✿𝓑𝓐𝓑 30
"KEMAS pakaian kau dengan pakaian aku." Satu arahan diberikan kepada Nadhirah.
Dahi Nadhirah berkerut memandang wajah selamba Tengku Afiq.
"Hah?"
Tengku Afiq merengus geram.
"Agak kau ni pekak ke apa? Aku cakap, kemaskan baju aku dengan baju kau," ulang Tengku Afiq dengan nada suara agak kuat.
"Untuk apa? Tiba-tiba je..."
"Esok kau tahulah," balas Tengku Afiq ringkas.
Tangannya lincah merapikan rambut. Kolar baju turut dibetulkan sebelum minyak wangi kesukaannya disemburkan ke tubuh.
"Tengku nak pergi mana ni? Cuba melekat sikit dekat rumah!" omel Nadhirah.
Tengku Afiq mencebik.
"Untuk apa aku duduk rumah? Bukan dapat apa-apa pun. Lagi-lagi malam ni malam khamis malam jumaat," ujar Tengku Afiq sambil menjeling Nadhirah.
Nadhirah terdiam.
Perli ke apa ni?
"Eh, saya bukan macam perempuan-perempuan yang tengku tidur setiap malam tu lah!" bidas Nadhirah geram.
"Aku tahu. Sebab tu aku kahwin dengan kau."
"Apa maksud tengku?"
"Tak ada apa-apa lah. Dah, diam! Aku nak keluar ni. Jangan lupa pack baju. Bye!”
Kunci kereta dicapai pantas. Nadhirah menggelengkan kepala. Pening melihat perangai tak semengah suaminya.
DAHI Nadhirah berkerut memandang bangunan megah yang berada di hadapannya. Golden Mall. Buat apa dekat sini? Kenapa banyak sangat van?
"Maafkan saya..." tegur satu suara lunak.
Nadhirah terkejut. Dia tersengih memandang gadis tersebut.
"Ya, kenapa?"
"Tengku nak puan jumpa dengan pekerja-pekerja di tapak berhimpun," beritahu gadis itu.
Lambat-lambat Nadhirah mengangguk. Dia menghalang gadis itu untuk terus melangkah.
"Ada sebarang masalah ke, puan?" soal gadis itu lembut.
Nadhirah pantas menggeleng.
"Saya cuma nak tanya. Kenapa ada banyak van ya? And, kenapa kena berkumpul?" soal Nadhirah pelik.
Dahi gadis itu berkerut sebelum dia kembali tersenyum.
"Tengku tak ada cakap apa-apa ke?"
Nadhirah diam. Cuba mengingati peristiwa semalam.
Dia ada cakap apa-apa ke? Dia cuma suruh aku kemaskan baju kita orang je. Lepastu dia blah pergi clubbing.
Ke dia tak dengar ni?
"Puan?"
"Tak ada pun!"
"Puan pasti?" Gadis itu kelihatan curiga. Nadhirah angguk tanda mengiyakan.
"Sebenarnya, tengku mengadakan family day selama 4 hari 3 malam untuk para staff. Jadi, kami kena berkumpul dahulu dan mendengar taklimat," terang gadis itu.
Mata Nadhirah terbeliak. Mulutnya terlopong.
Hari keluarga?!
Kenapa dia tak tahu apa-apa ni?
Nadhirah mengetap bibirnya. Penumbuk digenggam kemas. Dia tertawa kecil.
Mamat ni memang pandai buat kerja dekat belakang dia. Kalau dia tahu, memang dah lama dia lari!
"Puan, puan okey?" Gadis itu kelihatan risau.
Nadhirah tersenyum paksa. Dia menepuk tangannya.
"Okey. Okey sangat! Jom kita berkumpul. Kang mengamuk bos awak tu…" ajak Nadhirah.
Gadis itu menundukkan kepala buat seketika sebelum turut sama mencipta langkah. Nadhirah memilih untuk berjalan agak lambat. Mulutnya tidak henti-henti membebel.
Pandainya bos kesayangan korang ni buat kerja! Semua tiba-tiba!
Tiba-tiba diajak kahwin...
Tiba-tiba cuti diluluskan tanpa diminta...
Tiba-tiba kena join hari keluarga...
Sabar Nadhirah! Just smile depan pekerja-pekerja dia.
Nanti bila dah tak tahan, terajang je mamat playboy tu. Tenang okey?
SETELAH masuk sahaja bilik hotel, Nadhirah terus menghempaskan beg tangannya ke atas tilam. Manakala, Tengku Afiq pula melabuhkan punggungnya di atas sofa berhampiran dengan katil.
Fuh, panasnya cuaca hari ni! Nampaknya, 'perang' bakal tercetus!
"Tengku ni memang melampau, kan?!" hambur Nadhirah. Dia mula bercekak pinggang.
"Apa aku buat?"
Tengku Afiq tampak bersahaja.
"Apa tengku buat?! Apa semua ni? Kenapa bawa saya sekali? Saya lebih rela kerja tau."
"Kau tu isteri aku. Aku kenalah bawa kau sekali."
"Bawa je lah Selena Kumis tengku tu!"
Dahi Tengku Afiq berkerut.
Selena Kumis?
Dia cuba menahan diri daripada ketawa. Aduh, dalam marah-marah dia tetap comel!
"Eh, Selena tu lain..." Sengaja dia ingin menambah bahang api kemarahan Nadhirah.
"Apa yang lain?"
"Dia special. Kau biasa-biasa je..."
Air muka Nadhirah berubah keruh. Namun, mukanya kembali tersenyum.
"Saya tahu Im pun join family day ni, kan?" Perkataan 'Im' ditekan.
"So?”
"So, bolehlah nanti saya berkepit dengan dia. Auch sweetnya!" Mata dikenyitkan.
Kali ini, Tengku Afiq pula yang sentap. Senyumannya lenyap
"Buat apa? Aku kan ada." Tengku Afiq berjalan merapati Nadhirah.
"Apa aku? Sorry, saya hanya akan layan Im."
"Tapi kau isteri aku. Aku ada hak ke atas kau..." bisik Tengku Afiq agak tegas. Aroma minyak wangi dipakainya sekali lagi menusuk ke hidung.
Glup!
Alamak, mamat ni dah start main hak pula?! Apa dia nak jawab ni? Salah cakap, dosa.
"Err… Sabar dulu..." Nadhirah ketakutan. Namun, dia cuba berlagak berani.
"Apa sabar?" Tangan Tengku Afiq mula menjalar melingkari pinggang Nadhirah.
"Aaa! Jangan sampai saya jerit!" ugut Nadhirah.
Tengku Afiq ketawa mengejek. Lingkaran semakin dieratkan.
"Jeritlah, sayang. Biar satu hotel ni dengar. Sikit pun aku tak kisah!"
Nadhirah makin berpeluh. Mata mula dipejam rapat.
Janganlah jadi apa-apa!
Dia masih belum bersedia...
Dahi Nadhirah berkerut apabila merasakan sesuatu yang lembut menyentuh bibirnya. Perlahan-lahan dia membuka matanya.
Anak mata mereka saling merenung. Nadhirah terkedu. Jarinya menyentuh bibirnya.
"Kau kejam Nadhirah..." bisik Tengku Afiq perlahan. Nada suara lelaki itu kedengaran mengeluh.
Tengku Afiq kembali menuju ke sofa sebelum merebahkan badannya. Manakala, Nadhirah masih lagi tercegat.
Fikirannya kosong. Dia masih lagi terkejut.
PAGI itu, Nadhirah cepat-cepat bersiap. Dia hanya membiarkan Tengku Afiq tidur. Perasaannya masih berbolak-balik. Pantai ditujunya. Nafas ditarik lama.
Huh, segarnya!
"Good morning!"
Nadhirah pantas menoleh ke belakang. Kelihatan Amir yang mengenakan t-shirt hitam lengan pendek bersama seluar slack putih.
Kacak!
Nadhirah hanya membalasnya dengan senyuman.
"Awalnya Nad bangun. Kenapa tak tunggu Amir?" Kedengaran suara Amir berjauh hati.
"Nad lupa. Sorry!"
Amir tertawa kecil sehingga menampakkan giginya yang tersusun rapi dan putih.
"Er… Nad..." panggil Amir lembut.
"Ya?"
"Amir..." Amir kelihatan serba-salah. Nadhirah semakin tertanya-tanya.
"Kenapa Amir? Cakaplah!" gesa Nadhirah.
"Err..."
"Woi, korang buat apa tu?!" jerkah satu suara garau.
Nadhirah merengus geram. Ada je yang kacau daun!
Tengku Afiq berlari anak mendapatkan isterinya dan juga Amir. Mukanya kelat tanpa senyum.
"Korang buat apa ni? Nad?"
"Kau jangan salah faham Ku Fiq. Kitaorang cuma..." belum sempat Amir mahu menerangkan, Tengku Afiq terlebih dahulu memotong.
"Aku tanya Nadhirah bukan kau!"
Nadhirah resah. Risau keadaan akan berulang!
"Kitaorang borak kosong je pun. Tengku tak perlu risau. Saya masih lagi tahu status saya."
"I don't care! Perempuan macam kau ni bukan boleh percaya," sinis Tengku Afiq.
"Suka hati tengku lah nak cakap apa pun!"
Nadhirah mengalah.
"Ikut aku!" arah Tengku Afiq. Lengan Nadhirah disambar.
Nadhirah tergamam. Begitu juga dengan Amir.
"Sakitlah! Kita nak pergi mana? Saya baru je nak hilangkan tekanan!"
"Ku Fiq, lepaskanlah dia! Kalau ya pun, jangan lah berkasar. Dia bukan baranglah!" tegur Amir.
Dia tidak sanggup melihat gadis pujaannya itu dikasari oleh mana-mana lelaki termasuk dirinya.
"Kau jangan sibuk urusan rumahtangga aku!"
"Tapi..."
"Jangan dekat dengan isteri aku lagi!" Tengku Afiq terus memberi amaran.
Dengan beraninya, Amir menggelengkan kepalanya.
"Aku akan tetap ada dengan dia! Sebab aku sayangkan dia. Tak macam kau. Kau gunakan dia. Sekali kau sia-sia kan dia, aku akan ambil dia daripada kau dan kau takkan dapat dia balik sebab masa tu dia dah pun jadi milik aku!" tegas Amir.
"Jangan harap!"
Tubuh Nadhirah diheret menuju ke sebuah kafe yang terletak agak jauh daripada kawasan pantai. Amir hanya melihat sahaja pemergian gadis pujaannya.
Jangan risau, Nad!
Amir sanggup buat apa sahaja demi Nad!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro