Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✿𝓑𝓐𝓑 15

"ASSALAMUALAIKUM, atuk! Nenek! Nad datang ni," Nadhirah memberi salam beberapa kali sehinggalah salamnya disahut dari dalam. Namun, dia sedikit tidak lelah. Dia tahu datuk dan neneknya sudah tua jadi pendengaran mereka semakin berkurang.

"Waalaikumsalam. Sekejap!"

Pintu utama terbuka.

Senyuman terukir di bibir apabila wajah neneknya, Hajah Nur kelihatan. Segera tubuh wanita itu ditarik ke dalam pelukan.

"Cucu kesayangan nenek. Kenapa Nad datang tak bagitahu? Nenek tak sempat nak siapkan apa-apa."

"Saja nak buat suprise untuk atuk dengan nenek. Suprise!"

Hajah Nur geleng kepala melihat telatah cucu perempuannya itu. Kepala adhirah yang masih berlapik dengan tudung, diusap perlahan.

"Maaflah semalam nenek balik awal. Atuk kamu tiba-tiba sakit perut. Itu yang kami balik sebelum majlis resepsi habis semalam."

Nadhirah mencemik. Sedikit pun dia tidak kisah.

"Tak apa. Nad faham."

"Siapa yang dekat motor tu? Suami kamu ke? Nenek tak pakai cermin mata. Tak nampak," tanya Hajah Nur sambil mengecilkan matanya memandang ke Tengku Afiq yang masih berada di atas motorsikal.

"Hmm! Itulah suami Nad. Tengku, sinilah!" panggil Nadhirah. Tengku Afiq akur dan berjalan merapati isterinya.

"Assalamualaikum, nenek. Saya Tengku Afiq. Panggil saya Ku Fiq pun dah cukup," tangan tua milik Hajah Nur dikucup.

"Waalaikumsalam. Ini rupanya cucu baru nenek. Segak orangnya!" Pipi Tengku Afiq ditepuk-tepuk perlahan.

Nadhirah senyum senang. Seronok dia melihat kemesraan di antara suami dan neneknya.

"Jemputlah masuk. Duduk luar ni panas. Jom!"

"Umi suruh bagi nenek lauk-pauk ni. Umi kata nenek suka ikan masak pedas yang umi masak," Mangkuk tingkat dihulurkan.

"Buat susah umi kamu saja. Terima kasih."

"Siapa yang datang tu, Nur?" Datuk Nadhirah, Haji Yusuf menyapa.

"Cucu kita, bang. Nadhirah dengan suami dia, Ku Fiq," Hajah Nur menjawab.

"Atuk!" Akibat terlalu gembira, Nadhirah berlari mendapatkan atuknya. Tubuh itu didakap erat.

Haji Yusuf ketawa senang.

"Atuk tengok makin cantik cucu kesayangan atuk ni. Biasalah pengantin baru katakana," sakat Haji Yusuf. Nadhirah hanya ketawa untuk menghilangkan rasa janggal.

"Orang tengah bahagia biasalah, bang," Hajah Nur menambah.

Bahagia? Dia sedang bahagia? Nadhirah sempat mencuri pandang ke arah Tengku Afiq yang sedang duduk di kerusi meja makan. Air muka lelaki itu kekal tenang.

"Kamu berdua pergilah duduk ruang tamu dulu. Nenek nak buat cucur udang. Nad suka cucur udang, kan?"

Pantas Nadhirah angguk.

"Kalau macam tu, biar Nad tolong nenek. Boleh Nad belajar sekali cara buat cucur udang sekali."

"Kalau macam tu, mari Ku Fiq kita berdua pergi ruang tamu. Boleh kita berbual panjang," Tengku Afiq hanya menurut.

Dia membuntuti langkah Haji Yusuf ke ruang tamu. Jantungnya berdegup kencang. Lagi-lagi apabila melihat misai tebal yang terdapat di wajah bengis itu. Kecut perut dia dibuatnya!

"Kamu apa khabar?" Haji Yusuf memulakan perbualan.

"Khabar baik, atuk," jawab Tengku Afiq tenang. Namun, di dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu.

"Dah berapa lama kamu berdua kenal?"

"Dalam 3 bulan."

Kening Haji Yusuf terangkat tinggi.

"3 bulan saja? Kamu tak rasa terlalu awal ke untuk bersatu? Berapa lama kamu berdua bercinta?" Wajah bengis itu kelihatan ragu-ragu. Tengku Afiq pula semakin tidak senang duduk.

"Kami berdua tak pernah bercinta. Kami berdua berkenalan dalam 2 bulan lepas tu terus Ku Fiq masuk meminang. Nad setuju dan kami berdua terus merancang untuk disatukan," Bukan main lancar Tengku Afiq kelentong.

"Tak silap atuk kamu berdua tak bertunang, bukan?"

"Hmm! Ku Fiq rasa Ku Fiq dah cukup mengenali Nad sepanjang 2 bulan perkenalan kami. Dan disebabkan itulah Ku Fiq nak kami berdua segera disatukan."

Haji Yusuf menganggukkan kepala. Cerita yang disampaikan oleh Tengku Afiq cukup menyakinkannya. Hakikatnya ia merupakan dusta semata-mata.

"Ku Fiq..."

"Ya, atuk."

"Atuk nak Ku Fiq jaga Nad baik-baik. Walaupun Nad lahir dalam keluarga yang susah tapi itu tak bermaksud Nad tak bahagia. Nad tu ceria orangnya. Kalau ada masalah pun, dia akan pendam sorang-sorang. Atuk harap sangat Ku Fiq dapat bahagiakan Nad. Kalau suatu hari nanti kamu dah tawar hati, bawa dia semula kepada kami. Waktu tu, kami akan terima dia dan jaga dia..."

Tengku Afiq diam. Kata-kata yang keluar dari mulut Haji Yusuf membuatkan dia rasa bersalah.

Adakah selama ni Nadhirah tidak bahagia apabila dengannya namun hanya mendiamkan diri? Adakah dia sudah merampas kebahagiaan gadis itu?

"InsyaAllah, atuk."

Dia tidak boleh berjanji namun dia akan cuba sedaya-upaya untuk membuat gadis seceria Nadhirah bahagia.


DAHI Tengku Afiq berkerut. Dia menoleh ke Nadhirah yang berada di sisinya. Gadis itu sedang sibuk bermain dengan telefon pintarnya.

"Kau baca apa tu?" tegurnya.

"Ni..." Oppo Reno 5 Pro disua. Tengku Afiq memanjangkan lehernya memandang ke skrin telefon.

Rupanya Nadhirah dari tadi sibuk membaca artikel tentang perkahwinan mereka. Tajuk utama artikel tersebut dibaca.

"Pilihan hati CEO Golden Mall, Tengku Afiq Ikhwan merupakan gadis kampung. Identiti isteri masih dirahsiakan."

Dahi Nadhirah turut sama berlapis. Gambar Tengku Afiq yang segak mengenakan baju pengantin berwarna biru laut dijadikan gambar hiasan untuk artikel tersebut.

Maknanya identitinya masih misteri. Baguslah tu. Tak adalah nanti dia diserang oleh peminat-peminat suaminya. Karang tak pasal-pasal tajuk artikel esok adalah 'Isteri kepada pemilik Golden Mall diserang oleh para peminat suaminya'. Dah tiba-tiba famous!

"Kesian isteri aku ni. Orang tak kenal dia. Atau kau nak aku post gambar kita bersanding semalam dekat Instagram?"

"Jangan! Saya lebih selesa identiti saya dirahsiakan," Laju Nadhirah menolak. Siap menayangkan jari telunjuknya di muka Tengku Afiq.

"Ikut suka hati kaulah," Tengku Afiq mengalah. Dia menghormati keputusan gadis tersebut.

Suasana menjadi senyap seketika. Masing-masing sibuk menikmati pemandangan sawah padi yang indah terbentang menjadi santapan mata. Kini, dia dan Tengku Afiq sedang berehat di pondok yang terletak di belakang rumah datuk dan nenek Nadhirah. Mereka ingin mengambil angin petang terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah orang tua Nadhirah.

"Nad, aku nak bagitahu something," ujar Tengku Afiq memecah kesunyian.

"Nak bagitahu apa?"

"Selepas majlis resepsi belah keluarga aku, aku nak kau stay dahulu rumah sewa kau tu. Lepas aku dah kemas rumah aku, baru aku jemput kau pindah sana."

"Tengku ada rumah?" Nadhirah pelik. Tengku Afiq merengus kasar.

"Mestilah aku ada. Aku jarang balik rumah mummy. Itu yang aku nak kemas rumah tu, karang kerja kau membebel memanjang kata rumah aku kotor!"

Cis, dia ingat aku ni kaki bebel ke?

"Err... Lepas kita pindah, kita tidur asing-asing, kan?"

"Kenapa pula? Kitakan suami isteri. Lagi pun rumah aku tak ada bilik kosong. Apa salahnya tidur sekatil?" Tengku Afiq menyoal kembali. Nadhirah tidak membalas. Dia pasrah.

Memang tak salah tapi seram! Lagi-lagi spesies buaya lupa sungai ni!

"Atau kau takut aku terkam kau?"

Dengar sahaja perkataan 'terkam', laju sahaja kepala Nadhirah menoleh ke sebelah. Tangan sudah laju mencubit lengan suaminya sehingga membuatkan lelaki itu mengaduh kesakitan.

"Sakitlah!" Lengan yang terasa sakit, digosok perlahan. Wajahnya berkerut kesakitan.

Nadhirah tidak meminta maaf atas perbuatannya. Malah, dia berpuas hati.

Siapa suruh miang sangat? Rasa kau! 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro