✿𝓑𝓐𝓑 18
MATA Nadhirah tidak lepas memandang setiap pergerakan pembantu rumah yang agak berumur itu, Mak Hawa. Wanita tua itu sibuk menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumah.
"Cantik pokok-pokok dekat sini..." puji Nadhirah.
Mak Hawa tersenyum nipis seraya angguk tanda mengiakan.
"Kalau Nad nak tahu, pokok-pokok bunga ni semua kepunyaan Tengku Hajah Fatimah. Tengku memang suka bunga," jelas Mak Hawa.
Nadhirah kagum. Nampaknya, bolehlah dia teruskan misi untuk mengorek rahsia tentang Tengku Afiq.
"Jadi dah lama lah Mak Hawa kerja dekat sini?"
"Mak Hawa mula-mula kerja dengan Tengku Farizul dan Tunku Hajah Fatimah. Sejak tengku-tengku masih lagi kecil. Lagi-lagi Tengku Afiq dengan Tengku Im," cerita Mak Hawa.
Dahi Nadhirah berkerut. Tengku Im lagi?
"Sejak Tengku Afiq balik dari London, Mak Hawa diarahkan bertugas pula di sini. Mereka semua membesar di depan Mak Hawa."
Nadhirah mengangguk. Dia rsengih.
"Err... Mak Hawa! Kalau Nad nak tahu makanan dengan minuman Ku Fiq, boleh?" pinta Nadhirah sekadar ingin menambah maklumat tentang suaminya.
"Aik, takkan kamu tak tahu?" Nadhirah mati akal.
Memanglah Nad tak tahu sebab belum sempat Nad nak kenal hati budi dia, dia dah ajak Nad kahwin! Gerutu Nadhirah.
"Lupa." Dia mencipta alasan. Mak Hawa menggelengkan kepala sambil tersenyum.
"Makanan kegemaran Tengku Afiq nasi ayam berlada. Kalau lauk-pauk pula, dia suka ayam masak merah. Air pula dia suka milo ais."
Nadhirah mengaru kepala yang tidak gatal. Patutlah selama mereka pergi ke kedai makan lelaki itu sering memesan air milo. Sekarang dia dah tahu sebabnya.
"Kalau Nad nak tanya lagi, boleh?" soal Nadhirah lagi. Mata dikenyitkan beberapa kali. Sudah tiba waktunya untuk dia bertanya hal sebenar.
"Tanyalah, sayang."
"Kenapa Tengku Im tak datang waktu Nad kahwin? Ada apa-apa jadi ke antara Ku Fiq dengan Tengku Im?"
Riak wajah Mak Hawa terkejut selepas mendengar soalan Nadhirah.
"Nad kenal Tengku Im?" Mak Hawa inginkan kepastian. Nadhirah mengangguk.
"Maaflah Mak Hawa tak berani cakap lebih-lebih. Nad tanyalah tengku sendiri."
Nadhirah cemik. Dah agak dah!
"Tapi kenapa?" Nadhirah mengeluh. Dia hampa.
"Berat sangat, Nadhirah."
Akhirnya, Nadhirah mengalah. Nampaknya usaha dia gagal lagi. Perasaan ingin tahu semakin membuak-buak.
Pin! Pin!
Bunyi hon kereta menyebabkan lamunan Nadhirah mati. Dia membuang pandangan ke arah Tengku Afiq yang baru sahaja keluar daripada kereta mewahnya. Segera dia berlari anak mendapatkan lelaki itu yang baru sahaja pulang dari kerja.
Beg pejabat lelaki itu bertukar tangan. Dahi Tengku Afiq. Dia bercekak pinggang.
"Sejak bila pula kau ni baik, hah? Tak pernah-pernah pun macam ni!" Tengku Afiq pelik dengan perubahan sikap Nadhirah.
"Tak salahkan saya nak jadi isteri yang solehah?" soal Nadhirah kembali.
Tengku Afiq mendekatkan mulutnya dengan telinga Nadhirah. Dia membisikan sesuatu.
"Nak jadi isteri solehah? Apa kata kau bagi aku dengan layanan istimewa. Dapat pahala."
"Layanan istimewa? Macam mana tu?" Nadhirah tidak faham apa yang disampaikan oleh Tengku Afiq.
"Ya, layanan istimewa. Macam suami isteri yang lain buat. Suami isteri sebenar." Tengku Afiq masih berkias.
Nadhirah mengecilkan mata. Kini, dia dapat menangkap maksud kata-kata lelaki itu.
"Gatal! Ambik kau!" Sepantas kilat, bahu Tengku Afiq Ikhwan dicubit geram.
"Aduh, sakitlah!" Tengku Afiq menggosok-gosok bahunya. Jelingan maut diberikan kepada Nadhirah.
"Padan muka! Dah, jom masuk. Panas kat luar ni. Takut gelap pula kulit tengku yang putih tu!" ajak Nadhirah berbaur sindiran.
Tengku Afiq menjuihkan bibir sebelum mengikut langkah isterinya masuk ke dalam rumah.
"Tengku dah balik..." sapa pembantu rumah yang lain, Suriti. Tengku Afiq membalas sapaan itu dengan senyuman.
"Tengku nak makan?" Giliran Mak Hawa pula menegur majikannya. Dia sebagai ketua pembantu rumah harus turun padang.
"Malam nanti kita makan sama-sama ya. Saya nak rehat sekejap dekat atas." Mak Hawa angguk tanda faham atas arahan yang diberikan.
"Jom, sayang..." Pinggang Nadhirah dirangkul erat. Nadhirah menjegilkan mata.
Apa main peluk-peluk ni? Tak malu ke pekerja-pekerja dia tengok? Luku kepala tu karang baru tahu. Rungut Nadhirah.
"Abang masuklah bilik tu dulu. Saya nak tolong diaorang kemas meja makan," tolak Nadhirah.
"Tak apalah puan muda. Biar kami sahaja yang buat," ujar Suriti dan Maznah sambil tersenyum.
Nadhirah ketap bibir. Baru sahaja nak lari, boleh pula dia orang ni cakap macam tu!
Nak tak nak sekali lagi Nadhirah mengalah. Mereka berdua bersama-sama menuju ke bilik tidur mereka yang berada di tingkat 4 dengan menggunakan lif.
"Lepaslah!" marah Nadhirah selepas pintu lif tertutup.
"Tak nak. Aku suka peluk kau. Macam peluk teddy bear," seloroh Tengku Afiq sambil tersenyum nakal.
"Jangan mengarutlah, orang tua! Dah, pergi sana. Rimas!" Tubuh sasa Tengku Afiq ditolak agar menjauhinya.
Tengku Afiq sengih. Dia mula mencipta jarak di antara mereka. Nadhirah lega.
Sampai sahaja di bilik, Nadhirah terus menuju ke balkoni. Ingin menghirup udara petang. Lambat-lambat bibir mengoyak senyuman.
Senyuman mati apabila merasakan ada satu tangan bertindak memeluknya dari belakang. Dia dengus geram.
Siapa lagi kalau bukan Tengku Afiq yang gatal tu?
"Nak apa lagi? Saya tak ada masalah nak layan tengku," keluh Nadhirah. Dia malas ingin berdebat dengan lelaki itu.
"Tak ada apa-apa. Bagi aku peluk kau sekejap, eh? Nak hilangkan tension," pinta Tengku Afiq.
Nadhirah tidak mengatakan apa-apa namun tidak juga memarahi lelaki itu. Dia hanya membatukan diri dan hanya merelakan tubuhnya dipeluk.
Tengku Afiq mengetap bibirnya kuat. Bau badan Nadhirah yang harum dan wangi membuatkan naluri kelakiannya menjadi tak keruan.
Namun, dia cuba mengawal nafsunya. Dia tidak mahu dilabelkan lelaki miang dengan gadis itu. Sejahat-jahat dia, dia mungkinlah jenis lelaki yang suka memaksa perempuan. Selama ini, perempuan yang datang ke arahnya tanpa dia minta. Dan... Mereka sendiri yang merelakan diri mereka disentuh.
Akhirnya, mereka berdua menikmati keindahan petang yang damai itu persis pasangan bahagia. Masing-masing mendiamkan diri. Hanya senyuman sahaja yang terukir di bibir.
NADHIRAH menjadi serba tak kena. Matanya ralit melihat segala perbuatan Tengku Afiq yang sedang ksuyuk membuat kerjanya.
Fikirannya melayang memikirkan tentang apa yang diceritakan oleh Mak Hawa dan Kayrul. Dia mahu bertanya namun hatinya pula terasa berat.
"Tengku," panggil Nadhirah takut-takut.
"Hmm?" Tengku Afiq tanpa memandang Nadhirah yang sedang bersila di atas katil.
"Kalau saya nak tanya sesuatu, boleh?"
"Aik, sejak bila pula isteri aku ni pandai minta izin sebelum nak bertanya? Selalunya main terjah je."
Air muka Nadhirah berubah cemburut.
Dia ni memang suka perli aku. Sabar, Nad. Orang gila memang macam tu. Dia memujuk hatinya.
"Saya seriuslah!" Tegas Nadhirah.
"Okey-okey, kau nak tanya apa?" pen diletakkan di atas meja sebelum kerusi dipusingkan menghadap Nadhirah.
Dia menyilangkan kaki. Tangan pula memeluk tubuh.
Nadhirah hilang kata-kata. Peluh mula membasahi dahi. Kalau kena marah macam mana? Pedulilah!
"Err... Tengku kenal Tengku Im?" soal Nadhirah Syazwani gugup. Serta-merta wajah Tengku Afiq berubah kelat.
"Kenapa kau sebut nama dia?! Aku benci dia!" Tengku Afiq berang. Nadhirah mula kecut perut setelah lelaki itu menaikkan suaranya. Namun, dia cuba menepis rasa takut yang bersarang.
"Tak adalah. Saya cuma pelik. Kenapa tengku benci sangat dengan dia? Apa yang dia buat dekat tengku sampai tengku marah?" soal Nadhirah bertubi-tubi. Dia berharap Tengku Afiq sudi menjawab pertanyaannya.
Tengku Afiq mengetap bibirnya sebelum bangkit dari duduknya. Dia berjalan menuju ke balkoni tanpa membuka pintu. Dia menghela nafas. Panjang. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.
"Aku paling benci pengkhianat. Manusia yang suka tikam belakang," ujar Tengku Afiq perlahan namun masih boleh didengari oleh Nadhirah.
"Kenapa tengku cakap macam tu?"
"Disebabkan dia, aku kehilangan orang yang paling aku sayang!" Penumbuk dikepal.
"Tengku..." Belum sempat Nadhirah ingin menanyakan lebih banyak lagi soalan, Tengku Afiq lebih pantas memotong.
"Dah, aku dah tak dengar kita cakap hal ni lagi..." putusnya sebelum melangkah keluar dari bilik. Pintu dihempas kuat.
Bam!
Nadhirah tersentak. Dia menepuk mulut beberapa kali. Dia ada salah cakap ke?
BUGER ayam yang dipesan, dimasukkan ke dalam mulut. Mata terpejam rapat menikmati makanan tengaharinya. Restoran Mcdonalds pada tengahari itu tidaklah terlalu sesak seperti biasa. Hanya beberapa pelangan sahaja yang berada di restoran tersebut termasuk dirinya.
Selepas itu, dia beralih pula kepada kentang putar. Baru sahaja kentang tersebut mahu dimasukkan ke mulut, seseorang menegur dari belakang.
"Cik?" Nadhirah menoleh.
Terkejut. Dengan pantas, dia berdiri menghadap gerangan yang menegurnya.
"Amir Iman?!"
Amir tersenyum lebar sambil mengangguk mengiakan. Nadhirah masih tergamam. Air mata mula bergenang.
"Eh, kenapa ni?" soal Amir risau apabila melihat air mata Nadhirah yang secara tiba-tiba mengalir deras membasahi pipi.
"Nad tak sangka kita boleh berjumpa dekat sini. Bukan ke Amir masih di Korea?"
"Amir baru je balik semalam. Fikir hari ni nak jalan-jalan. Tak sangka boleh jumpa Nad dekat sini," Terang Amir sebelum ketawa. Sejujurnya, dia sendiri masih terkejut.
"Duduklah," pelawa Nadhirah. Amir akur.
"Nad, apa khabar?" Amir memulakan perbualan.
"Alhamdulillah, sihat. Amir? Demam Amir dah kebah?"
Nadhirah khuawatir. Kali terakhir mereka berdua berhubung ketika tinggal beberapa hari saja sebelum dia dan Tengku Afiq disatukan. Jadi dia tidak tahu khabar lelaki itu selepas itu.
"Alhamdulillah, dah..." Nadhirah senyum senang. Dia lega.
"So, macam mana kehidupan selepas berkahwin?" Amir ingin tahu. Senyuman Nadhirah automatik lenyap apabila isu perkahwinan dibangkitkan.
"Amir ni kan, janganlah spoil kan mood Nad. Amir pun tahu pasal rumahtangga kami."
"Nad masih lagi tak bahagia?" Jelas wajah Amir terkejut. Nadhirah mengeluh.
"Nad, andailah suatu hari nanti Nad masih lagi tak bahagia, carilah Amir. Tapi... Kalau Nad bahagia, Amir dengan rela hati akan mengundur diri..." ujar Amir dengan nada suara perlahan dan lembut.
Nadhirah hanya membalas kata-kata itu dengan senyuman tawar. Cakap sahaja pasal perkahwinannya dengan Tengku Afiq, membuatkan suasana hatinya kembali mendidih.
Dia mencuba sedaya-upaya untuk kembali tersenyum. Dia amat merindukan lelaki itu. Dia mahu menghabiskan masanya untuk lelaki itu sementara lelaki itu masih berada di sisinya. Perasaan marah dan kesal terhadap Tengku Afiq perlahan-lahan berlalu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro