Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✿𝓑𝓐𝓑 43

Lapangan terbang Perth...

   BAGASI ditarik lemah. Badannya seperti mahu patah apabila duduk terlalu lama di dalam kapal terbang. Dia mengeluh panjang.

"Miss?" tegur seorang gadis.

Nadhirah segera mengangkat mukanya. Senyuman mula terukir dibibir. Gadis yang mengenakan gaun singkat paras lutut. Rambut yang coklat keemasan itu dipandang lama.

"Nad!"

"Julia!" mereka saling berpelukan.

"I miss you so much Nad!"

"Aku pun sama." Pelukan dilonggarkan. Kedua-dua belah pipi Julia disentuh.

Perasaan rindu akhirnya dapat dileraikan. Rindu semuanya. Julia, sahabatnya sejak di bangku sekolah lagi. Selalu ada ketika dia susah dan senang. Namun, tamat sahaja sekolah menengah, keluarga Julia terpaksa pindah ke Australia.

Sekian lama tidak bersua muka... Ya, boleh dikatakan hampir tujuh tahun. Air mata mula bergenang.

"Julia, aku rindu kau. Perasaan rindu ni tak tertanggung. Maafkan aku sebab tak pernah datang sini jenguk kau sekeluarga."

Julia mengelengkan kepalanya sambil tersenyum.

"Aku faham. Lagipun jauhlah!"

Mereka saling berbalas senyuman.

"Jom, aku bawa kau jumpa keluarga aku." ajak Julia.

"Aku malulah." Nadhirah tersenyum janggal.

"Apa yang nak dimalukan. Family aku memang nak jumpa kau. Rindu katanya ! Yalah, dah lama tak jumpa."

"Tapi aku still malu. Yalah, nak menumpang rumah kau. Aku nak sewa rumah je. Tak nak menyusahkan kau."

Dahi Julia berkerut. Rumah? Kenapa bukan hotel?

"No! Aku nak kau tinggal dengan aku. Lagipun aku dah lama duduk sorang-sorang. Malam ni je kita tidur rumah family aku. Esok kita terus balik rumah aku. Tak jauh pun dari rumah family aku."

"Thanks! Aku tak tahu nak pergi mana."

"It's okay! Jom. Mesti kau penatkan." bagasi milik Nadhirah ditarik oleh Julia. Nadhirah membuntuti Julia ke keretanya. Bagasi dimasukkan ke dalam bonet kereta.

"Jemput masuk ke dalam kereta buruk aku ni." pelawa Julia sebelum melabuhkan punggungnya di bahagian pemandu.

"Buruk apanya. Lawa lah !" dalih Nadhirah. Julia tertawa. Enjin kereta dihidupkan.

"Kau tidur lah dulu. Lama lagi nak sampai rumah keluarga aku. Dalam dua jam lebih. Kau rehatlah dulu."

"Habis kau macam mana ? Siapa nak teman kau memandu ?" Nadhirah serba-salah. Namun, matanya berat untuk dibuka.

"Aku dah biasa sorang. Tidurlah ! Malam ni kita membawang puas-puas," ujar Julia sambil tersenyum lebar.

Nadhirah ketawa. Pandai! Dia kena kumpul tenaganya untuk membawang malam ni.

Perlahan-lahan senyumannya mati. Dia tiba-tiba berasa sebak. Hujung baju digenggam kemas. Mata segera dipejam.

Maafkan Nad, abah, umi...

Maafkan aku, Hanan, Sha...

Maafkan saya, Ku Fiq!



SNEK diletakkan di atas katil. Nadhirah mencapai gelas yang berisi susu strawberi. Julia menyalakan televisyen sebelum melabuhkan punggungnya duduk bersebelahan dengan Nadhirah.

"Kau apa khabar, Nad? Sihat?" Julia memulakan perbualan.

"Alhamdulillah aku sihat. Kau macam mana?"

"Sekejap sihat sekejap sakit. Lagi-lagi bila musim sejuk tiba. Fuh, senang demam aku dibuatnya," cerita Julia.

Nadhirah teruja.

"Musim sejuk? Macam best je!"

"Mula-mula je kau excited tapi lama-lama kau dah tak heran dah. Sampai satu tahap kau malas nak keluar rumah. Kalau boleh asyik nak duduk dalam selimut je."

Mereka tertawa. Snek dibuka. Mereka mula menikmati hidangan ringan tersebut sambil berbual.

"Teringin nak rasa musim sejuk dekat sini..." hajat Nadhirah.

Pak!

Peha Nadhirah ditepuk oleh Julia.

"Kalau tak keberatan, kau tinggallah sini lama sikit. Mana tahu kau bertuah dapat rasa main salji," cadang Julia sambil mengangkat keningnya tinggi.

Nadhirah tersenyum tawar. Dia menganggukkan kepala.

Aku tak pasti berapa lama dekat sini, Julia. Aku takut bila aku balik Malaysia, aku semakin terluka. Aku dah penat nak tanggung semua ni, Julia. Getus hati Nadhirah.

Julia yang menyedari perubahan air muka Nadhirah Syazwani, segera menegur. Mana tahu dia tersalah cakap ke.

"Nad, are you okey? Aku ada salah cakap ke ? I'm sorry, babe!" tangan Nadhirah dicapai.

"Eh, aku okey je. Nampak macam tak okey ke ?" dalihnya.

Julia mengangguk pantas.

"Aku cuma penat je. Kau je yang salah faham."

"Are you sure?" Julia kelihatan ragu-ragu.

"Yeah!" jawab Nadhirah pantas. Senyuman lebar ditayangkan.

Wajah risau Julia bertukar ceria. Dia menyandarkan kepalanya di bahu Nadhirah. Suasana menjadi senyap buat seketika.

"I miss you, Nad. Aku tak tahu macam mana nak terangkan perasaan rindu aku ni. Aku rindu kau. Aku rindu kawan-kawan kita." luah Julia. Suaranya kedengaran perlahan.

Nadhirah tersenyum nakal.

"Ehem! Kau rindu aku ke atau kau rindu Mr. K?" sakat Nadhirah.

Julia pantas mengangkat kepalanya. Wajahnya merona merah.

"Mana ada! Ingat je kau?!"

Nadhirah gelak besar. Berjaya buat Julia malu.

"Dah, stop cakap pasal dia. Mau tersedak dia dekat sana. Entah-entah dah ada anak bini. Kau tu ha!"

"Apa ?"

"Kau dah kahwin ke ? Kau dah ada boyfriend tapi tak bagitahu aku pun."

"Aku ? Ish, siapa nak aku? Hodoh..." jawab Nadhirah tergagap-gagap. Dia bimbang rahsianya terbongkar.

"Aku tak percaya ! It's okay, nanti bila kau dah bersedia bagitahu tau !"

"Okey, Ju." Nadhirah lega.

"Janji?" jari kelingking disuakan.

Nadhirah berat mahu menyambut. Nak tak nak dia terpaksa. Dia tersenyum paksa.

"Janji!"

"Yeahhhh!" Tubuh Nadhirah dipeluk erat sehingga membuatkan dia terbaring. Mata mereka fokus melayan drama yang sedang berlangsung di televisyen. Hanya kedengaran bunyi penghawa dingin dan suara para pelakon yang sedang melakonkan watak mereka.

"Nad, kenapa kau datang sini?" soal Julia secara tiba-tiba.

Nadhirah agak tersentak.

"Kenapa kau tiba-tiba tanya ?" soalnya resah.

"Tak adalah. Aku cuma pelik je."

"Oh, aku saja nak rest kan diri. Dekat Malaysia, banyak sangat masalah. Lagipun aku memang nak jumpa kau." balas Nadhirah bersahaja. Apa yang dikatakan adalah benar.

Julia mengangguk. Pelukan diketatkan.

"Sorry sebab aku tanya. Mana tahu kau tak selesa. Busybody !"

Nadhirah menggelengkan kepalanya.

"Aku tak kisah pun. Weh, aku ngantuk lah. Sorry tau tak dapat layan kau sangat," kata Nadhirah sambil menguap.

Sebenarnya, dia cuba dielak daripada disoal lagi. Julia ni bukan boleh percaya. Dia sentiasa cuba untuk mengorek rahsia. Kang kalau dilayan, mau dia tersilap cakap. Naya!

"Okey, weh. Aku pun dah ngantuk ni. Aku tutup TV, eh?"

"Hurmmm..." balas Nadhirah ringkas. Mata mula dipejam.

Televisyen sudah pun ditutup oleh Julia. Alat penghawa dingin dicapai lalu suhu dinaikan. Plastik snek dilipat kemas.

"Good night, Nad!" ucap Julia. Selimut ditarik sehingga paras dada.

"Good night, babe..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro