah kenapa Han ni ?😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro