Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✿𝓑𝓐𝓑 39

TELEFON pintarnya dibelek. Dia memuncungkan bibirnya. Tangan kanannya bermain-main dengan anak rambut. Dia mengeluh.

Haih, mana mamat ni? Sombong betullah!

Telefon dibaling ke atas katil. Dia turut merebahkan badannya ke atas tilam. Wajahnya muram.

"Woi!" jerkah Hanan yang entah datang dari mana. Dia sedang menyandarkan badannya pada pintu bilik.

"Apa?"

"Kau dah kenapa, Sha? Sedih semacam je," tegur Hanan.

"Si tunang aku nilah. Tak pernah nak call aku. Penat tau setiap malam aku tunggu..." luah Latisha sebal.

"Tunang?" Dahi Hanan berkerut.

"Siapa lagi kalau bukan Kayrul, tunang kesayangan aku."

"Hei, sejak bila pula si Kayrul tu tunang kau?"

Latisha tersengih.

"Alah, bagilah aku rasa kebahagiaan palsu ni sekejap."

Ketawa Hanan meletus. Dia menghampiri sahabatnya itu lalu kepala Latisha diluku.

"Sakitlah, sengal!"

"Kau tulah yang sengal. Kalau lambat sangat nak tunggu dia call kau, kau je lah yang call dia," cadang Hanan.

"Kau gila? Jatuhlah saham aku sebagai wanita paling cantik di dunia ni," ujar Latisha sambil mengibas rambutnya yang panjang ke belakang. Ala-ala model terkenal.

"Habis selama ni kau yang terhegeh-hegeh dekat dia saham kau tak jatuh?" sindir Hanan.

"Itu kes lain. Kau tak boleh babitkan kes tu dengan kes sekarang!" bidas Latisha laju. Dia mencebik.

"Apa yang lain? Sama je."

"Lain. Itu melibatkan hati dan perasaan. Aku kenalah mulakan dulu. Kalau tak, memang dia takkan pandang aku punya," jelas Latisha.

"Habis kes sekarang melibatkan apa?"

"Sekarang melibatkan maruah. Kalau aku call dia, mesti dia kata aku ni perempuan tak tahu malu. Perigi cari timba."

Hanan menggelengkan kepalanya. Habis selama ni bukan memang perigi cari timba?

"Lantak kaulah! Asalkan kau bahagia dengan kebahagiaan palsu kau tu." putus Hanan.

"Eleh, aku tahulah kau cemburu dengan aku, kan? Sebab kau tak laku!"

"Eh, kau ni! Hati aku limited edition lah. Hanya yang layak sahaja yang dapat tau." Dengan megahnya, Hanan berkata.

"Sedihnya. Tak apa, nanti aku promote kau dekat Instagram, eh? Aku tulis dekat bawah. Gadis yang lama kesepian. Memerlukan boyfriend segera. Jika berminat,boleh menghubunginya di nombor yang tertera di bawah. Sekian, terima kasih. Okey?"

Hanan berdecit geram. Perut Latisha dicubit.

"Kau ingat aku ni barang ke apa? Huh!"

Latisha terkekeh-kekeh mentertawakan sahabatnya itu. Bahu Hanan diraih lembut.

"Alololo! Janganlah marah..." Belum sempat Latisha memujuk sahabatnya, mereka dikejutkan dengan deringan telefon pintar milik Latisha.

"Siapa tu yang call?" Hanan mengangkat tinggi keningnya. Latisha turut keliru.

Skrin telefon diintai. Nama 'Kayrul My Tunang' tertera di skrin.

"Wow! Kayrul your tunanglah telefon!" kata Hanan sambil menutup mulutnya menggunakan telapak tangan.

"Weh, apa aku nak buat ni?! Hanan!" Latisha panik.

"Woi, yang kau gabra sangat ni dah kenapa? Angkatlah!"

"Aku... Arrghhh!"

"Aku apa? Apahal kau ni?" Hanan binggung dengan perangai Latisha.

"Dia call aku! Apa aku nak buat ni? Aku malulah," terang Latisha.

Hanan merengus geram sebelum merampas telefon pintar Latisha. Latisha semakin panik.

"Kau nak buat apa ni?" soal Latisha cemas.

"Angkatlah!" Hanan menjawab panggilan Kayrul. Mata Latisha terbeliak.

Mati! Mati dia! Malunya! Mana dia nak sorok muka ni?

"Assalamualaikum, Kayrul. Nak cakap dengan Sha? Jap, saya bagi." Telefon diletakkan di telapak tangan Latisha.

Latisha terlopong. Dengan tergagap-gagap, dia memulakan perbualan.

"Err... saya ni Latisha!"

"Maaflah kalau saya kacau awak malam-malam ni."

'Mana ada kacau! Kalau nak call aku dua puluh empat jam pun boleh.' Latisha tersengih miang.

"Eh, mana ada awak kacau saya. Kenapa awak telefon saya ni?" soal Latisha.

"Saya cadang esok nak ajak awak sarapan sama-sama sebelum saya hantar awak ke pejabat. Itu pun kalau boleh lah. Mana tahu esok awak ada plan nak sarapan dengan kawan awak?" Kayrul memberitahu niatnya yang sebenar.

"Saya free! Saya free!" jawab Latisha pantas. Teruja.

Kayrul tertawa kecil. Hilang dah perasaan malu tu?

"Betul ni? Saya tak nak awak terpaksa."

"Mana ada! Ish, awak ni ajak ayam-ayam je ke? Awak sengaja kan nak mainkan perasaan saya?" Suara Latisha bertukar sedih.

Hanan mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dah mula dah... Baik dia chaw dulu! Hanan berlalu meninggalkan Latisha yang bagikan cacing kepanasan.

"Sorry, awak. Okeylah saya nak tidur dulu. Esok saya jemput awak pukul tujuh setengah pagi. Pakai cantik-cantik tau. Good night..."

Latisha mengigit bawah bibirnya. Oh, hati makin cair dibuatnya!

Oh my future husband!

"Good night my future husband..." ucap Latisha manja sebelum mematikan panggilan telefon.

Kayrul tergamam buat seketika. Dia berdebar-debar. Telefon pintar diletakkan di atas tilam.

Kenapa dengan dia ni?

"Oh my god!" Latisha menjerit sekuat hati. Dia benar-benar gembira.

"Woi, kau dah kenapa?! Memang minta maki jiran sebelah ke?" tegur Hanan yang sedang menikmati biskut oreonya.

"Aku nak pitam! Bakal suami aku ajak aku date esok!!!"

Hanan menggelengkan kepalanya.

"Payah betul bila dah angau ni. Dah pergi tidur sana. Tak payah nak melalak malam-malam buta ni. Kang tak pasal-pasal jiran beratur depan rumah. Kalau kau kena sorang tak apa, ni karang aku kena sekali." Sempat Hanan memberi peringatan sebelum kembali ke dapur.

Latisha mula menumbuk-numbuk bantal peluknya. Yeay, esok dating dengan future husband! Esok wajib pakai baju cantik-cantik. Kalau boleh biar meleleh air liur dia. Latisha ketawa gedik.

Krekkk...



PAGAR rumah ditutup. Bibirnya tak lekang dengan senyuman lebar. Kayrul menurunkan cermin tingkap kereta.

"Good morning..." sapanya mesra.

"Good morning!" Latisha tersipu-sipu malu.

"Cantik awak hari ni," puji Kayrul.

Pipi Latisha mula merah padam. Emak, kenapa dengan bakal anak menantu mak ni? Sweetnya...

"Kenapa? Selama ni saya buruk, ya?"

"Bukan itu maksud saya. Maksud saya, awak semakin hari, semakin cantik...."

"Saya tahu saya cantik. Awak tu je yang tak perasan!" kata Latisha acuh tak acuh.

Haish, kenapa hang ni selamba sangat Sha!

"Sorry. Jemputlah masuk!" pelawa Kayrul.

Makin lebar senyuman gatal Latisha dibuatnya. Dia pantas berlari masuk ke dalam bahagian bersebelahan dengan pemandu.

"Jom makan. Saya lapar ni! Saya tak sempat nak jamah apa-apa sebelum bersiap tau," ujar Latisha sambil memuncungkan bibirnya.

Kalau ada Hanan sekarang ni, memang dah lama dia ketuk kepala si Latisha ni pakai tukul.

"Kesiannya awak. Okey! Saya bawa awak pergi makan dekat satu kedai ni. Mesti awak tambah lima pinggan punyalah!"

"Yeay! Jom! Jom, sayang!" Latisha mula merengek manja.

Kayrul gelak besar. Enjin kereta dihidupkan sebelum keretanya mula meninggalkan kawasan perkarangan rumah sewa milik Latisha.



DAHI Mak Hawa berkerut memandang tingkah laku isteri majikannya. Kelihatan gadis itu sedang membancuh kopi O sambil tersenyum sendiri. Apa agaknya yang difikirannya?

Belum sempat dia ingin membuka mulut, niatnya terbantut apabila Tengku Afiq masuk ke dapur. Lelaki itu membuat isyarat jangan menegurnya. Mak Hawa bagaikan mengerti segera bersuara.

"Nad..." panggil Mak Hawa.

"Kenapa, Mak Hawa?"

"Mak Hawa pergi siapkan sarapan untuk pekerja-pekerja yang lain dulu ya..."

"Nak Nad tolong Mak Hawa tak?" Nadhirah mahu menghulurkan bantuan.

"Tak perlu. Mak Hawa pergi dulu." Nadhirah mengangguk sebelum kembali fokus pada kerjanya.

Tengku Afiq tersenyum lebar sebelum mula berjalan merapati Nadhirah. Pinggang gadis itu dirangkul erat. Nadhirah tersentak.

"Shh! Ini akulah," bisik Tengku Afiq.

"Tengku nak apa? Jangan kacau sayalah! Malulah sikit dengan pekerja-pekerja tengku. Apa diaorang cakap nanti?!" tegur Nadhirah.

"Ada aku kisah? Dia orang bukan berani pun," jawab Tengku Afiq selamba.

Nadhirah senyum geram. Sabarlah wahai hati!

"Tapi nanti tak pasal-pasal kena gosip liar."

"Bagus juga tu. Aku dah lama teringin nak jadi artis. Tapi tu lah, aku kena tolong perniagaan daddy."

'Haih suami aku ni kang! Aku serius, dia boleh main-main pula...'

"Dahlah! Ni tengku nak apa? Saya tengah sibuklah."

"Nak morning kiss..." Akhirnya, Tengku Afiq memberitahu niat asalnya. Dia tersengih nakal.

"Tak nak saya!" bangkang Nadhirah.

Gila!

"Haih, kita tahulah kita ni tak handsome. Tak ada siapa yang sudi cium kita..." Nada suara Tengku Afiq bertukar sedih.

Nadhirah mengigit bibirnya. Nak ke tak nak ni?

Dia mula memusingkan badannya secara perlahan-lahan menghadap Tengku Afiq. Dia memerhati sekeliling. Mana tahu ada yang melihat secara senyap-senyap, kan?

Line clear!

Cup!

Pipi kanan Tengku Afiq dikucup pantas. Mata dipejam rapat. Malu.

Tengku Afiq mencebik manja. Dia menggelengkan kepalanya.

"Tak nak dekat pipi!"

"Habis tu?"

"Sini..." Bibir dimuncungkan.

Mata Nadhirah terbeliak. Bahu Tengku Afiq dipukul perlahan.

"Apa ni? Sakitlah!" adu Tengku Afiq.

"Jangan nak melebih-lebih, eh!"

"Fine..." 'Mood baby' kembali diaktifkan.

Nadhirah tersenyum lebar sebelum wajahnya mula merapati wajah sang suami. Tengku Afiq terkedu.

"Morning kiss..." kata Nadhirah perlahan. Mata kembali dipejamkan.

Tengku Afiq bagaikan mengerti turut sama memejamkan matanya. Bibir mereka bersatu buat seketika sebelum Nadhirah kembali menjarakkan wajah di antara mereka.

"Ehem!" Tengku Afiq berdehem bagi menghilangkan rasa gugup.

"Tengku pergilah duduk sana. Sekejap lagi saya datang." Nadhirah segera bersuara memecahkan kejanggalan di antara mereka.

"Okey!"

Dia berjalan meninggalkan Nadhirah keseorangan di dapur. Senyuman tak lekang dari bibirnya.

Sementara di dapur pula, Nadhirah sedang mengurut dadanya.

Fuh, kenapa dengan dia ni? Tiba-tiba pula rasa berdebar-debar.

Lupakan!

Teko dibawa ke ruang makan. Nadhirah berlagak tenang.

"Jemput makan..." Senyuman dipamer.

"Kau tak nak join?" soal Tengku Afiq.

"Tengku makanlah dulu. Saya nak kemas dapur tu sekejap." Nadhirah mencipta alasan.

"Rumah ni kan banyak pekerja. Biarlah dia orang yang kemas. Kau makan sekali dengan aku," pinta Tengku Afiq.

"Tapi..."

"Now!" Tekannya. Nak tak nak, Nadhirah terpaksa mengalah.

Tak apa Nad. Syurga! Syurga!

"Ambil makanan tu." Sekali lagi Tengku Afiq mengeluarkan arahan.

Nadhirah mengeluh sambil tangannya mencapai pinggan kaca yang disediakan. Mereka mula menikmati sarapan pagi. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro