Bab 28-Countdown
Beberapa pelajar perempuan berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah dengan pakaian pelik.
"Nasib baik muat baju ni," kata Ira.
"Well... nasib baik kita sempat jahit baju, kalau tak, hmm... pakai baju sekolah jawapannya," balas Syaz sementara Sha berdiri berdekatan dengan dinding bersama Wani dengan satu kaki diletakkan ke dinding sebelum berselfie.
"Jadi, kita ikut rancangan, kan?" tanya Syaz. Mira mengangguk. Mereka semua menuju ke dewan.
Dalam masa yang sama, Famous Diva tiba. Merekaberbalas jelingan sebelum berlalu pergi. Lalu, perhimpunan pada hari Isnin pun bermula dan bla bla bla bla....
"Kita ada seorang guru praktikal baru," kata pengetua alias maklong.
"Apa khabar semua, nama saya-" kata cikgu tersebut.
"Aku tak tahu pula umur mak cik kau dalam dua puluh lebih," bisik Saf yang berada di belakang Syamira. Syamira tersenyum sebelum menayang muka dingin.
"Saya akan mengajar kelas 1 Music,1 Diamond dan 1 Secret."
Selepas berakhirnya perhimpunan pada pagi itu, Evil Cp masuk ke dalam kelas seperti biasa.
Music Highschool
Kak Rin mengajar mereka tentang not-not muzik yang perlu diketahui untuk menulis lagu ataupun semasa membuat persembahan.
"Saf dan Syaz. Kamu berdua satu kumpulan dengan Hakim. Tugasan kamu ialah membuat persembahan nyanyian dalam masa sejam lagi. Kepada kumpulan yang ditugaskan untuk membuat persembahan alat muzik sila bersedia."
Saf dan Syaz memandang Hakim serentak. Hakim yang sedang menyalin nota menoleh ke arah belakang.
"Salin nota cepat. Sekejap lagi kita nak bincang," arah Saf. Hakim mengangguk.
"Err... Saf. Syaz," panggil Is.
"Apa kau nak?" Syaz memandang Hakim dengan pandangan yang membawa seribu rahsia manakala Saf melentokkan kepala di atas meja sambil memandang ke luar.
"Esok korang free tak??"
"Free kot," balas Saf tetapi tidak memandang. Syaz malas nak melayan Hakim yang sibuk bertanya itu ini, terus melelapkan mata si sebelah Saf.
"Harap korang happy bila terima hadiah tu nanti," kata Hakim perlahan sambil memandang ke hadapan.
"Tak lama lagi dan semuanya akan berakhir," kata Syaz perlahan.
"Aku suka kau- Sampai bila-bila," bisik Saf perlahan.
Macam mana Hakim boleh ada di sini?? Dia mendaftar pada hari Ahad, manakala Irfan di Cousin Highschool dan Aizu pula di Elit Highschool. Semuanya kerana Prince Famous yang memaksa, kalau tak, memang mereka tiada di sana.
Elit Highschool
Wani mengeluh manakala mulut Sha membaca jampi yang tidak difahami.
"KAK IKIN!!" jerit mereka berdua.
"Ye. Kenapa?" tanya Kak Ikin dengan muka polos.
"Kena ke kami sertai latihan taekwando?" tanya Wani sambil buat muka kesian.
"Mesti dan wajib. Esok ada aktiviti lain pula," terang Kak Ikin.
"Ha... Aizu. Kamu satu kumpulan dengan mereka berdua," kata Kak Ikin lagi sebelum berlalu pergi.
"Sudah la kena pakai baju lengkap. Aku tak suka, panas," bebel Wani sambil menghentak kaki. Aizu yang melihat kejadian itu, hampir tergelak tetapi ditahan.
"Apa gelak-gelak?" marah Wani. Aizu ketawa selepas Wani mengacah penumbuk ke arahnya.
"Esok korang ada apa-apa aktiviti tak?" Aizu bertanya selepas ketawanya reda.
Sha menggelengkan kepala. Wani menyumpah seranah Aizu sebelum menghayunkan kaki ke kaki kanan Aizu menyebabkan Aizu mengerang kesakitan.
Wani ketawa sampai terduduk. Sha melopong sementara Aizu acah-acah marah. Wani mencebik bibir sebelum ketawa lagi. Aizu menggeleng sebelum berlalu pergi ke rooftop.
Cousin Highschool
"Kau tak rasa sesuatu ke, Mira?" tanya Ira sebelum mengalihkan pandangan ke sebelah kanan.
"Rasa sangat. Rasa pelik," kata Mira sebelum memandang Ira.
Satu... dua... ti-
"Kenapa kita kena buat persembahan cheerleading esok?!" rungut mereka berdua.
"Rilek la... Bukan apa sangat pun cheerleading tu. Cuma perlu bersorak dan buat gaya sahaja."
Sejurus selepas Irfan berkata, dia dipandang oleh Mira dan Ira dengan pandangan tajam. Ira bangun sebelum memukul lengan Irfan dengan kuat.
"Gomen'nasai, Ira. Jangan pukul aku .Aku abang kau, ingat tu!" kata Irfan sebelum melarikan diri di sebalik pokok sebelum menjengahkan ke arah mereka berdua.
"Siap kau esok! Memang aku belasah kau!" jerit Ira dan Mira sebelum berlalu pergi. Irfan tersengih sebelum sengihannya bertukar menjadi senyuman yang sedih.
"Esok hari terakhir korang. Aku nak Airin ada besok. Aku nak Airin yang cederakan Eliz, bukannya korang. Nyawa korang menjadi taruhan kalau korang buat formasi tersebut. Aku nak hadiah yang korang akan terima besok ialah hadiah yang tak akan dilupakan. Aku harap crush-crush korang jadikan ia sebagai kenangan yang paling bermakna dalam hidup mereka," kata Irfan sambil memandang ke langit. Syah yang berada tidak jauh dari tempat Irfan berada hanya mampu mengeluh.
Iskandar terbersin secara tiba-tiba. Khairul dan Taufiq yang sedang minum air terus tersedak manakala Faizal dan Rizal melindungi muka dengan buku.
"WOI!!" marah mereka serentak. Is tersengih sambil buat peace. Mereka berlima berada di rooftop.
"Esok ialah hari penentuannya," kata Aizu.
"Kak Rin kata petang ni boleh ambil barang yang kita pesan semalam," kata Hakim.
Mereka mengangguk sebelum tersenyum macam orang gila.
Rizal menstalk Instagram seseorang manakala Taufiq tersengih ketika bermesej dengan seseorang.
Tbc
23/7/17
Cerita ni lagi beberapa bab saja dah nak habis... huhuhu... Sambungan cerita ni, mungkin author buat kalau ada masa lapang...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro