16- Selimut Dinasour
Aku menyisir rambut ku sendiri sambil pandangan ku dilemparkan ke luar tingkap rumah kayu kecil itu.
Walaupun saiz rumah ini agak kecil, namun bagi aku rumah ini tersangat selesa. Berlokasi tidak jauh daripada pantai pulak tu. Terasa sungguh angin sejuk yang menderu memasuki tingkap rumah itu.
Kini, sudah masuk hari ke-7 aku menetap buat sementara waktu di sini.
Khal ada juga mengabarkan yang abang nya, Khai, sudah seperti orang gila tercari-carikan aku. Tiada siapa tahu di mana aku berada, kecuali Khal. Namun, dia hanya mendiamkan diri.
Bibip, bibip, bibip...
(a/n: sorry, author tak tahu bunyi phone macam mana, huhu)
Nada dering daripada telefon ku itu mengejutkan aku daripada lamunan siang ku.
"Hello, assalamualaikum mak".
"Waalaikumusallam. Kamu ada kat mana ni, Puteri? Mak risau. Mak cuba telefon kelmarin, tak angkat".
Jelas kedengaran nada kerisauan seorang ibu itu. Rasa bersalah mula menyelubungi hati.
"Puteri ada la mak. Pergi bercuti sekejap, nak tenangkan diri".
"Yela, dekat mana nak? Jangan buat mak risau. Satu lagi, kenapa tak bagi tahu Khai nak keluar? Berdosa tahu tak, seorang isteri keluar tanpa izin suami. Dia dah macam orang gila cari kamu. Tahu tak?".
Dosa?
Ya, aku tahu tu.
Puteri tahu apa yang Puteri buat sekarang, berdosa mak. Puteri tahu.
" Nanti ye mak, nanti Puteri bagi tahu Khai. Cakap kat dia, jangan lah risau".
Sejujurnya, kata-kata ku itu umpama sedang menutup kesedihan ku.
"Sebenarnya, dia ada kat rumah ni, Puteri nak cakap dengan dia ke?".
"Mak, mak. Takyah la. Puteri kalau boleh tak nak dengar pon suara dia".
Alamak, terjujur sangat.
Mesti mak tanya nanti.
"Mak tahu, korang gaduh kan? Kenapa tak selesaikan baik-baik? Kenapa perlu bawa diri tu jauh-jauh?".
Aku terdiam sebentar. Mencari idea untuk membalas.
"Mak jangan risau, okay? Mak doa je yang baik-baik. Okay lah, Puteri nak kena pergi kedai ni, nak beli barang. Assalamualaikum mak".
Belum sempat Emak menjawab salam, terus aku menutup gagang telefon. Aku menekup mulut ku, air mata ku mengalir lagi. Sikat yang ku pegang di tangan kiri ku itu, terjatuh ke lantai.
Bayangan figuranya berada di atas katil bersama wanita 'muslimah' itu masih mengambil tempat di fikiran ku.
end
...
khalis point of view:
"Kamu nak pergi mana, Khal?". Soal mama ketika melihat aku menuju ke pintu keluar rumah keluarga itu dengan agak tergesa-gesa.
"Khal outstation".
"Outstation? Mana beg baju kamu?". Soal mama lagi sambil berjalan menghampiri aku.
"Oh, Khal-Khal, outstation sehari je. Balik malam ni, hehe". Awkward betul cara percakapan aku. Dah menipu, memang gagap la jadinya.
"Patut la. Hm, yelah. Drive elok-elok". Kata mama sambil membetulkan kolar kemeja yang aku pakai.
"Okay, ma".
Dan aku mengorak langkah lagi.
Dan sekali lagi, langkah ku terhenti kerana kemunculan seseorang.
Tepat sekali tekaan anda, orang itu ialah Khai. Dengan pakaiannya yang agak tak terurus, berdiri tepat di hadapan ku.
"Hai, abang". Sapa ku, mesra. Namun, di balas dengan pandangan dingin.
"Pergi mana?". Tanya dia.
"Terengganu. Oustation-".
Alamak, why did i tell him the state?!
F*ck!
"Terengganu kat mana?".
Dah pecah tembelang sikit, takkan nak menipu lagi kan?
"Dungun".
"Oh, by the way, kau tahu tak kat mana Khairina?". Dia memegang bahu ku dan bertanya.
Berpeluh dingin aku dibuatnya.
Abang memang tak selalu marah (selalu lah jugak). Tapi, kalau dia marah, mampos aku!
"T-tak. Buat apa aku nak ambil tahu? Dia kan isteri kau".
"Kalau kau tipu aku, Khal... siap kau". Dia berjalan di samping ku dan menepuk-nepuk bahu ku.
Gulp!
Perit je rasa nak telan air liur.
Aku cepat-cepat beredar keluar daripada rumah.
end
...
khairin point of view:
"You tengah cari wife you ke sekarang? I nampak dia last sekali haritu dengan adik kembar you, Khalis".
Kata-kata Aisya itu berlegar-legar di fikiran ku.
"Kau tipu aku, Khal?". Berkerut-kerut muka ku menahan amarah. Aku paling benci jika ditipu.
Kau tak suka orang tipu kau?
Kau tipu Khairina takpe?
Satu lagi, kenapa nak marah kan Khal?
Kau patutnya marah kan diri kau dan tindakan lepas kau yang bodoh tu!
Fikiran ku sendiri memarahi ku.
"Argh!". Aku menjerit.
"Papa?". Suara tu. Suara tu sahaja yang mampu menenangkan aku disaat ini.
"Airin? Masuk lah".
Terkedek-kedek dia berjalan, lalu naik ke atas katil untuk duduk di sebelah ku.
"Papa okay?".
"Papa okay. Airin okay?".
"Airin okay. Ni Airin ada bawakkan sesuatu untuk papa".
Tangan kecilnya menghulurkan aku sebuah beg kertas.
"Apeni?".
Aku membuka beg kertas itu dan air mata ku mula menitik.
Di dalam itu terkandung, selimut dinasour yang selalu Khairina pakai, seutas gelang bewarna pink juga kepunyaan Khairina dan sepaket Super Ring.
"Airin tahu, papa rindukan mama. Sebab tu, Airin pergi ambik ni dekat rumah kita tadi".
"Airin pergi dengan siapa?".
"Dengan Uncle Shah".
"Kunci?".
"Kan Airin mintak dengan papa tadi. Papa, papa jangan sedih tau. Kalau papa sedih, Airin pon sedih jugak. Sebab, Airin pon rindukan mama. Walaupun Airin tak faham kenapa mama pergi lagi, tapi Airin tahu, mama mesti datang balik nanti". Anak kecil ku itu berkata-kata sambil memeluk.
Sepanjang seminggu ketiadaan Khairina, dia satu-satu nya orang yang mampu menenangkan ku.
"Papa makan lah Super Ring tu".
"Okay, Airin nak jugak ke?".
"Nak la!".
"Oh, patut la suruh papa makan. Dia nak jugak ye". Jari-jemari ku mula menggeletek bahagian perutnya.
"Geli lah, papa!". Dia ketawa sambil tergolek-golek di atas katil itu.
end
:]
(warning: dh nak dekat part sedih ni, yoohoo)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro