✿𝓑𝓐𝓑 29
SEPUCUK sampul surat berwarna coklat dihulurkan kepada Nadhirah. Dengan perasaan berdebar-debar, Nadhirah menyambut huluran sampul kertas tersebut.
“Apa isi dalam ni?”
“Oh, ini semua maklumat mengenai Syazana, puan muda,” terang Kayrul.
Sampul surat dibuka rakus. Bibir sudah mengoyakkan senyuman lebar. Alamat, nombor telefon dan segala tentang Syazana kini berada di dalam genggamannya.
“Macam mana, puan muda?” Kayrul risau apabila mendapati Nadhirah hanya mendiamkan diri. Adakah dia sudah terbuat kesilapan dalam kerjanya?
“Good!”
Kayrul tersenyum bangga. Dia memandang ke arah dua orang lelaki berbadan sasa yang berdiri di sebelah kiri dan kanannya. Pejal dan Roy saling berpandangan antara satu sama lain.
“Lepas ni apa plan, puan muda?” Roy bertanya.
“Saya nak awak bertiga bawa saya jumpa dia. Pastikan tengku tak tahu tentang hal ni!”
“Puan muda tak perlu risau. Semuanya sudah pun diuruskan.”
Nadhirah menghembus nafas lega.
Pintu bilik bacaan dibuka oleh seorang pengawal yang ditugaskan untuk menjaga pintu bilik bacaan. Wajah lelaki itu kelihatan cemas.
“Puan muda, maafkan saya kerana menganggu.”
“Kenapa, Syuk?” tanya Kayrul. Pelik.
“Tengku dah balik! Aku dengar bunyi kereta tengku dekat luar.”
“Kau orang bertiga boleh keluar sekarang,” arah Nadhirah.
“Baik, puan muda!” Keempat-empat pengawal peribadi itu mula meninggalkan bilik bacaan.
Sampul surat disorokkan di rak buku. Kemudian, Nadhirah berlari duduk semula di sofa. Dia cuba untuk mengawal air mukanya.
“Eh, tengku dah balik...” Sambut Nadhirah mesra.
“Sejak bila kau minat baca buku ni?” Tengku Afiq curiga. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan dengan Nadhirah.
“Dah lama cuma tengku yang tak perasan.”
“Macam mana tengku tahu saya ada dekat sini?” Nadhirah cepat-cepat tukar topik perbualan.
“Ini kan rumah aku. Mestilah aku tahu!”
Nadhirah menjongketkan bahu sebagai tanda mengalah. Kali ini, dia akan memberi kemenangan terhadap lelaki itu secara rela.
“Tadi kau dengan Im pergi mana je?”
Nadhirah terkedu. Dia memandang seketika wajah Tengku Afiq.
“Bukan urusan tengku...” gumam Nadhirah perlahan.
Tengku Afiq merenung tajam ke arahnya. Namun, dia hanya membatukan diri.
“Fine, suka hati kau. Itu antara kau dengan dia.”
“Ya, dan saya takkan masuk campur urusan tengku dengan Selena,” kata Nadhirah pantas. Dia tidak mahu mengalah.
“Kenapa kau rapat sangat dengan dia?” soal Tengku Afiq dengan nada suara tidak puas hati. Dia cuba menahan dirinya namun gagal.
“Adalah. Lagi pun lepas tengku ceraikan saya, mungkin saya akan hidup dengan dia?”
Tengku Afiq terkedu. Cerai?
“Kau ni memang pandang harta dengan rupa, kan? Aku tahulah Im tu hensem, kaya!” Tengku Afiq menuduh.
“Memang pun...” jawab Nadhirah spontan.
Kedengaran Tengku Afiq menghela nafasnya kasar. Sakit hati dengan sikap selamba Nadhirah.
“Kenapa kau terfikir yang aku akan cerai kan kau?” Nada suara Tengku Afiq bertukar perlahan.
“Walaupun tengku tak terfikir nak ceraikan saya tapi saya akan cari jalan supaya kita berpisah...”
“Tapi kenapa?!” Suara Tengku Afiq sudah naik seoktaf. Wajahnya merona merah.
“Kenapa? Sebab saya dah tak mampu nak tanggung semua ni. Tengku fikir saya nak sangat duit tengku?! Saya serabut. Saya dah penat nak tipu keluarga kita!" luah Nadhirah dengan penuh emosi.
Tengku Afiq memilih untuk mengunci mulutnya kali ini. Dia ingin memberi peluang gadis itu untuk meluahkan segala isi hati dan rasa tidak puas hatinya.
“Tengku ni memang selfish! Tengku langsung tak fikir perasaan saya. Tengku fikir saya kisah pasal tengku ke? Sikit pun taklah. Suka hati tengkulah nak buat apa pun!”
“Aku…”
“Please, bagi saya ruang!” Pantas Nadhirah mencantas percakapan Tengku Afiq. Dia segera berlari keluar daripada bilik bacaan. Air mata lebat mengalir membasahi pipi gebunya.
AMIR mencuri pandang ke wajah masam Nadhirah. Nasi lemak dan air sirap yang dipesannya langsung tidak disentuh. Gadis itu bagaikan berada di dalam dunianya sendiri. Risau dengan keadaan Nadhirah, dia segera menegur.
“Nad?”
Tiada respons daripada Nadhirah.
“Nadhirah Syazwani!” Kali ini, nama penuh Nadhirah diseru. Berjaya membuatkan Naadhirah kembali ke realiti.
“Hah?!” Nadhirah terpinga-pinga.
“Sayang, kenapa ni? Sorry kalau Nad tak selesa keluar dengan Amir. Nad takut Ku Fiq marah? Nad tak perlu risau. Amir akan jaga Nad selagi Amir mampu. Nad tahu kan Amir suka dan cintakan, Nad?”
Amir panggil dia sayang?
Suka? Cinta?
“Nad okey je cuma tak elok. Nad ni kan masih lagi isteri Ku Fiq...”
Amir mengeluh.
“Tapi Ku Fiq dah selalu curang belakang Nad. Nad masih lagi berdiam?”
“Nad tak bodoh, Amir. Walau apa pun, Nad kena jaga air muka suami Nad. Nad tak nak jadi isteri yang nusyuz...”
“Amir okey je kalau itu keputusan Nad.”
Mereka saling berbalas senyuman. Sarapan pagi dinikmati sambil mereka berborak kosong.
“Amir, kalau Nad tanya sesuatu boleh tak?” Nadhirah meminta izin.
“Apa dia? Tanyalah?” Suapan Amir terhenti.
“Err… Amir kenal Mahmudah dengan Selena?”
Amir diam. Dia agak terkejut dengan soalan secara tiba-tiba ditanya oleh Nadhirah.
“Kenapa Nad tanya?”
“Nad cuma nak tahu je. Please...” rayunya.
Sekali lagi kedengaran Amir mengeluh. Dia tidak mahu menghampakan hati gadis yang dah lama dia cintai itu namun berat hatinya untuk menceritakan hal sebenar.
“Sebenarnya, kami berempat dah berkawan sejak belajar dekat London lagi. Masa tu, Mahmudah hangat bercinta dengan Ku Fiq. Dia orang bercinta dalam 7 tahun macam tu...”
Mata Nadhirah terbuntang luas. 7 tahun bercinta?!
“Macam mana Mahmudah boleh tahan dengan perangai Ku Fiq?”
“Haa! Ini yang Nad kena tahu! Dulu, Ku Fiq setia tau. Dia pun tak ramai kawan perempuan. Itu pun sebab dia nak jaga hati Mahmudah. Dia betul-betul cintakan Mahmudah dan tak pernah buat masalah. Tapi sayang, Mahmudah dah khianati cinta dia tanpa dia sedar sampai sekarang...” Wajah Amir berubah sayu.
“Apa yang Mahmudah buat?”
“Ada satu hari tu, Mahmudah kantoi dengan Amir. Dia berpeluk bercium dengan lelaki lain. Biasalah masa tu dekat luar negara. Semuanya bebas. Amir dah bagitahu Ku Fiq tapi Ku Fiq tak percaya. Ku Fiq cakap Amir cemburu dengan hubungan cinta mereka. Bukan sekali Amir tangkap Mahmudah curang tapi dah banyak kali, Nad. Ku Fiq ada juga tanya Selena. Selena masa tu kawan rapat Mahmudah. Selena kata semua tu fitnah! Selena tutup segala kejahatan yang Mahmudah buat dibelakang Ku Fiq...”
Nadhirah angguk. Telinga sedang memberi segala tumpuan. Dia tak mahu terlepas satu bahagian sekali pun.
“Dan, masa tu Mahmudah tengah lepak dekat clubbing dengan lelaki mana entah. Amir sengaja ikut dia masa tu. Amir cakap dekat dia yang Ku Fiq tengah cari dia, terus tergopoh-gapah dia keluar daripada situ. Ku Fiq tak suka dia masuk dekat tempat-tempat macam tu. Ku Fiq dulu tak pernah jejakkan kaki dia dekat kelab malam tau. Nak dijadikan cerita, dia tak sedar masa dia dekat tepi jalan, ada seorang pemandu lori bawa lori dalam keadaan mengantuk. Tak perasan ada Mahmudah dekat situ. Nak dijadikan cerita, Mahmudah kena langgar dekat situ!”
“Lepas tu?”
“Amir panik dan terus call ambulans. Lepas sampai je dekat hospital, Ku Fiq terus marah-marah Amir sebab Amirlah punca kemalangan tu jadi. Waktu tu memang dah terlambat sebab Mahmudah di bawah pengaruh alcohol dengan dadah. Mahmudah tewas dekat situ juga.”
“Dadah?!”
Amir angguk.
“Selena kata Mahmudah ambil dadah sebab stress belajar. Mula-mula, Mahmudah ambil dalam kadar yang sedikit. Tapi lama-kelamaan, dia ketagih.”
“Ku Fiq boleh dikatakan gila tau lepas dapat tahu yang Mahmudah dah tak ada. Ku Fiq tak dapat terima takdir. Ku Fiq benci gila dekat Amir. Katanya Amir punca Mahmudah mati sebab Amir reka-reka cerita tentang kecurangan Mahmudah sampaikan Ku Fiq hilang kepercayaan terhadap Mahmudah!” sambung Amir.
Nadhirah terlopong. Tragisnya!
“Habis macam mana pula Ku Fiq boleh jadi playboy?”
“Dia tak sukakan perempuan. Bagi dia perempuan hanya nakkan harta dia je. Bagi dia, hanya Mahmudah yang ikhlas dengan dia. Dia masih lagi tak dapat terima semua tu sampai sekarang. Dia hanya nak mainkan hati perempuan sampai dia puas. Dia hanya cintakan Mahmudah...”
“Habis tu macam mana dengan Nad?” Nadhirah mengeluh tentang nasib malang yang menimpanya.
“Nad, cubalah tawan hati dia. InsyaAllah lama-lama dia akan lembut balik. Amir akan sentiasa sokong Nad. Amir nak Nad tahu satu perkara je...”
“Apa dia?”
“Amir akan sentiasa tunggu Nad.”
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro