Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✿𝓑𝓐𝓑 45

TELEFON pintarnya dihempas kasar ke atas meja. Dia merengus kesal. Dahi di picit. Selena tersenyum sinis.

"So, macam mana? You dah jumpa dia?"

Tengku Afiq hanya membalas dengan gelengan. Dia benar-benar kusut.

"Haih, wife macam apa dia tu? Sanggup dia tinggalkan you? Dia lupa ke dekat mana syurga dia? Memalukan kaum wanita betullah!" sinis Selena.

"Semua salah I."

"Kalau betul you salah pun, dia kena maafkan you. Sebab apa? Sebab dia isteri you."

"You tak faham, Selena. Apa yang berlaku atas kebodohan I. You tahukan macam mana kitaorang boleh kahwin ? I tak patut buat dia macam tu..."

Selena menjengjelkan matanya. Masih lagi nak back-up perempuan kampung tu ?

"Sebab you bodoh," kata Selena acuh tak acuh.

"Apa maksud you?"

"Ya, you bodoh sangat ! You langsung tak nampak effort I dekat you!" Selena mula emosi.

Tengku Afiq semakin tertanya-tanya. Dia benar-benar tak faham.

"Apa you merepek ni, Selena?!"

"I cintakan you! I cintakan you, Ku Fiq. Tapi you langsung tak pandang I. I tak tahu macam mana you boleh jatuh cinta dekat Mahmudah? I tak tahu apa kurangnya I!"

Tengku Afiq terpana.

"You cinta kan I?"

"Yes!"

"Sejak bila?"

"Sejak kita masih lagi belajar di London. Tujuh tahun, Ku Fiq. Tujuh tahun! I jatuh cinta dekat you sebelum you bercinta dengan Mahmudah. Mahmudah tahu yang I cintakan you tapi dia buat macam tak tahu apa-apa.

Nasib baiklah I ternampak korang berdua dating masa tu. Kalau tak memang I dah kena tipu hidup-hidup. Hati I hancur, Ku Fiq ! I tak tahu nak luahkan dekat siapa. I cuma ada Mahmudah. I terpaksa pendam sorang-sorang. I tak tahu nak buat apa lagi masa tu..." luah Selena. Tangisannya mula kedengaran.

"I fikir bila Mahmudah dah tak ada, you boleh buka pintu hati you untuk I. Tapi I silap. Tiba-tiba I dapat berita yang you dah kahwin dengan perempuan kampung tu. Apa kurangnya I? Macam mana perempuan kampung tu boleh buka pintu hati you ?" sambungnya.

"Selena, I..." Tengku Afiq masih lagi terkejut.

Selena mengangkat tangannya menandakan supaya Tengku Afiq berhenti berkata-kata.

"I tahu you malu. You jijik dengan I, kan ? Tak apa, I faham. I need to go now! You cubalah guna cara lain untuk jumpa Nad. Kalau ada apa-apa masalah, jangan lupa telefon I. Bye!" Selena segera meninggalkan kawasan taman Istana KuFiq.

Lidah Tengku Afiq masih lagi kelu. Rambut ditolak ke belakang.

Satu-satu masalah datang!

Arghhh kusut dibuatnya!



DAHI Julia berkerut memandang telatah Nadhirah. Kelihatan gadis tersebut sedang memicit dahi dan lehernya. Dia mula merapati tubuh tersebut.

"Nad, are you okey?" tegurnya lembut.

"Aku okey..." Dahi Nadhirah berkerut. Dia seakan-akan sedang menahan kesakitan.

"Are you sure? Aku rasa baik kau pergi rehat. Sejak kita balik dari jalan-jalan, kau terus jadi macam ni."

Nadhirah mengangguk lemah. Dia cuba berdiri namun kakinya lemah. Julia pantas mendapatkan tubuh Nadhirah.

"Nad!"

"Thank, Julia..." ucap Nadhirah perlahan.

"Aku risaulah!"

"Aku okey. Aku cuma penat je bila sampai rumah. Mungkin belum selesa dengan udara sini agaknya." Nadhirah membuat andaian.

"Kau rehat tau. Kalau masih sakit, kita jumpa doktor. Aku nak kemas barang-barang yang kita beli tadi."

Nadhirah di pimpin sehingga ke katil. Tubuh Nadhirah dibaringkan secara perlahan-lahan.

"Sorry Julia sebab tak dapat tolong kau kemas barang."

"Aku okeylah ! Kau tu ha rehat. Kalau ada apa-apa, panggil je aku," pesan Julia.

"Okey!" balas Nadhirah ringkas.

Belum sempat Julia ingin meninggalkan bilik tidur sahabatnya itu, dia terdengar bunyi tapak kaki berlari ke bilik air.

"Eh!"

"Buerkkkkk!"

"Nad!"

Julia turut berlari menuju ke bilik air. Kelihatan Nadhirah sedang muntah. Belakang gadis itu digosok perlahan.

"Nad..."

"Buerkkk!"

"Huh..." mulut dicuci. Singki digenggam kemas. Tekaknya perit.

"Nak muntah lagi?" tanya Julia.

Nadhirah mengelengkan kepalanya.

"Jom, aku bawa kau pergi katil." Sekali lagi, dia memimpin Nadhirah ke tilamnya.

"Kau rehat dulu. Nanti aku call kawan aku yang kerja doktor datang sini. Dia boleh tolong check kan keadaan kau."

"Susahkan kau je, Julia." Dia menjadi serba-salah.

"Aku tak kisah. Yang penting sekarang, kesihatan kau." Mereka berbalas senyuman.

Nadhirah terharu. Terima kasih, Julia ! Mata mula dipejam rapat. Kepalanya berdenyut-denyut.



"MACAM mana, Rose ? Apa yang jadi sebenarnya? Nad sakit apa?" soal Julia risau ke arah doktor yang dijemput datang ke rumahnya.

Nadhirah turut berasa cuak. Entah apalah yang terjadi kepadanya!

Doktor Rose senyum. Senyuman penuh makna.

Dah kenapa doktor ni ? Tak betul ke apa. Sempat Nadhirah mengutuk doktor yang merawatnya.

"Rose? Why?" Julia turut sama cuak.

"Tahniah ! Awak bakal jadi seorang ibu !"

Nadhirah dan Julia tergamam. Ibu?

"Kau salah check ni, Rose. Seriuslah Nad mengandung?!" Julia tidak percaya.

"Ya, Julia. Aku dah periksa dua kali."

Nadhirah tersenyum lebar. Perut nipisnya diusap.

"Dah berapa bulan ya, doktor?"

"Masuk hari ni dah masuk tiga minggu usia kandungan awak."

Wajah Julia bertukar keruh. Dia memandang Nadhirah yang sedang mengusap perutnya.

Nad mengandung? Sejak bila dia kahwin? Siapa bapa kepada anak dia? Banyak persoalan yang bermain fikirannya.

"Terima kasih banyak-banyak, doktor!" ucap Nadhirah gembira.

"Sama-sama. Boleh saya tanya? Suami awak di mana, ya?"

"Oh, suami saya kerja di luar negara. Kami berpisah buat sementara waktu," bohong Nadhirah. Doktor Rose menganggukkan kepalanya.

"Baiklah kalau macam tu. Saya nak pesan sedikit, saya harap awak dapat jaga kandungan awak sebab usia kandungan awak masih awal. Jangan buat kerja berat-berat. Banyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan. Kalau boleh jauhkan diri dengan perokok sebab tak elok untuk bayi," pesan Doktor Rose. Dia mula mengemas barang-barangnnya.

"Baiklah!"

"Sebelum saya terlupa, jangan lupa check-up baby. Terpulang pada awak nak pergi ke klinik mana-mana pun. Ataupun awak boleh pergi ke klinik saya. Awak boleh minta alamat dekat Julia."

"Baiklah, doktor. Terima kasih banyak-banyak," ucap Nadhirah lagi.

"Sama-sama. Saya minta diri dulu. Kalau ada apa-apa, jangan lupa telefon saya ya."

Nadhirah mengangguk.

"Aku pergi dulu. Jangan lupa jaga Puan Nadhirah." Bahu Julia ditepuk beberapa kali.

"Terima kasih sebab sudi datang. Aku tak tahu nak call siapa tadi."

"It's okay, babe. Bye! See you later!"

Nadhirah kembali senyum. Perutnya yang masih kempis, direnung lama. Senyuman bahagia.

Hai, anak umi...

Senyuman Nadhirah mati selepas memandang wajah dingin Julia.

"Julia..." panggilnya.

"Nad, boleh kau explain? Aku betul-betul tak faham."

Nadhirah mengeluh. Dia tersenyum tawar.

"Duduk sini. Meh!" ajak Nadhirah. Julia melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Nadhirah.

"Tanyalah apa yang kau nak tanya. Aku akan jujur," pinta Nadhirah.

"Maaflah kalau soalan aku ni buat kau terasa hati ya. Kau dah kahwin ke belum?"

Nadhirah tersengih. Dia dah agak soalan apa yang bakal ditanya oleh Julia.

"Dah."

"Biar betul?!" Julia terkejut.

"Ya, aku dah kahwin. Perkahwinan aku dah nak hampir setahun."

"Siapa suami kau? Kau tak pernah cerita pun yang kau dah kahwin..."

Nadhirah mengeluh. Nak bagitahu ke tak ea? Takutnya!

"Suami aku..." Nadhirah serba-salah.

"Nad, just tell me. I promise, I'm okey..." pujuk Julia. Wajah kesian ditayang.

"Suami aku... Tengku Afiq Ikhwan!"

"Are you joking with me or what?" Julia susah untuk percaya.

Aku dah agak yang kau takkan percaya, Julia. Getus Nadhirah.

"Nad, listen. Aku tahu kau pun dulu ada niat nak kahwin dengan anak orang kaya tapi aku tengah seriuslah sekarang ! Agak-agaklah. Cepatlah weh, siapa husband kau?" gesa Julia.

"Betul! Dia suami aku. Suami aku Tengku Afiq Ikhwan!" Perkataan 'suami' ditekan.

"Aku tak percaya! Nonsense!"

"Aku dah agak dah. Nah, ini gambar perkahwinan kami." Telefon pintar diserahkan kepada Julia.

Gambar diteliti. Ya, gambar perkahwinan. Gambar pertama menunjukkan pengantin lelaki sedang menyarungkan cincin di jari penganti perempuan.

"Ini cincin kahwin aku." Jari manis di tunjuk. Cincin yang sama kelihatan.

Julia tergamam. Gambar-gambar lain turut dilihat. Sah! Mereka suami isteri.

"Meriahnya majlis perkahwinan korang. Teringin aku nak majlis macam tu." Telefon dikembalikan.

"Itu semua duit dia. Aku doakan jodoh kau dengan orang kaya. Kat sini kan ramai orang kaya."

Julia mencebik. Kepala diletakkan di atas bahu Nadhirah.

"Kenapa kau tak pernah cerita yang suami kau Tengku Afiq?"

"Aku minta maaf. Aku cuma tak suka bila orang tahu siapa suami aku. Aku tak nak di anggap meraih populariti," terang Nadhirah.

"Kenapa dia tak pernah post gambar korang berdua dekat instagram ?"

Aduh! Makin lama, makin pening aku nak menjawabnya!

"Aku yang minta. Aku tak nak peminat-peminat perempuan dia tu lari." Laju sahaja dia menjawab. Tak nak dianggap curiga.

"Baiknya kau ni! Kalau aku, sorrylah!"

Aku pun sama, Julia. Tapi inilah nasib aku. Nak tak nak aku kena terima juga.

"Patutlah dekat ig story dia sedih semacam je. Rupanya rindukan isteri dia dekat sini," usik Julia.

"Mengada!"

"Julia, kau dah tak marah dekat aku, kan?"

"Mana ada aku marah dekat kau. Aku cuma pelik je. Dah, nevermind! Sekarang ni aku nak kau jaga anak dalam kandungan kau ni. Jangan susahkan diri. Kau dengar kan apa yang doktor tadi tu pesan?"

"Hmm!" balas Nadhirah sambil menganggukkan kepala.

"So now, aku nak kau rehat. Nanti aku masakkan kau makan malam. Tidur tau!"

"Okey, babe!"

Julia mula melangkah keluar daripada bilik tidur Nadhirah. Pintu bilik di tutup rapat. Selepas memastikan Julia sudah benar-benar pergi, dia kembali mencapai telefon pintarnya.

Gambar perkahwinannya ditenung lama. Wajah Tengku Afiq kelihatan segak apabila mengenakan baju pengantin. Tanpa disedari, air matanya deras mengalir.

Tengku, saya mengandung.

Anak kita...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro