Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✿𝓑𝓐𝓑 6

LATISHA dan Hanan saling berpandangan buat seketika sebelum kembali memandang ke arah wajah sembab milik Nadhirah. Tisu yang terdapat di dalam kotak tisu, ditarik lalu diberikan kepada Nadhirah yang masih lagi sedang menangis. Apa yang patut mereka lakukan untuk menggembirakan hati Nadhirah dan membuat gadis itu berhenti menangis?

"Nad, sabarlah. Aku tahu kau kuat..." Hanan cuba untuk memujuk. Namun, tidak diendahkan oleh Nadhirah yang masih sibuk menangis.

"Aku stres lah. Kenapa mesti aku?! Apa salah aku dekat Syazana sampai sebegitu kejam dia dekat aku?"

"Syazana tu memang dah melampau! Dalam banyak-banyak orang dalam muka bumi ni, kenapa Nad juga dia nak attack!" Latisha turut sama berasa tidak puas hati. Penumbuk dikepal kemas.

"Tengku Afiq pun satu! Ada ke paksa-paksa. Tak ada khabar, tak ada angin tiba-tiba masuk meminang? Nasib baiklah si Nad ni tak ada sakit jantung. Kalau tak, memang sekarang kita berdua dekat hospital tunggu Nad dalam ICU," Selamba Latisha tanpa memandang sekeliling.

Dahi Nadhirah berkerut. Kotak tisu yang berada di atas ribanya, dibaling ke arah kepala Latisha. Mulut tak ada insuran!

"Aduh!" Latisha mengadu kesakitan. Kepalanya yang terasa sakit, diusap. Dia mencebik ke arah Hanan agar sahabatnya itu membelanya namun sayangnya tidak.

"Padan muka kau! Cakap lagi macam tu."

Nadhirah tersenyum menang dan menunjukkan ibu jarinya ke arah Latisha yang berjauh hati.

"Errr... Kau takkan tak nak cuba pujuk Tengku Afiq? Kau masih lagi ada masa," Hanan cuba membuka topik bagi menggelakkan pergaduhan antara kedua-dua sahabatnya itu berlanjutan.

"Macam mana aku nak pujuk kalau jumpa dia pun tak?! Kali terakhir aku jumpa dia minggu lepas, itu pun sebab dia tertinggal barang..."

"Nombor telefon?"

"Tak ada. Nombor telefon dia tak ada! Macam mana ni?"

Latisha dan Hanan cuba berfikir sejenak. Bagaimana caranya untuk mendapatkan nombor telefon kerabat diraja yang sudah membuat sahabat sedih.

"Kau kan PA Encik Razman, takkan kau tak save nombor dia?" Sekali lagi, Nadhirah menggeleng.

"Puan Azura yang selalu call dia," balas Nadhirah ringkas. Kepalanya yang terasa berdenyut, diurut perlahan.

"Macam mana ni? Tak ada cara lain ke?" Hanan mengeluh.

Bunyi telefon berdering menandakan panggilan masuk membuatkan perbualan di antara tiga sahabat itu terhenti.

"Telefon siapa yang berbunyi tu?" Enam pasang mata sedang meliar mencari punca bunyi deringan itu muncul. Rupa-rupanya, bunyi tersebut datang dari telefon Oppo Reno 5 Pro milik Nadhirah.

"Siapa?" tanya Latisha sambil mengangkat keningnya. Berminat ingin tahu.

"Umi aku video call. Sekejap, aku angkat," Nadhirah mulai berdiri dan berjalan ke luar rumah sebelum menjawab panggilan dari ibu tercinta. Sempat dia berdehem kerana risau ibunya akan risau jika mengetahui yang dia sedang bersedih sekarang. Sisa air mata juga tidak lupa untuk dihapuskan.

"Assalamualaikum, umi..."

Wajah uminya, Sakinah terpapar di skrin telefon. Melihat wajah suci uminya membuatkan dia kembali sebak.

No, jangan nangis, Nad! Jangan buat umi risau. Nadhirah cuba memujuk dirinya sendiri.

"Waalaikumsalam, uda anak umi. Kamu apa khabar?"

Khabar tak baik, umi. Anak umi tengah sengsara sekarang ni!

"Alhamdullilah umi, sihat. Umi pula apa khabar? Abah mana?" Abahnya, Latif langsung tidak kelihatan di skrin telefonnya. Dia merindukan abahnya.

"Umi dengan abah sihat dekat sini. Abah kamu dekat masjid dengan along kamu. Sekejap lagi baliklah tu," Nadhirah angguk. Dia sudah tidak tahu mahu bualkan apa lagi. Dia mati akal.

"Uda..." Suara umi memanggil nama panggilannya dengan lembut.

"Kenapa, umi? Ada masalah ke?" tanya Nadhirah risau. Di sudut hatinya, dia berharap uminya tidak membangkitkan isu siang tadi.

"Uda nak terima ke?"

"Terima apa, umi? Uda tak faham," Nadhirah berpura-pura naif.

"Buat-buat tak faham pula kamu ni. Pasal rombongan meminang tu lah," ujar Sakinah sambil tersenyum penuh makna.

Ingin sahaja dia terus memberikan kata 'tidak' namun selepas melihat senyuman senang uminya membuatkan dia tidak sampai hati. Uminya sudah lama mengharapkan dia berkahwin namun selalu sahaja dia mencari alasan untuk melarikan diri. Adakah dia harus berkorban demi kebahagaian uminya?

"Uda tak tahu umi. Uda masih lagi belum boleh bagi jawapan," Jujurnya sambil menundukkan kepala. Dia tak sampai hati untuk melihat wajah kecewa uminya.

"Umi dengan abah takkan paksa uda. Keputusan ada ditangan uda. Uda yang akan berkahwin bukan umi. Apa pun keputusan uda nanti, umi akan terima. Umi akan bagi uda fikir masak-masak dan buat keputusan yang betul. Seeloknya uda bagi jawapan dengan segera sebab umi tak nak pihak lelaki menunggu terlalu lama..."

Mendengar kata-kata uminya membuatkan suasana hatinya kembali lega. Dia menghadiahkan senyuman manisnya kepada Sakinah.

"InsyaAllah, umi..."

⚠️DILARANG MENCURI IDEA ATAUPUN PLAGIAT KARYA SAYA. JIKA TIDAK, SAYA AKAN MEMAKLUMKAN HAL TERSEBUT KEPADA PIHAK WATTPAD !⚠️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro