Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✿𝓑𝓐𝓑 26

SUDU dan garpu diletak perlahan di atas meja makan. Kenyang! Dia sempat menjeling Tengku Afiq yang masih lagi menikmati chicken chop yang dipesannya. Nampaknya lelaki itu sudah 'jinak' makan di kedai-kedai makan biasa. Jinak?

Kejamnya bahasa kau, Nadhirah.

Sejujurnya, Nadhirah memang dari awal lagi ingin mengubah cara hidup lelaki itu secara perlahan-lahan. Walaupun dia tahu yang dia tidak boleh mengubah sepenuhnya, namun selepas melihat peningkatan hasil usahanya, dia berpuas hati. Kini, dia hanya harus cekal menghadap sikap playboy dan suka berfoya-foya suaminya. Dia berharap suatu hari nanti lelaki itu akan berubah dan mencintai seseorang dengan sepenuh hatinya. Walaupun bukan Nadhirah orangnya, dia dengan rela hati akan tumpang gembira.

"Apa pandang-pandang? Kalau nak tambah, pergilah oder lagi," tegur Tengku Afiq tanpa mengangkat kepalanya.

"Saya dah kenyang."

"Dah tu kenapa?"

"Saya pelik dengan tengku. Setiap kali kita keluar, mesti ada perempuan seksi tegur kita. Tak pasal-pasal saya kena buat part time jadi ustazah nak back-up tengku!” Nadhirah kesal. 

Suapan Tengku Afiq terhenti. Dia tarik senyum sinis.

"Kau lupa ke yang kau kahwin dengan lelaki yang digilai ramai? Huh!" kata Tengku Afiq dengan penuh riak. Siap menepuk-nepuk dada lagi.

"Digilai ramai konon! Duit banyak bolehlah," gumam Nadhirah perlahan. Namun, dapat ditangkap oleh Tengku Afiq.

"Apa kau kata?!" Mata sudah dibesarkan.
"Tak ada apa-apa."

"Hai, Tengku Afiq!" tegur satu suara lunak.

Giliran Nadhirah pula senyum sinis. Nafas ditarik panjang. Nampaknya, kerja sampingannya sebagai ustazah harus bangkit kembali.

"Err… Hai!" Tengku Afiq seraya bangun dari duduknya.

"Nice to meet you, Tengku Afiq. I peminat setia, tengku,” kata gadis seksi itu dengan suara yang manja.

"Peminat I? Seriuslah?"

Tengku Afiq menjeling sekilas ke arah Nadhirah yang hanya memerhati dari tadi. Nadhirah mengangkat kening sebagai tanda ‘kenapa?’.

“Kalau tengku tak kisah, boleh I peluk sekejap? I dah lama sangat nak jumpa tengku,” pinta gadis itu separuh merayu. Bibir sudah dijuihkan.

Nadhirah sangkakan lelaki itu akan menolak namun tekaannya meleset.

Tengku Afiq mengangguk sebelum menarik tangan si gadis ke dalam pelukan. Mereka berpelukan buat seketika.

Mata Nadhirah membulat. Ternganga dia dibuatnya. 

“By the way, nama I Nora. I memang dah lama fans dekat tengku. Tak sangka pula hari ni I ada rezeki dapat jumpa tengku." Gadis bernama Nora itu memperkenalkan diri.

“Thank you. I hargainya.”

"Wait, siapa perempuan ni, tengku?" Nora mula memandang Nadhirah dari atas hinggalah bawah. Pandangan mencurigakan diberi.

Nadhirah cuba berlagak biasa. Dia sudah terbiasa dengan pandangan tersebut.

"Saya kawan dia,” jawab Nadhirah ringkas.

Dia tidak mahu turut serta sesi pertemuan antara idola dan peminat itu.

Kawan? Tengku Afiq agak terkejut. Dia ingatkan Nadhirah akan memperkenalkan dirinya sebagai isterinya namun hanya perkataan ‘kawan’ sahaja yang dia dengari. 

“I dengar tengku dah kahwin betul ke berita tu? Mana tahu hanya photoshoot, kan?”

Lama Tengku Afiq ambil masa untuk menjawab pertanyaan Nora. Mata tidak terlepas dari memandang Nadhirah.

Nadhirah hanya membalas pandangannya dengan menaikkan keningnya sahaja. Jelas menunjukkan bahawa gadis itu tidak mahu membantunya kali ini.

“Yes, I memang dah kahwin. Alhamdullilah dah masuk 3 bulan.” Akhirnya, dia memilih untuk bersikap jujur.

Nora menarik wajah masam. “Nampaknya betullah berita tu. I ingatkan hanya untuk photoshoot. Tapi kenapa muka isteri tengku tak pernah ditunjukkan?”

“Err… Isteri I sendiri yang minta identitinya dirahsiakan. Katanya tak suka jadi perhatian umum kan, Nad?”

Nadhirah tersentak apabila namanya dipanggil. Lambat-lambat kepala diangguk-anggukkan. Sakit hati melihat senyuman lebar yang menghiasi bibir lelaki itu. Senyuman seakan-akan mengejeknya.

“Haah. Betullah tu.”

Nora cemik.

“I ingatkan dapatlah I jumpa wife tengku. Mesti cantikkan isteri tengku? Kalau tak, takkan tengku terpikat pula, kan?” seloroh Nora seraya ketawa kecil.

Terima kasih, Cik Nora. Getus Nadhirah di dalam hati. Hati sudah berbunga-bunga dek pujian dari Nora. Kembang kempis hidung menahan malu.

Of course! Kalau dia tak cantik sekali pun, saya tetap akan kahwin dengan dia sebab saya kahwin dengan dia bukan sebab rupa tapi akhlak dia yang pandai jaga air muka saya sebagai suami.”

Nadhirah tak tahu bahawa lelaki itu sedang memujinya atau sekadar ingin memerli. Tapi yang dia pasti, dia seronok apabila lelaki itu berkata demikian.

“Tak apalah kalau macam tu. Cik, boleh tolong ambilkan gambar kami berdua?” Nora menghulurkan telefon pintarnya kepada Nadhirah.

“Boleh takkan tak boleh?”

Tangan dan mata sibuk mengambil gambar namun dalam hati Nadhirah tidak habis-habis mengeluh dengan nasib malangnya.

Apalah nasib dia hari ini. Sebelum ini, dia terpaksa menjadi ustazah. Hari ni pula, dia tiba-tiba menjadi jurugambar tak berbayar. Bagaimana pula dengan esok?

"Thanks..." ucap Nora tatkala telefon dikembalikan. Gambar-gambar yang diambil, dibelek.

“Welcome!”

“I minta diri dulu. Kawan I dah lama tunggu dalam kereta. Kalau ada rezeki, kita berjumpa lagi. Thank you sebab sudi meluangkan masa tengku untuk I.”

Mereka saling bersalaman buat kali terakhir sebelum Nora kembali ke keretanya.

Tengku Afiq menghembus nafas lega. Sama juga dengan Nadhirah.

“Susah juga jadi orang famous ni, kan? Aku rasa lepas ni aku kena pakai mask dengan topilah, Nad.”

“Tengku ingat tengku tu artis?”

Tawa Tengku Afiq meletus. Melihat wajah masam isterinya, semakin membuatkan dia bersemangat untuk terus menyakat isterinya itu.

Fresh orange yang dipesannya, diteguk sehingga licin. 

“Hei, kau dah habis makan ke?” Dia membuang pandangan ke Nadhirah yang sedang mengunyah kentang goreng yang dipesannya.

Angguk.

“Good! Jom bayar,” kata Tengku Afiq seraya bangkit dari duduknya.

"Tunggu saya!" Nadhirah mula berlari anak mendapatkan suaminya yang berada di kaunter pembayaran.

"Err… Ini Tengku Afiq, kan?" Kali ini, seorang lelaki baya daddynya menegur. Mungkin pemilik warung yang mereka kunjungi.

"Ya, saya," balas Tengku Afiq mesra.

"Allahuakbar tak sangka kita dapat berjumpa. Dah lama saya nak jumpa tengku. Tengku makan dekat tempat-tempat macam ni ke?"

"Ya, saya teman isteri saya makan sini. Dia memang suka makan dekat warung. Saya ikutkan sahaja."

Mata lelaki itu kini terarah ke Nadhirah. Akhirnya, identitinya sebagai isteri Tengku Afiq sudah dibongkarkan!

Nadhirah menjeling geram Tengku Afiq yang berada di sebelahnya. Lelaki itu masih dengan senyuman mengejeknya.

"Oh, tak tahu pula pak cik. Pak cik mana tahu pasal media sosial ni. Baca surat khabar bolehlah.”

“Apa khabar, puan?” Nadhirah disapa.

“Khabar baik, pak cik,” sahut Nadhirah sambil mempamerkan senyuman manisnya.

"Kalau tengku tak kisah, boleh kita bergambar? Saja nak tunjuk dekat isteri pak cik yang dekat rumah tu," pinta lelaki tersebut segan.

"Mestilah boleh. Mari..." Tengku Afiq mula merapati lelaki tua tersebut. Tangan lelaki itu dipegang mesra.

"Biar Nad ambilkan!" Nadhirah menawarkan diri. Telefon bertukar tangan.

"Satu! Dua! Tiga!"

Beberapa keping gambar diambil sebelum telefon dikembalikan kepada pemilik asal.

"Terima kasihlah ya. Lain kali datanglah lagi. Boleh kita borak panjang lain kali."

Tengku Afiq dan Nadhirah sama-sama mengangguk. Sempat Tengku Afiq bersalaman dengan lelaki itu sebelum pamit minta diri.

"Kami minta diri dulu. Assalamualaikum…"

“Waalaikumsalam!”

"My personal assistant, mari masuk ke dalam kereta sekarang!" arah Tengku Afiq dalam nada berbisik.

Nadhirah ketap bibir. Geram dengan perangai tak semengah Tengku Afiq. Ada juga aku cungkil biji mata dia ni karang! Sabar, Nad. Nanti tak bau syurga tau. Bawa bertenang. Ini ujian... Dia cuba menenangkan hatinya.


MALAM itu, Nadhirah hanya bermalas-malasan di bilik tidur sambil melayari aplikasi Instagram. Seronok melihat baju-baju yang dijual terpampang di skrin telefon Oppo Reno 5 Pro. Tiba-tiba rasa macam nak beli pakaian baharu pula. Padahal baru tiga hari lepas dia shopping sakan di Golden Mall.

“Kalau nak, belilah. Penuhkan almari tu. Kalau tak cukup, kita beli satu lagi almari,” terjah satu suara garau.

“Mak kau!”

Nadhirah terjerit kecil. Nasib baiklah telefonnya tidak terlepas dari genggaman. Kalau tidak, memang dah berdarah hidungnya.

“Kau ni kenapa? Gila ke jerit malam-malam?”

“Tengku tulah! Kenapa terkejutkan saya. Sejak bila tengku masuk? Kenapa tak bagi salam dulu?” Nadhirah mula mengomel sambil mengurut-urut dadanya.

“Eh, salahkan aku pula. Kau tulah. Sibuk layan instagram sampai tak perasan aku bagi masuk. Lagi pun ini bilik aku, kan? Suka hati akulah nak masuk bila-bila pun!”
Nadhirah menjegilkan mata. Tengku Afiq masih lagi tidak puas untuk menyakitkan hati isterinya.

“Instagram followers bukan ramai pun. Yang follow kau cuma orang yang jual ubat kurus bolehlah! Itu pun aku tengok badan kau makin lama makin berisi.”

“Poyo! Macamlah followers dia banyak sangat,” ejek Nadhirah.

“Tolong sikit? Followers aku ramai tau. Cuba kau cari username aku. Tengoklah berapa followers aku.”

Nadhirah hanya menurut dan mula mencari nama pengguna Instagram milik Tengku Afiq. Sakit hati apabila direndah-rendahkan. Dia mahu melihat dengan mata kepalanya sendiri.

Jumpa!

Nadhirah terlopong. Tidak percaya dengan apa yang tertera di skrin telefon pintarnya.
Jumlah pengikut 8.9 juta orang. Manakala, jumlah yang lelaki itu ikuti pula 0.

Kalah jauh, babe!

“See?”

“Alah, muka handsome bolehlah! Lagipun yang ramai follow tengku tu perempuan,” Nadhirah cuba menyedap hatinya.

“Eleh, dah kalah still lagi nak menang? Tak apalah, aku ni bukan kejam sangat pun. Nanti aku follow kau ea? Kesian dengan followers kau tu!” ujar Tengku Afiq sebelum ketawa besar.

Nadhirah mendengus geram. Tubuh Tengku Afiq ditolak perlahan supaya lelaki itu keluar daripada bilik tidur. Lelaki itu masih dalam sisa ketawanya dan tidak kisah diri dihalau.

Bam!

Pintu ditutup kasar. Buat sakit hati je! Suka sakitkan hati dai. Tawa Tengku Afiq masih lagi kedengaran sebelum bunyi pintu tertutup rapat. Sebiji bantal diambil lalu ditekap pada wajah.

Rimas!



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro