Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✿𝓑𝓐𝓑 4

WAJAH Nadhirah berkerut seribu. Manakala, Tengku Afiq pula tersengih-tersengih mengalahkan kerang busuk. Apa sengih-sengih? Aku koyakkan mulut kau tu baru kau tahu!"Tengku ada masalah ke?" soalnya dengan nada sedikit kuat. Tidak selesa apabila asyik direnung oleh mata miang itu.

"Tak ada masalah pun cuma saya nak cakap sesuatu ni..." senyuman penuh makna diberikan. Inilah waktu yang tepat untuk dia mengatakan hal sebenar!

"Cakaplah. Saya sudi bagi pinjam telinga saya ni dekat tengku," seloroh Nadhirah sambil memasukkan nasi ke dalam mulutnya.

"Saya nak cik bayar hutang cik..."

Huk! Huk! Huk!

Mata Nadhirah terbuntang luas. Garpu dan sudu kembali diletakkan di atas meja makan.Tekaknya perit. Matanya berair. Dia cuba menenangkan dirinya dengan meneguk air kosong yang dipesannya.

Hutang? Sejak bila dia berhutang?

"Hutang apa ni? Tengku jangan buat lawak. Saya tak pernah hutang orang. Abah dengan umi tak pernah ajar saya berhutang," nafi Nadhirah sambil memeluk tubuh.

"Saya tak ada cakap pun awak yang berhutang. Saya cuma suruh awak bayar hutang awak," Nadhirah binggung. Tidak faham dengan kata-kata kerabat diraja itu.

Apa maksud dia? Aku tak berhutang tapi aku kena bayar hutang? Tak faham! Dahi dipicit perlahan.

"Tengku pandai buat lawak! Nak saya tolong gelakkan?" soal Nadhirah sekadar ingin menutup rasa gugup.

Namun, apabila terpandang wajah serius milik Tengku Afiq membuatkan dia hilang kata-kata. Adakah benar dia memiliki hutang terhadap lelaki itu? Jika tidak, kenapa wajahnya seperti mengatakan 'ya'? Dia buntu. Fikirannya berkecamuk.

"Tengku main-main, kan? Saya tak ada masa nak main-main dengan tengku," keluhnya.

"Saya tak main-main pun..."

"Kalau betul tengku serius, tolong explain dekat saya. Apa yang saya hutang dekat tengku? Tolong bagitahu saya," Nadhirah akhirnya menyerah diri dan mula untuk membuka telinganya untuk mendengar.

"Betul nak tahu kenapa?"

"Ya, kenapa?"

"Disebabkan kawan cik!" dahi Nadhirah berkerut. Kawan aku?

"Kawan cik dah pinjam dekat saya RM 100 ribu tanpa memberikan tujuan yang jelas. Saya nak duit saya balik tapi dia selalu cakap yang dia tidak ada duit untuk bayar balik hutang dia. Dia suruh saya cari cik dan meminta cik untuk bayar bagi pihaknya..."

Mata Nadhirah terbuntang luas. Siapa yang berani-berani petik nama aku ni?!

Latisha? Hanan? Tak mungkin!

"S... Siapa dia?"

"Syazana. Cik ingat dia?"

Nadhirah terkedu. Syazana...

Dah lama tak dengar nama tu. Syazana, seorang gadis yang naif dan pendiam di depan umum. Hakikatnya, gadis itu suka menyakiti hatinya ketika di zaman universiti. Sekarang dia dah masuk ke alam pekerjaan, gadis itu masih lagi mahu menggangu hidupnya?!

Macam mana dia masih lagi ingat dekat aku?

Jangan cari masalah, Nad. Kita selesaikan benda ni secepat mungkin.

"Saya boleh bayar ta...tapi tengku kena bagi saya sedikit masa."

"Tak perlu. Saya tak perlukan duit cik. Saya nak cik lunaskan hutang tersebut dengan cara lain. Cara yang lebih mudah."

Kening Nadhirah terangkat tinggi.

"Cara lebih mudah? Apa caranya?" soal Nadhirah gugup. Jus oren dipesannya diteguk rakus. Tekaknya tiba-tiba terasa perih.

"Kahwin dengan saya..."

Huk! Huk! Huk!

Sekali lagi Nadhirah dapat merasakan maut semakin menghampiri.

Keperitan di tekaknya semakin berbisa. Dengan terburu-buru, gelas kembali dicapai lalu air diteguk.

"Awak okey?" Tengku Afiq khawatir.

Nadhirah tidak boleh berbicara. Matanya terpejam rapat sambil tangannya memegang leher.

Okey kepala lutut dia!

"Tengku dah tak waras ke? Kita kenal pun tak. Tiba-tiba ajak orang kahwin."

"Tak kenal? Saya tahu nama cik. Cik tahu nama saya. Kan dah kenal tu," ujar Tengku Afiq selamba dengan tuturnya. Dia langsung tak mengendahkan pandangan tajam Nadhirah akan-akan mahu membunuhnya.

"Tengku fikir semudah itu je ke? Baik, kalau macam tu, saya nak tanya. Nama penuh saya apa? Kata tadi tengku tahu nama saya," Nadhirah cuma mencabar. Kita tengok lelaki gelojoh itu boleh ke tidak menjawab pertanyaaannya.

Nadhirah berpuas hati apabila melihat wajah pucat Tengku Afiq selepas mendengar soalannya. Namun, selepas itu, kedengaran lelaki menghembus nafas lega.

"Saya tahu. Nama penuh awak Nur Nadhirah Syazwani binti Latif."

Kening Nadhirah berpaut antara satu sama lain. Macam mana lelaki itu tahu nama panjangnya? Macam mana ni? Bagaimana caranya untuk dia melarikan diri?

"Kalau macam tu, saya akan bayar. Saya janji saya akan cari cara untuk bayar hutang tengku. Saya merayu,"

"No. No. No! Kan saya kata saya tak perlukan duit cik. Saya cuma nak cik setuju sahaja dengan lamaran saya," Tengku Afiq tetap berkeras dengan keputusannya.

"Jangan harap!"

"Apa masalahnya? Cik sepatutnya happy tau sebab saya pilih cik sebagai isteri saya. Semua benda cik akan dapat nanti. Saya kaya, kacak, berharta dan digilai ramai. Itu pun cik masih tak mahu?" Tengku Afiq mulai bongkak dengan kelebihannya.

Nadhirah mengecilkan matanya memandang lelaki gelojoh yang sibuk membangga diri itu. Memanglah tengku ni kaya, kacak, berharta dan digilai ramai tapi saya tak hadap pun semua tu. Getus hati Nadhirah.

"Kalau tengku belikan istana untuk saya pun saya tak hadap!"

"Awak memang tolak rezekilah. Kalau saya lamar dekat perempuan lain ni, memang muntah paku agaknya sebab terlalu happy."

"Itu perempuan lain bukan saya," bidas Nadhirah.

Tengku Afiq merengus geram. Susah betul dia mahu mencuri hati gadis yang bernama Nadhirah Syazwani ini!

"Kenapa pandang saya macam tu? Marah?" kini, giliran Nadhirah pula ingin mencari gaduh. Sengaja dia memeluk tubuhnya seakan-akan dia tenang dan tidak takut langsung dengan pandangan tajam itu.

"Marah lah! Tak apa, kalau cik tak terima lamaran saya... Akan..."

Sengaja Tengku Afiq menggantungkan ayatnya. Nadhirah masih sabar menunggu ayat seterusnya.

"Akan apa?"

"Bunuh Syazana..." Nadhirah tersenyum sinis.

"Silakan! Memang patut pun mati. Suka hati je heret nama orang lain. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan!" sokong Nadhirah.

Tengku Afiq merengus geram. Nampaknya, tak berhasil. Kena guna cara yang lebih kejam!

"Ataupun saya akan..." sekali lagi, dia menggantungkan ayatnya.

Nadhirah mengaru kepalanya yang gatal, "Akan apa lagi?!" dia seperti sudah hampir hilang kesabaran.

"Saya akan jumpa mak ayah cik di kampung dan meminta mereka membayarkan hutang cik.Cik tak kesian ke dekat mereka nanti bila dapat tahu anak perempuan mereka berhutang dan tak mampu bayar semula? Cik sanggup nak biarkan orang kampung cakap benda tak elok dekat orang tua cik?" senyuman sinis dihadiahkan kepada Nadhirah.

Gadis tersebut terpana. Pada masa yang sama, dia mulai mengepal penumbuknya di bawah meja. Hatinya sakit apabila lelaki itu menyebut tentang orang tuanya.

"Tengku jangan melampaui batas..."

"Saya tak ada pilihan."

Walaupun nanti dia berkeras yang tidak melakukannya namun siapa yang mahu percaya dengan kata-katanya? Nadhirah mengetap bibir bawahnya. Ah, lelaki ini sengaja mahu membuatkan darah tingginya naik mendadak.

"Saya benci tengku!"

"I don't care," balas lelaki itu pantas. Mata lelaki itu semakin tajam menikam mata bulat milik Nadhirah.

Nadhirah sudah tidak dapat menahan sebak di dada. Kenapa hidupnya terlalu malang? Air mata yang sudah bergenang, diseka kasar menggunakan hujung baju.

"Saya minta diri dulu..." tas tangan diambil pantas sebelum dia berjalan laju keluar dari restoran. Dadanya sakit yang amat.

Tengku Afiq hanya memandang kosong pemergian Nadhirah. Dia mengeluh panjang. Adakah kata-kata tadi terlalu kejam?



KEPALA dipicit perlahan. Fail-fail kerja yang berlambak di atas meja, hanya dipandang kosong. Fikirannya terganggu. Bayangan Nadhirah yang sedang menangis sambil berlari keluar asyik bermain-main di fikirannya. Sehebat-hebat dirinya, dia akan lemah apabila melihat air mata wanita. Apa yang dia harus lakukan untuk memujuk gadis itu?

Tok! Tok! Tok!

"Masuk!" Laungnya dari dalam sebagai tanda memberi izin kepada gerangan yang mengetuk pintu.

Kayrul melangkah masuk ke bilik kerjanya majikannya dengan membawa sebuah fail berwarna merah. Dia merapati lelaki kaya itu sebelum tunduk hormat diberikan seperti biasa.

"Kenapa, Kayrul?"

"Saya bawa fail yang tengku minta kelmarin. Dalam ni terdapat maklumat-maklumat peribadi Cik Nadhirah yang tengku mahukan," fail merah tersebut diletakkan di atas meja kerja.

"Nombor telefon dia?"

"Ada dalam tu."

Tengku Afiq mulai membaca isi-isi maklumat di dalam fail tersebut dengan penuh teliti. Dia tersenyum puas. Boleh dikatakan maklumat-maklumat yang terdapat di dalam fail tersebut lengkap. Makanan dan minuman kegemaran gadis itu turut terdapat di dalamnya.

"Good job, Kayrul!" Kayrul tersenyum segan sambil menunduk. Jarang sekali majikannya mahu memuji kerjanya.

"Habuan untuk kerja keras kau. Share dengan budak-budak yang turun padang tolong kau cari maklumat pasal perempuan ni," sebuah sampul surat dihulurkan. Kayrul segan untuk menerimanya.

"Susahkan tengku pula. Tengku selalu bagi kami duit. Tak termasuk gaji lagi. Tak manis pula saya asyik kikis duit tengku," tolaknya lembut.

Tengku Afiq tertawa kecil dan masih setia menunggu sampul surat tersebut bertukar tangan.

"Apa pula kau cakap macam tu? Tak ada lah banyak mana aku bagi. Aku tahu susah jadi bodyguard ni. Lagi pun kau tak kikis pun duit aku. Perempuan-perempuan dekat luar sana lagilah korek aku beribu-ribu. Ambillah."

Lambat-lambat Kayrul menyambut huluran tersebut. Isi sampul surat tersebut dibuka. Terdapat beberapa keping wang berwarna ungu di dalam sampul tersebut.

"Cukup tak? Tak cukup, aku boleh tambah lagi?"

"Terlebih cukup, tengku. Terima kasih..." sekali lagi, Kayrul memberikan tunduk hormat. Tengku Afiq tidak berkata apa-apa namun menghadiahkan pekerja setianya dengan senyuman.

"Malam ni tengku nak makan apa? Saya akan pesan dekat Mak Hawa nanti," Tengku Afiq melirik ke jam tangan mewahnya sebelum bertindak menggelengkan kepala.

"Malam ni aku makan dekat rumah Emma. Malam ni pun aku tidur sana terus. Jaga rumah," Tengku Afiq mengeluarkan arahan kepada pengawal keselamatannya. Dia bingkas bangun dan berjalan meninggalkan ruangan bilik kerja.

"Tengku..." Di luar, terdapat lagi dua jejaka berbadan sasa sedang berjaga di pintu bilik kerja. Maing-masing memberikan tunduk hormat kepada majikab mereka.

"Malam ni korang tak payah ikut aku. Aku hari ni nak singgah girlfriend aku je. Tolong jaga rumah dan dengar arahan Kayrul."

"Baik, tengku!" sahut kedua-dua lelaki berbadan sasa itu.

Tengku Afiq melangkah laju menuju ke lift untuk ke bilik utama iaitu bilik tidurnya. Dia ingin bersiap sebelum mengunjungi rumah kekasih simpanannya, Emma.

"Kayrul, tengku nak pergi rumah girlfriend tengku yang mana?" salah satu lelaki berbadan sasa yang masih berdiri di pintu ruangan kerja mula membuka mulut selepas memastikan majikannya menghilang. Nama panggilannya ialah Pejal.

"Malam ni, tengku kata nak pergi rumah Emma," jawab Kayrul yang berdiri di tengah-tengah di antara dua lagi pengawal keselamatan yang turut sama menemaninya.

"Emma? Emma yang ada kacuk Australia tu ke?" kali ini, pengawal keselamatan bernama Roy bersuara.

"Ya lah! Emma mana lagi?" Kayrul menggelengkan kepalanya.

"Mana aku tahu Emma yang mana satu. Setahu aku, tengku ada tiga girlfriend nama Emma. Emma Australia. Emma Naura. Lagi satu Emma apa?" Pejal cuma mengingat nama-nama kekasih simpanan majikannya yang bermula dengan nama 'Emma'.

"Emma Koala!" akhirnya, ingatan Pejal muncul kembali. Dengan yakin, dia memberikan jawapannya.

"Paola!" 

⚠️DILARANG MENCURI IDEA ATAUPUN PLAGIAT KARYA SAYA. JIKA TIDAK, SAYA AKAN MEMAKLUMKAN HAL TERSEBUT KEPADA PIHAK WATTPAD !⚠️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro