11- Kahwin, Flashback?
"Sah?".
"Sah". Aku mendengar sahaja dari jarak yang tidak lah begitu jauh, beberapa orang saksi menjawab pertanyaan tok kadi yang sedang bersalaman dengan Khai. Yes, Amirul Khairin.
Lelaki yang dulunya pernah menjadi suami ku dan kini, sekali lagi menjadi suami ku.
Usai membaca doa, langkahnya ditujukan ke arah ku yang sedang duduk bersimpuh di atas kusyen petih yang agak lembut itu.
Dia turut duduk berlapikkan kaki nya di hadapan ku.
"Welcome back, princess". Bisiknya.
"Welcome back ke mana?".
"Ke kehidupan halal saya". Matanya terus fokus ke arah cincin yang sedang disarungakan di jari ku itu sebaik sahaja dia menghabiskan perkataannya.
Dia memegang bahagian belakang kepala ku dan mengucup lama dahi ku menggunakan bibirnya.
"Te amo". Dua perkataan itu dia tuturkan ketika bibirnya masih lagi menyentuh dahi ku.
Sejak bila dia pandai cakap Spanish ni?
Ghisau...
Giliran aku pula. Aku memegang lembut tangannya dan menciumnya.
Beberapa fotografer diupah olehnya untuk mengambil gambar majlis perkahwinan kami pada hari ini. Termasuk lah, majlis resepsi yang katanya akam diadakan di Hotel Mi Amor. Hotel 5 bintang yang agak terkenal, di bandaraya serba canggih dan moden itu.
Oh ya, majlis pernikahan ini diadakan di masjid berdekatan dengan rumah ku. Tetamu yang hadir tidak lah begitu ramai.
Ibu bapa ku, Mia dan Shah bersama keluarga masing-masing, satu-satunya anak aku, Airin dan sahabat handai.
Family Khai?
Semua tak datang. Yes, termasuk Lilly dan papa. Lilly cakap, mama tak kasi dia datang. Papa pulak aku tak tahu.
Nasib baik lah tetamu tak begitu ramai di masjid itu, kalau tak malu lah Khai. Yela, tiada seorang pon ahli keluarga nya yang muncul.
"Ready to start a new life with me?". Dia bertanya di khalayak ramai itu, membuatkan aku tersentak daripada lamunan ku.
"Sure, lets start a new life". Terus dia menarik badan ku ke dalam dakapannya.
"Im happy, very happy. Thank you, Puteri Khairina". Terasa titik air mata lelakinya di atas baju putih ku.
Jarang sekali untuk dia melakukan dua benda ini. Lagi-lagi pada waktu yang sama. Iaitu, memanggil nama panjang ku dan menangis.
"Don't cry...". Aku tak boleh dho, nanti aku nangis jugak. Sob sob.
Tangan ku menggosok-gosok bahagian belakang badannya.
...
"Mak dengan ayah balik dulu tau, Puteri. Esok mak dengan ayah kau ni, mesti datang!". Emak menyiku-nyiku lengan ayah.
"Sakit la... Tunggu ayah tau, Puteri, Amirul".
"Ye, ayah". Jawab Khai.
"Jaga anak ayah baik-baik, jangan buat kerja bodoh macam yang lepas". Uish, makan dalam kata-kata ayah ni!
"Mak balik dulu, Assalamualaikum".
"Ayah pon, Assalamualaikum".
"Waalaikumusallam". Kami berdua serentak menjawab salam mereka lalu melihat mereka pergi menaiki teksi.
Mulanya, Khai yang nak hantar. Tapi, mak ayah tak bagi sebab katanya baru kahwin. Penat.
Bila cakap driver nak hantar, kata menyusahkan pulak. So, dengan berat hatinya aku terpaksa lah melihat mereka menaiki teksi pulang ke rumah.
"Amirul?". Dia bertanya.
"Ayah memang macam tu. Tengok nama saya, dia panggil Puteri tau".
Kami berdiri menghadap satu sama lain.
"You happy?". Aku bertanya.
"Sangat-sangat happy, thanks".
"You are welcome". Aku membalas.
...
"Love, Airin tidur rumah mama tau". Dia berkata kepada ku yang sedang mengemas-ngemas katilnya itu.
"Tahu. Dengan Lilly kan?".
Terbongkok-bongkok badan ku memebetulkan comforter miliknya itu.
"Haah. Esok baru saya pergi ambil dia".
"Okay".
Ku tepuk-tepuk buat kali terakhir tilam di atas katilnya itu dan berkata,
"Dah, im going to bed now. Goodnight". Baru sahaja beberapa langkah menjauhi kati itu, dia menarik tangan ku.
"Nak pergi mana?".
"Kan saya cakap, saya nak tidur dah. Nak balik bilik saya la ni".
Dia mengeluh kecil memdengar jawapan ku.
"Kenapa?". Aku bertanya.
"Love still tak nak tidur sekatil dengan saya?". Dia merenung anak mata ku yang bewarna coklat itu.
Aku terdiam mendengar persoalannya.
"Hm?".
"Sorry, saya lupa kita dah kahwin". Aku tergelak kecil, mencuba untuk menutup kejanggalan situasi itu.
"You sure? Bukan sebab lain?".
Aku menggeleng.
Kami kemudiannya masuk ke dalam comforter yang bewarna biru gelap itu bersama-sama lalu terus membaringkan badan ke atas katil itu.
"Can i ask you something?". I asked.
"Sure".
"Siapa bekas tunang awak? Awak pernah sebut pasal dia 8 tahun lepas. Awak cakap dia dah meninggal. Boleh saya tahu pasal dia?". Lembut sahaja suara ku bertanya. Ingin memastikan yang mood dia dalam keadaan yang baik untuk bertanya hal yang agak sensitif itu.
" Betul nak tahu?".
Aku mengangguk kecil.
" Nama dia Aisya. Aisya Hayani. Saya kenal dia sejak daripada sekolah menengah lagi. Masatu, dia jadi girlfriend saya. Sampai lah umur kami 20 tahun, kami tunang. Mula-mula semuanya okay. Tapi...".
Flashback... (khairin pov)
Aku dengan penuh debaran, menunggu kehadiran pengantin perempuan itu. Aisya. Ya, aku sedang menunggu tunang aku, Aisya Hayani.
Harini bakal menjadi hari yang penuh bermakna bagi aku dan dia.
Walaupun masih muda, aku tetap tekad nak bina masjid bersama dia. Wanita yang aku cintai.
...
Sejam menunggu, namum Aisya dan keluarganya tidak kunjung tiba. Mama dan Papa sudah mulai risau. Tok Kadi dan yang lain juga sudah mulai bising.
"Dato, saya sebenarnya ada banyak kerja lagi ni. Mana pengantin perempuannya?". Tanya Tok Kadi itu.
Aku menggenggam kemas telefon pintar ku, menunggu panggilan atau mesej darinya.
Tapi tidak untuk waktu itu,
Sampailah malamnya...
...
Sudah puas aku mengeluarkan air mata jantan ku sepanjang hari di dalam baju melayu putih itu. Betul sangkaan semua, Aisya dan keluarganya tak pernah kunjung tiba.
Aku sangat kecewa.
Aku berkurung di dalam bilik. Tidak mandi, tidak makan. Hanya menangis dan termenung.
"Sanggup you tipu I, Aisya". Aku berkata sendirian.
Bip, bip...
Bunyi notification daripada telefon pintar ku.
Aku buka.
Dan terpaparlah kenyataan yang amat menyakitkan buat ku.
Ianya mesej daripada Aisya,
Assalamualaikum, Khai.
First sekali, I nak mintak maaf sangat sebab tak dapat nak datang majlis nikah kita harini. Sebenarnya, I sekarang ni tengah ada dekat Venice, Italy. Papa dengan Mama I akan kahwinkan I dengan orang sini. I harap, you faham dan boleh terima kenyataan. One more thing, I tak sebenarnya tak pernah cintakan you. I mintak maaf sebab dah mainkan perasaan you, Khai. Cuma, i nak pakai duit masatu. Sekarang, Mama and Papa I dah jumpa orang yang tepat untuk I. I harap you boleh lupakan I, cari perempuan baru untuk you cintai, okay? Maafkan I, Khairin.
Sejurus membaca mesej itu, terus aku lemparkan telefon ku ke dinding. Habis, hancur lebur.
Sejak daripada tu, aku jadi liar. Pergi club, buat benda bukan-bukan. Sampai lah aku jumpa...
End flashback...(end Khai pov)
"... awak. Saya jatuh cinta buat kali kedua dalam hidup saya. Jatuh cinta dekat awak". Dia mengusap pipi ku.
"Awak cakap, dia meninggal?".
"Tak. Dia masih ada. Saya yang anggap dia dah meninggal. Saya benci dia. Saya harap, ini kali pertama dan terakhir Love tanya pasal dia, okay?".
"Im sorry". Aku meminta maaf.
"Its okay, im not even mad at you. Now, go to sleep, my dear".
Dia mencium dahi ku, lama.
:]
(ha, dh kahwin balik. happy ke tuew?)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro