Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✿𝓑𝓐𝓑 8

HANAN yang sedang sibuk menyiram pokok bunga, menoleh ke gazebo di mana Nadhirah sedang terbaring kemalasan sambil membaca komik Doraemon kegemarannya. Sesekali kedengaran gadis itu ketawa besar sehingga membuatkan dia hilang fokus terhadap kerja yang dilakukan.

"Sha, kau tengok si Nad tu..." Latisha yang sedang membasuh kereta segera berpaling apabila namanya dipanggil.

Matanya turut sama terarah ke arah gazebo. Kepalanya yang tidak gatal, digaru.

"Nad tu dah kenapa? Lawak sangat ke komik yang dia baca tu? Ke dia ketawa sekadar untuk hiburkan diri dia yang tengah stres tu?" tanya Latisha.

Hanan mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak tahu.

Adakah Tengku Afiq menjadi punca sahabat mereka menjadi semakin hari tidak kelihatan waras?

"Biarlah dia. Mana tahu dia tengah stres disebabkan buaya berduit tu. Maklumlah, majlis kan lagi beberapa minggu je," Hanan yang baru teringat tentang majlis pernikahan yang akan berlangsung lagi 2 minggu, segera mengiakan andaian Latisha.

"Aku baru teringat pasal majlis tu! Aku kesianlah tengok Nad. Tak ada ke cara untuk kita tolong dia?"

"Aku ada satu idea. Tapi nanti kau cakap aku main-main pula," Dahi Hanan berlapis. Dia menantikan cadangan dari Latisha.

"Apa idea kau tu? Mana tahu berhasil?"

"Kita bawa Nad lari."

Huh! Dia dah agak dah! Hanan yang sudah lali dengan cadangan mengarut Latisha, hanya mengabaikan cadangan itu dan menyambung kerjanya.

"Nan, kau dengar tak apa aku cakap ni?" Latisha tidak puas hati apabila Hanan bertindak mengabaikannya.

"Tak dengar dan malas nak dengar idea kau yang tak masuk akal tu."

"Mana ada idea aku tak masuk akal! Betullah. Itu je cara yang ada untuk kita tolong Nad," Latisha masih berkeras dengan cadangan karutnya.

Kedengaran Hanan mengeluh panjang. Dia berjalan menuju ke paip air lalu memusingkan kepala paip tersebut untuk memberhentikan air yang terus mengalir.

"Apa idea kau sebenarnya ni? Cuba bagitahu secara detail?" tanya Hanan acuh tak acuh sekadar ingin melayan. Karang nanti tak layan, merajuk pula!

"Macam ni, kita bawa Nad pergi holiday secara mengejut. Langkawi ke? Cameron Highlands ke? Kalau Nad on, esok juga aku tempah tiket," Latisha memperjelaskan cadangan mengarutnya itu.

"Kau lupa ke siapa bakal suami kawan kau tu, Sha? Terang-terang dia tu orang berada. Nama pun buaya berduit. Sekejap je nanti kita kena tangkap dengan orang-orang dia."

Latisha hampir mati akal. Dia sudah tidak tahu bagaimana mahu mencari jalan untuk menolong sahabatnya itu.

"Kalau macam tu, kita bawa Nad lari pergi luar negara! Jangan lari dekat-dekat. Kita pergi New Zealand ke? Turki ke?"

Tak habis-habis dengan idea pelik dia tu! Layankan saja, Nan. Hanan cuba memujuk dirinya agar lebih bersabar dengan pemikiran Latisha yang lebih rendah dari kanak-kanak tadika.

"Hmm! Boleh tahan juga idea kau ni, Sha. Apa kata kau sorang je yang bawa Nad lari? Aku tak nak masuk campur. Tak pasal-pasal aku kena jadi pelarian hanya disebabkan nak selamatkan Nad," Hanan mengelengkan kepalanya. Dia mencipta langkah menuju ke gazebo di mana masih terdapat Nadhirah yang sedang bermalas-malasan.

"Tak adil! Kata kawan," Latisha menarik muncung sebelum turut sama membuntuti langkah sahabatnya menuju ke gazebo.

Fuh! Panasnya! Latisha mengesat kasar peluh yang membasahi dahinya menggunakan hujung lengan baju. Sudahlah panas disebabkan cuaca, ditambah pula kesal dengan sikap Hanan yang selalu memandang rendah terhadapnya.

"Hei, Nad. Kau okey tak?" Dia beralih pula ke arah Nadhirah yang masih sibuk membaca komik.

Senyap. Tiada respons.

Cis, berani dia abaikan aku! Muncung Latisha semakin kedepan.

"Nadhirah! Kau dengar tak ni?!" Sekali lagi dia mencuba namun kali ini suaranya dikuatkan sedikit.

Nadhirah menjadi kesal apabila bacaannya terganggu. Dia segera mengangkat kepalanya sebelum bertindak merenung Latisha yang sedang duduk di hadapannya.

"Bisinglah kau ni, Sha. Cuba jangan jerit-jerit. Pecah telinga aku ni nanti."

Eh, aku pula dipersalahkan?

"Yalah, Nad. Semua salah aku," Latisha mula berjauh hati.

Nadhirah yang cuba menyembunyikan senyumannya menoleh ke arah Hanan yang sedang mengurut jari-jemarinya yang terasa lenguh. Dia dan Hanan saling berbalas senyuman.

Cik Latisha kita sudah merajuk...

"Latisha ku sayang, janganlah merajuk. Saya bergurau sahaja. Janganlah ambil hati dengan kata-kata kasar yang keluar dari mulut saya yang nakal ni," Nadhirah segera memujuk sahabatnya dengan mengurut perlahan bahu Latisha. Konon cuba mahu mencairkan hati sahabatnya itu.

Latisha menjeling tajam ke arah Nadhirah namun dia tidak menolak untuk diurut. Lagi-lagi apabila dia memang memerlukan urutan sekarang!

"Apa sayang-sayang ni? Gelilah."

"Poyo! Geli konon tapi sebenarnya kau suka, kan?"

"Memang taklah!" Kedua-dua tangan Nadhirah yang sedang mengurut bahunya tadi, ditepis kasar. Namun, Nadhirah langsung tidak mengambil hati dengan tindakan kasar itu. Sudah terbiasa katakan.

"Kau merajuk lagi ke, Sha?" Dengan berhati-hati Nadhirah bertanya. Nasib baik Latisha menggelengkan kepalanya sebelum kembali memusingkan tubuhnya menghadap kedua sahabatnya.

"Aku sikit pun tak kisah. Lagipun aku faham dengan keadaan kau sekarang. Mesti kau tengah stres, kan?"

Kening Hanan saling berpaut. Apa punya soalan ni?!

"Mana ada stres cuma tu lah bila majlis makin dekat, banyak benda yang aku kena fikir lepas ni," terang Nadhirah sambil bermain-main dengan cincin platinum yang tersarung di jari manisnya.

Belum sempat Latisha ingin terus bertanya, niatnya terbantut apabila terdengar bunyi deringan menandakan panggilan masuk dari telefon Oppo Reno 5 Pro milik Nadhirah.

Nadhirah hanya mengabaikannya dan hanya memandang skrin telefon tersebut tanpa ada niat untuk menjawab panggilan tersebut.

"Kenapa kau biar? Angkatlah!"

Nadhirah geleng.

Tidak! Hari ini, dia tidak mahu diganggu oleh lelaki gila itu. Cukuplah lelaki itu membuatnya hampir gila apabila setiap kali mereka bertemu. Kali ini,dia benar-benar inginkan ketenangan.

"Bisinglah, Nad. Buaya berduit ni still tak berputus asa nak suruh kau jawab call dia. Baik kau jawab. Tak kena naya kalau tiba-tiba dia muncul dekat sini?" arah Hanan. Dia khawatir dengan keselamatan mereka bertiga.

Walaupun Nadhirah tidak pernah memberitahu di mana tempat tinggal mereka namun lelaki itu mana boleh dipercayai! Orang kalau dah berduit, sekejap saja dia akan dapat maklumat peribadi mereka.

Seram!

Nak tak nak, Nadhirah mencapai juga telefon pintarnya. Butang hijau dileretkan bagi untuk menjawab panggilan dari pemanggil.

Baru sahaja panggilan disambungkan, dia disambut dengan jeritan nyaring dari pemanggil. Aduh! Berdesing telinga dibuatnya!

"Hei, kenapa lambat angkat telefon?!"

Nadhirah mengigit bawah bibirnya bagi menutup rasa geram.

"Saya tak dengarlah! Saya tadi dekat bilik air. Tengku call kenapa?" Bohongnya.

"Siap sekarang. Sekejap lagi aku sampai depan rumah sewa kau. Pakai sopan sikit sebab mummy ada sekali."

Sekejap? Adakah lelaki itu memang tahu alamat rumah sewanya?! Bulu roma Nadhirah mula menegak. Seram betul mamat ni.

"Mana tengku tahu alamat ru..." Belum sempat dia ingin bertanya, panggilan telah dimatikan.

Selamba lembu dia je tutup telefon masa aku tengah cakap?! Skrin telefon Oppo Reno 5 Pro yang gelap itu ditenung dengan perasaan geram plus menyampah.

Kenapa bakal suami terlalu pelik perangainya?

Tengku Afiq Ikhwan...

Si stalker yang menyeramkan...

Si buaya yang berharta...

Lelaki kaya itu...

Adakah benar lelaki kaya itu akan menjadi suaminya kelak?!



TELEFON iPhone miliknya diletakkan di atas meja kerja. Senyuman lebar masih terukir di bibir. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket jubah mandi yang tersarung di tubuh sasanya.

Nadhirah, perempuan degil tu...

Semakin hari kau semakin membuatkan aku semakin ingin mengikat kau jadi hak milikku secepat mungkin...

Tapi, sayang, kau takkan pernah mendapat layanan seperti isteri orang lain. Sebab apa? Sebab hati aku hanya untuk 'dia'.

Maafkan aku kerana memaksa kau untuk menyertai permainan yang sudah aku aturkan...

Sebuah kotak berwarna hitam yang terletak di atas meja kerja, dicapai lalu kotak tersebut dibuka. Seutas gelang perak yang terdapat di dalam kotak tersebut dikeluarkan sebelum dipakai pada lengan kanan.

Mata dipejam buat seketika. Nafas cuba diatur secara perlahan-lahan. Perasaan sebak tiba-tiba menyelubungi diri. Dadanya terasa sakit yang mencengkam. Otot di bahagian lututnya kian melemah sehingga hampir membuatkan tubuhnya menyembah tanah. Namun, tangannya terlebih pantas memaut hujung meja kerja bagi menampung dirinya daripada terus rebah.

Sayang, I miss you...

I'm sorry, sayang. Ku Fiq terpaksa...

Walau apa pun terjadi,hanya sayang yang akan berada dalam hati Ku Fiq. Itu janji, Ku Fiq.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu membuatkan Tengku Afiq kembali tersedar dan segera mencampak kotak hitam tersebut ke dalam laci meja kerjanya. Sempat dia mengesat matanya menggunakan jari telunjuk agar terlihat seperti tiada apa-apa yang terjadi.

"Masuk!" Arahnya dari dalam.

Pintu bilik kerja dibuka. Kayrul, pengawal peribadinya melangkah masuk lalu memberikan tunduk hormat.

"Kenapa, Kayrul?"

"Saya nak maklumkan yang kereta sudah tersedia."

"Hmmm," balas Tengku Afiq acuh tak acuh. Badannya masih membelakangi pekerja setianya dan matanya ralit menikmati pemandangan hutan yang terpampang di hadapannya.

"Tengku nak saya teman tengku?" tanya Kayrul. Selalunya dia yang akan menemani lelaki kaya itu kemana sahaja kecuali ketika lelaki kaya itu ingin bertemu dengan kekasih-kekasih simpanannya.

Tengku Afiq mengeleng, "Tak perlu. Hari ni aku keluar dengan mummy and Nadhirah. Sekejap lagi aku pergi."

Kayrul cuba menyembunyikan senyumannya. Senang hati apabila mendengar majikannya akan keluar bersama bakal isterinya yang turut sama ditemani ibu majikannya, Tengku Hajah Fatimah.

Adakah majikannya benar-benar sudah mula membuka pintu hatinya untuk menerima seorang gadis dan menjalinkan hubungan yang serius? Kalau ya, dialah orang pertama yang akan gembira.

"Ada apa-apa lagi ke?" Mendapati Kayrul masih berdiri tegak di hadapan meja kerja, dia menegur.

"Cik Alia call saya cakap malam ni dia nak berjumpa dengan tengku. Katanya penting."

Dahi Tengku Afiq berkerut. Alia telefon Kayrul? Mendengar nama 'Alia', automatik membuatkan Tengku Afiq memusingkan tubuhnya menghadap Kayrul.

iPhone kembali dicapai lalu sejarah panggilan dibuka. Nama 'Alia' tiada langsung dalam sejarah panggilannya pada hari ini.

"Kenapa dia call kau tapi dia tak call aku?"

Kayrul mengangkat kedua-dua bahunya sebagai tanda tidak tahu. Dia hanya menerima panggilan dan memaklumkan kepada majikannya. Adakah dia sudah melakukan kesilapan?

"Tak apa. Nanti aku sendiri yang mesej dia. Ada apa-apa lagi ke yang kau nak inform aku?" Kayrul menggelengkan kepalanya.

"Kau boleh keluar."

"Baik, tengku," Sekali lagi dia memberikan lelaki berhormat itu dengan tunduk hormat sebelum perlahan-lahan mengundur keluar daripada bilik kerja majikannya.

Alia nak jumpa aku? Jarang betul perempuan tu nak jumpa aku. Ego dia dah turun lah tu. Tengku Afiq tersenyum sinis sambil mengelengkan kepalanya.

⚠️DILARANG MENCURI IDEA ATAUPUN PLAGIAT KARYA SAYA. JIKA TIDAK, SAYA AKAN MEMAKLUMKAN HAL TERSEBUT KEPADA PIHAK WATTPAD !⚠️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro