✿𝓑𝓐𝓑 33
Pap!
CAWAN plastik yang pada mulanya berisi air kopi diletakkan di atas meja secara kasar. Dahi Hanan berkerut melihat rakannya yang sedang mengeluh.
"Kau dah kenapa? Ada masalah?" soalnya risau.
Latisha menggelengkan kepalanya.
"Aku cuma risaukan si Nad je," terang Latisha. Rambut dibetulkan.
"Apa yang kau nak risau? Dia pergi sana bukan sorang-sorang. Suami dia kan ada!"
"Kau tak faham, Nan..."
Hanan semakin keliru. Tidak memahami kata-kata Latisha.
"Habis tu?"
"Kau macam tak tahu pasal rumahtangga diaorang. Aku risau tengku apa-apa kan Nad. Macam-macam Nad kena. Takkan kau tak risau?" Dia mencebik.
Hanan berfikir sejenak sebelum kembali bersuara.
"Aku yakin tengku tak mampu buat apa-apa dekat Nad."
"Mana kau tahu? Weh, tengku tu playboy. Petik je jari, berderet perempuan nak tidur dengan dia. Perempuan ni dia tukar macam tukar baju je."
"Aku tahu pasal tu."
"Habis?!" Lastiha melenting. Geram dengan reaksi Hanan.
"Kau lupa ke mulut kawan kita tu mengalah mulut burung murai? Aku tahu kalau tengku cuba buat benda yang dia tak suka, habislah nanti tengku kena sembur."
"Betul jugak, kan?" Latisha mula berasa lega.
"Tahu pun! Dah, daripada kau dok sibuk fikirkan si Nad, baik kau belikan aku kopi."
Latisha merengek manja. Bahu Hanan dirangkul.
"Kaki aku lenguhlah..."
"No! Pergi. Cepatlah, aku haus ni."
Lastisha sempat mencubit geram pipi Hanan sebelum berdiri. Fikirnya melayang jauh. Kepalanya asyik memandang lantai sehingga dia tidak sengaja terlanggar seseorang.
Bukkk!
"Air aku!"
Lastisha terkejut. Dia segera mengangkat kepalanya.
"Maafkan saya, encik."
"Tak apa. Lain kali awak..."
Dahi mereka berkerut memandang wajah masing-masing. Latisha tersengih.
"Awak Kayrul, kan?" tekanya.
"Yes! Er… Cik kawan puan muda tak silap saya."
"Ya, sayalah tu. Tak sangka pula kita boleh berjumpa dekat sini. Hari ni awak tak berkepit pula dengan puan muda kesayangan awak tu?" soal Latisha mesra.
"Oh! Saya saja datang sini nak jalan-jalan sekejap. Nanti petang saya datang balik sana," terang Kayrul.
Latisha angguk. Gigi putihnya yang tersusun cantik ditayangkan.
"Air awak macam mana? Nak saya ganti?" Latisha serba salah.
"Tak perlu..."
"Betul ni? Tu baju awak kotor. Kalau macam ni, saya bagi nombor telefon saya. Nanti bila awak nak suruh ganti balik, awak call je, boleh?" Kad nama dihulurkan.
"Baiklah." Kad bertukar tangan.
"Saya minta diri dulu. Puan muda tengah tunggu saya." Kayrul meminta diri. Mereka saling berbalas senyuman.
"Baiklah!" Latisha tersipu-sipu malu.
Latisha membatalkan niatnya untuk membeli kopi. Dia perlahan-lahan berjalan menuju ke tempatnya. Senyuman masih lagi terukir di bibir.
Hanan mengecilkan matanya. Dia dari tadi hanya menjadi pemerhati dari jauh.
"Amboi kau, bukan main ea? Senyum macam orang angau!"
"Alah, bagilah member kau ni bahagia sekejap." Wajah Latisha masam.
"Poyo! Kau tu yang buta. Mata tu lain kali jangan letak dekat lutut," kutuk Hanan.
"Aku rasa semua ni ada makna. Aku dah bagi nombor telefon aku. Mana tahu melekat?" Kening diangkat tinggi.
Hanan tertawa besar. Dahi Latisha berkerut.
"Melekat? Seriusly? Kau ni tak tahu cerita ke?" soal Hanan dalam sisa tawanya.
"Cerita apa?"
"Ramai perempuan nak dekat si Kayrul tu. Biasalah lelaki hensem, kan? Sebut je lah! Yang seksi? Montok? Mengancam? Ustazah? Memang beratur nak kan dia. Tapi sayang, satu pun dia tak berkenan. Hati dia keras macam batu tau! Kau nampak je dia tu macam friendly tapi tu lah dingin bab cinta..." cerita Hanan.
Latisha mengeluh.
"Melepaslah aku..."
"Kau chill je. Kalau dah tertulis dia tu jodoh kau, suatu hari nanti kau dengan dia juga!"
"Yalah, doktor cinta!" Bahu Hanan dirangkul.
"Kalau si Nad tahu yang kau ni syok dekat bodyguard kesayangan dia, mahu dia gelak kan kau!"
"Aaaa janganlah!"
“Tahu takut. Dah, sana! Aku nak beli kopi. Kang suruh kau lagi, mau entah siapa lagi yang kau langgar." Hanan mula berdiri.
Latisha tersengih. Telefon pintarnya dicapai malas. Masa untuk layan drama!
Klik!
NADHIRAH angkat kepalanya. Dahinya berkerut memandang Tengku Afiq yang baru sahaja jumpa jalan pulang ke hotel.
"Buat apa tu?" soal Tengku Afiq. Dia cuba mengajak Nadhirah berbual.
"Korek hidung."
Tengku Afiq mencebik. Dia merebahkan tubuhnya bersebelahan dengan isterinya. Tubuh gadis itu di dakap.
"Apa peluk-peluk ni? Rimaslah!"
"Rindu nak peluk kau. Apa salahnya aku peluk isteri sendiri? Dapat pahala..."
Nadhirah merengus geram.
"Dah puas peluk Selena Kumis tadi lepastu sekarang nak peluk saya pulak?" sinis Nadhirah.
"Bila masa pula aku peluk dia? Aku tak bernafsu okey!"
"Aik, bukan tengku suka perempuan seksi macam dia ke?" Nadhirah tersenyum sinis.
"Dulu ya tapi sekarang tak. Aku cuma harapkan satu je."
Tengku Afiq menjeling sekilas Nadhirah. Nadhirah tertanya-tanya.
"Harapkan?"
"Ya, harapkan kau pakai baju seksi untuk aku," bisik Tengku Afiq nakal.
Mata Nadhirah membutang. Pantas peha Tengku Afiq dicubit kuat.
"Auch! Okey okey. Sorry!"
Nadhirah senyum puas.
"Saya tengah sakit kepala ni. Jangan nak makin buat kepala saya sakit." Nadhirah memberi amaran.
"Yalah budak manja..." Hidung Nadhirah dicuit.
"Tengku busuklah! Pergi lah mandi. Saya lapar tau tunggu tengku."
"Aik, bukan tadi Selena dah bagi bubur ayam?"
Sekali lagi Nadhirah menarik wajah masam.
"Saya tak makan. Mana tahu dia bubuh ubat guna-guna supaya senang-senang saya nak bagi tengku kahwin dengan dia."
Tengku Afiq ketawa besar.
"Apa kau ni fikir sampai macam tu?"
"Kenapa? Tengku kesiankan dia? Suka hati sayalah. Mulut saya!" bidas Nadhirah.
"Fine, terpulang kepada kau."
Sebuah beg kertas diletakkan di atas peha Nadhirah. Nadhirah terkejut.
"Apa ni?"
"Bukalah." Senyuman paling lebar ditayangkan ke arah Nadhirah.
Beg kertas dibuka perlahan. Mulut Nadhirah terlopong.
"Cantiknya gaun ni!" Gaun kembang berwarna royal blue dibelek.
“Suka?"
"Suka! Wait, tengku beli gaun ni untuk siapa?"
"Untuk Selena. Cantik, kan?" Kening diangkat tinggi.
Nadhirah terdiam. Gaun kembali diletakkan di atas tilam.
"Ohhh..."
Tengku Afiq tersengih melihat reaksi drastik Nadhirah.
"Aku gurau jelah. Mestilah untuk isteri aku yang manja ni." Pipi Nadhirah dicubit.
"Eleh, tak payahlah tengku nak jaga hati saya.”
Tahi kambing punya suami!
Nadhirah menyumpah suaminya di dalam hati. Namun, riak wajahnya tetap selamba.
Tengku Afiq menggelengkan kepalanya. Kedua-dua belah bahu Nadhirah diusap perlahan.
"Serius! Aku belikan gaun ni untuk kau. Aku nak kau pakai suatu hari nanti. Hanya aku sorang je yan boleh tengok kau pakai," ujar Tengku Afiq lembut.
Kening Nadhirah ternaik tinggi.
Kenapa tiba-tiba rasa meremang ni?!
"Oh okey! Terima kasih!" ucap Nadhirah dengan nada suara kekok.
"Sama-sama..."
"Jom!" gaun diletakkan di atas tilam. Lengan Nadhirah ditarik.
Eh?!
"Ha? Nak pergi mana?" Dia blur.
"Teman aku mandi," jawab Tengku Afiq dengan pandangan mata nakal.
"Tak nak! Tengku bukan budak-budak lagi nak teman-teman bagai!" protes Nadhirah.
"Apa salahnya? Kan dapat pahala."
Dia ni kan!
"Saya tak nak! Tengku pergilah mandi sorang-sorang."
Tengku Afiq merengus geram sebelum dia bertindak mencempung tubuh isterinya. Nadhirah mulai panik.
"Apa ni?! Saya tak nak teman tengkulah!" marahnya.
"Hah? Hah? Apa dia?" Tengku Afiq pura-pura tidak mendengarnya.
Tahu-tahu sahaja mereka sudah pun berada di bilik air. Tubuh Nadhirah diturunkan secara perlahan-lahan.
"Ready, baby?!" Pili air dipulas. Riak wajah Tengku Afiq tidak berubah. Pandangan nakal.
Pakaian ditanggalkan secara pantas. Nadhirah terduduk di atas lantai bilik air sambil menutup kedua-dua belah matanya menggunakan telapak tangan.
"Arrghh!!!”
"Hahaha! Alah, macam tak biasalah pula tengok lelaki bogel," sakat Tengku Afiq. Seronok melihat reaksi spontan Nadhirah.
"Dasar si tua gila!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro