8-School, Milk And Eggs
daniel point of view:
Jam sudah menginjak pukul satu pagi sewaktu aku sudah berjalan untuk balik ke bilik ku di tingkat 2.
Aku membuka pintu dan melihat keadaan bilik yang sudah gelap itu.
Uniform sekolah ku disangkut di hadapan almari. Aku pergi ke arah uniform ku itu untuk menyimpannya di dalam bilik baju.
Di uniform itu tersangkut sebuah nota kecil.
Aku membacanya di dalam keadaan yang gelap itu.
Daniel, saya dah gosok baju awak untuk esok. Sorrylah kalau kedut lagi. Sama-sama :)
-Bunga yang cantik ☾︎♡︎☽︎
Aku tergelak kecil melihat nota tulisan tangannya itu.
Aku memberikan pandangan ke arah katil bersaiz King itu hanya untuk melihat figura kecil itu berselimut dan tertidur nyenyak di dalam selimut di atas katil itu.
Aku membawa uniform ku itu ke bilik baju yang bersambung dengan bilik ku itu.
Di situ, aku ternampak uniform sekolahnya.
Ni saya punya. Jangan sentuh! Nanti kedut! Kalau esok saya nampak kedut, awak gosok balik!
-Bunga yang cantik ☾︎♡︎☽︎
Aku tergelak lagi.
Aku menyangkut baju ku berdekatan dengan bajunya dan pergi semula ke katil ku untuk tidur, erk, bersamanya? Alamak, awkward!
"Bunga, aku tidur tepi kau, erh?".
"Hm...".
Aku kemudiannya, menyelinap masuk di bawah selimut itu.
Peluk ke tak?
Peluk jela...
Kedua tangan ku diletakkan di sekeliling pinggangnya. I don't know why i do this. This seems right yet wrong.
"Goodnight, Bunga". Aku mencium lembut dahinya.
Tak tahu! Jangan tanya! Aku tak tahu kenapa aku buat macam tu!
end
...
bunga point of view:
Aku diturunkan di luar pagar sekolah oleh Daniel manakala dia memandu keretanya untuk diparkirkan ke dalam kawasan sekolah.
...
"Bunga! Nak duit!".
Haih, macam biasalah. Natasya dan kawan-kawan dia tu.
"Nah".
"Okay, thank you! Muah!".
...
"Bunga!".
Heh, aku kenal sangat suara tu. Tak, tu bukan suara Daniel. Tu suara Afiq. My male bully. Bersama tiga orang kawannya. Irfan, Amir dan Amirul. Yes, Amir dengan Amirul tu kembar.
Diorang berhenti di hadapan ku.
"Hey, shorty!". Afiq menunduk dan berkata-kata dengan ku. Aku mengalih pandangan ku. Tak nak tengok muka dia.
"Eh, kurang ajar betul. Afiq tegur elok-elok tu". Irfan menolak bahu ku.
"Janganlah".
"Janganlah~~". They were mocking me. Lalu mereka tergelak besar.
"Oh, Amir. Mana susu dengan telur tadi?". Afiq bertanya.
"Tu ha, dalam beg Amirul".
"Ko-korang nak buat a-apa?".
"Nak buat kek".
Seminit kemudian, kepala ku terasa basah. Air susu yang dicurahkan di atas kepala ku itu, mengalir di seluruh muka aku. Habis basah semua pakaian aku.
Krekk!
Dua biji telur pula dipecahkan ke atas kepala ku.
Aku terduduk di lantai lobi itu sambil diketawakan oleh semua manusia yang ada dekat situ.
Aku melihat ke hujung lobi itu dan ternampak Daniel sedang duduk bersandar di dinding sambil memandang kosong ke arah ku.
"Bye, Bunga!".
Aku ditinggalkan begitu sahaja di tengah-tengah laluan itu bersama sisa-sisa kulit telur dan susu yang melimpah ruah itu.
Aku menangis tanpa henti dan berlari ke arah tandas yang berdekatan.
daniel point of view:
"Adam, aku cau lu. Nak pergi kafe jap".
Aku menipu.
Aku sejujurnya nak pergi tengok Bunga.
Aku berlari menuju ke arah tandas pelajar perempuan dan mendengar suara tangisan. Tanpa berfikir panjang, aku terus masuk ke dalam tandas itu.
Nasib baik takde orang.
Dan mengunci pintu.
Aku mengetuk pintu salah satu kubikel tandas itu.
"Bunga...".
Diam. Suara tangisan itu terhenti.
"Bunga, keluar lah".
Masih lagi diam.
Seketika kemudian, dia keluar dengan baju yang masih lagi basah itu.
"Kau okay tak?".
end
bunga point of view:
"Keluar lah. Ni kan tandas perempuan".
"Aku tanya, kau okay tak ni?".
"TAK! SAYA TAK OKAY! KENAPA? APA AWAK BOLEH BUAT?". Aku menengkingnya. Aku tahu, berdosa kalau tinggikan suara dekat suami. Tapi, emosi aku tak terkawal masatu.
"Aku...".
"AWAK TAK HALANG PON KAN KAWAN-KAWAN AWAK TADI? AWAK TENGOK JE KAN?!".
Aku tahu, Afiq, Irfan, Amir dan Amirul tu kawan-kawan dia. Cuma, dia dengan Adam jarang buli orang macam diorang buat sebab diorang kelas lain-lain. Susah nak jumpa.
"Jom, balik. Tukar baju". Dia memegang bahu ku.
"Tak nak".
"Okay, tunggu sini jap. Aku pergi ambik baju spare kat bilik baju".
...
"Nah, tukarlah. Aku tunggu kau kat kelas".
Aku mengambil kemeja, seluar dan tudung bawal yang diberikan olehnya itu.
"Ni, blazer". Dia membuang blazernya dan meletakkannya di atas singki yang kering itu.
"Thank you".
"Welcome, jangan lewat tau".
Dahi ku yang masih lagi basah itu, dicium olehnya.
Hatiku berdegup kencang.
Did you just betray me, dear heart?
...
Aku berjalan masuk ke dalam kelas dan diketawakan oleh semua orang. Kecuali, Daniel dan Iskandar.
Aku duduk di tempat ku yang berada di kedudukan paling hujung sekali itu. And yang penting, tepi tingkap.
Semua orang masih lagi mengetawakan aku.
"SHUT UP!". Daniel bangun dan menarik kerusinya ke tempat duduk kosong yang ada di sebelah ku itu.
Semua orang terdiam dan ternganga.
"Kau okay? Blazer tu besar ke?". Dia bertanya.
Aku mengangguk.
"Takpe, nanti kita beli blazer baru". Dia tersenyum dan memegang tangan ku yang ada di dalam laci meja itu.
"Janganlah".
"Daniel, kenapa you duduk tepi dia ni?". Natasya menghampirinya, duduk di hujung mejanya sambil memakan lolipop.
Dia menjelingkan matanya apabila melihat ku.
"Natasya, dia kan bijak. I kena lah tiru dia".
"Adam kan ada".
"Dia lagi bijak daripada Adam. Kan shorty?".
Aku hanya menundukkan kepala ku.
...
Kelas Biologi,
"Ni, nametag awak". Aku mencabut nametag yang ada dekat balzer putihnya itu.
"Pakailah".
"Kenapa pulak?".
"So, people will know that you're mine".
"Gila ke?".
Fuh! Berani betul aku!
"Amboi, dosa tu. Meh lah sini". Dia menadah tangannya.
"Sorry".
"Pakaikan".
"Awak boleh pakai sendiri kan? Lagipun, kita dalam kelas ni".
Dia memuncungkan mulutnya.
"Ok, fine. Suruh lah Natasya tu bagi pakai". Aku lalu meletakkan tag namanya bersama magnet pelekat di baju kemejanya.
"Thank you, Bunga".
...
"Harini kita ada tetamu tau, Bunga".
"Siapa Mak Cik Senah?".
Aku yang sedang menolong Mak Cik Senah menyediakan makan malam itu, tertanya-tanya siapakah tetamu yang disebutkan itu.
"Sepupu Daniel. Dia datang dengan mak ayah dia nanti".
"Owh, cantik tak?".
"Eh, macam tahu-tahu je perempuan. Cantik, umur 16. Tapi".
Bahagian belakang ayat itu diperlahankan sedikit.
"Perangai tak cantik".
"Mak Cik Senah ni, tak baiklah".
"Eleh, tak percaya. Kamu tengok jela nanti".
Aku tersenyum sambil meneruskan kerja-kerja memotong sayur-sayuran yang ada di kaunter daput itu.
Tiba-tiba pisau di tangan ku itu dirampas.
"Tangan sakit kan? Tak yah lah buat kerja".
"Mak Senah dah larang dah Daniel, dia nak jugak tolong". Mak Cik Senah yang sedang mengacau tom yam yang ada di atas dapur itu membalas.
"Ala, potong sayur je".
"Still tak yah". Dingin.
"Sejak bila awak kesah ni?".
"Don't start now, Bunga".
"Fine, nah potong lah".
Aku menghulurkan pisau, papan pemotong dan lobak merah ke arahnya.
"Nak potong cane ni?". Dia bertanya.
"Haish, tepi lah. Biar Mak Senah buat. Kamu pergi tunggu Mak Su kamu dekat ruang tamu tu".
"Okay. Jom, Bunga?".
"Jap".
Aku membuka paip, membasuh tangan dan mencapai tuala pengelap tangan yang ada tersangkut di tepi peti sejuk itu untuk mengelap tangan ku.
...
Aku duduk bersebelahan dengan Daniel di sofa sambil bermain dengan kuku ku.
Haih, bosan.
Kalau ada ibu, boleh pinjam phone ibu buat main.
"Daniel...".
"Ape?".
Huish, cold bethol!
"Nak pinjam phone, boleh? Nak main game".
"Takde game". Pandangannya kembali terarah ke telefon pintarnya itu.
"Hm, tkpela. Bosanlah macam ni".
Sesaat kemudian,
"Nah". Dia menghulurkan telefonnya kepada ku.
"Tadi cakap tak nak bagi".
"Aku cakap takde game, bukan tak nak bagi. Ambiklah".
"Ugh, whatever".
Aku menyambut pemberiannya itu.
"Esok lepas sekolah, kita pergi beli phone".
"Phone siapa?".
"Phone awak lah Cik Bunga Dahlia, oi!".
"Serius la?". Aku bertanya sambil mata ku yang sudah berkelip-kelip itu memandangnya. Excited!
"Yelah, takkan nak tipu pulak".
"Thank you Daniel!". Secara automatik aku memeluk badannya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro