Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 9

Selepas mereka bertujuh solat subuh berjemaah, Irfan, Hakim dan Aizu sambung tidur kembali kerana keletihan manakala Bff dan Kak Rin pula pergi ke dapur selepas melipat telekung.

"Kamu bertiga tolong belikan Kak Rin bahan-bahan dalam senarai ni tau.Jangan merayap dekat tempat lain," kata Kak Rin sambil meghulurkan sehelai kertas dan beberapa keping duit. Syaz, Mira dan Wani segera mengambil kertas dan wang itu. Semasa mereka melintasi ruang tamu mereka melihat Boyz masih tidur lagi.

"Aku rasa mereka tidur mati tahu. Sudah nak tengah hari tetapi mereka tak bangun lagi," bebel Mira. Syaz tiba-tiba tersenyum nakal. Mira dan Wani segera mengangkat kening berkali-kali, kemudian mereka bertiga tersengeh.

Mereka bertiga mengambil telefon masing-masing sebelum memulakan rancangan. Mereka membuat regangan sebelum menjalankan 'misi' mengejutkan Boyz yang sedang tidur. Mereka mengambil gambar Boyz sebagai bahan bukti dan ugutan. Wani dan Mira menyuruh Syaz mengejutkan mereka bertiga.

"Wei korang bangunlah! Apa nak jadilah korang ni... Kami pun bagun awal tahu. Sudah pukul dua belas setengah tengah hari!!" jerit Syaz. Wani dan Mira menahan ketawa apabila Syaz menyebut pukul dua belas setengah tengah hari kerana sekarang baru pukul sembilan pagi.

"Ala... Lagi sepuluh minit kami bangun," balas Irfan dengan mata tertutup.

"Bertuah betul budak ni, bangunlah!!" jerit Wani. Suara Wani seperti petir. Boyz segera duduk bersila mengadap Bff.

"Baru nak bangun. Tadi cakap lagi sepuluh minitlah. Itulah, ini lah," bebel Mira. Hakim segera melihat jam di dinding sebelum terkejut.

Dia segera memandang ke arah Syaz, Mira dan Wani sebelum berkata, "Baru pukul sembilan suku lah, mana ada pukul dua belas setengah tengah hari!"

Bff tersengih apabila menyedari bahawa pembohongan mereka telah terbongkar. Mereka bertiga berlari sepantas yang boleh lalu menunggang basikal.

"Adios Kak Rin, kami pergi kedai dulu!" jerit mereka bertiga serentak.

"Siap korang bila korang balik nanti!" jerit Aizu. Bff membuat  peace sebelum pergi ke kedai.

Kedai runcit

"Akhirnya sampai juga," kata Wani. Syaz dan Mira segera mengangguk. Kemudian mereka membahagikan tugasan untuk membeli bahan-bahan yang dipesan oleh Kak Rin. Selepas membeli barang, mereka segera menuju ke rumah.

Sementara itu

"Aku baru saja nak bermimpi, mereka pula mengacau," bebel Irfan.

"Bila mereka balik nanti, aku nak suruh mereka masak nasi goreng," kata Hakim. Sebelum Bff balik, mereka menonton televisyen.

"Kak Rin, kami sudah balik!" jerit Mira. Syaz, Mira dan Wani segera menuju ke dapur untuk menolong Kak Rin. Selepas beberapa minit berperang di dapur, akhirnya makanan yang diminta oleh Hakim siap. Boyz sepantas kilat sudah berada berada di meja makan. Bff serta Kak Rin mengeleng kepala.

"Sedap sangat nasi goreng ni," kata Boyz serentak dengan mulut penuh. Bff dan Kak Rin menggelengkan kepala.

"Hah! Nak cakap habiskan makanan dalam mulut," sergah Mira. Boyz tersedak lalu minum air suam yang dituang  kedalam gelas.

Selepas makan, mereka bertiga meminta diri untuk pulang. Mereka pun pulang. (Author pendekkan cerita sebab tiada idea).

Pada pagi Isnin

Pada hari itu, hujan turun dengan lebat, jadi mereka berada di dalam kelas. Bff naik ke kelas dahulu kerana mereka mahu membersihkan kelas manakala Boyz pergi ke kantin untuk membeli makanan untuk mereka dan Bff.

Dalam perjalanan mereka balik ke kelas, mereka lalu di hadapan papan kenyataan. Secara tiba-tiba Aizu berhenti secara mengejut. Irfan dan Hakim yang berada di belakang Aizu terhantuk kepala sesama mereka sebelum memandang ke arah Aziu.

"Kenapa kau berhenti secara mengejut?!" marah Hakim bengang manakala Irfan menggosok kepala beberapa kali. Aizu segera menarik tangan Irfan dan Hakim.

"Cuba korang tengok tu," arah Aizu. Hakim dan Irfan segera memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Aizu.

"Jadi, apa masalahnya dengan risalah tu?" tanya Irfan.

"Kita masuk nak tak?" tanya Hakim. Mereka berdua tersengih lalu mengangguk.

"Tetapi dalam risalah ni tertulis, kena ada enam orang," ujar Irfan.

"Heret sahaja budak bertiga tu, apa susah? Tamat cerita." balas Aizu selamba.

"Mesti jualan kita laku. Mereka pandai masak," kata Hakim pula lalu mereka pergi berjumpa Cikgu Liza di bilik guru.

Di kelas 1 Amanah

"Kenapa aku rasa macam ada orang mengata kita saja?" tanya Mira selepas beberapa minit mereka berada di dalam kelas.

"Aku pun rasa macam ada benda buruk akan berlakulah,"kata Wani. Syaz mengangguk tanda bersetuju dengan Mira dan Wani.

"Aku harap bukan tentang Hari Kantin," kata Syaz perlahan.

Pada waktu rehat, Boyz dan Bff rehat di dalam kelas. Selepas itu, Irfan, Hakim dan Aizu menarik kerusi menuju ke tempat duduk Bff.

"Korang, kami ada perkara nak cakap ni," kata Irfan tergagap-gagap. Dia tahu sekiranya Syaz, Mira dan Wani marah, memang payah nak pujuk balik.

'Macam serius saja aku rasa perkara kau nak cakap tu," kata Wani.

"Memang serius pun," jawab Hakim.

"Hmm sebenarnya.... sebenarnya...sebena-" kata Hakim tergagap-gagap.

"Cakap saja tak payahlah hmm sebenarnya... sebenarnya apa?!!" sergah Syaz selepas menghentak meja.

"Sebenarnya kami sudah mendaftarkan nama kita berenam untuk Hari Kantin nanti," kata Aizu laju. Dia mengurut dada akibat disergah oleh Syaz. Air yang diminum oleh Bff disembur ke tepi. Nasib baik Irfan, Boyz duduk di hadapan mereka jika tidak memang kena semburlah jawabnya dan air Bff minum itu, air mineral.

"Apa kau cakap?! Kau daftarkan nama kami bertiga sekali!!" tanya Wani terkejut. Irfan membuat gaya peace. Bff memandang mereka bertiga dengan pandangan kecik besar kecik besar saja aku pandang.

"Korang tak berbincang dengan kami," rajuk Mira.

"Kami ingat korang suka," Irfan membuat muka sedih. (cuba korang bayangkan kalau remaja lelaki buat macam tu). Bff mengeluh sebelum menghabiskan air dan memandang semula ke arah mereka bertiga.

"Macam mana kalau kami cakap kam-" kata Syaz.

"Mesti korang tak setuju, kan? Tak apalah, nanti kami pergi jumpa Cikgu Liza semula," kata Hakim perlahan.

"Jangan menyampuk," marah Wani.

"Kami setuju," sambung Mira. Boyz segera menepuk tangan dan berhigh five. Bff membuat muka nak muntah dan mengangkat tangan ke bahu dan mata naik ke atas.

"Macam mak nyah," kata Wani sambil ketawa. Selepas itu, mereka segera berbincang.

Pada Hari Kantin

'"Ramainya orang," kata Hakim. Selepas itu,mereka berenam segera menyusun barang-barang jualan. Antara jualan mereka ialah air, makanan dan sebagainya. Banyak juga gerai yang menjual air dan makanan. Selepas itu,mereka membahagikan tempat untuk mereka jaga.Hakim, Irfan dan Syaz tempat makanan manakala Wani, Mira dan Aizu tempat air. Mereka melayan pelanggan dengan senyuman.

Mereka berenam memakai baju bebas. Mereka berenam memakai baju lengan panjang serta hoodie tiada lengan. Hoodie Boyz, Mira dan Wani berwarna hitam manakala Syaz memakai hoodie berwarna kelabu dan tertera perkataan nama Boyz dan Bff.

Sedang Syaz dan Hakim leka melayan pelanggan, tiba-tiba mereka mendengar suara-suara yang memekakkan telinga. Mereka segera berpaling ke arah belakang. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat di belakang gerai mereka, Aizu dan Irfan dikelilingi oleh peminat mereka. Para peminat tidak berani mendekati Hakim kerana Syaz berada di sebelahnya.

"Kau jaga gerai sekejap," arah Syaz. Hakim akur sahaja. Hendak dibantah, lain pula akan jadi. Dia segera menuju ke arah Aizu dan Irfan.

"Korang tak ada kerja lain ke apa? Pergi kacau orang lain, kenapa korang kacau Aizu dengan Irfan? Mereka tengah sibuk lah!!" marah Syaz dan Wani serentak. Suara peminat-peminat Aizu dan Irfan yang menjerit macam histeria tiba-tiba senyap. Wani dan Syaz bercekak pinggang seraya itu, Irfan dan Aizu berlari ke belakang Mira dan Wani.

"Kalau korang nak buat bising dekat sini, baik korang blah sahaja. Kan dah kena jerit dengan mereka. Hahahha," Mira ketawa mengejek.

"Suka hati kami nak buat apa! Apa hak korang nak halang kami!" bentak Fatin seraya berjalan beberapa langkah ke hadapan sebelum memeluk tubuh.

"Korang bukan girlfriend mereka pun," ejek Lily Aizu dan Hakim menggenggam penumbuk. Lily menolak kepala Mira, kemudian Wani. Fatin dan Lily sekelas dengan Bff serta Boyz. Fatin merupakan anak datuk, mungkin sebab itu dia berlagak.

"Kau pula, tak ada kaitan langsung dengan urusan aku!" ujar Fatin lagi seraya menolak Syaz sehingga jatuh. Peminat-peminat Boyz ketawa, mengejek Bff. Syaz mengetap bibir apabila kedua-dua sikunya terseret di atas jalan.

"Wei korang, cuba tengok budak tu. Dia menangislah," ejek Fatin.

Fatin dan Lily menolak Wani dan Mira jatuh ke belakang. Mereka berdua mengerang kesakitan. Boyz menolong mereka berdua tetapi tidak membuat apa-apa untuk menolong Syaz kerana Syaz menyuruh mereka jangan bergerak. Syaz bangun perlahan-lahan sebelum menarik nafas dan tersenyum nakal.

"Aku ada firasat tak baik pasal senyuman dia," kata Irfan kerana dia tahu apa yang akan berlaku.

"Kalau kau nak menghina, memaki dan pukul aku, buat sahaja tanpa melibatkan sahabat aku. Korang ingat korang pandai sangat ke? Aku tengok bodoh saja. Kau dengar sini Fatin! Ini maran terakhir! Kalau aku nampak kau kacau sahabta aku lagi, tahulah nasib kau! Faham!" Syaz menyergah dengan satu nafas. Kemudian, dia datang mendekati peminat Boyz dengan muka seperti tomato.

"Jangan nak tolak kepala Mira dan Wani lagi, faham tak?!" Syaz memberi amaran sebelum membantu Mira dan Wani bangun.

"Korang okay tak?" anya Syaz. Wani dan Mira mengangguk lalu menunjukkan muka terkejut kerana sebelum ini mereka tidak pernah melihat Syaz mengamuk. Wani menggunakan kuasa vetonya dengan mengarahkan semua peminat Boyz didenda mencuci kolam. Selepas itu, mereka bertiga menyambung tugasan yang terbengkalai tadi.

Ketika Syaz beada di sebelah Irfan, dia berkata, "Siku dengan tapak tangan kau berdarah, kau tak nak pergi bilik rawatan?" Mira, Wani, Aizu dan Hakim segera memandang ke arah Syaz.

"Aku rasa tak payah sebab kecederaan aku tak teruk," balas Syaz sambil tersenyum. Irfan membongkokkan badan untuk menyamai ketinggian Syaz. Maklumlah ketinggian Bff hampir seratus lima puluh sentimeter manakala Boyz pula seratus enam puluh dua sentimeter.

"Ya ke? Aku tak percaya. Kau ni bukan boleh percaya pun. Kata sahaja tak sakit, sebenarnya sakit," bebel Irfan. Syaz membuat  peace sebelum mengerang kesakitan. Irfan mengelengkan kepala. Dia sudah masak dengan perangai Syaz.

"Mira, Wani. Korang tolong Syaz duduk. Aizu, kau pergi ambil peti kecemasan dan kau, Hakim pergi ambil ais batu," arah Irfan dengan satu nafas. Mereka segera menjalankan arahan yang diterima manakala Irfan berjalan menuju ke arah beg Syaz dan mengeluarkan headphone lalu diberikan kepada Syaz. Syaz segera menyambut headphone lalu memakainya. Dia kelihatan seronok dan gembira apabila mendengar lagu yang dimainkan.

Mira, Wani dan Irfan tersenyum melihat keadaan Syaz  seperti kanak-kanak. Aizu dan Hakim baru tiba. Mereka segera menyerahkan peti kecemasan dan ais batu kepada Mira dan Wani. Mereka bertiga berdiri membelakangi Bff. Selepas mereka siap merawat Syaz, mereka berlima memandang ke arah peminat-peminat Boyz dengan jelingan maut.

Tiba-tiba Syaz terbatuk-batuk. Dia segera mencapai beg sebelum berlari ke tandas. Mereka berlima memandang ke arah Syaz. 

Wani berbisik, "Aku rase kanser akak aku datang balik."

"Aku pun rasa macam tu," balas Irfan dalam nada berbisik juga.

"Kita tak boleh bagi Mira, Aizu dengan Hakim tahu," ujar Wani selepas mengurut pelipis.

"Macam mana ni?" tanya Irfan cemas. Mereka berdua berfikir untuk seketika. Tiba-tiba telefon Syaz berbunyi. Mira segera menjawab panggilan tersebut.

"Wei Syaz ni aku, Izzati."

"Saya bukan Syaz tapi Mira, sahabat Syaz."

"Ohh, Syaz ada tak?"

"Syaz tak dekat sini."

"Ohh..." Tiba-tiba headphone Syaz memainkan sebuah

"Mira, tolong kuatkan suara."

"Okay." Mira segera menguatkan suara lagu. Mereka berenam menghayati lagu tersebut.

"Aku tak sangka Syaz masih lagi simpan lagu tu. Kalau dia dalam kesakitan atau kesedihan dia mesti dengar lagu tu dan nyanyi."

"Sebenarnya, itu lagu apa dan macam mana kau tahu Syaz akan berasa tenang apabila dengar lagu ni?"

"Sebenarnya lagu tu, lagu persembahan kami."

"Ohh..."

"Adios Mira. Nanti cakap dekat Syaz kalau dia senang Sabtu ni pergi Mega Mall."

"Okay, adios," Mira segera mematikan panggilan tersebut.

Sementara itu

Syaz berlari menuju ke tandas. Dia segera menutup mulut dengan sapu tangan.Apabila dia melihat sapu tangan tersebut, terdapat tompokan darah. Muka Syaz menjadi pucat sebelum mendail nombor Irfan.

"Wei, Irfan."

"Kau okay tak?"

"Tak, ubat aku dekat mana?"

"Dekat dalam poket beg kaulah."

"Ohhh..."

"Kau nak aku bagitahu Kak Rin dengan adik kau ke?"

"Kau bagitahulah, tapi jangan bagitahu yang lain, faham?"

"Okay adios."

"Adios."

Syaz tiba-tiba pengsan di luar tandas. Kak Rin segera memapah Syaz menuju ke kereta dan membawanya ke hospital. Boyz dan Bff menutup gerai lalu mereka segera menuju ke kereta Bff.

Tbv

28/10/16

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro