Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✿𝓑𝓐𝓑 42

NADHIRAH menggeleng kesal. Ini mesti Latisha bagitahu! Siaplah minah tu nanti! Nadhirah berang.

"Nad..." tegur satu suara garau.

Dia memejamkan mata. Suara itu...

Tengku Afiq cuba untuk memegang bahu isterinya namun pantas sahaja dia menepis.

"Jangan sentuh saya."

"Aku rindu kau. Aku bangun je, kau dah tak ada dekat sebelah."

Nadhirah mengeluh.

"Saya perlukan masa. Tolong faham saya, tengku."

"Tapi sampai bila? Aku betul-betul menyesal dengan apa yang terjadi. Hukumlah aku asalkan kau boleh maafkan aku."

"Hati saya masih sakit. Apa yang tengku buat macam tengku pijak maruah saya. Tengku dah pun meniduri saya lepas tu tengku buat macam tak ada apa-apa berlaku."

"Aku tahu aku salah. Tolong bagi aku peluang kedua untuk tebus kesalahan ni." Tangan Nadhirah diraih.

"Peluang? Orang macam tengku minta perempuan macam saya ni peluang?" sinis Nadhirah.

Tengku Afiq diam.

"Tengku dah biasa tidur dengan perempuan. Tak ada masalah lah bagi tengku. Bagi tengku, perempuan ni ibarat baju. Kalau tengku petik jari, ramai je perempuan dekat luar sana beratur," sambung Nadhirah.

"Yes, semua tu memang betul tapi tu dulu. Tapi, dia orang sendiri yang datang dekat aku. Dia orang sendiri yang rela tubuh mereka disentuh. Semua ni jadi lepas Mahmudah meninggal dunia. Bagi aku semua perempuan sama. Hanya nakkan duit aku saja," ujar Tengku Afiq panjang lebar.

"Hebat sangat ke perempuan yang bernama Mahmudah tu sampai tengku berubah?"

"Aku cintakan dia. Dia cinta pandang pertama aku. Dia baik. Setia dengan aku. Sentiasa ada dengan aku sama ada aku senang ataupun susah," terang Tengku Afiq.

"Habis kenapa tengku salahkan Tengku Im?"

Nadhirah semakin ingin tahu. Walaupun Amir sudah pun menjelaskannya tapi dia masih lagi mahu mendengar jawapan dari Tengku Afiq.

"Disebabkan si tak guna itulah Mahmudah mati! Dia buatkan aku meragui cinta Mahmudah. Bila aku sampai je, Mahmudah hampir tidak sedarkan diri. Badan dia berlumuran darah. Tiba di hospital, dia disahkan meninggal dunia..."

Tengku Afiq menyeka air matanya. Entah bila dia menangis pun dia tidak perasaan.

Nadhirah Syazwani kekal mendiamkan dirinya. Dia mahu mendengar segalanya.

"Bagi aku, tak ada perempuan sebaik arwah Mahmudah. Dia ikhlas mencintai aku."

Nadhirah semakin sakit hati mendengar cerita Tengku Afiq. Perasaan cemburu mula menguasai.

Tengku bodoh! Mahmudah memang menduakan tengku tapi disebabkan cinta, tengku jadi buta. Tak pasal-pasal perempuan di luar sana menjadi mangsa. Kebenaran pasti akan terbongkar suatu hari nanti! Marah Nadhirah di dalam hati.

"Hati tengku masih lagi untuk dia?" soal Nadhirah perlahan.

"Ya tapi dulu. Sekarang ni aku dah jatuh cinta dengan seseorang. Walau macam mana pun, aku tetap takkan lupakan arwah Mahmudah. Macam mana pun dia tetap ada di hati aku."

Nadhirah tersenyum hambar.

"Untung perempuan sebab berjaya buka pintu hati tengku, kan?" kata Nadhirah sambil tertawa kecil. Dia cuba menahan rasa sebak yang semakin melanda. Dia mula mencipta jarak mereka.

"Aku yang sepatutnya beruntung sebab dah jatuh cinta dengan dia."

"Kalau macam tu tengku cubalah dapatkan perempuan tu. Tengku kan hebat dalam memikat perempuan. Lepas berjaya tawan hati dia, tengku lepaskan saya. Betul, saya tak kisah!" Nadhirah cuba menyakinkan lelaki tersebut.

Tengku Afiq tersenyum sambil menggeleng kepalanya.

"Memiliki dia terlalu susah, Nad. Dia tak macam perempuan-perempuan yang pernah aku kenal."

"Saya rasa baik tengku pergi sekarang. Lupakan saya. Kalau tengku nak lepaskan saya, saya redha. Saya dah lama bersedia. Tolong bagi saya masa. Saya nak bersendirian."

"Baiklah kalau itu yang kau nak."

Nadhirah memejamkan matanya. Dia kecewa. Dia merasakan seperti dahinya dicium. Dengan pantas, dia membuka matanya. Dahinya berkerut.

Tengku Afiq senyum lebar. Hidungnya dan hidung Nadhirah dilagakan. Gadis itu terkejut dengan tindakannya namun dia tidak menolak.

"Aku balik dulu tau. Esok aku datang lagi untuk jumpa kau. Aku akan tetap tunggu kau untuk memaafkan aku. Tak kisahlah berapa lama masa diambil. Aku akan sentiasa merindui kau..." lafaz Tengku Afiq perlahan sebelum kembali menjarakkan wajah di antara mereka.

Muka Nadhirah merona merah. Cis, baru sikit dah malu! Hebat betul penangan playboy sorang ni.

"Jaga diri. Jangan lupa mimpikan aku malam ni." Sempat dia berpesan. Dia mulai meninggalkan Nadhirah keseorangan di dalam bilik.

Nadhirah memicit kepalanya yang terasa agak berat. Kenapa dia perlu rasa cemburu dan sakit hati? Kenapa dia rasa sedih bila Tengku Afiq cakap yang dia dah jatuh cinta dengan perempuan lain?



DIA tersenyum lebar. Jambangan bunga mawar yang dibelinya, digenggam erat. Harap-haraplah Nadhirah sudi maafkan dia!

Dia mula berjalan merapati pagar rumah sewa milik Hanan dan Latisha. Loceng rumah tersebut ditekan beberapa kali.

Ting tong! Ting tong!

"Ya! Sekejap!" sahut pemilik rumah dari dalam. Pintu pagar terbuka.

"Eh, tengku!" Hanan terkejut dengan kehadiran suami kepada sahabatnya, Tengku Afiq.

"Ya, kenapa ya tengku datang sini?" soal Hanan.

"Nad ada? Saya nak jumpa dia sebelum pergi kerja sekejap." Tengku Afiq memberitahu hajatnya.

Hanan kelihatan sebersalah.

"Ada apa-apa masalah ke?"

"Nad dah tak ada sejak pagi tadi. Saya dengan Sha pun tak perasan bila dia keluar."

"Awak rasa bila dia balik?" Tengku Afiq mula resah.

"Saya tak pasti sebab dia bawa sekali pakaian dia." jawab Hanan.

Tengku Afiq memicit kepalanya. Mana Nadhirah pergi?! Janganlah buat dia sesak nafas lagi.

"Tak apa. Bila dia ada balik, awak terus call saya, boleh?"

"Baiklah..."

"Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Tengku Afiq memasuki keretanya semula. Jambangan bunga diletakkan di kerusi penumpang.

"Waalaikumsalam..." Hanan kembali menutup pagar. Dia berjalan masuk ke dalam rumah.

"Haish!" Dia mengeluh.

Latisha yang sedang menikmati nasi gorengnya terbantut apabila mendengar keluhan Hanan.

"Siapa yang datang tadi?"

"Tengku Afiq."

"Dia nak apa?" soal Latisha lagi.

"Nak apa lagi? Mestilah nak jumpa isteri kesayangan dia. Siap bawa bunga tau!"

"Habis kau cakap apa?"

"Aku cakaplah Nad dah tak ada. Siap ambil baju-baju dia lagi. Risaulah tengku. tu..." cerita Hanan. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"Kadang-kadang kan, aku kesian tau tengok tengku tu. Ego si Nad pun boleh tahan, kan?" kata Latisha.

Hanan mencebik.

"Tak payah nak sibuk pasal Nad dengan suami dia. Ni, apa cerita dengan Kayrul kau tu? Tak keluar pula dengan dia hari ni?" Hanan mula menukar topik. Cuba menghilangkan rasa risau terhadap sahabatnya.

Senyuman Latisha mati.

"Aku merajuk dengan dia!"

"Aik, merajuk pula? Selalunya, kau yang tergedik nak jumpa dia hari-hari." sindir Hanan.

"Takkan hari-hari aku nak tergedik-gedik dekat dia. Bagilah aku merajuk hari ni. Mesti dia pujuk punya!" yakin Latisha.

"Kau yakin dia akan pujuk kau?"

"Mestilah! Aku kan bakal isteri dia."

"Berangan!" Hanan mengelengkan kepalanya. Alat kawalan jauh dicapai.

"Eee! Mana dia ni?! Kenapa tak telefon? Tahu tak orang tengah merajuk?!" rungut Latisha sambil membelek-belek telefon pintarnya.

"Apa lagi masalah kau ni, Sha?" Hanan yang terasa diganggu, segera menegur.

"Si Kayrul! Tak reti nak call pastu pujuk aku ke?" adu Latisha.

"Aku dah cakap. Mimpi je lah kau yang dia nak pujuk kau."

Latisha menjuihkan bibirnya. Sedikit pun tidak heran dengan kata-kata pedas yang keluar daripada mulut Hanan. Kalau sehari tak berkata kasar, itu bukan namanya Hanan. Kalau orang luar, pasti mudah sentap dengan kata-kata Hanan.

Bunyi nada deringan telefon pintar membuatkan perbualan mereka terhenti.

"Ha? Siapa yang call tu?"

Latisha meneliti skrin telefon pintarnya. Dia melonjak kegembiraan.

"Yeay ! Kayrul call aku !" girangnya.

"Tunggu apa lagi ? Angkatlah. Encik abang awak nak pujuk tu."

"Tak naklah ! Aku belum puas merajuk." telefon dibiarkan berdering buat seketika.

Hanan mengaru kepalanya yang tidak gatal. Apa masalah minah ni sebenarnya ? Hanan pening dengan perangai sahabat-sahabatnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro