Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Special Chapter 4

Langkah ku terhenti mengeras di hadapan pintu rumah itu apabila aku terperasan yang Ferrari F60 America miliknya terparkir elok di dalam garaj yang agak tertutup itu. Milik siapa? Lah, siapa lagi kalau bukan Khai.

Kasut kerja yang dipakai olehnya pada pagi tadi juga, tersusun cantik di hadapan kabinet tempat simpanan kasut yang berada betul-betul di sebelah pintu hadapan rumah itu.

Aku mulai cuak. Jam di tangan dikerling.

Kenapa dia balik awal sangat?
Baru pukul  3 petang kut.

Ah! Buang ke tepi je perasaan takut tu.

Perlahan-lahan aku memasuki rumah itu setelah membuka pintu sambil memegang perut ku. Maklumlah, ibu mengandung kan? Tangan ku yang sebelah lagi pula sibuk menjimbit plastik yang berisikan penuh dengan kek dan aiskrim yang berperisa durian. SERTA, air kelapa. Alah, adakan yang air kelapa packaging dalam kotak tu. Ha yang tu lah. Aku beli, tiga kotak. Sebab tiba-tiba je mengidam. Hehe.

Salam diberi secara takut-takut. Yela, takut Khai tu mengamuk sebab aku keluar tak bagitahu. Ah! Suka hati la.

Baru sahaja ingin membawa segala makanan yang dipegang ke dapur, terdengar suara garaunya daripada halaman ruang rehat rumah itu.

"Where were you, Khairina? The whole day i had my men searching for you and you rupa-rupanya pergi beli kek and aiskrim? And aku baru dapat tahu tu sejam sebelum kau balik ni? Sekarang, kau cakap dengan aku, kau pergi mana?". Sedar-sedar sahaja, dia sudah berdiri tegak di hadapan ku. Matanya tajam menikam anak mata ku. Membuat aku sedikit menggeruni figura berkarisma tinggi itu.

" Tell me, Khairina. Kau pergi mana? Dengan gelang nya tak pakai, kalau hilang macam mana?". Soalnya sekali lagi.

"Kenapa awak ni tiba-tiba je nak marah saya? Suka hati saya la nak pergi mana pon. Kenapa awak nak kisah sangat? Saya ada menyusahkan awak ke kalau saya hilang?". Sensitif. Ya aku sensitif. Tubir mata ku mulai bertakung. Dasar mak buyung cengeng! Lemah!

"For anyone's sake, kau isteri aku, Khairina. Aku risau. Aku risau tentang keberadaan kau. Aku risau, takut kau hilang. Don't you understand?". Dia meraup wajah dan rambutnya.

"Ya Allah! Saya pergi 7 Eleven je, Khai! Bukannya pergi melepak mana-mana pon. Kenapa dengan awak ni?".

"Then why don't you tell me sooner?!". Pergaduhan mulut ini menjadi semakin hangat dan hangat sehingga aku membuat keputusan untuk mengunci mulut ku. Tidak mahu lagi berkata-kata.

"Suka hati awak la...". Ayat terakhir ku sebelum aku mula melangkah lagi.

Sebenarnya, aku dah jangka yang pergaduhan ini akan berlaku sebaik sahaja aku nampak kasut dan kereta dia tadi. Khai. Dia masih lagi dia yang dulu. Marah sangat kalau aku keluar, tak bagitahu dia dulu. Apa yang nak dirisaukan sangat pon, entah la.

Kaki ku agak terhincut-hincut disebabkan oleh pembengkakkan yang telah berlaku di bawah tapak kedua-dua belah kaki. Lama sangat ke aku keluar tadi?

Beberapa saat berlalu apabila aku tiba-tiba sahaja merasa badan ku di udara.

Aku dah mati ke?
Kenapa terbang ni?

Takkan lah kena marah dengan Khai, sampai mati.
Ha?

"Kaki kau bengkak". Dengan riak wajah yang masih lagi tegang, dia berkata tiga patah.

Lah dia ke yang dukung?
Ingatkan dah mati tadi.

"Turun kan lah".

"No".

"Tadi marah sangat". Aku jeling dia dengan mata ku yang memerah.

"I said no and tolong diam. Kau gemuk. Makin banyak bercakap, makin berat. Tambah pula beli junkfoods macam tu, tambah gemuk lah nanti". Did he just bodyshame me? Eh, aku gemuk sebab mengandung tau!

Air mata mulai mengalir lagi. Sampai hati dia cakap kita gemuk. Sobsob.

...

"Dah beli, tak nak makan pula. Kenapa dengan kau ni, princess?". Eleh, tiber nak buat baik pulak!

Dia menghulurkan sebatang aiskrim durian Musang King kepada ku. Dan sepotong roll cake yang juga berperisa durian.

Aku sambung tengok yang terpasang dekat tv yang ada dalam bilik ku itu. Tak mahu layan encik suami. Tadi sesedap dia marah and bodyshame kita. Dah la tak minta maaf. Dia minta maaf dengan baby je tadi. TU PON TADI!

"Baby, papa minta maaf tau. Kalau suara papa gaduh dengan mama tadi bising sangat. Kesian baby nak tidur".

Alat kawalan jauh di rampas daripada tangan ku dan televisyen itu terus dimatikan.

"Kenapa ni, princess? Tak nak bercakap dengan aku dah ke? Hm?". OMFG, JANGAN LAH LETAK 'HM' DEKAT BELAKANG TU! AKU TAK KUAT!

"Hey, princess. Tengok la aku ni".

Tak nak!

Tetap sahaja aku merenung skrin televisyen yang menghitam itu.

"Apa handsome sangat ke skrin tv tu sampai tak nak tengok aku langsung?".

Masih lagi diam.

"Oh, i know...". Then he proceeded to caress my tummy and spoke to the baby.

"Baby, tolong papa baby! Urgent ni. Mama merajuk la. Kenapa erk?".

Tepat pula masanya, sejurus sahaja usai soalannya itu, dinding rahim ku diketuk dua kali oleh kaki si kecil di dalam sana.

"Oh... Sebab petang tadi ke baby? Sebab papa marah mama and papa panggil mama gemuk?". Ha tahu takpe. Senyum sinis sudah mulai aku tayangkan.

"Tapi, mama memang gemuk. Gemuk sangat-sangat". Terus hilang senyum aku.

Kerana geram, rambutnya aku genggam kasar dan aku tarik. Kuat dia mengaduh.

"DIAM LA KHAI! INGAT TAK TERASA KE BILA AWAK PANGGIL SAYA GEMUK! SAYA. TAK. GEMUK!". Kasar aku melepaskan genggaman itu. Kaki ku aku turunkan daripada katil dan aku menuju ke arah tingkap untuk melihat bulan. Menenangkan hati yang sedang berdegup kencang dan mata yang sedang mengalirkan air permatanya.

" Princess, aku tahu la kau tak gemuk. Saja je nak sakat kau, tak boleh?". Di bawah cahaya bulan itu, dia menarik aku dalam pelukannya.

Makin kuat tangisan ku. Masih terasa! 100%!

"Hey, jangan lah nangis lagi. Aku minta maaf. First, sebab marah kau petang tadi. Kau tahu kan yang aku risaukan kau dan baby kita? Second, sebab panggil kau gemuk. Kau tak gemuk pon sebenarnya. Saja je nak sakat kau. Sebab kau nampak cute bila marah". WTF?! Sakat sampai nangis? Sakat sampai rela hilang beberapa helai daripada rambut sendiri?

"Jom, aku teman kau makan segala jenis makanan yang kau beli tadi. Nanti, tak makan, bazir". He said while slowly stroking my long hair.

"Tak nak".

"Tak nak apa?".

"Tak nak makan. Buang jela semua. Bagi dekat kucing. Takpon, awak je makan". Mendatar suara ku disertakan dengan sedutan hingus tangisan tadi.

"Aik, kenapa?".

"Saya dan baby dah tak rasa nak makan. Awak makan jela. And saya still terasa sebab awak panggil saya gemuk tadi". Aku lap saki baki muka comot ku ke bajunya. Padan muka!

"Ala, sorry tau. Princess makan la. Nanti kempunan".

"Kenapa? Awak taknak makan ke? Awak jijik dengan apa yang saya beli?".

Dia tergelak kecil.

"Kenapa dengan kau ni? Aku tak cakap pon macam tu".

"Dah... Dah... Tu makan lah...". Dan aku menangis lagi. Memaksanya untuk makan.

"Alamak, bukan tak nak princess. Tapi kau lupa ke yang aku alergi and anti durian dan kelapa?". Eh--haah la. Aku lupa. Ah lantak ah! Nak suruh juga dia makan.

Makin kuat pula tangisan ini. Entah apa sebabnya aku menangis. Aku pon kurang pasti.

"Lah, nangis lagi? Okay-okay, aku makan. Jom pergi dapur dulu".

...

"See? Aku-aku makan ni". Tersekat-sekat suaranya cuba untuk menelan aiskrim durian yang terakhir itu. Tersenyum lebar aku.

"Hehe, terima kasih".

"Literally, anything for you, princess". Dengan sekali gigitan sahaja, maka habis lah suapan terakhir aiskrim durian itu. Dengan kata lain, dia sudah berjaya menghabiskan tiga air kotak kelapa, dua aiskrim durian dan tiga kek gulung durian. Yeay!

Korang jangan pandai-pandai nak kesiankan dia pula! Kalau tak, tak nak kawan!

"Now what?". Katanya setelah meneguk air masak sebanyak sebotol besar itu.

"Tidur".

"Did you forgive me already, sayang?". Oh no! Jangan guna 'sayang'! Nanti aku melting~

"Tanya baby".

"Baby, mama dah maafkan papa ke?".

Tiada sebarang tindakan daripada si kecil di dalam sana.

"Tu tandanya apa?". Dia bertanya.

"Tandanya dia tak nak kawan dengan awak sebab panggil mama dia 'gemuk'!".




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro