Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

18- Dancing In The Rain

"Ala, hujan lah". Aku mengeluh dan menutup kembali langsir tingkap yang agak besar yang terletak di sebelah pintu utama rumah banglo 2 tingkat itu.

As i turned my back, facing the couch, i gasped.

Tak perasan pula ada lelaki itu tengah berdiri betul-betul belakang aku. Dengan mukanya yang mamai, rambut messy macam reban ayam.

"Hujan ke?". Dia bertanya.

"Haah, takpela. Saya masak je la. Awak nak makan apa?".

Dia mengusap mukanya beberapa kali sebelum menggelengkan kepalanya. Biasa lah, orang mamai. Tak sempat nak berfikir lagi.

"Bagitahu la. Saya tak tahu nak masak apa ni". Aku mengikuti langkahnya yang sedang menuju ke dapur itu.

"Buat donat nak tak?". Katanya sambil menuangkan dirinya segelas air mangga sejuk yang disimpan di dalam peti sejuk di dapur itu.

"Donat? Saya tak pandai sangat la".

"Takpe, kita buat sama-sama, okay? Aku nak cuci muka kejap".

Aku mengangguk lalu duduk bersandar di kaunter dapur itu sambil menunggu dirinya.

...

"First sekali, kena letakkan yis ni dalam air suam dulu. Bagi dia kembang". Dia menuang sepaket yis berjenama Mauripan ke dalam semangkuk kecil air suam.

"Lepas tu, kita pergi lah ambil tepung". Lelaki itu kemudiannya menolakkan mangkuk kecik yang berisi yis dan air suam tadi ke tepi dan pergi membuka kabinet untuk mengambil sepaket tepung.

Namun, betapa malangnya nasib dia, tepung yang telah dibuka dan  TIDAK diikat itu tertumpah ke atas mukanya sebaik sahaja dia membuka pintu kabinet bewarna coklat itu.

"What the-".

Uhuk-uhuk!

Terbatuk-batuk dia dibuatnya. Tersedak tepung dahtu agaknya.

Sementara aku di sini, hanya mampu memegang perut ku yang sudah sakit kerana terlalu banyak ketawa di saat itu.

"Doll, tolong aku Doll. Aku dah buta ni".

Aku yang masih ketawa itu memimpin tangan kirinya menuju ke singki, membuka paip untuknya dan menyapukan beberapa sapuan air ke mukanya untuk menghilangkan tepung-tepung yang terjatuh ke atas muka kacak itu tadi.

"Awak ni, lain kali tengok la dulu". Aku masih lagi tergelak tak henti-henti melihat wajahnya yang sudah seperti tepung gomok itu.

"Oh, dah pandai eh gelakkan aku sekarang". Okay, dah mula dah suara serius tu. Pandangan ku mula menikus ke bawah. Takut nak pandang muka dia.

"Sorry...".

"Nah, ambik ni!". Dia melemparkan segenggam tepung gandum itu tepat ke atas muka ku.

"SIR! SAYA DAH MANDI LA!".

Kini, giliran dia pula menertawakan aku.

"Padan muka kau! Tadi suka sangat ketawa kan aku kan?".

Aku yang sudah mulai geram itu, mencapai sepaket tepung jagung yang ada di dalam kabinet yang sama dan membukanya dengan penuh agresif. Tidak tunggu guna genggaman tangan, lepas je buka, terus aku campak dengan plastik-plastik sekali ke atas mukanya yang tadinya basah dengan air paip itu.

"DOLL! WHAT THE HECK! HABIS ROSAK MUKA HANDSOME AKU!".

Sesaat kemudian, dapur cantik miliknya itu bertukar menjadi ruang peperangan tepung gandum dan tepung jagung untuk kami berdua.

Aku team tepung jagung, manakala dia team tepung gandum.

...

"Penat la main dengan kanak-kanak macam kau ni". Katanya yang seluruh badannya sudah seumpama orang terjatuh ke dalam salji itu. Begitu juga aku.

"Dah tak jadi nak buat donat. Awak la ni".

"Eh aku pulak. Kau eh. Siapa suruh kau gelakkan aku". Dia menunjal kepala ku.

Sakit la!

"Dah, jom mandi". Ajaknya, membuatkan aku terkedu.

"Ma-mandi? Dengan awak? Sekali?". Perlahan-lahan aku berdiri dan menjauh daripadanya.

"Haah, jom sayang". Dia sudah mulai tersenyum gatal.

"Eeee no! Go away! You are not even my husband!".

Aku cuba untuk lari daripadanya akan tetapi dia terlebih dahulu memikul aku ke atas bahunya. Membawa aku entah ke mana entah.

"NO, NO, NO! SIR NO!".

Aku meronta-ronta sambil memejam kan mata ku.

Tapi, tindakan ku terhenti saat aku merasa badan ku diletakkan berdiri semula di tanah dan ada terasa angin sejuk bertidup di sekujur tubuh ku.

"Jom mandi hujan, nak?".

"Ish, awak ni! Buat takut saya je".

"Tapi, kalau nak mandi dalam bathroom together-gether pon takpe". He smirked.

"Never!". I stepped on his foot and went out of the door.

Kaki ku terhenti betul-betul di tengah halaman hadapan rumah besarnya itu, tangan ku didepakan dan aku menari-nari, menikmati air hujan yang turun dengan lebat itu.

Tiba-tiba aku merasai ada sebelah tangan yang menyambut pinggang ku dan sebelah lagi memegang tangan kanan ku.

He leaned towards me and said,

"Lets have a dance in the rain, shall we?". Then he kissed my lips.

"EEEE! JANGAN KISS BOLEH TAK?". Aku mengelap kembali bibir ku yang sudah banyak kali tercemar olehnya itu.

"Okay, im sorry, Doll. Now, lets dance, shall we?".

Belum sempat aku kata apa-apa lagi, dia dah mulai 'membawa' badan ku untuk menari di dalam hujan yang agak lebat itu.

"Nanti kalau demam macam mana?". Aku menyoal, separa menjerit. Yela, takut dia tak dengar sebab bunyi hujan kan?

"Demam sama-sama la". He smiled.... again.

"It has been a long time seen i see that smile".

"You sure, doll?".

"Uhm-hm".

"No, i smiled a lot these days. Trust me". Katanya sambil terus menari di dalam hujan itu.

And suddenly, he stopped. WE stopped.

"Why?". Aku bertanya.

"Can i kiss you?".

Terus aku melepaskan tangan ku daripadanya.

"No-, no. Sorry".

"Is that because im not your husband?".

Aku mengangguk dan berlalu pergi. Meninggalkan dia sendiri di tengah-tengah hujan itu.

(a/n: the cutest chap in this book in my opinion. you agree?)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro