Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

14-He Loves Me?

Aku bangun daripada tidur ku dan terlihat dia sedang tidur membelakangi ku. Aku mendekati mukanya dan...

Dia nangis?

Aku melihat sisa air mata di seluruh pipinya.

Chup!

Aku mencium telinganya yang agak suam itu.

"Sleep well, Daniel".

Aku tak tahu kenapa aku buat macam tu. Aku tahu, aku sedangkan marah kan dia. Aku tahu tu. Tapi...
Entahlah!

Dan aku keluar daripada bilik itu untuk mengambil angin di luar.

...

Aku duduk di atas pangkin kayu yang agak usang yang berada di bawah pokok ceri di halaman rumah opah.

"i will never ever like or love you, keep that in your f*cking mind!".

Kata-kata itu bermain di fikiran ku.

Betul ke?

Tanpa sedar, air mata ku menitis lagi. Aku tak tahu! Aku tak tahu kenapa aku menjadi semanja ini. Aku tak tahu, kenapa aku tiba-tiba... takut kehilangan dia.

Do i love him?

Entahlah.

" Bunga buat apa kat sini sorang-sorang? Nik mana?".

Aku cepat-cepat mengelap air mata ku.

"Oh, saje je opah. Nik, tidur dekat atas".

"Oh. Bunga okay? Opah nampak tau, kamu balik rumah nangis-nangis tadi. Nik cakap apa dekat kamu?". Dia menggosok-gosok belakang badan ku membuatkan aku sebak. Ingin menangis lagi.

"Nik...".

"Takpe, nangis je. Opah teman".

Dan di situlah, aku melepaskan tangisan ku lagi.

"Nik... Bunga bukan isteri yang terbaik untuk Nik".

"Eh, kenapa cakap macam tu? Tak baik tau". Tangan tua itu menarik aku ke dalam pelukannya.

"Dia tak cinta kan Bunga".

"Siapa cakap? Hm?".

Wait-what?

"Nik cakap".

"Nik tipu. Opah kenal sangat dengan dia tu. Opah kenal dia sejak dia lahir, Bunga. Dia tak pandai nak menipu dan dia tak pandai nak sorok perasaan dia dekat seseorang. Tadi, opah nak pergi sawah dengan dia, risau dia nak tinggalkan kamu sorang-sorang. Semalam masa baru sampai, dia yang angkat kamu masuk bilik. Dia rela tak kejut kamu, tahu tak? Tadi, lepas je dia marah kamu tu, terus dia berlari balik, nak pujuk kamu. Opah tahu Bunga, opah pandang mata dia opah dah tahu. Cara dia tengok kamu, cara dia layan kamu. Bukan macam orang kena kahwin paksa. Percayalah cakap opah, opah dah lama hidup dekat dunia ni. Dah berpuluh tahun. Opah makan garam dulu. Percayalah, dia cintakan kamu. Macam opah cakap la, Nik tak pandai menipu". Panjang lebar opah terangkan dekat aku.

Kini, air mata ku sudah berhenti.

"Bunga! Bunga!".

"Ha, tengok tu. Baru opah ambik sekejap, dah cari macam orang gila. Nampak tak?". Opah menghalakan jarinya ke arah Daniel yang sudah berlari menghampiri aku.

"Ni, pon kau".

"Opah, naik dulu lah, busuk ni. Nak mandi. Bunga jangan lari pulak".

"Opah...".

"Byebye". Opah melambai ala-ala model lalu melangkah pergi. Meninggalkan aku dan Daniel bersendirian di bawah pokok ceri itu.

"Bunga...". Dia memegang tangan ku.

Mata ku dialihkan daripada memandangnya secara terus.

"Bunga, aku mintak maaf. Aku-, aku tak sengaja. Aku lupa yang kau ni hati tisu. Yang kau ni manja. Aku lupa. I'm sorry, Bunga".

"Apa-apa jela". Aku menundukkan kepala dan menggeserkan kaki ku ke tanah.

"Alah, Bunga. Pandang lah aku".

Aku menggeleng.

"Janganlah merajuk lama-lama. Nanti-... nanti sape nak main dengan aku?".

"Pergi main dengan Amelia. Dia kan ada. Pergi lah facetime dia. Dia penting, kan? Saya ni siapa je dalam hidup awak? Noone. Awak ingat kan? Awak yang cakap macam tu dekat saya dulu, ingat tak?".

"Bunga... kau jealous erh?".

"Buat apa saya nak jealous? Awak pernah cakap-".

Chup!

He kissed my cheek and it turned red as tomatoes.

"Bunga, jealous. Bunga, jealous! Ada orang jealous!".

"Man-, mana ada!".

"Opah! Ada orang jealous lah!".

"Ish!". Baru je aku nak lepaskan tamparan ke bahagian belakangnya, sebuah kereta yang aku kenali, masuk dan berhenti di hadapan pokok ceri itu.

Mama ngan papa?

"Bunga! Dan!".

Aku bangun dan menyalami kedua-dua mertua ku itu.

"Assalamualaikum, mama, papa".

"Waalaikumusallam, Bunga sihat?". Papa bertanya.

"Sihat je pa".

"Ish, papa ni. Tanya lah Daniel". Dia memuncungkan mulutnya.

"Mengada! Tanya Dan buat apa? Bosan dah, dah 17 tahun tanya".

"Daniel macam mana Bunga, okay? Ke ada buat perangai?". Tangan mama deras mencubit halus lengan Daniel.

"Tak, takdela mama. Okay je".

"Kalau macam tu, okay lah. Mama ngan papa naik atas dulu, nak jumpa opah".

"Okay, ma".

Aku menjeling tajam ke arahnya.

"Bunga, marah aku lagi ke?".

"Entah!". Aku masuk ke dalam rumah opah.

...

"Tulah mak, tak sangka dapat menantu cantik macam Bunga ni, harapnya Si Daniel ni tak buat perangai lah".

"Tak buat perangai.... hm?". Opah menjeling ke arahnya.

"Kenapa mak? Dia ada sakitkan hati mak ke?".

"Bukan mak. Menantu kamu, tu ha".

Aku mendengar sahaja perbualan di ruang tamu daripada hadapan televisyen itu. Jaraknya tidaklah jauh mana.

"Kamu buat apa dekat menantu papa, Dan?".

"Dia marahnya budak tu sampai menangis-nangis".

Aku dah tergelak kecil mendengar gaya opah bercerita.

"Kenapa Dan? Kamu tahu kan isteri kamu tu isteri paling manja? Kenapa tak jaga hati dia? Kamu tak sayang dia ke?".

Pertanyaan itu membuatkan senyuman ku pudar daripada wajah ku.

Tapi...

"Sayang ma. Sayang sangat, tak sanggup nak lepas". Dia berkata perlahan.

Sayang? Betul ke?
Heh, sebab ada mama je tu.
Tapi, opah cakap...

"Tahu pon sayang. Pergi sana, pujuk dia. Mama perasan petang tadi, dia tak pakai pon cincin kahwin korang".

Alamak! Mama perasan ke?

Krekk...
Krekk...

Bunyi tapak kaki di lantai kayu itu menghampiri ku.

"Nak tahu tak surprise apa yang mama maksudkan tu?".

Dia bertanya.

"Mama nak buat makan-makan sikit esok, kat sini. Tu sebab mama suruh balik kampung. Mama nak kenalkan kau dekat saudara-mara, kau okay tak? Hm?".

"Apa-apa je. Asal mama happy".

"Aku? Kalau aku tak happy?".

Aku terdiam sebelum menjawab,

"Buat apa saya nak kisah, tu kan hidup awak".

Betul ke aku tak kisah?

"Mulai sekarang dan selamanya, hidup aku, hidup kau jugak. Kita kan husband and wife". Dia memeluk bahu ku.

"Not forever. Just a month, Daniel. A month".

"Apa-apa jela, Bunga. Btw, kau tengok cite ape ni?". Dia tiba-tiba meletakkan kepalanya ke atas bahu ku.

"Entah".

"Merajuk lagi ke, Cik Bunga?".

"Entah".

"Oh, i know you can resist this".

And for the first time ever, he kissed my neck.

Pam!

Aku menampar bahagian belakangnya.

"Daniel! Ada family tu kan? Tak nampak? Buta?".

Alamak, terkasar bahasa pulak dah.
Ampun!

"Nampak. Tak buta lagi. Biarlah, saya nak kiss wife saya".

"Do whatever you want".

"Really?". He smirked.

"As long as, tak libatkan saya".

Deringan telefonnya mengalihkan pandangannya daripada ku.

"Nak apa perempuan ni?". He said.

Aku mengintai nama pemanggil.

Huh, Amelia.
Angkatla.

"Hello, Amelia. I ada dekat kampung ni, sibuk sikit. Nanti la call balik".

Dia meletakkan gagang telefonnya.

Aik, sekejap nya. Kekasih hati kot telefon.

"Bunga cakap apa dekat Daniel tadi?". Dia tiba-tiba menukarkan nama panggilan.

"Takde pape".

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro