Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✿𝓑𝓐𝓑 14

BUNYI alarm berbunyi sehingga membuatkan tidur Nadhirah terganggu. Oppo Reno 5 pro yang berada di atas meja katil, dicapai malas. Jam di skrin telefon menunjukkan pukul 8:00 pagi. Ya, waktu untuk dia bangun. Lambat-lambat Nadhirah bangkit dari pembaringan sebelum bertindak meregangkan tubuhnya.

Puas tidur!

Tok! Tok! Tok!

Kening Nadhirah saling berpaut. Siapa yang berani-berani mengacaunya pagi-pagi ini?!

"Siapa?!" jeritnya dari dalam. Rambutnya yang masih kusut, diikat rapi menggunakan getah rambut.

Tiada sahutan dari luar. Malah, bunyi ketukan masih kedengaran.

Tok! Tok! Tok!

Nadhirah merengus geram. Sekali lagi dia bertanya namun kali ini lebih kuat nada suara yang digunakan.

"Siapa tu? Kenapa?!"

Masih senyap.

Nadhirah menggeleng kepala. Dia kesal. Dia paksakan juga kakinya untuk melangkah ke pintu bilik dan membukanya sendiri. Daun pintu dipulas.

Buka sahaja pintu, wajah Tengku Afiq terpampang di depan mata.

Matanya terbuka luas. Hilang sudah rasa mengantuknya. Melihat senyuman lebar yang terukir di bibir lelaki itu semakin membuatkannya hilang darah.

Adakah dia sedang bermimpi?

Jika ya, tolong sesiapa kejutkan dia. Sesungguhnya dia sedang mimpi ngeri sekarang ni!

Mata digosok beberapa kali. Tubuh tinggi lampai itu direnung dari rambut hinggalah kaki. Dia keliru.

Berlapis-lapis dahi Tengku Afiq dibuatnya. Tidak selesa pula dia dibuatnya apabila mendapati isterinya yang sedang ralit merenungnya dari atas hingga ke bawah.

"Kau dah kenapa? Sakit ke?" Akhirnya, dia membuka mulut untuk bertanya.

"Ini Tengku Afiq ke? Buaya berduit tu?"

Kening Tengku Afiq terangkat tinggi selepas mendengar panggilan yang keluar dari mulut Nadhirah. Buaya berduit?

"Cis, sampai hati kau gelar aku buaya berduit?! Hei, sekarang ni, buaya berduit nilah suami kau tau!" Automatik dahi Nadhirah menjadi sasaran jentikan.

"Aduh!" Nadhirah mengadu kesakitan. Dahinya yang bersih itu digosok perlahan. Sakit.

Maknanya... Sekarang dia tidak bermimpi!

"Tengku... Tengku buat apa dekat sini? Kenapa tak call dulu sebelum datang?" soal Nadhirah sekadar ingin menutup rasa malu.

Tengku Afiq geleng kepala.

"Naik lenguh tangan aku call kau tau! Bukan reti angkat pun. Penat tunggu kau angkat, aku datang sini sendiri. Rupanya masih membuta mengalahkan kerbau."

Cis, pagi-pagi lagi sudah kena perli.

"Saya tak dengarlah. Semalam saya tolong family saya kemas. Itu yang tidur lambat tu," Nadhirah membela diri.

"Sudahlah tu. Malas aku nak bertekak dengan kau pagi-pagi ni. Jom turun sekarang. Family kau dah tunggu dekat bawah. Memalukan betullah kau ni!"

Mengaku kalahlah tu. Nadhirah tersenyum menang.

Dia berlari mendapatkan tuala mandi yang bersangkut di penyangkut pakaian. Lalu, tuala mandi tersebut diletakkan atas kepala.

"Cepatlah! Terhegeh-hegeh."

Fuhhh!

Sempat Nadhirah menghembuskan nafas mulutnya ke arah Tengku Afiq sebelum bertindak melarikan diri ke tangga. Terbatuk-batuk Tengku Afiq dibuatya. Tak senonoh betul!

"Agak kau telan bangkai ke malam tadi?" kritik Tengku Afiq. Hidung dikepit.

Nadhirah yang langsung tidak terasa hati dengan kritikan suaminya, hanya ketawa besar. Seronok melihat wajah cemburut itu.

"Apa yang seronok sangat tu?" tegur abang sulungnya, Nazri tatkala kaki Nadhirah sudah tiba di anak tangga yang terakhir.

Nadhirah hanya menggeleng. Mulut ditekup menggunakan telapak tangan.

"Ku Fiq, marilah duduk sini. Sarapan sama-sama," Tengku Afiq yang baru sahaja tiba, ditegur mesra.

Tengku Afiq akur. Kerusi makan ditarik sebelum dia bertindak melabuhkan punggunya di atas kerusi.

"Yang kau tercegat macam tiang bendera ni dah kenapa, uda?" Pelik dengan sikap adiknya, Nazreen merupakan kakak kedua Nadhirah menegur.

Nadhirah hanya sengih. Bahu angahnya dirangkul mesra sebelum...

Fuhhh!

"Umi! Abah! Tengok uda ni. Pengotor," adu Nazreen seraya mengepit hidungnya menggunakan jari ibu dan telunjuk.

"Uda, jaga sikap tu. Malu dengan Ku Fiq," Sakinah menegur puteri keduanya itu.

"Uda pergi gosok gigi sekejap. Sorry, angah!" Sebuah kucupan dihadiahkan ke pipi Nazreen sebagai tanda maaf. Nazreen segera mengelap pipinya kasar. Nadhirah pula berlari anak pergi ke bilik air untuk membersihkan diri.

Sakinah menggelengkan kepala. Manakala, Tengku Afiq pula senyum.

Buat pertama kalinya dia melihat sikap kanak-kanak isterinya. Comel! Tanpa disedarinya, dia sudah pun memuji isterinya dalam diam.

"Jemput makan, Ku Fiq. Kami orang kampung, sarapan biasa-biasa saja. Selalu makan nasi lemak pagi-pagi. Tak makan makanan barat," kata Latif sambil meletakkan sebungkus nasi lemak di hadapan menantunya.

"Ku Fiq pun memang selalu makan nasi lemak buat sarapan. Kenyang lebih lama."

Bungkusan nasi lemak dibuka. Disebabkan tiada sudu disediakan, Tengku Afiq bangun mengambilnya sendiri di rak sudu dan garpu. Nadhirah yang baru sahaja keluar dari bilik air, hanya memerhati gerak-geri suaminya.

Mata-mata ahli keluarga yang lain saling berkomunikasi. Mereka tersenyum-senyum. Naik malu Nadhirah dibuatnya.

Bandar betul suami aku ni. Sayang betul dengan kuku bersih dia tu. Sempat Nadhirah mengutuk sifat bandar suaminya.

"Maaflah, Ku Fiq tak biasa makan pakai tangan. Tapi kalau umi dengan abah tak bagi, Ku Fiq boleh je berlatih makan pakai tangan mulai sekarang."

Tengku Afiq segan apabila mendapati keluarga mentuanya hanya memakai tangan untuk makan. Kekok pun ada.

"Eh, tak perlu. Ikut keselesaan kamu," Larang Latif. Dia tidak mahu membuat menantunya itu tidak selesa.

"Tengku nak air apa? Kopi? Mana tahu tengku ada alergik kopi, kan? Atau nak saya bancuhkan air teh?" Nadhirah ingin menghulurkan bantuan. Namun, masih terselit sindiran di kata-katanya.

"Apa-apa pun boleh, sayang. Asalkan tak ada racun dalam tu," Tengku Afiq turut sama membalas sindiran Nadhirah.

"Kau still guna panggilan 'tengku' dekat suami kau? Panggillah abang ke? Intan payung ke? Kan lebih manis bunyinya," Sakat Nazri. Nadhirah mengecilkan matanya.

Berbulu telinga dibuatnya. Abang? Intan payung? Lambat lagi!

"Aku tak biasa lagilah, long. Lagipun aku risau adik ipar kau ni muntah pula bila aku panggil dia dengan panggilan manja-manja nanti," ujar Nadhirah sambil menjeling Tengku Afiq yang berada di sebelahnya.

"Kau tu yang fikir bukan-bukan. Kau tak kisah kan, Ku Fiq?"

Suapan Tengku Afiq terhenti apabila namanya disebut. Dia mengangkat kepala lalu angguk tanda setuju dengan kata-kata Nazri.

Sukalah tu along back-up dia! Diikutkan hati jahat Nadhirah, mahu sahaja mulut itu dikoyak sepuas hati.

"Persiapan majlis resepsi belah kamu pula macam mana? Semuanya berjalan lancar?" Latif menukar topik perbualan. Risau berlakunya bertengkaran di antara anak sulung dan anak ketiganya. Lebih baik mencegah sebelum ia berlaku.

"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah kalau tak ada apa-apa masalah, sabtu depan majlis boleh diteruskan," jawab Tengku Afiq tenang.

Semua tugasan telah dia agihkan kepada para pekerjanya. Kayrul pula dilantik sebagai ketua dan pemantau. Sebarang masalah yang timbul, akan segera dimaklumkan kepadanya. Namun, dia mempercayai para pekerjanya kerana mereka telah berkhidmat dengannya sudah lama.

"Bila kamu bertolak balik Pahang?"

"InsyaAllah malam ni kami gerak. Gerak malam jalan lebih sunyi. Ahli keluarga yang lain sekarang tengah berehat. Penat katanya."

Latif angguk.

"Nad, kalau kamu tak kisah, petang nanti bawa Ku Fiq jalan keliling kampung. Bawa Ku Fiq jumpa atuk dengan nenek kamu," Cadang Sakinah sambil matanya memandang ke arah anak perempuannya yang sibuk memasukkan nasi ke dalam mulut.

Nadhirah mengiyakan dengan mengangguk.

Sejujurnya, dia tidak kisah untuk membawa suaminya itu bersiar-siar mengelilingi kampung, namun dia risau lelaki itu sendiri tidak mahu mengikutinya. Biasalah orang bandar. Mana biasa dengan suasana kampung.

Sempat dia menjeling ke arah Tengku Afiq yang berada di sisinya. Air muka lelaki kaya itu tampak tenang.

"Tengku tak kisah, kan? Nanti kita jalan-jalan naik motor kebun abah. Tak tahu pula nanti tengku tak selesa."

Pantang ada peluang, Nadhirah mesti ingin menyindir lelaki itu. Namun, sudah semestinya Tengku Afiq tidak 'koyak'.

"Abang tak kisah, sayang. Tunggang kerbau pun abang sanggup. Asalkan sayang ada teman abang," kata Tengku Afiq. Senyuman versi mengejek dipamerkan.

Senyuman itu dibalas dengan jelingan maut dari Nadhirah. Berdesing telinga dibuatnya!

Ayat manis!

Dasar buaya berduit!



KENING Nadhirah saling berpaut. Sama juga dengan Tengku Afiq. Motorsikal yang agak berusia itu ditenung lama. Nadhirah danTengku Afiq saling berpandangan. Ini saja motorsikal yang ada di rumah abah dan uminya.

Adakah mereka harus menaiki satu motorsikal yang sama?

"Errr... Tengku pandai bawa motor?" tanya Nadhirah. dia membuang pandangannya ke arah kunci motor yang berada di genggaman suaminya.

"Kau fikir aku ni kuno sangat ke? Dekat rumah, aku siap ada motorbike tau!" Tengku Afiq berang apabila Nadhirah seakan-akan meremehkan bakatnya.

"Mana saya tahu. Lagipun tengku orang kaya. Mana naik motor. Selalu naik kereta sebab ada aircorn."

Tengku Afiq mencebik.

"Kau ingat semua orang kaya naik kereta ke? Lagi-lagi orang muda macam aku ni. Lagi best naik motor. Angin kuat!"

"Muda ke? Setahu aku umur dia dah 32 tahun," gumam Nadhirah sendirian. Namun, ayat tersebut cukup ditangkap di telinga Tengku Afiq.

"Apa kau kata? Ulang?"

Pantas Nadhirah menggeleng. Dia menyengih.

"Ya Allah, tak gerak lagi ke kamu berdua ni? Cepatlah. Malam nanti Ku Fiq nak balik," tegur Sakinah yang baru sahaja muncul dari pintu dapur.

"Kami nak geraklah ni tapi si Nad ni segan nak naik sekali."

Selamba gajah dia saja nak libatkan aku! Ingin sahaja Nadhirah mengetuk kepala lelaki itu menggunakan helmet yang berada di tangannya.

"Kenapa nak segan? Kamu berdua dah sah jadi suami isteri. Mula-mula memanglah macam tu. Lama-lama kamu terbiasa juga."

Sejujurnya, Nadhirah setuju apa yang Tengku Afiq katakan. Dia malu. Sepanjang dia dan lelaki itu berkenalan, mereka berdua tidak pernah melakukan sentuhan secara fizikal.

"Jom pergi, sayang. Lama-lama sayang biasalah. Abang pun tak biasa," Tengku Afiq mula menaiki motorsikal. Helmet disarungkan di kepala atas dasar keselamatan.

"Sebelum tu, tolong bawakan sekali ya lauk yang umi dah masak ni. Tolong bagi dekat atuk dengan nenek kamu."

Sebuah mangkuk tingkat dihulurkan. Tanpa teragak-agak, Nadhirah menyambut huluran tersebut.

Nadhirah turut sama mengenakan topi keledar di kepala. Mangkuk tingkat diletak di dalam bakul motor. Dengan terpaksa, Nadhirah menaiki motorsikal. Wajahnya masam.

"Hati-hati ya, Ku Fiq. Jangan bawa laju-laju. Karang nanti majlis sabtu depan tak berjalan," Pesan Sakinah kepada Tengku Afiq.

Pantas Tengku Afiq mengangguk.

"Nad, peluk suami kamu tu. Nanti jatuh macam mana? Dah karang naik pelamin bertongkat."

Mata Nadhirah membulat. Tengku Afiq pula tersenyum miang.

Peluk?

Nad lebih rela jatuh daripada peluk buaya ni, umi. Nadhirah terseksa.

"Tak payahlah, umi. Nanti Ku Fiq judge Nad miang pula," dia cuba mencipta alasan. Sengaja nama Tengku Afiq dibangkitkan.

"Apa pula cakap macam tu? Miang dengan suami sendiri tak apa. Jangan dengan lelaki lain. Betul apa yang umi cakap, Ku Fiq?" Soalan Sakinah disambut oleh anggukan Tengku Afiq.

Sukalah tu umi berpihak pada dia!

Nadhirah akhirnya mengalah. Lambat-lambat dia melingkari tangannya di pinggang Tengku Afiq. Makin lebar senyuman miang Tengku Afiq dibuatnya.

"Kami pergi dulu. Petang nanti kami balik. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam..." 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro