Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

21- Happy

"Assalamualaikum, Khairina".

"Waalaikumusallam, kejap". Aku menyarungkan tudung hitam ku dan menghampiri pintu rumah kecil itu.

Baru sahaja tangan ku ingin membuka kuncinya, tangan kasar terlebih dahulu memeluk pinggang ku.

Asal pulak mamat terencat ni?
Astagfirullahalazim, tak baik lah cakap macam tu dekat suami, Khairina!

"Apa awak ni? Ada orang datang tu".

"Siapa, hm?".

Asal tetiba suara menggoda pulak ni. Pening betul aku dengan dia ni.

"Mana lah nak tahu siapa, dah belum buka pintu. Tepi lah...". Aku membuang tangannya daripada pinggang ku dan cepat-cepat membuka pintu. Kesian, tetamu tunggu lama. Ni sebab Khai lah ni!

"Shah? Mia?".

Dua keluarga kecil itu tersengih-sengih di hadapan ku.

Shah dan Nabila.
Mia, Taufik, Awish dan anak kecil mereka yang umurnya tak sampai setahun itu.

Airin sudah tentu lah ada!
Dia terlebih dahulu lagi pergi memeluk papanya.

"Korang buat apa kat sini?".

"Boss bagi kitorang cuti. So, datang sini nak melawat kau la, Khairina. Boleh bercuti-cuti sekali. Kan sayang, kan?". Nabila memperjelaskan segala hal.

"Oh~ Masuk lah".

"Eh, takpe-takpe. Kitorang nak berkelah dekat pantai depan tu, jom ikut sekali". Kata Taufik pula.

"Depan tu?".

"Haah". Balas Mia.

"Jom la ikut, mama! Jom la".

"Jom la, Aunty Khairina". Awish pula yang merengek-rengek.

"Okay, saya ikut. Tapi tunggu tau, nak siap kejap".

...

"Awak buat apa kat sini? Pergi lah tunggu dekat luar". Aku seumpama menghalaunya. Yela, orang semua tunggu dekat luar, dia tercegat duduk kat katil, tengok aku yang tengah memakai tudung di hadapan cermin solek kecil itu.

"Mana tahu sayang nak minta tolong pakaian ba-". Aku memotong kata-katanya dengan menekup mulutnya.

"Simpan sikit gatal tu untuk orang lain. Suami siapa entah gatal semacam je harini. Semalam menangis-nangis dalam hujan". I was mocking him at this point.

"Suami Puteri Khairina la". Dia tersenyum manis seperti kanak-kanak yang berumur 5 tahun.

...

"Airin, pergi lah buat sandcastle dengan yang lain. Papa, Uncle Shah dengan mama nak cakap sikit ni". Kata Khai.

Cakap pasal apa pulak dah?

"Okay papa, okay mama. Okay Uncle Shah". Tangan kecilnya melambai-lambai dan dia menuju ke arah istana pasir yang baru sahaja hendak dibina oleh Awish dan Taufik itu.

"Nak cakap apa?". Aku bertanya. Nampak macam serius. Haih, aku kurang berminat nak cakap pasal perkara serius sewaktu bersenang-senang ni sebenarnya. Boleh ubah mood tahu tak?

"The proofs". Kata Khai.

Aku mengerling ke arah Shah yang sedang mengeluarkan iPad nya daripada sebuah tote bag itu.

"Khairina. These are the proofs".

"What proofs?".

"Proofs yang membuktikan Khai tak bersalah. Footage club malam tu, footage apa yang jadi dalam bilik apartmen Aisya, footage lapangan terbang KLIA and lapangan terbang Australis yang menunjukkan boss betuo-betul pergi ke Australia selama beberapa bulan tu. Kalau tak silap, 3 bulan kan boss?".

Khai mengangguk.

Aku mencapai iPad itu dan melihatnya satu-persatu. Semua bukti-bukti itu.

Setelah beberapa minit memerhatikan semua bukti-bukti itu, aku serahkan semula iPad itu kepada tuannya.

" Why did you go to the club at the first place?". Yes, aku curiga pada bahagian ini.

"Boss-".

"No, saya nak dengar daripada mulut dia sendiri".

"Oh, okay". Terus Shah terdiam.

"Saya pergi kelab malam tu sebab ada hal yang perlu saya selesaikan".

"Hal apa?".

"Zaireel. Dia yang panggil saya, katanya nak mintak maaf sebab dah 'culik' awak haritu. Saya tak fikir panjang, terus pergi. Padahal, dekat club. Sebab saya tahu semua hal melibatkan sayang penting, tak perlu fikir panjang lagi".

Dia mengambil iPad itu semula daripada tangan Shah.

"Ni, ni footage yang saya duduk sorang-sorang dekat kaunter club tu. Tak lama lepas tu, saya dah nak pergi sebab Zaireel tak muncuo-muncul. Tapi, Aisya datang. Yes, masa ni dia tak pakai tudung, pakaian dia seksi. Terkejut saya. Dia cakap, dia tahu kat mana Zaireel. Dia jemput saya duduk, then bagi saya minum. Tanpa saya tahu, air minuman tu dah diletakkan ubat perangsang. Then, you know what happened next".

"Jadi, Zaireel dan Aisya berkomplot?".

Kedua-dua daripada mereka iaitu Shah dan Khai mengangguk.

Astagfirullahalazim...

"Awak boleh tengok cctv footage dekat parking lot club tu untuk tengok keberadaan Zaireel dan Aisya pada tempat yang sama. And untuk memastikan yang bukan boss yang goda Aisya dulu, awak boleh tengok footage di bilik Aisya ni. Aisya sendiri yang rakam".

Aku menepis perlahan iPad itu, tidak sanggup lagi menlihat benda-benda sebegitu.

"Mana awak dapat semua ni?".

Shah menggaru-garu kepalanya.

"He's hacker too, Khairina". Suara tu...

Suara Khal.

Kami bertiga berpaling ke belakang dan terlihat lah Khal bersama seorang gadis cantik.

"Eh, awek ke Khal?". Shah menyakatnya.

"Belum lagi, belum sempat nak confess". Gelak besar dia kat situ.

"Bang, ni la Julia Amanda yang aku cerita kat kau tu". Dia duduk dan menepuk bahu Khai.

Julia turut sama duduk di sebelahnya.

"Awak mengumpat pasal saya ke?".

"Eh, mana ada you. I cerita yang baik-baik je".

Alahai, bukan main sweet lagi diorang berdua ni.

...

"Kalau awak nak tahu, Khal jugak lah yang tolong saya dapat kan footage dekat Australia tu. Saya tak mampu nak buat tu, tu hacker level tinggi macam Khal boleh lah". Shah tersenyum-senyum.

"Ouh~ hebat la korang ni. Saya salute!". Begitu juga aku.

"Now, you trust me, sayang?". Khai tiba-tiba bertanya sambil memegang kedua belah tangan ku.

Semua terdiam. Menantikan jawapan aku.

Perlahan-lahan aku menggengam kembali tangannya dan mencium lembut kedua tangan kasar itu.

"Im sorry, saya kurang ajar sangat dengan awak semalam". Kalini, aku tak menangis. Cuma, sedih sikit.

"Takpe. Sayang kan belum tahu the truth dia, mesti lah sayang marah kan?". Dia menarik aku ke dalam pelukannya and he softly patted my head.

"Sorry again, banyak sangat dosa saya dengan awak".

No, Khairina. Jangan nangis!

"Its okay, sayang". Dapat ku rasakan yang bibirnya mencium lembut kepala ku yang berlitup dengan tudung shawl creep bewarna pink gelap itu. More to maroon actually.

"Tapi kan, jealous betul sayang kan? Yela, teruk naw aku kena marah semalam, Khal". Dia ketawa kecil.

"Bukan ke boss kena tunggu dalam hujan semalam?". Shah menyoal.

"Awak cerita kat diorang ke?". Aku melepaskan pelukan itu dan memandang mukanya while pouting.

"Ish, kau ni Shah! Takleh simpan rahsia langsung, aku potong gaji kau baru tahu".

"Sorry-sorry boss. Saya diam sekarang boss". Dia menggunakan jarinya untuk seolah-olah meng'zip' mulutnya.

...

Chup!

Ketika semua orang sedang berada di pesisir pantai dan tinggal aku dan Khai sahaja di situ, aku mencuri peluang itu untuk mencium bibirnya sekilas.

Terkejut dia dibuatnya.

"Aik, tak baik tau kiss orang tanpa izin". Dia mengerutkan mukanya, bergurau.

Chup!

I pecked his lips once again.

"Eh, dia curi lagi!". Dia sudah mulai tersenyum manis.

"I love you". Aku membisikkan kata-kata ajaib itu ke telinganya.

"Wait-what?". Muka terkejut dia tu, tak boleh bawa bincang.

"I said, i love you, Amirul Khairin".

"WAIT, REALLY?!".

"Yela, takkan main-main pulak". Aku tersenyum melihat gelagat nya.

"Allhamdulillah. After nearly 9 years of waiting". Dia memgang tangan mulus ku itu.

Yes, aku perlu menunggu hampir 9 tahun untuk mengungkapkan kata-kata itu kepada dia. Hanya kerana, perasaan ku yang masih samar-samar. Tapi sekarang, aku sudah yakin!

"You happy?".

"Of course, i am happy".

Eh jap!

Ada hal yang masih belum terjawab di benak fikiran ku.

:]
(a/n: okay guys, cite ni dh nk hbis. sbb tu la author post banyak hrini, hehe]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro