Bab 13-Denda,sweet dan conquer
Selepas selesai majlis penutupan Hari Kantin, mereka bersebelas berlalu ke bilik pengetua. Aizu mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum mereka dibenarkan masuk.
"Saya dengar ada berlaku kekecohan tadi, apa yang berlaku sebenarnya Bff, Boyz dan Famous Diva?" tanya pengetua kepada mereka. Hakim ingin menjawab tetapi Lily segera menyampuk.
"Sebenarnya cikgu, kami berlima nak tolong Boyz tetapi Btf tak bagi. Niat kami baik sebenarnya tapi diorang salah sangka kami Famous Diva yang baik ni tak salah langsung'terang Lily sambil menukar nama grup Bff kepada Btf dan membela diri dengan cara yang 'sangat baik'.
"Nama kumpulan mereka Bff, bukan Btf! Kau ingat Btf tu Baby the f*ck ape hah.Habis korang tu F*ck Diva. Sesuai sangat dengan korang yang kaki menipu ni,"marah Irfan. Aizu dan Hakim pelik kenapa pula Irfan nak backup Bff.
"Aku setuju dengan Irfan. Korang ni kaki menipu.Sebenarnya cikgu, pagi tadi, mereka dan peminat Boyz kepung Aizu dengan Irfan. Saya dengan Syaz marahlah mereka. Selepas itu, Fatin hina kami. Apa lagi memang tempah mautlah. Kami bagi mereka balasan yang setimpal atas apa yang Famous Diva buat dekat kami dulu dan si dia," terang Wani sambil tersenyum sinis.
Muka Famous Diva sudah pucat saat Wani kata balasan untuk si dia. Mereka kenal sangat siapa si dia. Kalau tak kerana si dia, Wani dan Mira tinggal berdua sahaja sekarang ni.
"Sudah! Jangan bergaduh. Mira betul ke apa yang Lily cakap tu? Kalau betul, kamu perlu minta maaf kepada mereka," kata pengetua.
"Betul cikgu apa yang Wani cakap. Saya berani sumpah cikgu yang Famous Diva yang cari pasal dulu," kata Hakim sambil mengangkat tangan macam bersumpah. Pengetua tanya orang lain, orang lain pula yang menjawab. Pengetua mengeluh.
"Saya akan denda kamu berlapan kecuali Boyz."
"Kenapa pula saya kena denda cikgu. Dendalah grup perempuan yang cari masalah tu. Kami tidak cari nahas langsung," bentak Fatin. Syaz tersenyum sinis sebelum mendekati Fatin.
"Aku ingat kau belajar, bahasa sudah okay, tetapi makin teruk. Apa yang kau belajar? Ke kau nak tempah maut dengan aku. Aku okey saja janji kau pun okay juga. Amacam?'kata Syaz lebih kepada mengugut.
"Cikgu, apa denda kami?" tanya Mira.
"Kamu kena sertai kem yang disertai oleh Boyz tapi Famous Diva tiak boleh pergi tetapi kamu kena bersihkan semua bengkel dan makmal di sekolah ini. Tiada bantahan," tegas pengetua. Bff pandang antara satu sama lain sebelum
"Hahahahahahahahhah, kena denda bersihkan semua bengkel ngan makmal padan muka korang ahhahaha," ejek Boyz dan Bff serentak sambil ketawa.
"Cikgu, kami pun nak pergi kem juga, tak kan la Btf ni pergi ngan Boyz. Macam tak sesuai sahaja. Kalau Boyz dengan Famous Diva baru sama, sesuai," kata Eilina. Boyz dan Bff memandang antara satu sama lain sebelum
Uhuk!! Uhuk!!
"Cikgu, tiba-tiba pula uhuk!!! Rasa sakit tekak uhuk!! Uhuk!!"
"Aku lebih rela pergi dengan Wani daripada pergi dengan kau. Kau tu perempuan tak cukup kain malu aku nanti. Cikgu, cikgu dendalah Bff pergi kem sekali, tak nak dengan FD. Nanti nama sekolah kita tercemar," kata Aizu seraya menyorok di belakang Wani. Wani memandang Aizu sebelum berkata
"Nampak saja sado tetapi penakut. Kesian... Siapa jadi girlfriend kau memang rugi sebab dapat boyfriend macam kau yang penakut tapi nampak macam sado hahahahahh." Aizu terus mencubit lengan Wani. Mereka berenam memakai sarung tangan bagi mengelakkan tangan mereka tersentuh.
"Sakitlah! Kenapa kau pergi cubit lengan aku?" marah Wani. Aizu mencebik sebelum ketawa melihat muka Wani yang tengah marah lalu diamenangkap gambar Wani dari jarak dekat.
"So cute," omel Aizu selepas melihat gambar Wani.
Wani mengecilkan mata tanda geram sebelum memukul lengan Aizu bertubi-tubi.Aizu mengaduh kesakitan. Mereka berempat berpandangan antara satu sama lain lalu ketawa. Sementara itu, Famous Diva mengenggam tangan.
"Patutnya aku yang ada kat tempat Wani sekarang ni," kata Fatin. Famous Diva mengangguk. Pengetua menggelengkan kepala melihat keletah pelajar-pelajarnya itu.
"Jangan lupa ya Bff, kem tu hari Rabu minggu depan. Jadi, hari Sabtu ni kamu bertiga bolehlah beli barang-barang. Kamu bertiga tanya Boyz barang apa yang perlu dibawa." Mereka bertiga mengangguk.
"Kalau tak ada apa-apa kami keluar dulu, cikgu,"pinta Hakim.
Pengetua mengangguk lalu Boyz dan Bff beredar dari bilik pengetua. Pengetua memandang Famous Diva dengan sebelah kening terangkat.
"Kamu tak nak beredar ke?" tanya pengetua. Mereka memandang pengetua sebelum angkat kaki.
Famous Diva pergi ke arah Bff dengan rasa geram sebelum
Pang! Pang!! Pang!!!
Bff memegang pipi mereka yang berdenyut akibat tamparan itu. Boyz terkejut melihat Bff kena tampar dengan Famous Diva lalu mengenggam tangan tanda marah.
"Korang dengar sini! Kami yang sepatutnya yang pergi kem tu dan bukannya korang. Korang tak layak nak pergi kem tu. Kem tu cuma untuk Ketua Pelajar yang terkenal dan hebat sahaja. Kami yang layak untuk pegang jawatan tu dengan Boyz, bukannya korang. Korang ni cuma budak lemah. Faham tak?! Korang tak layak tak bersaing dengan kami," sinis Fatin sambil tersenyum kemenangan melihat Bff sudah mula teresak-esak.
Aizu menarik Wani ke arahnya lalu Wani menangis di bahu Aizu. Hakim menarik Syaz lalu Syaz melentokkan kepala di bahu Hakim. Irfan pula menarik Mira lalu dibawa ke dakapannya. Mereka tidak duduk tetapi mereka berdiri. Fatin baru membuka satu langkah sebelum satu suara kedengaran.
"Kau jangan nak buli kawan aku! Kau ingat kau tu baik sangat ke? Kau tak ingat ke apa yang jadi tahun lepas? Syaz dan Wani boleh kick kau keluar dari sekolah walaupun papa kau berpengaruh di sekolah ni. Mereka lebih berkuasa dari kau begitu juga dengan Mira. Bila-bila masa sahaja Bff boleh jadi menyeramkan dari pagi tadi. Bersedia untuk berjumpa dengan kami nanti, Famous Diva. Kami harap dapat jumpa korang di lain kali, Bff. Boyz, harap korang jaga mereka baik-baik. Kalau tak, korang jadi kambing korban untuk binatang peliharaan kamiye. Sayonara! Ohh sebelum aku terlupa, kami selalu memerhatikan korang," suara-suara itu memberi amaran keras kepada Famous Diva dan memberi amanah kepada Boyz.
Di Bilik Audio
Sekumpulan gadis memberi amaran kepada seseorang sambil ketawa jahat. Selepas itu, mereka keluar dari bilik audio macam spy. Sudah menceroboh, tak akan pula nak keluar macam biasa. Nanti kena tangkap siapa susah? Diri sendiri juga... Mereka memerhati dari jauh keadaan di bawah sana sambil tersenyum sinis.
"Mereka akan dapat balasan atas apa yang mereka buat," kata misteri tiga sambil tersenyum sinis. Yang lain mengangguk tanda setuju. Sebenarnya daripada pagi tadi mereka sudah memerhati kelakuan Boyz, Bff ngan Famous Diva. Mereka mengambil gambar apabila perlu.
"Jom beredar. Nanti kena tangkap dengan pak guard. Sia-sia sahaja kita menceroboh masuk seperti spy profesional," T.F.I kepada yang lain.
'Aku harap kau dapat bertahan sebelum kita balas perbuatan mereka, Syaz,' kata misteri dua dalam hati.
Macam mana dia tahu? Sebenarnya, dia menyamar jadi jururawat semasa Syaz dirawat di hospital tadi. Tetapi, yang tahu hanya misteri satu,misteri dua dan misteri tiga.Tak kan nak bagitau lagi satu kumpulan pula, nanti banjir pula.
Mereka bertiga menghantar gambar kepada Famous Diva, Bff dan Boyz. Mereka semua pun beredar dari situ untuk pulang ke rumah. Buat apa nak bertapa lama-lama di situ. Kena kunci nanti susah.
Tempat Boyz,Bff dan FD
Mereka semua melihat telefon masing-masing. Wani dan Syaz segera menegakkan badan dan mengecilkan mata. Hakim dan Aizu tenang sahaja apabila melihat gambar-gambar itu. Sementara Irfan dan Mira kekal di posisi tadi sambil melihat telefon. Famous Diva terkejut melihat gambar-gambar tersebut. Gambar-gambar itu ialah:
1.Gambar Boyz dan Bff
2.Mira dan Wani kena tunjal kepala.
3.Syaz menengking
4.Orang mengintai Bff di hospital
5.Famous Diva kena simbah dengan air bersabun
6.Famous Diva kena tolak dalam kolam
7.Fatin kena benam dengan Mira
8.Gambar semasa Boyz tenangkan Bff masa mereka menangis tadi
9.Gambar mereka semua dari jarak jauh
10.Sekumpulan perempuan bergambar berlatar belakangkan tembok putih. Baju yang mereka serba serbi warna hitam, memang sesuai.
Bff mengecilkan mata sambil mengenggam tangan mereka. Mereka tahu sapa yang menghantar gambar nombor lapan, tak lain dan tidak bukan misteri satu, dua dan tiga. Nasib baik gambar nombor lapan tidak dihantar kepada Famous Diva kalau tidak, mereka akan edit. Gambar nombor sembilan pula dihantar kepada Bff dengan Irfan sahaja. Caption gambar nombor sepuluh: Annyeong!!
Boyz dan Bff mengelengkan kepala sementara Famous Diva sudah mahu meletup. Famous Diva pun beredar dari situ. Syaz perlahan-lahan mengambil gambar Irfan dan Mira secara senyap-senyap sebelum menyanyi lagu Love Me Like You Do. Mira segera menegakkan badan sambil menundukkan kepala. Irfan tetap tenang sahaja. Mereka berempat sudah bantai gelak sehingga Aizu tertarik Wani dalam dakapan. Wani berhenti ketawa sebelum mendongak melihat Aizu. Maklumlah Wani rendah sikit tu, kenalah mendongak. Wani mengecilkan mata sebelum mencubit lengan Aizu sekuat hati. Aizu mengaduh kesakitan sambil menggosok lengannya. Baru dia perasan yang Wani berada dekat dengannya. Dia segera melangkah satu tapak ke belakang sambil menggosok tengkuk.
"Sorry," kata Aizu.
Semasa mereka berempat ketawa dan masa Aizu tertarik Wani, Syaz pula gelak sampai terduduk begitu juga dengan Hakim. Mereka berdua serentak mengangkat muka lalu memandang antara satu sama lain. Muka mereka berdua kemerahan, malu kerana mereka berdua duduk sebelah menyebelah. Mereka berdua melarikan pandangan ke hadapan di mana Wani mendongak melihat Aizu. Mereka berdua memerhati sahaja dari tadi sebelum bantai gelak diikuti dengan Irfan dan Mira.
Wani memandang mereka berempat dengan pandangan tajam.
"Apa gelak-gelak? Aku cungkil biji mata korang nanti, padan muka," marah Wani, sebenarnya untuk cover malu.Wani marah dengan muka kemerahan. Semasa Wani marah Aizu sempat mengambil gambar.
"Jom balik dah nak pukul dua petang dah. Apa pun hari Sabtu hang out di tempat biasa. Kau, Syaz kena hang dengan kawan-kawan kau tu. Jadi, kita pergi sekali tetapi kereta masing-masing okay?" 'kata irfan sambil menyandang beg diikuti oleh mereka semua.Mereka berenam berlalu ke arah kereta dengan penuh bergaya. Irfan dan Syaz segera menghidupkan enjin lalu mereka berdua pandang antara satu sama lain sambil menurunkan tingkap kereta.
"Wei, race nak tak? Siapa kalah kena belanja makan ke ape ke setuju tak?" tanya Hakim. Bff mengangguk. Nasib baik tidak kena saman, kalau tidak memang lebur duit kena bayar saman. Biar lambat,janji selamat, tetapi kali ini lain. Asal cepat, janji ada orang belanja. Hahaha.Nyawa korang melayang siapa nak jadi hero ngan heroin author dan watak-watak lain.
"Korang ingat nyawa korang ada sembilan. Boleh beli di kedai? Kalau nyawa korang melayang kau boleh topup? Kau ingat nyawa korang macam musang berekor sembilan ke? Hargailah nyawa anda. Jangan melakukan perkara yang boleh membahayakan nyawa anda"- author
Wani dan Mira memandang author dengan pandangan tajam lalu mereka berdua mengikat kaki dan tangan author. Mulut author mereka sumbat dengan kain sebelum gelak jahat.
"Korang ingat author tak boleh lepaskan diri ke? Dia buat cerita suka hati dialah. Silap hari bulan korang pula yang kena ikat. Lebik baik lepaskan dia sekarang juga," arah Syaz sebelum menukar gear. Mereka berdua melepaskan author dengan muka masam.
"Author ada kejutan untuk korang berdua tapi tunggu la bab-bab yang akan datang,"-author
Okey saje melalut
Back to the story
Mereka berdua hampir tiba di garisan penamat. Apa keputusannya?
"Alamak seri pula. Jadi setiap orang separuh," rungut Aizu sambil memberi arahan. Bff mengangguk.
"Balik dulu, nanti kena marah dengan Kak Rin pula," kata Wani sebelum mengambil alih tempat Syaz. Syaz yang berada di bahagian belakang, baring dengan selesa. Mira beralih ke hadapan kerana Syaz menghalaunya kerana dia mahu tidur.
"Goodnight world! I want to sleep now! Kalau dah sampai kejut aku. Kalau tak, jangan harap korang nak naik kereta aku lagi," Syaz memberi arahan sambil membetulkan kedudukan tidurnya.
Beberapa minit kemudian di bahagian belakang kedengaran dengkuran halus . Boyz, Mira dan Wani yang tengah bersembang berhenti lalu Hakim perlahan-lahan berjalan ke arah bunyi dengkuran itu. Dia menjenguk ke dalam dan melihat Syaz sedang tidur sambil memakai topeng. Hakim menoleh ke arah belakang lalu tersenyum jahat.Wani mengangguk.
Dia menanggalkan topeng Syaz. Selepas itu, dia mengambil gambar Syaz yang sedang tidur. Kemudian, dia segera berpusing ke belakang.
Dia menunjukkan gambar Syaz kepada Boyz dan Bff. Irfan dan Aizu menggelengkan kepala melihat Hakim menangkap gambar anak dara orang yang tengah tidur.
"Kalau Syaz jaga nanti aku tak tahu. Kau pandai-pandai lah jawab," Mira memberi amaran kepada Hakim.Wani menepuk lengan Mira berkali-kali.
"Kenapa muka kau cemas semacam saja?" kata Aizu pelik. Wani menunjuk ke arah pintu kereta yang sedang terbuka.
Muka mereka tak payah cakap. Memang terkejut beruk. Tangan Irfan tergetar-getar sambil menunjuk ke arah gerangan yang duduk di tepi bahagian belakang sambil menundukkan kepala.
"Syy... Syya... Syaz," kata Irfan. Hakim menelan air liur.
'Habislah aku kalau Syaz tahu,' kata Hakim dalam hati. Perlahan-lahan Syaz mengangkat muka, melihat Boyz dan Bff di hadapannya.
Rupa-rupanya dia mengigau. Mereka menarik nafas lega. Mira berpaling ke arah Irfan sambil berkata, "Wei, kami balik dulu. Nanti dia bangun. Adios."
Wani berjalan ke arah Syaz seraya membetulkan kedudukan Syaz. Kemudian, dia bergerak ke tempat pemandu. Tak kan nak suruh Mira bawa pula. Nanti innalilla mereka bertiga. Mira tidak ada lesen khas. Wani ada lesen tetapi tertinggal. Jadi, pinjam lesen Syaz.
Lalu kereta Bff hilang dari pandangan Boyz. Mereka memandang satu sama lain seperti orang tengah angau. Author tak tau la sapa yang diangaukan oleh diorang. Kalau Irfan, author tahu siapa yang dia angaukan. Ni budak dua orang ni siapa pula.
"Comel wei. Tadi aku ada tangkap gambar pelajar perempuan ni senyap-senyap. Nasib baik tak kantoi," kata Hakim sambil menunjukkan gambar yang dimaksudkan. Aizu juga menunjukkan gambar pelajar perempuan yang lain kepada sahabatnya.
Tbc
18/1/17
#Sorry kalau cerita ni tak menepati citarasa yang korang nak. Ice Princess dah kembali?Bukan ke mereka berada di suatu tempat yang tidak diketahui. Siapa lagi satu kumpulan yang dimaksudkan oleh si misteri tiga atau lebih dikenali sebagai Ira. Adakah Bff akan selamanya bersama atau tidak? Akan ada dua bab lagi untuk ketahui keadaan mereka bertiga. Siapa pula dua orang pelajar perempuan yang dimaksudkan oleh Aizu dan Hakim. Hmm... sangat misteri..😐😐
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro