Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 20-peristiwa

Imbas Kembali

Beberapa orang penculik mengikat mereka berenam. Airin memerhati di atas bumbung bangunan bersebelahan dengan bangunan tersebut. Bangunan yang ada dua puluh tingkat. mereka pula berada di tingkat dua belas. Dia memakai pakaian serba hitam.

"Telefon ayah korang cepat!" arah salah seorang penculik itu. Mereka menggeleng. Penculik tersebut tersenyum sinis.

Dari jarak yang dekat, dia menembak Syaz.Dia juga mengacukan pistol ke arah Bestie tetapi Syaz sempat menghalang. Akibatnya, Syaz terkena tembakan di bahu kaki,dan jantung.

'Kurang asam sambal jantung pisang!! Berani betul dia tembak Syaz!' marah Airin dalam hati sambil menumbuk dinding sebelum mengaduh kesakitan. Bestie tersentak. Kemudian, dia mengarahkan orang-orang dia supaya membawa dua orang tebusan lagi. Mereka berdua dicampak di hadapan Bestie.

"Fareez... Danish..." panggil Qyla dan Izzati. Mereka tersenyum hambar. Fareez luka di bahu kaki dan calar sikit di muka manakala Danish luka hampir semua anggota badan. Lebam sana lebam sini.

"Syaz... Bangun. Kau okay tak?" tanya Danish separuh sedar. Syaz dengar tetapi dia tidak mampu untuk bercakap. Kesakitan yang mencengkam seluruh badan tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Beberapa orang penculik membawa Bestie dan Duo Prince ke tingkat satu manakala Syaz masih di tingkat dua belas.

Ketua penculik mencampakkan Syaz ke arah tingkap tingkat dua belas  kerana tiada gunanya jadikan Syaz sebagai tebusan lagi kerana Syaz sudah nyawa-nyawa ikan. Mereka bertujuh tersentak apabila darah mengalir laju ke arah mereka. Kawan sendiri sanggup berkorban untuk mereka. Syaz tersenyum nipis apabila melihat mereka sebelum pandangannya mulai kabur.

Bestie yang marah dengan tindakan penculik itu terus menyentap tali sebelum membelasah mereka semua. Penculik yang merupakan dalang kepada penculikan ini mengarahkan supaya anak-anak buahnya melindungi dirinya daripada amukan Bestie.

Fareez dan Danish turut serta walaupun mereka hampir tumbang. Danish dipukul dengan kayu di bahagian kepala ketika dia leka. Fareez sempat menendang anak buah penculik tersebut daripada memukulnya. Ketua penculik mengacukan pistol ke arah Syaz yang susah payah untuk cuba bangun.

Bang!!

Mereka semua tergamam dengan apa yang berlaku. Semua penculik juga turut tergamam. Syaz melihat orang itu dengan mata yang semakin tertutup.

"Kau..." kata Fareez sebelum pengsan.Dia hanya tersenyum sebelum rebah di sisi Syaz. Orang yang selamatkan Syaz daripada terkena tembakan ialah Airin. Nad dan Mimi cuba mengesan nadi mereka berdua tetapi nadi mereka semakin perlahan.

"Airin. Bangun Airin..." rintih Wawa sambil memangku kepala Airin. Apabila dia melihat tangannya, ada darah. Ya! Tembakan terkena kepala Airin.

Kedengaran bunyi tembakan dan sesi membalas tembakan selama beberapa minit. Akhirnya, kumpulan penculikan itu tewas. Wani meluru masuk ke dalam bangunan walupun dihalang oleh pihak polis. Dia diikuti dengan dua orang pelajar lelaki. Ice Princess menyamar menjadi pihak polis hanya mampu melihat dari jauh dan menangis.

"AKAK!" Wani menjerit sebaik sahaja dia ternampak susuk badan Syaz yang terbaring kaku. Dia menoleh sebelah Syaz sebelum matanya terbeliak.

"Ai... Ai... rin..." panggil Wani sambil membelai muka Airin. Airin yang separuh sedar tersenyum.

"Tolong jaga Syaz seperti kau jaga aku. Aku tahu mungkin peluang untuk aku hidup tipis. Aku nak kau cari orang yang bernama Aizu dan Hakim ketika sekolah menengah nanti. Mereka akan ada kaitan dengan Irfan. Tolong jangan bagitahu yang aku kena tembak. Kau reka saja sebarang alasan," kata Airin tersekat-sekat. Wani menggeleng.

"Ini semua salah korang. Kenapa korang pergi teman Lily dengan Fatin? Kononnya mereka trauma hampir kena culik. Akibatnya, kakak aku jadi mangsa tau tak? Mulai hari ini, korang bukan ahli pasukan penembak tepat lagi!" marah Wani. Anak mata Wani bertukar menjadi coklat kemerahan menandakan dia sedang marah.

"Tapi, Tira-" kata Rayyan.

"Tak ada tapi-tapi faham tak! Kenapa kau tak angkat dan telefon atau mesej Airin walaupun korang sibuk berdate dengan mereka!!" marah Wani. Ian cuba menenangkan Wani yang semakin naik angin. Bestie dan Airin serta Duo Prince dikejarkan ke hospital kerana keadaan Syaz, Airin dan Danish sangat membimbangkan.

Mereka bertiga ditempatkan di wad kecemasan manakala Fareez sebagai pesakit luar. Bestie berdegil tak nak terima rawatan sebelum pembedahan Syaz dan Airin berjaya. Irfan sempat berhenti mengejut sebelum menarik nafas berulang kali. Mata Wani bengkak kerana terlalu banyak menangis.

"Wani, harap kamu bersabar," kata Kak Rin sambil memeluk bahu Wani.

"Pembedahan Syaz mungkin lama, Airin pula hampir selesai manakala Danish sudah ditempatkan di wad VIP atas arahan Irfan. Airin mungkin koma selama-lamanya kalau dia tidak sempat dibawa ke hospital tadi. Syaz hampir kehilangan nyawa. Nasib baik peluru tidak menembusi jantung" terang Kak Ikin sambil memeluk Wani.

"Mereka terlalu muda untuk terima semua ni," desis Kak Rin sambil menelefon ibu mertuanya untuk memaklumkan perkara tersebut. Beberapa orang remaja dan lelaki bertopeng serta berhoodie berjalan mendekati mereka.

"Awak. Keadaan mereka macam mana?" tanya Tengku Aiman kepada Kak Ikin.

"Mereka berdua hampir mati tahu kalau tak dibawa ke hospital dengan segera .Fareez dirawat sebagai pesakit luar manakala Danish ditempatkan di wad VIP," terang Kak Ikin dengan penuh emosi.

"Siapa yang buat semua ni?"tanya Tengku Haiqal. Wani menoleh ke arah abangnya.

"Aku akan buat dia menyesal sebab cari pasal dengan kami sehingga melibatkan orang luar," kata Wani sambil mencari maklumat tentang seseorang sebelum tersenyum sinis.

"Siapa mereka masalahnya? Kau ni asyik nak cari gaduh saja, nasib baik tak kena buang sekolah tahu," bebel Tengku Syazwan.

"Orangnya ialah-" ujar Wawa. Mereka terkejut bila Wawa bagitau siapa orangnya.

"Kami nak tolong korang untuk membalas dendam tetapi kami hanya boleh tolong dari jauh saja," janji Bestie. Wani mengangguk.

"Bagaimana keadaan mereka?" tanya Sha yang baru sampai. Mimi menunjuk ke arah wad kecemasan.

"Aaa... iii... rrr... ii... nn..." kata Ira tersekat-sekat sambil menunjuk ke arah katil yang sedang ditolak oleh seorang jururawat. Kepala Airin berbalut, begitu juga dengan tangan kiri dan kanan sebab patah dan terseliuh.

"Mereka akan terima pembalasan apabila kita lawan dengan mereka nanti. Korang tunggulah," janji Saf sambil menumbuk dinding.

"Mulai hari ini, tiada lagi Saf ceria, Sha yang childish dan juga Ira yang happy go lucky. Yang sekarang ini cuma Ice, Cruel and Evil Princess," kata Saf, Sha dan Ira serentak.

"Hujung tahun nanti Mira balik sini, kan?" tanya Irfan.

"Ye, buah hati pengarang jantung kau nanti balik sini," kata Qyla sambil mencebik. Mereka pergi melawat Airin dan Syaz kerana katil mereka sebelah menyebelah.

"Aku akan jaga mereka seperti kau jaga mereka," janji Irfan sambil memandang Airin.

Keesokan harinya

Wani balik ke rumah kerana dia demam. Irfan pula turun ke kafe untuk makan. Bestie membawa makanan kegemaran Syaz iaitu nasi goreng.

"Syaz, look what we brought for you," kata Nad. Syaz menghulurkan tangan. Selepas makan, Bestie pergi ke kafe di tingkat satu kerana ingin membeli makanan untuk dijadikan simpanan sekiranya mereka lapar nanti.

Doktor Ikin alias Kak Ikin masuk dan menyerahkan sampul surat berwarna coklat. Kak Ikin memberitahu Syaz menghidapi kanser hati tahap satu. Syaz memasukkan surat tersebut ke dalam beg supaya Bestie tidak tahu tentang penyakitnya itu. Selain Syaz, Saf juga menghidapi kanser tersebut.

Ice Princess, Mira dan Wani serta Syaz mengalami masalah emosi. Jika ada orang membuat mereka terlampau marah tahap dewa, sisi gelap mereka akan muncul. Hari terakhir sekolah rendah, Ice Princess datang dan menumbuk Famous Diva di khalayak ramai.

Sejak dari itu, mereka cuba menghilangkan sisi gelap mereka. Mereka juga memakai cermin mata apabila perlu. Irfan juga diberi amanah supaya ingatkan mereka tentang waktu makan ubat mengikut masa.

Imbas Tamat

Mereka berenam tiba-tiba bangun dari tidur dengan mata yang agak unik tetapi  menakutkan lalu tersenyum sinis. Mereka memakai hoodie mengikut gelaran masing-masing.

Mereka balik semula ke dewan. Gayanya seperti cikgu ada mesyuarat dan pengawas yang kena jaga. Saf dan Ira melihat Boyz, Duo Prince serta Prince Famous dikelilingi dengan fans mereka termasuklah Famous Diva.

Syazwan dan Haiqal ternampak kelibat Cousin Princess berniat untuk meminta pertolongan mereka.Mereka menoleh sebelum tergamam.

Mata mereka sebelum ini berwarna coklat cair bertukar menjadi coklat pekat kemerahan. Mereka berdua terkaku di situ tanpa mempedulikan fans mereka di hadapan. Apa yang mereka tahu sekarang ni, sisi gelap mereka sudah menguasai diri mereka sepenuhnya.

"Wow, ada pesta! asal tak ajak kami?" sindir Ira sambil memandang mereka semua di pintu hadapan dewan. Suara yang terjerit-jerit seperti terkena histeria diam, mereka semua memandang ke arah Evil CP. Mereka tak berani bersuara kerana di tangan Wani dan Mira ada kayu besbol.

"HOI MINAH!" jerit Saf. Famous Diva pandang Saf.

"Ingat tak kayu besbol ni?" tanya Sha sambil menunjukkan kayu besbol tersebut. Badan Fatin dan Lily menggeletar sebab di badan kayu besbol tersebut ada kesan darah lama.

"Mesti kau ingat kan. Kerana mereka belasah kau ketika hari terakhir sekolah dulu, kau pukul Airin yang koma dengan kayu besbol ni!" marah Bestie sambil berjalan ke arah Syaz.Selain Irfan, sahaja yang berani dekat dengan Evil CP kerana tahu mereka tidak akan dicederakan.

"Syaz..." panggil Fareez.Syaz menoleh.

"Aku memang sudah lama nak cakap tetapi tak ada masa yang sesuai. Sekarang masa yang sesuai untuk kau tahu. Kau ingat tak kejadian yang Danish kena pukul ketika dia leka berlawan? Kesan daripada pukulan itu, Danish amnesia, pasal kau dengan Wani tetapi orang lain dia ingat. Aku minta maaf sangat-sangat kerana tak dapat lindungi Airin dan kau dari tembakan tu," kata Fareez. Danish blur.

'Walaupun aku tahu dia tak akan bercakap tetapi aku rasa bersalah kerana tak dapat lindungi mereka,' desis Fareez dalan hati. Syaz berjalan ke arah Fareez sambil mengheret kayu besbol. Dia berhenti apabila betul-betul di hadapan Fareez lalu mendongak.

"Biarkan yang lepas itu lepas. Janji korang selamat.Aku seronok bila dapat tahu korang selamat. Kenapa korang pergi mengintip? Selepas itu,t ak pasal-pasal kena tangkap. Nasib baik tak innalillah si Danish, tahu," bebel Syaz sambil meletakkan tangan di atas bahu Fareez. Anak mata Syaz kembali normal. Fareez tersenyum. Danish mendepakan tangan minta dipeluk. Syaz dan Fareez berpandangan sebelum meluku kepala Danish.

Sementara itu, Wani menghayunkan kayu besbol ke tangan Fatin. Mungkin retak sebab dengar bunyi. Saf merendahkam badan dengan kaki kiri di bawa ke sisi sebelum dihayunkan di atas lantai tepat kena Eiliana. Jatuh terlentang Eilina dek penangan Saf.

"Itu balasan kerana kau cari masalahl dengan kami," kata Mira sambil tersenyum sinis. Sha menepuk bahu Mira sambil memandang Adrian. Muka Adrian memang merah gila seperti menahan marah tetapi mereka biarkan sahaja.

"Kau belum kenal siapa Evil CP yang sebenarnya!" kata Sha dengan lantang sambil menarik tangan Syaz supaya mendekati sepupu-sepupu yang lain.

"Korang kena gantung sekolah seminggu mulai esok!!" jerit Adrian dengan lantang. Evil CP menayang muka kosong.

"Kau dengar sini baik-baik..." kata Saf sambil menunding ke arah FD dengan Adrian.

"Tiada lagi Saf dan Wani yang dingin. Sha dan Syaz yang tenang serta  Ira dan Mira yang blur. Sekarang ni yang ada semuanya kejam dan lebih dingin. Apa sebabnya? Pergi tanya Famous Diva yang acah bagus tu!" kata Wani. Abang-abang mereka menggegeleng kepala sambil cakap tak mungkin.

'Tak mungkin secepatnya ini. Mereka belum dapat rawatan yang secukupnya. Tambah lagi dengan masalah ini. Dengan Airin yang koma lagi. Keadaan mereka semakin teruk,' kata hati mereka.

"Tengku Daniel, Tengku Syazwan dan Tengku Haiqal. Aku rasa orang yang Wawa bagitahu tahun lepas ada di sini," kata Sha dan Syaz. Mata Syazwan melilau mencari orang yang dimaksudkan.

"Orang tu ialah-" kata Wawa, Qyla dan Ira serentak. Daniel memandang Famous Diva dengan jelingan menyampah sementara Haiqal menggenggam tangan sampai timbul urat-urat di tangan.

"Korang menyebabkan geng aku berpecah belah. Apa salahnya kalau aku buat syarikat ayah korang pula muflis dan rumah korang disita," kata Wani lebih kepada mengugut. Mereka pengsan di dalam bilik rasmi mereka. Prince Famous dan Boyz serta Duo Prince yang mengekori Evil CP segera mengangkat mereka ke kereta untuk dibawa ke hospital.

"Kenapa pula mereka pengsan secara tiba-tiba pula ni. Dengan dengupan jantung seperti orang lepas kena kejar, dengan muka yang merah kemerahan ni apa cerita ni?"bebel Kak Ikin.

"Dengupan jantung Airin tadi tidak teratur seperti dia mengalami mimpi buruk dalam koma," kata Kak Rin. Adrian sedikit blur. Kak Rin mengeluh sebelum menceritakan semua tentang Evil CP kepada mereka.

"Maknanya-"kata Danish. Kak Ikin mengangguk.

"Tak mungkin..." kata Adrian sambil menggeleng. Syazwan dan Daniel mengajak dia pergi lawat seseorang tahun lepas, rupa-rupanya adik-adik mereka.

"Airin..." panggil Saf dan Syaz, mengigau.

"Airin tidur. Biarkan dia rehat," pujuk Kak Rin. Mereka masih lagi mengigau. Wani segera turun dari katil dan berjalan ke katil Airin. Mereka hanya memerhati.

"Airin. Bangunlah, hampir lima bulan kau koma. Aku rindu kau. Bangunlah..." kata Wani sambil menggoncang badan Airin perlahan. Irfan menghalang.

"Aku nak Airin, faham tak?! Aku tak nak orang lain!! Kenapa mereka terlampau kejam?! Aku tak tahu apa masalah mereka!! Kalau pasal jawatan itu aku boleh terima, masalahnya mereka tuduh kami merebut populariti dengan mereka!!" bentak Wani sambil menolak Irfan ke tepi.Dia ketawa, kemudian menangis.

"Kenapa mereka cederakan Airin? Aku akan bunuh mereka dengan tangan aku sendiri!"

Kak Ikin terpaksa menyuntik Wani dengan ubat penenang.

"Keadaan mereka sudah teruk. Aku tak tahu nak buat apa lagi. Anak-anak Dato' terlampau kejam. Sanggup mereka seksa twin dengan besi panas semata-mata tak nak twin masuk pertandingan," adu Kak Rin sambil mengusap kepala Syaz yang sedang lena begitu juga dengan Mira.

"Mereka boleh dirawat ke?" tanya Danish. Kak Ikin hanya tersenyum.

"Buat masa ini boleh tetapi nanti-" kata Kak Rin sambil menggeleng.

"Mereka akan menjadi pesakit mental kalau mereka terlalu tertekan. Hanya ada satu saja penawar untuk mereka sembuh," kata seseorang. Semua orang menoleh.

"Iaitu dengan dirawat di Australia dan London. Sama ada diorang nak atau tak nak, bulan September, mereka kena pergi juga."

"Taka kan taiada cara lain?" tanya Khai yang baru sampai.Aiman menggeleng.

"Aku benci kau Rayyan, Ian. Kerana korang penyebab Airin kena tembak. Korang akan menyesal!" Ira dan Sha mengigau sambil tangan tergapai-gapai ke udara.

"Rayyan. Ian..." kata Hakim dan Aizu serentak seraya memandang antara satu sama lain.

"Korang kenal mereka, mereka sepupu korang, betul tak?" tanya Mira selepas meletakkan pisau di leher Hakim dan Aizu. Mereka berdua bersandar dekat dinding jadi senang la kerja Mira.

"Aaaa..." mereka berdua terkaku.Wani tersenyum sinis sebelum menggunakan telefon Aizu yang dicurinya tadi.

"Helo. Kenapa kau telefon?" tanya Rayyan bengang apabila tiada jawapan.

"Korang ni, ish! Aku tengah tidur kau kacau," marah Ian.

"Helo. Oi! Kenapa diam?" tanya mereka serentak. Wani memberi telefon tersebut kepada Syaz.

'Helo," sapa Syaz dengan nada yang menyeramkan.

"Oi!Aizu. Hakim. Jangan main-main."

"Siapa yang main-main bodoh?!" marah Saf.

"Li-ya, Ti-ra, Ri-na."

"Kenapa? Terkejut ke?" tanya Sha sebelum duduk tegak di atas katil.

"Aku beri korang amaran. Jangan berani muncul depan kami lagi. Faham?" kata Ira sebelum mematikan panggilan sebelum membaling telefon kepada tuannya kembali. Mereka menghalau jejaka-jejaka keluar.

"Kami terpaksa buat korang bencikan kami supaya nanti korang tak menderita," ujar Evil CP perlahan sambil bersandar di hujung katil masing-masing sebelum menangis.

"Sorry Airin,Irfan. Kami tidak dapat menunaikan permintaan korang untuk melihat pertandingan gymnastic Airin nanti. Kami mungkir janji. Kami memang teruk, kan? Kami tak sempat nak jumpa kau dan pleluk kau nanti," 'rintih Syaz dan Wani sambil memeluk tangan Airin sebelum terlena. Mereka hanya memandang sayu sebelum bergerak ke katil masing-masing untuk tidur.

Siapa yang suka kalau terpaksa buat orang yang disayangi benci kepada diri sendiri. Terpaksa okay. T-E-R-P-A-K-S-A.

Tbc

11/3/17

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro