✿𝓑𝓐𝓑 28
SUASANA di restoran agak lenggang. Maklumlah, waktu pada jam begini, orang dewasa sibuk bekerja. Di situ hanya kelihatan beberapa kumpulan remaja sedang berlepak bersama rakan-rakan mereka. Izzan dan Tengku Afiq turut sama meluangkan masa mereka di sana sambil berbual kosong.
“So, kau ikut jelah kehendak dia?”
Kening diangkat tinggi.
“Aku terpaksa, Iz. Karang tak pasal-pasal dia keluar daripada Mahligai Ku Fiq. Lagilah susah.” Tengku Afiq mengeluh.
Izzan mengaru kepalanya yang tidak gatal.
“Aduh, yang si Alia ni pun satu. Dah buat hal lepastu tak malu datang balik!”
“Disebabkan dialah, Nad marahkan aku.”
“Bukan! Itu semua memang salah kau,” cantas Izzan.
“Eh, kenapa pula?!” Tengku Afiq tidak puas hati.
“Yalah. Kalau aku jadi dia pun, aku marah. Tapi aku langsung tak sangka yang dia akan tendang kau sampai macam tu sekali,” kata Izzan sebelum gelak besar.
Tengku Afiq sengih. “Aku lagilah terkejut. Tiba-tiba je kaki dia ‘terbang’ atas badan aku. Dahlah waktu dekat laman ramai pekerja aku nampak. Malu seminggu aku dibuatnya.”
Akhirnya, tawa mereka berdua semakin kuat. Buat pertama kalinya, Tengku Afiq dikasari oleh perempuan. Dan yang lebih mengejutkan orang itu adalah isterinya sendiri.
“Tapi serius aku nak cakap ni. Anggap jelah ini nasihat dari kawan baik kau sendiri. Cuba kau bayangkan kau ada dekat tempat dia. Apa yang kau rasa? Kau nampak suami kau berkepit and berpeluk sakan dengan perempuan. Pergi club malam. Kalau tanya setiap perempuan dekat Malaysia ni, semua akan cakap tak nak. Dia orang lebih sanggup single sampai ke tua tau!”
“Aku tahu kau masih cintakan arwah Mahmudah. Yes, aku faham kau. Tak ada perempuan lain selain Mahmudah dalam hati kau tapi tak bermaksud kau boleh buat Nad macam tu? Nad tak salah. Kau sendiri tahu yang dia terpaksa. Dia sendiri tak sangka hidup dia akan musnah disebabkan jadi mangsa cagaran musuh dia sendiri. Sebab tu dia tak kisah kau berperangai macam tu. Jujur, kalau aku dekat tempat dia, memang dah lama minta kau lepas aku. Kau sepatutnya bersyukur dapat isteri macam Nad. Aku tak nak kau menyesal bila Nad dah tinggalkan kau suatu hari nanti.” Izzan menyambung.
Izzan mencapai cawan kopinya sebelum diteguk rakus. Tengku Afiq merenung kosong wajah tenang sahabatnya itu.
Baginya, Izzan merupakan seorang lelaki yang sangat memahami kaum wanita. Di universiti dulu, Izzan turut sama diminati ramai namun lelaki itu menolak dengan cara yang lembut. Dia kata dia masih lagi belum bersedia untuk bermain cinta.
Tidak lama kemudian, wajah redup Nadhirah mula menghiasi bayangan.
Dia sudah hancurkan hidup Nadhirah?
Kejam sangat ke dia ni sampai gunakan gadis tidak bersalah itu?
Rasa bersalah segera dihakis. Dia masih menganggap Nadhirah sama sahaja seperti wanita-wanita di luar sana.
Ah! Nadhirah tu perempuan! Entah-entah dia sama je dengan perempuan-perempuan yang Tengku Afiq jumpa dekat luar sana.
Pandang rupa.
Pandang harta.
MAJALAH dibelek malas. Dia menguap beberapa kali. Bosannya! Masuk hari ni, dah tiga hari dia bermalam di bilik tetamu. Bilik seorang diri. Tak perlu kongsi katil! Dan, yang lebih penting tak perlu nak menghadap lagi muka beruk Tengku Afiq!
Tit!
Pintu bilik tetamu dibuka oleh seseorang dari luar. Siapa lagi kalau bukan Tengku Afiq. Di luar dan dalam bilik tersebut, terdapat alat keselamatan. Harus masukkan nombor pin dahulu baru boleh masuk dan keluar. Hanya dia dan Tengku Afiq sahaja yang tahu nombor pin tersebut.
Bak kata Tengku Afiq Ikhwan…
“Kau tu perempuan. Aku risau jadi apa-apa dekat kau. Maklumlah, rumah ni ramai pekerja. Sebab tu aku pasang benda alah ni.”
Nak tak nak, ikut jelah. Yang penting Nad dapat masa persendiriannya.
“Tengku nak apa?”
“Tak nak apa-apa pun. Nak peluk je. Meh sini!”
Tengku Afiq berlari anak mendapatkan Nadhirah yang sedang bersila di atas katil. Tubuh kecil itu ditarik ke dalam pelukan. Gadis itu kelihatan terkejut dengan tindakannya.
“Hei, apa ni?!”
Aroma minyak wangi yang dipakai oleh Tengku Afiq menusuk hidung Nadhirah.
Wanginya! Agak dia nak keluar ke?
“Dahlah! Lepas! Rimas!” rungut Nadhirah.
Tengku Afiq kembali mencipta jarak di antara tubuh mereka. Dia tersenyum puas.
“Ni. Aku nak keluar. Esok pagi baru aku balik,” beritahu Tengku Afiq.
Wajah Nadhirah bereaksi kosong. Sedikit pun tidak kisah.
“Okey! Saya tahu tengku nak pergi mana.”
“Pergi mana?” Uji Tengku Afiq. Bibir dicebik-cebikkan.
“Clubbing, kan? Lepas tu tengku akan pilih perempuan seksi untuk dijadikan teman tidur tengku?”
Tengku Afiq ketawa kecil mendengar jawapan Nadhirah.
Bingo!
“Pandainya isteri aku ni!” Kepala Nadhirah diusap lembut.
“Dahlah! Pergilah cepat. Kesian awek-awek tengku tunggu lama," halau Nadhirah sambil menolak tubuh sasa itu agar menjauhinya.
Tengku Afiq menayangkan gigi putihnya yang tersusun rapi. Sempat dia menayangkan flying kiss ke Nadhirah sebelum melangkah keluar selepas memasukkan nombor pin.
Bantal dibaling geram ke arah pintu bilik yang sudah pun tertutup rapat.
Sampai bila nak jadi macam ni?! Bodohnya aku setuju kahwin dengan lelaki miang tu. Abah, umi, maafkan Nad. Nad tersalah pilih suami dan menantu untuk abah dan umi...
Dan, Syazana. Kau punca semua ni! Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing sekali pun. Penumbuk sudah dikepal. Dendamnya terhadap Syazana semakin menggunung.
NADHIRAH menjeling tajam ke arah Tengku Afiq yang sedang menikmati minuman petangnya. Dia masih lagi tidak puas hati. Tengku Afiq segera menegur apabila mendapati wajahnya asyik ditenung.
“Aku tahulah aku ni handsome. Tak payahlah renung sampai macam tu,” tegur lelaki itu tanpa memandang ke arahnya. Matanya tetap fokus ke arah cawan kopi panas yang dipesannya.
Nadhirah mencebik.
“Tengku jangan nak perasanlah!”
Tengku Afiq Ikhwan hanya tersengih sebelum kembali menikmati jus oren yang dipesannya.
“Kereta saya yang dekat parking tu macam mana? Macam mana kalau kena curi? Tengku nak bayar? Tengku boleh je call saya suruh saya datang sini. Tak payahlah sampai nak jemput bagai.”
“Suka hati akulah. Kau jangan risau. Tak ada siapa pun nak curi kereta besi buruk kau tu. Nanti aku suruh Kayrul ambil,” kata Tengku Afiq selamba.
Mata Nadhirah terbeliak. Besi buruk dia kata?!
“Tengku ni memang…”
Belum sempat Nadhirah ingin terus memarahi Tengku Afiq, seorang gadis seksi menghampiri meja mereka. Nadhirah Syazwani mengeluh. Kali ini siapa?
“Hai, I kacau ke?” sapa gadis tersebut.
“Selena? You Selena, right?” Tengku Afiq kelihatan terkejut dengan kedatangan gadis tersebut.
Selena?
“Yes! I tak sangka you still lagi ingat I.” Gadis bernama Selena itu segera memeluk tubuh sasa Tengku Afiq.
Mereka berpelukan lama. Nadhirah hanya memerhati dengan riak wajah yang kosong.
“Of course, takkan I akan lupakan you. You ada disisi I dengan Mahmudah.”
Kening Nadhirah saling berpaut. Mahmudah? Siapa Mahmudah?
“Yeah! Dulu, you masih lagi rapat dengan Im. I rindu nak lepak sama-sama lagi,” ujar Selena dengan nada suara sedih.
“Tak payahlah you nak sebut nama si tak guna tu lagi. Ingat, Selena. Mahmudah mati disebabkan dia!”
Mahmudah dah mati? Nadhirah terus-menerus memasang telinga. Tangan pula sedang bermain-main dengan penyedut minuman.
Selena menyentuh tangan Tengku Afiq. Tangan itu digenggam erat.
“Im tak salah. Semua ni dah takdir Mahmudah. Allah lebih sayangkan dia.”
Raut wajah Tengku Afiq berubah tegang. Nadhirah mula resah dengan perubahan tersebut.
“Tak! Memang salah dia! I takkan maafkan dia sampai mati. Kalau tak disebabkan dia, Mahmudah akan hidup dan I mungkin akan kahwin dengan dia. Tak ada lah I kahwin dengan Nadhirah...”
Kata Tengku Afiq selamba. Bagaikan Nadhirah tiada di situ.
“Nadhirah? Siapa tu?”
Nadhirah menundukkan kepalanya. Kalau kau tak ugut, aku takkan kahwin dengan kaulah! Nadhirah sakit hati.
“Tu...”
Selena mula mengalihkan pandangannya ke arah Nadhirah yang duduk bertentangan dengan Tengku Afiq. Tangan dihulurkan untuk bersalaman. Dengan terpaksa, Nadhirah menyambut huluran salam tersebut.
“So, youlah Nadhirah?”
Angguk.
Selena kembali menoleh ke arah Tengku Afiq. Tanpa belas kasihan, dia bertanya.
“You tak cintakan Nadhirah?”
"Tak. Cinta I hanya untuk Mahmudah! I takkan sesekali duakan cinta dia,” kata Tengku Afiq tegas.
Nadhirah terkedu.
Aku masih lagi dekat sini lah! Kenapa perlu tanya soalan macam tu? Nadhirah rasa kecewa dan malu. Malu apabila suaminya sanggup mempermalukan dia di hadapan sahabatnya itu.
“Err… Sorry, saya minta diri dulu...” Nadhirah bingkas bangkit dari duduknya. Beg tangan disambar.
“Kau balik naik apa?”
“Saya naik teksi jelah.”
“Nah.” Beberapa keping wang bernilai RM 50 dihulurkan. Namun, Nadhirah tidak menerima wang tersebut.
Dia semakin rasa terhina. Dia ingin segera keluar dari situ.
“Tak apa, saya ada duit sendiri.” Tanpa menunggu banyak masa, dia mencipta langkah laju keluar daripada perkarangan kafe.
“Kereknya wife you tu,” komen Selena sambil menggelengkan kepala.
“Itulah Nadhirah Syazwani...”
Nadhirah mengipas mukanya meggunakan tangan. Dia dapat merasakan wajahnya kian memanas. Sabar, Nad! Sabar!
“Nad?” tegur satu suara garau dari belakang. Nadhirah menoleh apabila namanya dipanggil.
“Amir!”
Amir tersenyum lebar. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.
“Nad buat apa dekat sini? Tunggu Ku Fiq ke?”
“Taklah! Nad tunggu teksi. Ku Fiq tengah borak dengan kawan dia siapa entah nama dia. Selena tak silap Nad!”
Wajah Amir berubah setelah mendengar nama 'Selena' disebut.
“Dekat mana dia orang duduk?” soal Amir serius.
“Situ...” Nadhirah menunjukkan tempat di mana Tengku Afiq dan Selena sedang duduk dari luar kaca kafe.
“Selena...” Sebut Amir perlahan.
“Amir kenal ke dia?” Nadhirah ingin tahu.
“Err… Tak. Jom Amir hantar Nad balik Mahligai.” Amir segera menukar topik perbualan.
“Tak apalah. Karang nanti Ku Fiq nampak, habis Amir kena lagi.” Nadhirah menolak.
Amir pantas menggeleng. Beg tangan Nadhirah diambil.
“Jom...”
Nadhirah terpaksa mengalah. Dia melangkah masuk ke dalam kereta mewah milik lelaki itu. Tanpa mereka sedari, ada dua pasang mata yang memerhati dari dalam kafe.
Penuh kebencian dan amarah.
“Wow! Pandai isteri you main kayu tiga depan you. Amazing!” sinis Selena sambil menepuk-nepuk tangan.
Tengku Afiq hanya mendiamkan diri. Dia langsung tidak terkesan dengan kata-kata sindiran Selena. Buku lima sudah digenggam erat di bawah meja.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro