Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✿𝓑𝓐𝓑 5

DENGAN langkah longlai, Nadhirah berjalan menuju ke bilik pejabat milik Tengku Afiq. Dia ingin mengetuk pintu namun niatnya terhenti. Peluh dingin mulai mengalir membasahi dahinya. Jantung berdegup kencang bagaikan menunjukkan tanda ia bakal meletup tak lama lagi.

Sepanjang sesi perbincangan yang diadakan di bilik mesyuarat di pejabatnya, dia hanya sibuk melakukan tugasnya tanpa berani mengangkat kepala. Itu pun dia memaksa diri agar tidak terlalu nampak sedang gementar. Nasib baik di bilik mesyuarat Encik Razman dan isterinya, Puan Azura setia menemaninya. At least dia masih terasa selamat tapi sekarang?

Barang yang terdapat ditanganya, direnung lama. Dia terpaksa ke sana kerana Tengku Afiq tertinggal barangnya di bilik mesyuarat.

Dia fikir nanti akan ada orang Tengku Afiq yang akan mengambilnya namun majikannya terlebih dahulu memintanya agar mengembalikannya sendiri. Dan sekarang, dia terpaksa berhadapan dengan lelaki itu hanya berdua. Dia ulang, berdua! Adakah dia dapat keluar dari bilik tersebut dengan selamat?

Tok! Tok! Tok!

"Masuk!" Pintu dibuka perlahan apabila arahan masuk diberikan.

"Tengku..."

"Eh, Nadhirah. Kenapa awak datang sini? Baru tadi kita jumpa, takkan dah rindu semula?" seloroh Tengku Afiq sambil tertawa seperti orang tidak waras.

Rindu nenek kau! Ingat sahaja Nadhirah membaling barang kepunyaan lelaki itu ke wajahnya. Biar lelaki itu tahu langit itu rendah atau tinggi!

"Tengku tertinggal barang dekat bilik mesyuarat tadi. Encik Razman suruh saya pulangkan," Barang tersebut diletakkan di atas meja kopi.

"Susahkan awak pula. Awak nak air? Saya boleh suruh PA saya buatkan?"

"Tak perlu, tengku. Saya dah nak kena balik semula ke pejabat. Banyak kerja atas meja saya belum siapkan," Laju sahaja Nadhirah menolak. Sejujurnya, dia tidak ingin berlama-lama di situ.

Tengku Afiq akhirnya mengalah. Baru sahaja Nadhirah ingin melangkah keluar, badannya kembali ke dalam apabila ditolak kasar oleh seorang gadis berkasut tumit tinggi.

"Hei, buta ke apa?" jerkah gadis tersebut berang.

Nadhirah terkebil-kebil memandang gadis tersebut. Adakah ia benar-benar silapnya?

Tengku Afiq tergamam seketika sebelum menolong Nadhirah berdiri. Wajah gadis berkasut tumit tinggi tersebut semakin kemerahan menahan marah.

"Ku Fiq, kenapa you tolong dia? Bukannya dia cacat pun," sinis sahaja gadis itu berbicara.

Nadhirah merenung tajam ke arah gadis biadap itu. Minah ni memang nak kena! Aku sekeh baru tahu.

"Apa salahnya I tolong dia? Apa masalah you ni, Tasha? Nak duit, cakap!" tengking Tengku Afiq secara tiba-tiba.

Nadhirah mula kecut perut. Ini pertama kali dia meliat lelaki tersebut naik angin. di hadapannya. Seram!

Gadis bernama Tasha itu mengetap bibirnya. Tanpa segan silu, dia mengucup lembut dahi bersih Tengku Afiq.

Jijiknya aku tengok! Kutuk Nadhirah sambil menjegilkan matanya.

"I datang sebab nak duit je. I tak ada niat pun nak kacau you..." jelas Tasha sambil menguis lembut dada 'kekasih hatinya'.

Aku dah agak dah! Perempuan ni datang sebab nak duit aku je. Huh, dasar perempuan! Tengku Afiq sudah 'masak' dengan sikap kekasih simpanannya yang hanya akan datang kerana kehabisan duit belanja.

"Ambil kad ni dan you boleh pergi shopping dekat bawah," Sekeping kad kredit diberikan.

Tasha menyambut huluran tersebut. Dia tersenyum puas sebelum sekali lagi mengucup dahi Tengku Afiq sebagai tanda terima kasih.

"Terima kasih, sayang. Kita jumpa malam nanti..." ujar Tasha sambil memberikan flying kiss. Tengku Afiq hanya tersenyum sambil turut sama melambai mesra.

Nadhirah hanya memerhati gerak-geri pasangan sejoli itu. Dia semakin berasa tidak selesa.

Selepas pintu pejabat tertutup rapat, Tengku Afiq melepaskan amarahnya sehinga membuatkan Nadhirah seperti hilang darah.

"Dasar perempuan! Semua perempuan sama je. Semua nak kikis harta aku! Korang boleh pergi mati!"

Nadhirah terdiam seribu. Peluh mulai membasahi dahinya. Badannya kaku untuk bergerak. Takut dia pula menjadi mangsa. Akhirnya, dia memilih untuk terus berdiri di pintu tanpa berganjak.




NADHIRAH menjadi gelisah. Dari tadi dia berasa tidak sedap hati. Kenapa dia rasa sebegitu? Ada sesuatu perkara yang tidak baik akan berlaku ke? Dia dapat merasakan jantung berdegup kencang. Adakah ia kerana dia sedang demam tanpa disedarinya.

"Nad? Nad? Nad!" Nadhirah tersentak. Dia terkebil-kebil memandang Hanan yang berada di sebelahnya.

"Kenapa?"

"Kau tu kenapa?! Berpeluh mengalahkan orang baru habis marathon. Kau demam ke?" Hanan meletakkan telapak tangannya di dahi Nadhirah untuk memeriksa suhu badan gadis tersebut. Tangan Hanan ditepis kasar.

"Aku sihatlah! Aku tak tahulah kenapa dengan aku hari ni. Tiba-tiba rasa tak sedap hati," Nadhirah memberitahu perasaannya kepada Hanan. Dahi Hanan berlapis.

"Tak sedap hati? Kes kau berat ni..." Belum sempat Hanan ingin meneruskan kata-katanya. Rakan sekerjanya, Rita memanggil.

"Hanan, kau dah siap terjemah kertas kerja klien kita dari Jepun tu?"

"Dah."

"Bagus! Puan Azura nak check sekarang," Mata Hanan membulat. Dia tergesa-gesa berlari ke meja kerjanya lalu mencapai beberapa buah fail untuk dibawa ke bilik isteri majikannya.

"Babe, aku kena pergi dulu. Nanti kita sambung..." Sempat Hanan berpesan sebelum berlari anak menuju ke bilik pejabat majikannya, Puan Azura. Nadhirah hanya mengangguk.

Tit!

Bunyi nada pemberitahuan masuk. Kening Nadhirah saling berpaut. Telefon Oppo Reno 5 Pronya segera dicapai. Pemberitahuan di skrin telefon, diperhati lama. Akak long mesej? Dengan penuh tanda tanya, dia segera membuka aplikasi Whatsapp untuk memeriksa mesej dari isteri kepada abang sulungnya itu.

Uda, family pakwe uda datang rumah masuk meminang.

Nadhirah tergamam. Adakah dia tersilap baca pesanan? Mesej ringkas dari kakak iparnya dibaca beberapa kali. Dia tidak tersilap!

Pakwe dia? Sejak bila dia ada pakwe ni?! Siapa yang berani-berani mengaku diri sebagai kekasihnya?

Sekejap, Tengku Afiq Ikhwan! Takkanlah!

Kak long jangan nak main-main. Tak kelakar tahu tak?!

Dengan penuh amarah di dada, Nadhirah menaip dengan pantas. Tiada senyuman yang menghiasi bibirnya.

Mana ada kak long main-main. Tak sangka pakwe uda ni kerabat diraja. Pandai ya sorokkan dari kami.

Tak! Jangan mudah percaya, Nad. Kita memerlukan bukti yang jelas. Nadhirah cuba menenagkan dirinya.

Kirim gambar sebagai bukti. Now!

Telefon dilempar di atas meja kerjanya. Nafasnya turun naik menahan marah. Peluh semakin laju membanjiri tubuh.

Tit!

Sekali lagi bunyi nada pemberitahu masuk. Telefon kembali dicapai lalu mesej Kak Long kembali dibuka. Matanya terbeliak. Kak long benar-benar mengirimnya gambar! Wajahnya berubah pucat apabila melihat gambar yang dihantar. Jelas kelihatan orang tuanya sedang bergambar mesra dengan seorang lelaki yang agak berusia bersama dengan seorang wanita disampingnya.

Siapa mereka?

Satu lagi gambar dihantar. Gambar yang terakhir membuatkan kemarahannya semakin membara. Kelihatan Tengku Afiq sedang bergaya 'peace' sambil tersenyum didepan kamera. Senyuman lebar yang terukir di bibir lelaki tersebut seakan-seakan mengejeknya.

Patutlah dia rasa tak sedap hati!

Sekarang, dia memerlukan nombor telefon lelaki gila tersebut dan memakinya. Selamba gajah dia sahaja membuat keputusan tanpa berbincang dengan dia dahulu!

"Hanan, sini sekejap!" Dia segera memanggil Hanan yang baru sahaja keluar dari bilik majikan mereka. Hanan mengangkat tinggi keningnya.

"Kau kenal tak siapa diaorang ni?" Gambar kedua-dua ibubapanya yang sedang bergambar dengan seorang lelaki dan wanita itu ditunjukkan pada Hanan.

"Weh, ini kan Tengku Farizul Ikhwan dengan Tengku Hajah Fatimah! Dia orang ni ibubapa kepada Tengku Afiq yang aku dengan Latisha minat tu," beritahu Hanan.

"Hah?!" Nadhirah tidak dapat menahan rasa terkejutnya. Dia terasa ingin pengsan!

"Kenapa dengan kau ni, Nad? Macam mana abah dengan umi kau boleh bergambar dengan dia orang?"

Nadhirah tidak dapat bersuara lagi. Dia hanya menyerahkan telefonnya kepada Hanan bagi gadis itu melihatnya dengan mata kepalanya sendiri. Hanan terlopong.

"Kau... Kau biar betul, Nad? Takkanlah!" Hanan susah untuk percaya.

"Aku lagi tak percaya, Nan. Diaorang masuk meminang hari ni. Patutlah aku dari tadi asyik rasa tak sedap hati," Cerita Nadhirah dengan nada bergetar seakan-akan ingin menangis. Hanan yang tadinya gembira menjadi serba-salah. Kepala Nadhirah yang masih berlapik dengan tudung, diusap perlahan.

"Kenapa ni? Aku fikir kau akan happy bila dapat tahu lelaki kaya tu masuk meminang tapi kau nangis pula. Ada apa-apa yang kau nak cerita ke?" tanya Hanan prihatin. Nadhirah mengangguk lemah.

"Kalau macam tu, malam ni kita berkumpul. Aku nak kau ceritakan semuanya. Satu pun tak nak tertinggal, boleh?" Nadhirah mengangguk lagi. Air mata yang bergenang di tubir mata, dilap menggunakan tisu yang terdapat di atas mejanya.

Adakah dia kini sedang bermimpi? Kalau ya, ia merupakan sebuah mimpi ngeri! Tolong sesiapa kejutkan dia!

⚠️DILARANG MENCURI IDEA ATAUPUN PLAGIAT KARYA SAYA. JIKA TIDAK, SAYA AKAN MEMAKLUMKAN HAL TERSEBUT KEPADA PIHAK WATTPAD !⚠️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro