✿𝓑𝓐𝓑 11
WAJAH selamba Tengku Afiq yang sedang memandu di sebelahnya, dijeling menyampah. Hatinya semakin sakit apabila mendengar lelaki itu menyanyi riang.
Tak sedap! Sumbang! Bawa je lah kereta tu. Tak payah nak menyanyi bagai. Sakit telinga dibuatnya. Kalau sedap tak apa lah jugak! Nadhirah menyumpah seranah Tengku Afiq yang masih seronok dalam dunianya sendiri.
"I love it when you call me señorita
I wish I could pretend I didn't need ya
But every touch is ooh la la la
It's true, la la la
Ooh, I should be running
Ooh, you keep me coming for you..."
Nyanyian lagu Senorita yang merdu menjadi bingit apabila dinyanyikan oleh Tengku Afiq. Terang-terang suaranya tidak setanding dengan penyanyi asal iaitu Shawn Mendes dan Camila Cabello.
Bising betul! Gerutu Nadhirah sambil bertindak mengorek telinga yang seakan-akan sakit apabila mendengar nyanyian sumbang dari Tengku Afiq.
Nyanyian Tengku Afiq terhenti tiba-tiba. Matanya terbuntang melihat Nadhirah yang berada di sebelahnya.
"Eh, kau tengah buat apa ni?!" jerkah Tengku Afiq. Dia cuak dengan perbuatan selamba Nadhirah.
"Tengku buta ke? Kan saya tengah korek telinga ni..." Tanpa mempedulikan lelaki itu, dia terus menyambung perbuatannya.
Tengku Afiq mengetap bibirnya kuat. Tak sanggup dia untuk menoleh ke bahagian penumpang. Dia merupakan seorang lelaki yang pembersih!
Tahan Ku Fiq... Tahan! Jangan menjerit. Perempuan ni saja nak uji kau. Sabar bro! Pujuk hatinya.
"Apa jeling-jeling? Tahulah cemburu. Nak sikit tak tahi telinga saya?" Tanpa segan silu, Nadhirah menghulurkan tangannya. Dia tersenyum penuh makna.
Peluh mula membasahi dahi. Mummy, apa masalah bakal menantu mummy ni? Selekehnya, ya ampun!
Aku dah tak tahan!
Kereta Lykan HyperSport miliknya diberhentikan di tepi lebuh raya. Tingkap kereta diturunkan. Tanpa sebarang isyarat, dia terus menjerit sekuatnya ke luar tingkap.
"Arrghhh! Perempuan ni selekeh! Macam mana aku boleh terfikir nak kahwin dengan perempuan macam ni?! Mummy, tolong Ku Fiq!!!"
Dan-dan Nadhirah pula yang cuak. Lain yang dia rancang, lain pula yang jadi! Dah kena sampuk ke apa mamat ni?
"Hei, tengku?! Jangan jeritlah. Orang tengoklah. Tengku!" Tengku Afiq terus-menerus mengabaikan teguran Nadhirah.
Dengan sedaya upaya, Nadhirah menarik tubuh sasa milik Tengku Afiq agar menghadapnya. Namun gagal.
Beratnya dia ni! Telan gajah ke apa?
Dengan pantas, dia menekup mulut lelaki itu mengunakan telapak tangannya. Bahaya betul!
"Lepas! Perempuan pengotor!" Tangan Nadhirah ditepis kasar.
"Apa masalah tengku ni? Menjerit macam saya ni ada niat nak rogol tengku tu kenapa?" berang Nadhirah.
"Kau tulah! Selekeh! Aku tak suka orang pengotor kau tahu tak?!"
Nadhirah tersenyum. Oh, ini lah caranya supaya mereka tak perlu kahwin. Dia perlu membuat perangai menjengkelkan sehinggalah lelaki itu menarik semula kata-katanya.
"Saya korek telinga pun nak marah. Kenapa? Tengku nak tolong korekkan eh? Tapi tak boleh sebab kita belum kahwin," semakin galak dia menyakat lelaki itu.
"Pleaselah! Dahlah jom. Jangan berani-berani nak korek telinga lagi, eh?! Kalau tak, aku campak kau keluar dari kereta ni," Ugut Tengku Afiq.
"Kalau korek hidung boleh?"
"Jangan harap! Cuba kalau berani, aku tumbuk kau!"
"Okey..." balas Nadhirah ringkas. Dia cuba menyembunyikan senyuman lucunya. Sedikit pun tidak gentar dengan ugutan yang diberikan.
Harap muka macho tapi bila dah menjerit, mengalahkan perempuan!
Bakal suami siapalah ni?
"JANGAN mudah percaya dan terikut-ikut..."
Nadhirah mencuri pandang Tengku Afiq yang berperangai seperti kucing kehilangan anak. Sekejap lelaki itu menoleh ke belakang. Sekejap ke hadapan. Nadhirah sendiri pun tak tahu kenapa dengannya.
"Hei, kenapa dengan tengku ni? Sawan ke?
Tengku Afiq memandang tepat ke arah wajah bakal isterinya. Dahinya sudah pun dibanjiri peluh.
"Cerita apa kau dengar ni, hah?!" soalnya dengan nada suara meninggi.
"Cerita apa? Misteri Jam 12 je pun. Kenapa? Tengku takut, ya?" tebak Nadhirah sebelum ketawa besar.
Wajah Tengku Afiq mula kemerahan. Takut? Ada lah rasa takut tu tapi... Sikit!
"Aku takut? Hello, ini Tengku Afiq Ikhwanlah. Bukan setakat kaya tapi berani tau!" Riak Tengku Afiq sambil menepuk-nepuk dadanya.
Nadhirah mencebik. Acah beranilah tu.
Sedang seronok dia mengutuk lelaki itu, tiba-tiba dia merasakan perutnya sakit. Dia segera berdiri dan ingin segera ke tandas.
"Eh, kau nak pergi mana ni?" soal Tengku Afiq apabila mendapati Nadhirah bangkit dari kerusi. Sudahlah dia tengah takut, boleh pula perempuan ni mahu meninggalkannya.
"Saya nak pergi tandas. Ada perkara penting yang harus saya selesaikan. Saya pergi dulu!" ujar Nadhirah sebelum berlari anak ke tandas yang terletak di belakang warung.
Tengku Afiq menelan kelat air liurnya. Dia memandang segenap kedai warung yang dia singgah. Nampak usang tetapi bersih dan kemas. Pelanggan di warung itu pun sedikit. Dalam dua atau tiga orang sahaja termasuk dia dan Nadhirah.
Arrghhh! Ini semua salah minah senget tu! Kalau tak disebabkan dia ugut aku nak korek hidung dalam kereta tadi, memang taklah dia terpacak dekat sini.
Jam tangan mahalnya dipandang lama. Jam menunjukkan pukul 10:07 malam. Aduh, mana pulak dia ni?! Lamanya...
"Afiq..." panggil seseorang dari belakang.
Tengku Afiq tersentak. Dia segera menoleh ke belakang.
Namun, tiada sesiapa.
Siapa tu? Jangan main-main lah!
Mummy, help me...
"Afiq..." Sekali lagi suara itu kedengaran. Kali ini lebih halus dan panjang.
Peluh dingin mula membasahi tubuh. Jantungnya berdegup kencang seperti baru selesai menghabiskan larian maraton. Suara halus yang memanggil namanya hampir membuatkannya pengsan! Matanya meliar mencari pemilik warung, namun tidak kelihatan.
Mana pula orang tua ni?! Tadi elok kat dalam tu. Dia semakin hilang arah.
Matanya kembali meliar mencari pelanggan-pelanggan yang datang berkunjung di warung itu. Sama. Tiada sesiapa pun di situ selain dirinya.
"Afiq..."
Dengan berani dia bersuara lantang.
"Siapa tu?! Jangan cuba-cuba nak takutkan akulah!"
Senyap. Suara misteri itu hilang serta-merta.
Dia tersenyum sinis. Takutlah tu! Ada hati nak main-main dengan lelaki bernama Tengku Afiq.
"Duduk sorang-sorang ke? Nak saya temankan?" Senyuman Tengku Afiq lenyap. Dia mula memejamkan matanya.
Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Tidak berani dia membuka matanya. Takut ternampak 'benda' yang tidak diingini.
Pap!
"Ya Allah! Tolong aku! Tolonglah jangan kacau aku..." rayu Tengku Afiq yang masih menutup kedua matanya.
Dahinya berkerut. Bunyi orang ketawa? Dengan perlahan-lahan, dia membuka matanya. Wajahnya berubah merah padam.
Nadhirah sedang ketawa terbahak-bahak mentertawakannya!
"Kau!" Jarinya menunding ke arah Nadhirah yang kini sedang berdiri di sebelahnya.
"Oops!" Nadhirah menutup mulutnya menggunakan kedua-dua belah tapak tangan. Konon tak sengaja.
Tengku Afiq merengus geram. Cis, terkena aku setepek! Dia mengelap peluhnya menggunakan tisu yang disediakan. Lega!
"Sorrylah, tengku. Saya saja je test tengku. Rupanya penakut orangnya!" kutuk Nadhirah sebelum kembali ketawa.
Suka dia melihat wajah pucat milik Tengku Afiq. Dah macam babun tercekik tulang dah dia tengok!
"Hek eleh, macam mana lah kau tu berani sangat! Blah lah kau!" Kepala Nadhirah ditolak perlahan agar menjauhinya.
"Cari gaduh pulak orang tua ni! Jomlah balik. Dah malam ni," ajak Nadhirah sebelum melangkah ke kereta.
Tengku Afiq merengus. Dia berjalan menuju ke kaunter pembayaran. Beberapa keping wang bernilai 50 berikan kepada pemilik warung.
Dia mengeluh. Ada pula orang tua ni. Tadi tak ada! Sabar sahajalah, Ku Fiq!
"Banyaknya! Sekejap ya, pak cik bagi bakinya..." pinta pemilik warung sebelum membuka laci meja tempat menyimpan duit. Dengan pantas, Tengku Afiq menolak.
"Tak apalah pak cik. Simpanlah..."
Pemilik warung itu tersenyum senang.
"Terima kasih, nak. Hmm... Pak cik rasa pak cik macam pernah tengok muka orang serupa macam muka kamu dekat televisyen!"
"Siapa orangnya tu, pak cik?" soal Tengku Afiq menahan rasa geli hati.
"Namanya tak silap Tengku Afiq Ikhwan. Anak lelaki kepada Tengku Farizul dengan Tengku Hajah Fatimah. Tak silap pak cik dia tu usahawan termuda yang ada mall sendiri. Kamu kenal?" pemilik warung itu cuba mengingati kembali apa yang dilihatnya di televisyen tempoh hari.
Akhirnya, tawa Tengku Afiq meletus. Aduh, lawaklah pak cik ni! Orang depan mata pun masih tak dapat cam ke?
"Kamu ni dah kenapa?"
"Pak cik nilah! Buat lawak. Sayalah Tengku Afiq Ikhwan. Sama tak?" soal Tengku Afiq dalam sisa tawanya. Sempat dia menayangkan dua jarinya seakan-akan gaya 'peace'.
Pak cik itu terlopong. Bagaikan tidak percaya. Patutlah sama! Dengan pantas, dia menundukkan kepala.
"Ma... Maafkan saya, tengku. Tak sangka pula saya dah bersikap kurang ajar dengan tengku," Dengan segera, pemilik warung itu memohon maaf.
Bahu pemilik warung itu dipeluk erat oleh Tengku Afiq. Ia membuatkan lelaki agak berumur itu terkejut.
"Tak perlulah sampai macam tu sekali. Bagi saya, kita sama sahaja. Pak cik, saya nak tanya sesuatu boleh?"
"Tanya apa tu?"
"Hmm... Tadi pak cik pergi mana? Kosong je kedai tadi. Seram jugak saya dibuatnya," Akhirnya, dia memberanikan juga dirinya untuk bertanya.
"Oh, tadi pak cik pergi kemas dapur sekejap," Tengku Afiq mengangguk sambil tersengih malu.
Dasar penakut!
"Okeylah, saya minta diri dulu ya. InsyaAllah saya datang dengan tunang saya lagi," Tengku Afiq pamit ingin meminta diri. Tangan tua itu disalam.
"Tunang? Pak cik doakan semoga berkekalan ya hubungan kamu berdua. Terima kasih kerana sudi datang."
Dia suka dengan perwatakan baik anak muda bernama Tengku Afiq Ikhwan itu. Menghormati orang tua. Merendah diri. Memang baik orangnya!
"Sama-sama, pak cik. Assalamualikum..."
"Waalaikumsalam."
Dengan senyuman manis bak gula-gula, Tengku Afiq berjalan menuju ke kereta mewahnya. Senyuman masih tak lekang dari bibir merahnya.
Naik pelik Nadhirah melihat tunangnya itu. Ini dah kenapa? Kena sampuk jembalang senyum ke apa dia ni?
"Hei, yang tengku senyum macam badut sewel ni kenapa? Ke tengku gembira sebab dapat tackle pak cik tu?" soal Nadhirah setelah Tengku Afiq masuk ke dalam perut kereta.
Tengku Afiq ketawa besar. Gila ke apa perempuan ni? Ada ke cakap aku mengurat pak cik tu?
"Haah, kenapa? Memang aku happy sebab dia sudi terima aku. Dah, baik kau duduk diam-diam sebelum aku campak kau keluar!" Sempat Tengku Afiq mengugut sebelum bertindak menghidupkan enjin kereta.
Nadhirah mengetap bibirnya. Padan muka! Siapa suruh loyar buruk lagi, kan? Ambik kau Nadhirah!
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah sewanya, dia hanya mendengar lagu-lagu popular yang berkumandang di corong radio. Lama-kelamaan matanya menjadi layu dan akhirnya tertidur.
⚠️DILARANG MENCURI IDEA ATAUPUN PLAGIAT KARYA SAYA. JIKA TIDAK, SAYA AKAN MEMAKLUMKAN HAL TERSEBUT KEPADA PIHAK WATTPAD !⚠️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro