19- Confessed
Dah nak dekat seminggu setengah Khai pergi Japan. Aman lah jugak hidup aku. Takdela nak dengar dia whining hari-hari.
"Princess"
"Princessss".
"Princess, sini lahhh".
Geli + serabut. Sumpah!
Oh, Shah and Mia dah balik seminggu lepas. Katanya, nanti nak pergi kerja. Tapi, persoalan yang masih tidak terjawab adalah, siapa yang suruh diorang datang kesini? Khai ke? Entahlah.
Tapi, ada lah jugak rasa bosan tu. Yela, dah duduk sorang-sorang. Nak main dengan siapa kan?
Tok... Tok... Tok...
Pintu rumah ku diketuk. Aku yang kebetulan sedang membacuh air anggur itu berpaling dan perlahan-lahan menuju ke arah pintu itu untuk membukanya.
...
"Mak, ayah". Aku berkata apabila melihat dua manusia berharga itu berdiri di hadapan pintu rumah aku.
Entah macam mana diorang datang pon aku tak tahu. Dari mana diorang dapat alamat rumah ni, lagi lah aku tak tahu.
Tapi, tamparan hebat yang aku dapat daripada ayah apabila pandangannya terarah ke perut boyot ku.
"ANAK SIAPA YANG KAU KANDUNGKAN TU?!". Bergema suara ayah, memenuhi ruang hadapan rumah itu.
"Kenapa Puteri buat mak macam ni?". Emak sudah berlinangan air mata di hadapan itu.
"Patut lah kau dah lama tak balik kampung. Ada jantan rupanya dekat sini! Dasar anak tak guna! Jangan kau jejak lagi kaki kau kat rumah aku!". Ayah menengking ku bertubi-tubi di hadapan muka ku sendiri.
"Mak, ayah. Dengar-lah... penjelasan Puteri dulu". Aku sudah tersedu-sedan menangis situ.
"Siapa ayah kau? Jangan panggil aku 'ayah' lagi! Aku takde anak kotor macam kau! Dah, jom balik". Ayah menarik tangan emak dan membawanya pulang. Meninggalkan aku sendiri, terduduk sambil air mata turun membasahi pipi di situ.
"Dia... dia suami... Puteri". Aku menyandarkan kepala ku ke frame pintu itu.
...
Aku duduk di atas buaian yang ada di taman kecil di luar rumah itu sambil kepala ku disandarkan ke pegangan buai itu. Aku menghayun buaian itu dengan perlahan-lahan sambil menyesali kesemua keputusan hidup ku.
And i wiped my tears when i heard his voice.
"Princess! Im home!".
Awalnya dia balik?
"Princess?". Dia mencari ku di kawasan hadapan rumah apabila melihat pintu itu terbuka.
Dan akhir nya, dia sampai di hadapan ku.
"Fuh, penat cari kau". Dia mengambil tempat duduknya di sebelah ku.
"Baby, papa rindu baby". Dia mengusap-ngusap perut ku.
"Rindu mama jugak". He looked deep into my eyes before kissing my cheek and i wiped it off.
Tiba-tiba dia membuat wajah pelik.
"Kenapa rasa masin?".
"Eee! Awak rasa pipi saya ke?". Aku menampar lengannya.
"Aduh! Takdela. Kan kiss, bibir aku kena lah pipi kau. Jangan lah fikir bukan-bukan".
"Huh!".
"Kau nangis ke?".
Persoalannya membuatkan aku kaku, tak bergerak.
"N-no".
"Don't lie to me. I know you better".
Aku mengambil masa yang agak lama untuk membuka mulut.
"I lost my parents". Before i started to sob, he come sitting beside me and take me into his embrace.
"Whats wrong? Tell me, princess".
"Ta-tadi, mak ngan ayah datang...". Aku menceritakan segala-galanya kepada dia.
"Aik, macam mana mak ngan ayah tahu alamat rumah aku?".
Same Khai, same. Aku pon nak tahu jugak.
"Tak tahuuu. Sekarang ni macam mana?". Aku memandang mukanya. Mata ku sudah berair tahap babun dah tu. Habis basah muka ku dibanjiri air mata.
"Okay macam ni, hujung minggu ni kita balik kampung. Kita cerita semua benda, okay? Dah la, jangan nangis". Dia mengelap air mata ku menggunakan sapu tangan yang dikeluarkan daripada poket seluarnya.
"Okay".
"Now, kita masuk dulu erk? Tak elok duduk luar lama-lama". Dia mencuba untuk memimpin tangan ku. Namun, aku menolak.
"Fine, jalan sendiri".
...
Pintu biliknya aku buka. Ku hulurkan kepala ku ke dalam biliknya untuk memerhatikan apa yang sedang dia lakukan.
Kelihatan dia yang sedang bertishirt putih dan berseluar kelabu duduk berbaring di atas katil sambil bermain dengan telefonnya.
Aku pon tak tahu. Tiba-tiba je rasa nak pergi ke bilik dia.
"Princess, buat apa tu?". Dia menegur ku.
Alamak! Kantoi!
Baru sahaja dia ingin pergi ke arah ku, aku dengan selamba badaknya masuk ke dalam bilik itu dan pergi ke arah katilnya.
"Princess?".
Aku tidak menghiraukannya dan terus membaringkan diri ku ke atas katilnya, menarik selimut dan menutup mata.
"You wanna sleep with me?".
"Bukan saya. Takde hati saya nak tidur dengan awak".
He chuckled before asking,
"Dahtu siapa?".
"Baby ni la. Sape lagi". Aku terus menutup mata ku.
Kedengaran dia meletakkan telefonnya ke meja yang ada di sebelah katil itu dan bunyi nafasnya semakin mendekat dengan ku.
"Nak peluk boleh?".
"Entah".
"Takpela. Anyways, thank you sebab tidur kat sini. Dah lama dah princess tak tidur dengan aku, kan?".
Aku mendengar sahaja percakapannya, malas nak membalas.
"Goodnight princess". Dan terdengar lah dengkuran halus yang dilepaskan olehnya.
Dah tidur?
Aku memusingkan badan ku dan melihat dia tertidur pulas di samping ku. Aku melihatnya daripada atas ke bawah.
I rolled my eyes sebelum mengambil kedua tangannya dan diletakkan di pinggang ku.
Badan ku didekatkan sedikit dengannya.
"Kalau bukan sebab baby, mama tak buat tau macam ni. Mengada la baby ni".
Tangan ku tiba-tiba terasa gatal je nak pegang pipi dia.
Seminit kemudian, aku mengusap perlahan pipi milik suami ku itu. Tangan satu lagi aku gunakan untuk memegang tangannya.
Aku mengeluh perlahan.
Susah untuk aku maafkan dia. Susah untuk aku buang perasaan benci yang ada dalam diri aku terhadapnya.
No, i can't fall with him.
I'm still gonna ask for divorce.
"Im sorry". I mumbled that two times. Satu kepada dia, satu kepada baby yang ada di dalam perut ku itu.
"Kenapa awak tak lepaskan saya? Apa yang istimewanya saya? Kenapa susah sangat? Saya dah lama nak rasa kebebasan. Apa salah saya dekat awak?".
Tiba-tiba terasa tangannya semakin erat memeluk pinggang ku.
"Kau tak salah apa-apa pon. Kau fikir kenapa aku nak bazirkan 1.7 juta daripada duit aku untuk kau? Sebab aku cintakan kau, Khairina. Aku tak nak orang lain sentuh or miliki kau. So, aku decide untuk beli kau dengan Tauke Wong. Mula-mula aku nak tolak je perasaan tu ke tepi disebabkan nafsu syaitan aku. Nafsu untuk... untuk miliki badan kau. Tapi tak, perasaan tu makin lama, makin dalam. Makin aku cintakan kau. Aku tak boleh nak nafikan. Tapi, dalam masa yang sama, nafsu aku jugak dah buatkan aku tak tentu arah. Sampailah malam kat birthday party Annashr tu. Masa aku buat keputusan bodoh tu. Aku betul-betul cintakan kau Khairina. Aku tak sanggup nak lepaskan kau. Kau tolong lah bagi aku satu je lagi peluang. Aku janji, aku akan berubah. Aku nak jaga kau dengan baby ni baik-baik. Aku nak jadi suami dan ayah yang baik". Berselang-selikan suara halusnya itu, dia menerangkan segala-galanya dengan panjang lebar.
Kini aku tahu, sebab mengapa dia membeli aku. Rupanya, dia telah lama menyimpan perasaan kepada ku. Tetapi, perasaan itu bersulamkan nafsu nya.
"Kenapa awak baru nak bagitahu sekarang? Awak ingat senang ke saya nak ubah hati saya untuk terima awak? Awak ingat senang untuk saya ubah keputusan saya? Sorry Khai, tapi awak dah janji. Lepas je baby ni lahir, awak akan lepaskan saya. Awak kena tunaikan janji awak". Aku membuang tangannya daripada pelukan ku dan berdiri, ingin berlalu pergi.
Perlahan-lahan aku berjalan keluar daripada pintu bilik itu dan meninggalkannya seorang diri, lagi.
Sebenarnya, aku masih terkejut dengan kenyataan yang terucap olehnya sebentar tadi. Bukannya tak nak percaya tetapi susah.
Bayangkan, orang yang selama ini menyakiti kau, buat kau macam hamba pemuas nafsu dia, rupa-rupanya ada menyimpan perasaan dekat kau. Apa kau rasa?
Fakta yang paling teruk adalah, dia tu suami aku. Keputusan yang akan aku buat pada pengakhirannya akan lebih sukar.
Lebih sukar lagi kerana...
aku langsung tak cintakan dia...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro