2- Kerja?
"Assalamualaikum mak, ayah. Puteri dah balik ni". Aku mengambil tempat duduk ku di atas kerusi kayu yang ada di ruang tamu kecil rumah keluarga ku itu.
Terlihat emak sedang datang kepada ku sambil tangannya membawa secawan air sejuk.
"Puteri, minum ni. Kan panas kat luar tu".
"Takpela mak, Puteri dah makan aiskrim ni". Aku mengangkat batang aiskrim yang sudah pon tiada apa itu, menunjukkannya kepada emak.
"Oh, cakap pasal aiskrim kan... Puteri beli kat mana aiskrim tu?".
"Kedai Pak Man la. Kenapa? Mak nak jugak? Takpe, esok Puteri beli".
"Tak, apa Puteri ni, ish! Tadi, Pak Man telefon, dia cakap, hutang kita dengan dia dah selesai. Siapa yang bayarkan? Kamu ke? Puteri ambil duit daripada mana? Jangan cakao Puteri mencuri, tak baik tau".
Alamak, aku nak jawab apa ni?
Dah la aku tak kenal pon mamat tua tadi.
Takla tua sangat sebenarnya.
Siapa dia?
Apa aku nak jawab dengan mak ni?
"Mak, relaks. Puteri tak curi la. Sebenarnya, tadi...".
Okay, kita jujur jela.
Yela, tak baik menipu kan?
"... ada seorang lelaki ni. Umur dia lebih kurang umur Pak Su. Hm..., ha dia la yang tolong bayarkan". Sehabis baik aku cuba jelaskan.
"Lelaki? Sebaya Pak Su? Siapa?".
Dah datang dah, mod membawang dia tu.
"Tak kenal. Orang asing. Tak pernah nampak pon kat kampung ni". Aku menjawab selamba sambil meneguk sedikit air sejuk tadi.
"Oh~".
"Abah mana?". Giliran aku pula bertanya.
"Ke sawah. Mak tak pergi harini sebab tak larat". Kata mak sambil mengurut-urut lututnya. Semerbak tercium bau minyak cap kapak yang digunakan olehnya.
...
"Mak, ayah".
"Hm?". Dengar ayah jawab macam ni pon dah seram sejuk. Inikan nak bertanya soalan yang seterusnya, haih... Mahu kering dulu ai liur aku ni.
"Apedie, Puteri?".
"Puteri... Put-put... Puteri...".
Kenapa la boleh tersekat pulak lidah ni, aih?!
"PUTERI NAK IKUT PERGI KERJA DENGAN AIRIS, MAK TEH!". Terdengar kuat laungan suara Airis daripada pintu hadapan rumah ku itu.
Belum sempat apa-apa, dia sudah masuk ke dalam rumah ku itu dan duduk bersebelahan dengan ku.
Tapi takpe.
Dia dah terbiasa macam ni.
Emak dan ayah pon tak kisah.
"Kerja?".
Perit aku menelan air liur, mendengar persoalan ayah yang sejak daripada tadi mukanya seperti hendak ngap org sahaja!
"Haah, ayah. Puteri nak kerja".
"Kerja apa?".
"Kerja kilang sekali dengan Airis". Tangan sejuk Airis memegang tangan ku, berdebar-debar menantikan jawapan daripada ayahanda ku yang tercinta.
"Kilang dekat mana, Puteri?". Giliran emak pula menyiasat.
"KL, Mak Teh".
"Mak Teh bukan tak nak bagi, lagipun KL tu dekat je. Kurang satu jam je daripada sini. Tapi, Mak Teh risaukan Puteri". Sayu sahaja kedengaran suara emak.
"Takpe, Mak Teh, Pak Teh. Airis kan ada! Lagipun, abang Airis pengurus kilang tu. Boleh tengok-tengokkan kitorang nanti". Sedaya upaya Airis cuba memujuk.
"Boleh lah mak, ayah". I gave them my famous puppy eyes.
"Tanya ayah".
Aku memandang mata ayah yang sedang fokus ke arah rancangan televisyennya itu. Entah apa yang ditonton pon aku tak tahu. Movie Chinese agaknya.
"Apa pulak ayah? Pergi tanya mak".
"Mak, ayah. Betul-betul la. Boleh ke tak ni?". Aku memegang tangan kedua-dua daripada mereka.
"Ada abang kamu kan kat sana?". Ayah bertanya kepada Airis.
Laju sahaja dia mengangguk.
"Cuti berapa kali je?".
"Sebulan 3 hari. Setiap bulan boleh balik, hari kerja duduk dekat rumah sewa. Makan, pakai, semua abang Airis yang tanggung". Terlebih semangat pula Airis ni.
"Tapi...".
"Ala, mak jangan lah risau. Puteri janji, Puteri akan balik setiap bulan, okay? Lagipun, Puteri pergi kerja sebab nak tolong mak dengan ayah jugak". I kissed her and dad's right cheeks.
"Dah kalau kamu cakap macam tu, mak dengan ayah nak cakap macam mana lagi kan? Yela, kami izinkan. Asalkan, kamu berdua jaga maruah". Tegas ayah berpesan.
...
Beberapa bulan kemudian...
"Jaga diri baik-baik, Puteri, Airis!". Daripada dalam teksi itu, terdengar suara emak dan ayah melaung.
Sempat aku berpaling dan melambai.
"Excited tak?". Tanya Airis.
"Of course la!".
...
"Ikut jela aku". Airis berkata sambil menarik-narik tangan ku untuk masuk ke dalam bangunan yang gelap dan hanya diterangi lampu malap bewarna-warni itu. Bunyi dentuman muzik di situ membingitkan telinga.
"Pergi mana?". The innocent me, asked.
"Ni la tempat kerja kau"- Airis melemparkan senyuman sengetnya.
Ini bukan kilang?
Lagi pula, buat apa datang di malam hari?
Aku pelik.
Ini bukan tempat kerja aku seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.
Dan Airis...
Cara pemakaian berubah 360°.
Dia kini memakai dress satin yang ketat membaluti tubuhnya yang bewarna hitam. Dress itu seolah-olah hanya menutupi dadanya dan peha dalamnya (inner thighs) sahaja. Dress satin itu tersangat la singkat!
Aku percaya, hanya aku seorang sahaja yang berbaju kurung di situ.
"Cindy! You ada bawa ka barang baru itu?".
Cindy, siapa Cindy?
"Ya, boss! Kita borak kat dalam la!". Jeritan Airis disambut-sambut oleh irama muzik yang kuat itu.
...
Airis mengheret aku dan mencampakkan aku ke lantai sebuah bilik yang berdinding merah itu.
"Berapa you nak?".
Apa yang diorang bincangkan ni...
Diorang...
"1.7 million ringgit Malaysia and a man for me to f*ck tonight".
... nak jual beli aku?
"Astagfirullah, apa yang kau cakap ni Airis? Kau nak jual aku?!". Air mata ku mulai berjatuhan tatkala mengetahui perkara yang sebenar.
"Maafkan aku, Khairina. Kau cantik sangat, boss aku nak jugak kau". Dia membelai pipi ku.
Aku menepis tangan, tangkas.
"Sanggup kau jual kawan kau demi duit? Mana maruah kau, Airis?!".
"Shut the f*ck, up!".
Pam!
She...
She slapped me.
Dia menampar aku sampai aku terbaring ke lantai sejuk itu.
"DON'T CALL ME WITH THAT NAME EVER AGAIN! AIRIS, KAWAN KAU TU DAH TAK WUJUD! AKU CINDY. CINDY!". Dia menonyoh-nonyoh kepala ku.
Rambut ku sudah berserabai, air mata ku berselerakan.
"Chill, Cindy. Customer boss wa, tak nak barang rosak". Seorang lelaki yang berwajah Melayu berkata-kata.
"So, jadi tak?". Seorang lelaki Cina berbadan gempal, bertanya kepada Ai-, Cindy.
"Jadi la boss. I want a hot man, okay?".
Tiba-tiba sahaja pintu bilik itu terbuka, memunculkan seorang lelaki tinggi dekat lengan tshirt yang diangkat sampai siku. Revealing his tattoed-arms.
"Cindy, tu you punya. Duit, nanti wa transfer".
"Okay, boss".
Mata ku yang berair itu memcerlung tajam ke arahnya.
"Khairina, kau layan je. Percaya cakap aku, lama-lama kau akan suka jugak".
Mulut ku terlalu berasa jijik untuk berkata-kata setelah mendengar ucapan kotornya itu.
"Sampai hati kau. Aku ingat kau la satu-satunya kawan aku".
"No, Khairina, no. Dah la, malas nak bercakap dengan kau, byebye". Dia melambai-lambai dan terus berjalan keluar, sambil memeluk erat tubuh lelaki bertatto itu.
...
"Kau pakai ni. Nanti kena layan customer. Jangan buat hal, kalau tak, mati kau". Lelaki melayu tadi mencampakkan sehelai dress merah yang teramat singkat bermaterial getah ke atas katil kecil di dalam bilik itu.
"Eh, kau dengar tak?!". Mungkin dia telah hilang sabar dengan aku yang daripada tadi tak henti-henti menangis, dia mengeluarkan sebuah pistol dan diacukan ke kepala ku.
Serta-merta, aku berhenti, mengangguk dan mencapai baju tilikan syaitan itu.
"Customer start datang pukul 12.00, cepat siap! Kau ada 30 minit je!".
He went out of the room and slammed the door shut.
"Maafkan Puteri mak, ayah".
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro