Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✿𝓑𝓐𝓑 32

KEPALA Nadhirah diurut perlahan. Gadis itu tersenyum. Jaranglah Tengku Afiq mahu bersikap baik dengannya. Entah-entah lelaki itu hanyalah rasa bersalah atas apa yang dia lakukan.

"Tengku tak lenguh ke? Dahlah..." Tangan Tengku Afiq ditolak.

"Bising betul! Kalau aku rasa aku nak berhenti, aku berhentilah. Kau tu sakit, tidur je lah," marah Tengku Afiq.

Nadhirah mencebik. Marah je tahu!

"Fine..."

Baru sahaja Tengku Afiq mahu bersuara, bunyi ketukan pintu membuatkan niatnya terbantut.

Tok! Tok!

"Siapa tu?" soal Tengku Afiq pelik.

"Manalah saya tahu. Jap, saya pergi tengok." Baru sahaja Nadhirah ingin bangun, Tengku Afiq terlebih dahulu menghalangnya.

"Eh, kau baring," arahnya.

"Lah, kenapa pula? Kesian tengku..." Nadhirah tidak puas hati.

"Manalah tahu kat luar tu si Im. Mau menggedik kau dengan dia," sinis Tengku Afiq.

"Hello, saya bukan jenis perempuan macam tu lah!"

"Whatever!" Pintu bilik hotel dibuka sedikit. Kepala dikeluarkan.

"Ku Fiq sayang!!!"

"Eh, Selena!"

Dahi Nadhirah berkerut. Dia berdecit geram.

Macam mana pula si Selena Kumis ni terlepas masuk sini? Makin sakit dibuatnya!

"Err… You tak nak jemput I masuk ke?"

"Oh, ya. I lupa. I betul-betul terkejut. Macam mana you tahu I dekat sini?" Tengku Afiq ketawa.

"I dengar Nad sakit. So, I nak jenguklah. Ni I ada bawakan bubur ayam. Makanlah..."
Bungkusan plastik berisi bubur ayam diberikan kepada Nadhirah. Nak tak nak dia terpaksa ambil.

"Thanks..."

"Welcome, dear! Erm… I nak pinjam husband you sekejap boleh?" Wajah Nadhirah  direnung dengan penuh harapan.

Ooo ada udang disebalik bubur rupanya dia ni!

Tengku Afiq turut sama merenung isterinya yang tampak tenang. Dia ingin tahu jawapan gadis tersebut.

"Pinjam? Kenapa minta izin saya?"

"Yalah, mana tahu you tak kasi." Selena mencebik. Konon mahu meraih simpati.

Puih!

"Eh, mestilah boleh! Ambil terus pun tak apa. Saya tak kisah pun. Aman sikit hidup saya sebab tak perlu bertekak dengan tengku. Pergilah... Saya okey," balas Nadhirah extra sindiran.

"Betul ke ni?!" Selena gembira. Lantas lengan Tengku Afiq dipeluk erat.

Nadhirah tersengih melihat perangai tak semenggah Selena. Baru cakap 'on', bukan main dia!

"Jom Ku Fiq!"

Kelihatan wajah Tengku Afiq serba-salah. Nadhirah tertanya-tanya.
Dah kenapa dia ni? Agak Selena Kumis ni tak seksi ke hari ni ?

"Selena, I rasa esok je lah. I nak jaga Nad. I risau dia tinggal sorang-sorang..."

Selena terdiam. Sama juga dengan Nadhirah.

“But why?! I dah belikan dia bubur, kan? Bagilah dia makan. Dia pandai jaga diri lah. Lagipun dia sendiri cakap yang dia aman kalau you tak ada." Selena tidak puas hati.

"Haah betul tu. Tengku pergilah... Saya okey." Nadhirah cuba menyakinkan suaminya.

Tengku Afiq semakin tidak senang duduk. Hatinya risau dengan keadaan Nadhirah.

"Are you sure?”

"Yeah! Go! Leave me alone." Senyuman 'paling manis' ditayangkan.

"Okey tapi kalau ada apa-apa, terus call aku. Tak pun kau jerit je pengawal dekat luar pintu ni," pesan Tengku Afiq.

Pengawal dekat luar pintu?

“Maksud tengku?"

"Bengaplah kau ni! Maksud aku, ada pengawal yang jaga kau dekat luar. Dia betul-betul berdiri dekat pintu bilik ni. Aku upah dia untuk jaga kau."

"D-dia tak akan intai, kan?"

Nadhirah cuak. Tengku Afiq gelak.

"Kau fikir kau tu lawa sangat ke? Ini pun kira bersyukur aku jadikan kau wife aku!"
Selena ketawa besar selepas mendengar sindiran pedas daripada Tengku Afiq.

Cis, kena sedas!

"Dahlah blah sana! Makin lama, makin menyakitkan hati," halau Nadhirah.

Sebelum meninggalkan bilik hotel, Tengku Afiq sempat membisikkan sesuatu kepada Nadhirah sehingga membuatkan gadis itu terdiam.

"Aku takkan benarkan sesiapa pun sentuh kau. Aku sanggup bunuh orang tu. Sebab kau milik aku. Hanya aku yang boleh sentuh kau..."

Kenapa tiba-tiba rasa berdebar-debar ni? Dada disentuh. Mata Nadhirah terkebil-kebil.

"Apa yang you bisik dekat Nad tu?" soal Selena ingin tahu.

Dia menjadi tidak senang duduk selepas melihat perubahan wajah Nadhirah. Apa yang Ku Fiq bisikkan?

"Nothing! Jom?"

Selena hanya akur. Ini sahajalah cara dia untuk mendekati Tengku Afiq.

I akan pastikan you milik I!

Cukuplah dulu Mahmudah si bodoh tu rampas you daripada I. Sekarang ni, I akan dapatkan you semula. Nasib baiklah budak Mahmudah dah mampus!





3 tahun lepas...

KELIHATAN seorang gadis sedang mengeluh menunggu sahabatnya. Jam tangannya dari tadi asyik direnung.

Berambut ikal mayang. Anak mata yang unik. Dagu yang terbelah. Bibir merah bak delima. Sekali pandang wajahnya saling tak tumpah seperti artis hollywood. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan terpikat!

Mahmudah nama diberi...

"Babe, sorry aku lambat!" jerkah Selena yang sedang berlari-lari anak mendapatkan Mahmudah.

Mahmudah mencebik manja. Dia mula bercekak pinggang. Konon-konon garang.

"Kenapa lambat? Penat tau aku tunggu..."

"Aku betul-betul minta maaf. Tadi Prof Brian keluar lambat sangat," terang Selena.

"Apa-apa je lah! Janji sekarang ni kau dah terpacak dekat sini."

"Hurm… aku nak bagitahu something ni." Selena mula tersipu-sipu malu.

"Bagitahu apa?"

"Akhirnya, aku dah jumpa jejaka idaman aku selama ni babe! Aku nak pikat dia lah..." Selena memberitahu hasratnya.

"Baguslah tu. Tak ada lah kau single macam aku ni ha!"

"Eleh, kau tu memilih je lebih. Sedangkan ramai je mat saleh dekat sini gilakan kau, kan?" perli Selena.

Mahmudah tertawa. Bahu Selena ditepuk perlahan.

"Jap, siapa jejaka idaman kau tu?"

"Erm kalau aku bagitahu kau, kau jangan share dekat orang lain tau!" Selena berjaga-jaga.

"Okey janji!" Pinky promise dibuat.

"Nama dia Tengku Afiq Ikhwan. Orang panggil dia Ku Fiq. Dia anak orang kaya. Aku dah lama suka dia cuma aku malu nak share dengan kau..."

Hidung Selena dicuit manja. Ngada-ngada betul!

"Aku doakan semoga lelaki kesayangan kau tu terima kau. Tak ada lah member aku ni gila bayang!"

Kata-kata Mahmudah disambut dengan ketawa Selena. Dia segan dengan usikan sahabat baiknya sejak kecil itu.

Harap-haraplah cintanya diterima!




COKLAT yang baru dibelinya sebentar tadi, digigit rakus. Sudah lama dia mengidam mahu makan coklat tersebut.

Bosannya bila si Mahmudah ni tak ada!
Puas tadi dia memujuk gadis itu, namun sayang gadis itu memberitahunya bahawa dia ada kelas petang. Tak apalah! Next time dia bawa budak Mahmudah tu sekali. Mesti satu kedai coklat ni dia borong!

Sedang seronok menikmati coklatnya, dia bagaikan terpandang sebuah figura seakan-akan jejaka yang diminatinya, Tengku Afiq.

Dia dengan siapa tu? Dating dengan girlfriend ke?

Kepala diangkat tinggi bagi melihat wajah sang kekasih hati jejaka diminatinya.
Wajahnya berubah keruh. Coklat yang masih lagi tinggal separuh sudah pun jatuh ke atas lantai.

Dadanya sesak. Kolam mata mula memanas. Penumbuk digenggam erat.
Kenapa mesti dia jadi kekasih Ku Fiq?!

Mahmudah...

Mahmudah tak guna! Dia tahu Selena sangat sukakan lelaki itu tapi sanggup kawan baik sendiri rampas lelaki itu daripada dia!

Dasar kawan tikam belakang!

Dia tidak akan sesekali maafkan Mahmudah!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro