✿𝓑𝓐𝓑 2
BUNYI dentuman muzik rancak bergema memenuh segenap ruang klub malam langsung tidak memberi masalah kepada mereka yang datang berkunjung ke situ. Bagi mereka, tempat tersebut tempat untuk mereka berseronok dan melupakan masalah yang membebani kepala. Di bahagian penjuru klub, terdapat sepasang pasangan saling berpelukan tanpa rasa segan.
"Sayang, kenapa dengan you ni? Murung je I tengok," tegur si gadis sambil membelai manja pipi kekasihnya.
"I stress lah, Jess. I rasa kepala otak I ni nak pecah," rengek Tengku Afiq. Ini semua gara-gara mummy yang asyik mendesaknya agar segera mendirikan rumahtangga.
"Jangan lah macam ni, sayang. Ambil ni. Mana tahu boleh hilangkan sikit stres you," gelas berisi air kencing syaitan dihulurkan. Tanpa teragak-agak, dia menerima huluran tersebut. Air tersebut diteguk rakus sehingga licin.
Puas!
"So, macam mana?"
"Not bad! Tak ada lah teruk mana," balasnya sambil mengenyitkan matanya ke arah Jess.
"Sayang..." Jess memanggil kekasihnya dengan nada suara yang begitu lembut. Tengku Afiq mengangkat keningnya sebagai tanda 'kenapa?'.
"I miss you so much. Dah lama I tak jumpa you sejak you balik dari Jepun. I bukan apa, I cuma nak buah tangan dari sana je. Boleh lah I simpan sebagai kenangan nanti," tubuh sasa itu dipeluk erat.
Tengku Afiq tersenyum sinis. Tanpa diketahui oleh Jess, dia sudah pulang ke Malaysia 2 minggu lepas namun dia malas untuk berjumpa dengan Jess, kekasih simpanannya terlalu awal.
"I pun rindu you juga. Of course I ada belikan hadiah untuk you. You pun tahu yang I terlalu cintakan you," sebuah beg kertas diberikan. Dengan sekelip mata, beg tangan tersebut sudah pun beralih ke tangan Jess.
"Cantiknya rantai ni, sayang. Mesti mahal, kan?" seutas rantai berlian yang terdapat di dalam sebuah kotak barang kemas, dipakai pada leher. Jess tersenyum senang.
"Anything for you, baby girl..."
"Ini buat I makin cintakan you, Ku Fiq. Thank you!" ucap Jess dan terus melekapkan bibir ke pipi Tengku Afiq.
"Welcome, baby. Tapi, I nak balasan," pinta Tengku Afiq dalam nada berbisik ke telinga Jess. Jess yang bagaikan mengerti, segera bertindak merangkul leher lelaki itu.
"Can I?"
"Of course, you can..." balas Jess sebelum tertawa manja.
"Sebelum tu, kita enjoy dulu. Let's dance!" ajak Tengku Afiq seraya bangkit dari kusyen. Jess tersenyum lebar sebelum turut sama berdiri membuntuti langkah Tengku Afiq ke bahagian tengah klub.
Tanpa diketahui olehnya, Tengku Afiq sudah pun tahu kecurangannya sewaktu dia pergi ke Jepun atas dasar kerja selama ini. Dengan sikapnya, semakin membuatkan Tengku Afiq tidak menyukai perempuan dan tidak mempercayai cinta.
TENGKU AFIQ keluar dari perut kereta Lykan HyperSport miliknya. Kaca mata hitam ditanggalkan lalu disimpan di dalam poket blazer yang tersarung di tubuh sasanya. Dia perasan mata orang-orang yang lalu-lalang ralit memandangnya.Dia hanya membalas pandangan mereka dengan senyuman manis bak gula. Tangan siap melambai mesra. Lagaknya seperti seorang superstar yang sedang berjalan di red carpet sambil melayan peminatnya.
Susah juga ya jadi orang famous ni. Tak habis-habis orang tengok. Sempat dia membangga diri.
Dia mula mencipta langkah megah masuk ke dalam bangunan yang agak besar itu. Namun, ia masih lagi tidak dapat lawan besar syarikat miliknya.
Golden Mall...
Sebuah pusat membeli-belah yang sangat maju dan diantara pusat membeli-belah yang popular di Malaysia. Dikunjungi oleh ribuan manusia pada setiap hari. Siapa sahaja yang belum menjejakkan kaki ke pusat membeli-belah miliknya memang rugi habis.
Lamunan Tengku Afiq terganggu apabila suara lunak gadis berskirt merangkap penjaga kaunter pertanyaan di syarikat tersebut, menyapa mesra.
"Ini Tengku Afiq Ikhwan,kan?" gadis itu bertanya apabila kakinya sudah berdiri betul-betul di hadapan kaunter pertanyaan. Tengku Afiq angguk.
"Mari saya tunjukkan di mana bilik mesyuarat berada."
"Thanks..." ucap Tengku Afiq sambil tersenyum manis. Dia mengikuti langkah gadis tersebut hingga sebuah bilik di mana terdapat papan yang tertera 'bilik mesyuarat'.
"Ini biliknya. Tengku, silakan masuk," pintu ditolak untuk mempelawa Tengku Afiq masuk ke dalam bilik mesyuarat tersebut.
"Thanks again," sekali lagi dia mengucapkan terima kasih. Gadis tersebut mengangguk sambil membalas senyuman Tengku Afiq.
Masuk sahaja ke dalam bilik mesyuarat, dia melihat tiga manusia sedang berdiri untuk menyambut kedatangannya. Seorang lelaki yang mengenakan kaca mata dan dua wanita sedang menunggu diruangan tersebut.
"Selamat datang, tengku..." sambut salah satu wanita yang memakai kemeja putih berserta skirt merah hati. Tengku Afiq sempat menjeling sekilas ke arah tag nama yang terdapat di blazer gadis itu. Azura.
"Saya Tengku Afiq Ikhwan merangkap pengerusi di Golden Mall. Saya mewakili syarikat saya untuk hadir ke mesyuarat hari ini. Maaf kerana terlewat," tuturnya sopan sambil menunduk tanda maaf.
"It's okay. Jemput duduk, Tengku Afiq," pelawa lelaki berkaca mata itu atau lebih dikenali Encik Razman, pemilik syarikat tersebut. Tengku Afiq hanya menurut dan melabuhkan punggunya di kerusi.
"Biar saya perkenalkan diri saya dahulu. Nama saya Razman. Saya pemilik syarikat ini bersama dengan isteri saya, Azura. Nice to meet you," Encik Razman memperkenalkan dirinya.
"Nad..." Puan Azura menyiku lengan milik gadis bertudung yang turut berada di bilik mesyuarat tersebut. Gadis bertudung yang sedang seronok bermain dengan pennya, tersentak apabila namanya dipetik.
"Errr... Saya Nadhirah Syazwani. Setiausaha kepada Encik Razman dan Puan Azura. Saya akan turut serta dalam projek ini," ringkas Nadhirah memperkenalkan dirinya.
Mata Tengku Afiq ralit memandang Nadhirah dari atas hingga bawah Tanpa disedarinya, senyuman yang terukir semakin lebar. Senyuman penuh makna.
I got you, darling...
"Tengku Afiq? Tengku?" panggil Encik Razman beberapa kali. Pelik apabila melihat tetamu istimewanya mengelamun entah ke mana.
"Hah? Ya?" kelam-kabut Tengku Afiq menyahut. Dia berdehem bagi menutup rasa malu yang mula menyerang.
"Tengku okey?" soal Encik Razman risau.
"Saya okey..."
Nadhirah tak senang duduk selepas menyedari mata miang milik Tengku Afiq asyik melihat badannya.
Miang punya lelaki! Aku cucuk juga mata kau guna pen ni karang baru kau tahu!
Dalam hati sibuk mencemuh namun lain pula dengan matanya yang turut sama merenung penampilan yang dikenakan oleh tetamu terhormatnya.
Rambut yang disikat rapi. Wajah yang cerah dan bersih tanpa kumis. Badan yang disarungkan dengan baju kemeja putih dan blazer hitam. Kakinya yang panjang itu dipadankan pula dengan seluar slack hitam. Kasut hitam yang berkilat seperti baru sahaja beli dari kedai.
Senang cerita, perfect!
Sekejap... Kenapa dia macam pernah nampak muka lelaki tersebut! Tapi di mana ya?Nadhirah cuba menguji ingatannya.
Hah, telefon kawan serumahnya! Lelaki inilah menjadi jejaka idaman kepada kedua rakan serumahnya, Hanan dan Latisha. Bukan calang-calang jejaka idaman dia orang ni!
"Nad?"
"Ya,saya?" Nadhirah terpinga-pinga apabila menyedari namanya dipanggil. Matanya terbuntang luas apabila mendapati hanya dia sahaja yang masih berdiri. Dengan segera, dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang bersebelahan dengan Puan Azura.
Buat malu sekampung lah kau ni,Nad!
"Boleh kita mulakan sekarang, tengku?" tanya Encik Razman.
"Of course!" setuju Tengku Afiq sambil mendepakan tangannya. Nadhirah mula membuka buku cacatannya untuk menyalin maklumat isi perbincangan.
Sepanjang sesi mesyuarat, dia perasan mata miang milik tetamu terhormat majikannya asyik memerhati gerak-gerinya. Nak buat kerja pun tak selesa! Bukan nak perasan tapi itulah hakikatnya!
Setiap kali dia mengangkat kepala untuk mengurangkan rasa lenguh yang menyengat di bahagian tengkuk, pasti mata mereka akan bertembung.
Kebetulan? Mungkin. Nadhirah cuba menyedapkan hati dan bersangka baik terhadap tetamu istimewa tersebut.
Tok! Tok! Tok!
"MASUK!" arah Tengku Afiq lantang. Pintu pejabat dibuka dari luar. Kelihatan seorang lelaki tinggi lampai masuk dengan mengenakan baju hitam seragam. Air mukanya serius.
"Tengku..." sapa lelaki tersebut. Kepala ditundukkan sebagai tanda tunduk hormat terhadap majikannya.
"Kayrul, sini..."
Lelaki bernama Kayrul itu menurut. Dia berjalan merapati Tengku Afiq yang sedang duduk bertenggek di atas meja kerjanya.Lelaki kaya itu seakan-akan memang menunggu kehadirannya.
"Tengku nak jumpa perempuan yang dijadikan penganti bayaran hutang Cik Syazana?" Kayrul terus ke titik perbualan. Dia tidak suka berbasi-basi dan berterus-terang orangnya.
"Tak silap aku nama dia Nadhirah Syazwani, kan? Dia sekarang bekerja sebagai PA dekat Razzura Holdings?"
"Betul, tengku."
"Aku dah jumpa dia dulu..." kata Tengku Afiq sambil menayangkan senyuman lebarnya.Jari dipetik beberapa kali menandakan dia berpuas hati kerana menjumpai gadis itu lebih awal sebelum pengawalnya bercadang ingin mengadakan pertemuan di mereka.
Kayrul terkejut lalu mengikuti langkah majikannya yang tadi berada di meja kerja kini berjalan riang menuju ke meja kopi yang terletak di tengah-tengah ruangan bilik pejabat.
"Tengku dah jumpa dia dulu? Macam mana tengku boleh jumpa dia?" dengan tergesa-gesa, Kayrul menyoal majikannya. Adakah ini dinamakan takdir?
"Tak sangka dia rupanya pekerja Razzura Holdings. Dia pun terlibat sama dalam projek cawangan baru kita. Tak sangka dia sendiri yang datang dekat aku..." terang Tengku Afiq puas hati.
"Tengku dah cakap hal sebenar dekat dia?"
Tengku Afiq menggelengkan kepala. "Not yet. Aku nak tengok dulu perangai dia. Rupa-rupanya, dia bukan macam perempuan-perempuan yang aku kenal selama ni."
"Apa tengku nak buat dengan dia? Cik Syazana tak dapat membayar semula hutangnya dan menjadikan Cik Nadhirah sebagai cagaran. Mengikut syarat-syarat kita, jika Cik Nadhirah gagal untuk membayar bagi pihak Cik Syazana, dia akan jadi perempuan simpanan tengku, kan?" tebak Kayrul. Itulah kebiasaannya.
Setiap peminjam harus membayar hutangnya kembali dengan jumlah yang dipinjam. Jika tidak, peminjam terpaksa mengadaikan anak gadis atau isteri mereka untuk menjadi 'wanita' kepada Tengku Afiq. Sebelum majikannya memberikan wang pinjaman, peminjam harus mendatangani kontrak sebagai bukti perminjaman wang.
Yang peliknya, terdapat sesetengah dari mereka langsung tidak memberontak dan merelakan diri mereka menjadi tawanan majikannya. Ini kerana mereka tahu mereka akan mendapat kekayaan jika menjadi wanita kepada lelaki tersebut. Minta sahaja daripada Tengku Afiq Ikhwan. Dalam beberapa saat, mereka sudah mendapatkan apa yang mereka inginkan.
Adakah dia dibenarkan untuk mengelar majikannya sebagai sugar daddy versi muda? Adakah ia tidak terlalu kejam?
Ya, dia mengaku ia kejam namun dia tidak berani untuk menegur majikannya. Silap hari bulan kepalanya yang terlebih dahulu melayang!
"Tak. Aku nak jadikan dia isteri aku..."
"Hah?!" Kayrul terkejut. Biji matanya hampir mahu terkeluar dari soket mata akibat terlalu terkejut dengan penyataan ringkas majikannya.
"Dia lain daripada lain. Aku tertarik. Lagipun mummy tak habis-habis suruh aku kahwin. Aku yakin mummy aku pasti akan terima dia semudah itu kerana dia ada ciri-ciri menantu yang mummy inginkan. Jadi lepas ni tak ada lah mummy nak bising lagi."
Dan ada sebab lain. Sambungnya yang hanya mampu berkata di dalam hati.
"Cik Nadhirah boleh terima? Saya tak rasa semudah itu sebab tengku sendiri kata dia lain daripada yang lain. Saya rasa dia akan berkeras menolak atau memberontak."
Buat pertama kalinya, Kayrul berasa lega kerana majikannya ingin mendirikan rumahtangga walaupun atas alasan Tengku Hajah Fatimah. Tapi, dia yakin bahawa Cik Nadhirah dapat membuka pintu hati majikannya dan membuat majikannya untuk berubah ke jalan yang benar.
"Aku akan ugut dia sampai dia nak. Tak kisah dengan cara kotor sekali pun..."
Kayrul hanya manpu menganggukkan kepala. Tak sabar rasanya ingin melihat apa yang bakal terjadi.
⚠️DILARANG MENCURI IDEA ATAUPUN PLAGIAT KARYA SAYA. JIKA TIDAK, SAYA AKAN MEMAKLUMKAN HAL TERSEBUT KEPADA PIHAK WATTPAD !⚠️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro