Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

B9[Usik-mengusik]

Ariq

Budapest, Hungary

Nuha meneliti harga selendang yang dihiasi dengan batu swarovski dan corak-corak abstrak itu. Cantik dan harganya tidak terlalu mahal untuk dirinya. Rambutnya yang mengurai itu diikat sanggul. Selendang yang dilihat itu diambil dan diletakkan di atas kepalanya.

"Beautiful!"Tutur seseorang di belakangnya.

Nuha melihat wajah yang memuji di dalam cermin. Lelaki yang memakai kaca mata hitam dan menutup separuh mukanya dengan mask terlihat di cermin. Perlahan-lahan Nuha pusing ke belakang. Selendang yang dipakai tadi melurut jatuh ke bahunya. Lelaki itu mendekati Nuha dan membetulkan selendang yang jatuh itu.

"Where are you from?"Soal lelaki itu sambil membetulkan selendang yang telah diletakkan di atas kepala.

Nuha senyum kaget.

"Turkey."Jawab Nuha ringkas.

Lelaki itu mengangguk faham.

"How about you?"Soal Nuha pula.

Tengok lelaki itu ramah semacam buat dia rasa seronok pula jumpa kawan baru. Maklumlah dia pun datang sini dengan perasaan marah.

"Auckland."Jawab lelaki itu.

Nuha senyum manis.

"I think you should buy this shawl. Look nice to you."Ujarnya lalu mengusap kepala Nuha yang berlapik dengan selendang itu.

Mata Nuha membulat terkejut. Dia terkedu seketika. Namun lamunan itu terhenti akibat suatu suara.

"Ejaz!"

.

.

.

"Ahmad Ariq Ejaz!"Panggilan itu mengejutkan Ariq.

Dia memandang Nuha yang sedang memberi wajah tidak puas hati. Baru dia teringat yang dia sedang berada di atas pentas. Dia juga baru sedar yang dia memeluk bahu Nuha erat. Penonton yang bersorak kuat buatkan Nuha tertunduk malu.

Kurang asam punya lelaki!

Ambil kesempatan!

Jaga kau nanti!

Nuha menjengilkan mata tanda supaya dia dibawa turun. Ariq mengerti dan mengucapkan terima kasih kepada penonton.

Turun sahaja dari pentas, sahabat-sahabat Ariq, Aqil dan Dura mengerumuni mereka berdua. Nuha naik rimas.

"Aku tak tahu pula bini palsu kau pandai menyanyi."Perli Kamal.

Mendengar perlian 'Bini palsu' itu mahu sahaja dia tumbuk muka lelaki itu.

Poyo!

"Cakap tu perlahan sikit. Buatnya orang dengar mati aku!"Marah Ariq.

Nuha berdecit perlahan. Kalau ikutkan ego wanita dia ni mahu sahaja dia beritahu semua orang dekat sini status dia. Tak pernah pula dia teringin nak jadi isteri pada lelaki dekat sebelah dia ni.

"Kau ni, bakat kita mana boleh tunjuk sangat. Nanti orang pergunakan kita pula. Ariq kita ni kan dah ada pengalaman dulu."Ujar Dzawin pula.

Nuha pelik dengan kata-kata Dzawin. Apalagi rahsia keluarga Ariq yang dia tak tahu.

"Kau ni...jangan sebut lagi nama orang tulah!"Dingin Ariq bersuara.

Nuha memandang wajah Ariq yang bertukar muram.

Eh aku tak fahamlah apa yang berlaku.

.

.

.

Haji Man seboleh-boleh melepaskan pegangan lelaki itu. Bukan dia tak mahu pergi tapi isteri keempat dia dah beri amaran jangan berani-berani nak jejakkan kaki dekat pesta ni. Tapi lelaki muda bernama Darius ini tak sudah-sudah mengajaknya.

"Cepatlah Haji!"Darius menarik tangan lelaki tua itu kuat.

"Sabaq sat! Apa yang hang cari ni?"Soal Haji Man keliru.

Mata Darius melilau di sekitar pesta itu. Dia yakin orang yang dia cari ada di sini. Telatah Darius itu dilihat oleh Imal. Entah mengapa dia rasa lelaki itu mencurigakan.

Baik cari Ariq.

Ariq dan Nuha yang sedang sakan berbual dengan rakannya yang lain didekati.

"Bro, Haji Man ada dekat sini... dia datang dengan sorang mamat mana entah."Terang Imal.

Nuha menoleh mencari kelibat yang dikatakan. Matanya membulat.

Darius!

"Awak...jom."Bahu Ariq disentuh.

Ariq yang menyedari ajakan itu menoleh. Keningnya terjongket pelik.

Tiba-tiba aje?

"Tapi majlis belum habis. Biarlah Haji Man tu aku kan ada ni."Ujar Ariq.

Nuha mula cemas. Mukanya pucat. Dia memang berharap saat ini dia perlu larikan diri.

"Ariq tolong... jom."Rayu Nuha.

Ariq mengeluh. dia melihat isyarat mata dari Nuha. Dia menangguk dan bangun menarik Nuha.

"Kalau Haji Man ada tanya apa-apa jawab aje tak tahu."Arah Ariq.

Ariq mengambil basikalnya, Nuha menurut dari belakang.

"Kau naiklah biar aku tolak."Ujar Ariq setelah berada jauh dari kawasan pesta itu.

Nuha tersenyum dan menurut. Sekali pandang dah macam pasangan bercinta.

"Eh Nuha asal kau cuak sangat bila nampak Haji Man tadi?"Soal Ariq curiga.

Mendengar soalan itu buat Nuha turun dari basikal tersebut. Dia jalan mendahului Ariq. Saat ini dia tiada idea nak bohong apa. Nak jujur pasal Darius apa pula Ariq fikir nanti.

"Arr... saya takut dengan dia."Bohong Nuha.

Ariq tertawa kecil.

"Jom ikut aku."Ajak Ariq.

"Pergi mana?"Soal Nuha keliru.

Ariq senyum dia menarik hujung lengan baju Nuha dan membawa ke tempat yang diajak.

.

.

.

Darius mendengus kasar. Dia yakin dia bau perfume Nuha tadi. Tapi lelaki-lelaki dihadapannya ini kata tidak wujud gadis bernama Nuha di situ. Darius berdecit. Dia pantas ingin berlalu dari situ.

"Oi orang tua! Jom balik."Jerit Darius kasar

Haji Man yang mendengar gelaran itu menahan sabar. Rasa menyesal pula buat baik dengan laki tak sedar diuntung ni.

"Imal betul ye Si Ariq tu kamu tak tahu dia pergi mana?"Soal Haji Man lagi.

Imal hanya mengangguk mengiakan kata-kata Haji Man.

"Kalau gitu aku balik dulu. Kalau kamu jumpa dia suruh dia jumpa aku."Sempat Haji Man meninggalkan pesan.

Imal kaku di situ.

.

.

.

Ariq menarik lengan baju gadis situ dan duduk di jambatan gantung itu. Nuha terpegun melihat keindahan yang menghiasi jambatan gantung kecil itu. Kenapa dia tak pernah tahu tempat macam ni wujud? Nuha duduk di sebelah Ariq.

"Cantiknya..."Puji Nuha.

Ariq hanya senyum. Dia memerhati wajah Nuha dari tepi. Wajah gadis dihadapannya ini jarang sekali suram. Walaupun dirinya berlaku kasar, Nuha tak pernah sekalipun meninggikan suara. Gadis itu hanya buat muka menyampah dan kutuk dirinya. Tipulah kalau dia kata Nuha itu tidak comel.

Nuha yang sedar dirinya diperhatikan terus mengalihkan pandangan ke arah lain. Entah kenapa malam ni dia rasa Ariq lain macam malam ini. Dahlah pakaian lelaki itu nampak lain sangat.

"Ariq... kenapa awak tengok saya macam tu?"Soal Nuha perlahan.

Ariq berdehem.

"Kau cantik malam ni."Puji Ariq.

Mata Nuha membulat. Dia melihat Ariq yang sudah tertunduk.

"Saya cantik?" Soal Nuha meminta kepastian.

Manalah tahu dia salah dengar.

Ariq mengangguk perlahan.

"Tapi cantik malam ni aje. Hari lain kau hodoh."Jawab Ariq menyelamatkan diri.

Nuha berdecit.

Kurang asam!

"Nuha... kau tak rasa keluarga kau rindukan kau ke?"Soalan spontan dari Ariq itu buat Nuha tertunduk.

Rindu dia? Diri dia di sini pun tiada siapa yang kisah.

"Rindulah kot. Sebab bulu mata saya selalu gugur."Nuha cuba melawak menyembunyikan rasa sedih.

"Bulu mata jatuh?"Soal Ariq keliru.

Nuha senyum tawar.

"Tak ada apalah. Saya melawak je"Ariq tersenyum mendengar kata-kata si gadis.".Ariq saya tak tahu pula awak pandai main piano."Nuha cuba menukar topik.

"Aku tak pandai sangat main piano. Entah kenapa tiba-tiba dia orang suruh aku main piano."Jawab Ariq.

"Habis tu awak pandai main instrument apa sebenarnya?"

"Viola."

Nuha mengangguk faham. Tiba-tiba pemikiran dia teringatkan sesuatu.

"Awak nak tahu sesuatu tak?"

Ariq menoleh.

"Dulu saya pernah pergi Budapest. Masa saya tengah jalan dekat Taman Utama Budapest tu ada seorang manusia ni dia main viola. Tapi lagu yang dimainkan tu saya tak pernah dengar pula. Orang yang mainkan lagu tu pun saya tak tahu."Cerita Nuha panjang.

Nuha melepaskan keluhan. Sampai sekarang dia masih mengharap orang yang memainkan viola itu wujud.

"Jadi apa kena mengena dengan aku?"

"Bila awak main piano tu saya terus teringatkan orang misteri tu. Harap sangat dapat jumpa dia sebab saya nak ucap terima kasih dekat dia."Ujar Nuha.

"Terima kasih?"

Nuha senyum tawar.

"Saya banyak masalah dulu. Saya larikan diri dari keluarga saya sebab tak nak dia orang susah. Masa dekat Budapest dulu saya alami kemurungan. Setiap kali saya cuba nak bunuh diri mesti lagu yang di mainkan oleh lelaki itu muncul dalam fikiran saya."Terang Nuha.

Biarpun Ariq tak tahu semua cerita mengenainya, tapi cerita ini dia tak boleh nak sembunyikan. Kisah yang mengajar dia banyak benda mengenai kehidupan. Namun sekarang ni dia sama je macam dulu. Mengalah sebelum mencuba.

Ariq yang mendengar cerita gadis itu terkedu. Gadis yang ceria seperti Nuha ini rupanya penuh dugaan dalam hidupnya. Daun yang gugur jatuh di atas kepala Nuha diketepikan.

"Kau tahu tak dalam dunia ni ada 3 jenis bunga yang menyerupai sifat manusia."Ujar Ariq.

Dahi Nuha berkerut. Dia tidak mengerti apa yang Ariq cuba maksudkan.

"Maksud awak?"

"Kau tahu bunga ros?"Soal Ariq.

Nuha mengangguk.

"Bunga ros tu berduri, semua orang takut nak pegang tapi orang suka bau dia sebab wangi."

"Habis tu apa kena mengena? Semua orang nak jadi bunga ros cantik yang berduri."

Ariq senyum menggeleng.

"Tapi orang selalu lupa bunga ros tu cepat layu.Ramai manusia macam bunga ros,dia orang selalu rasa dia orang hebat, bagus tapi hakikatnya diri dia orang cepat putus asa dan tak nak cuba jadi yang terbaik."Terang Ariq.

Nuha terpana.

"Okey bunga seterusnya pokok semalu." Sambung Ariq.

"Tapi semalu bukan bunga."Bidas Nuha.

Ariq berdecit serta menghadiahkan jelingan tajam. Nuha tersengih.

"Okey...okey teruskan."Ujar Nuha.

Sebelum Ariq humban dirinya ke bawah baik dia diam.

"Kita selalu nampak pokok semalu dekat tepi-tepi jalan dan satu sifat pokok semalu yang semua orang tahu bila sentuh dia mesti kuncup."

Nuha melihat wajah Ariq yang tenang berbicara.

"Tapi orang tak sedar dekat pokok semalu ada duri tajam yang boleh lukakan kita."Ujar Ariq lagi.

Kali ini Nuha seperti tersedar sesuatu. Memang betul apa yang Ariq cakap. Dia sendiri pun tak tahu pokok semalu tu berduri sampailah satu hari tu dia tercucuk akibat leka mengusik pokok tu.

"Manusia pun macam pokok semalu. Ada manusia dia selalu dipermainkan, merendah-rendahkan tapi kita tak tahu dalam apa yang tersimpan dalam diri dia. Mungkin dendam, mungkin juga rahsia."Sambung Ariq.

Nuha mengangguk faham.

"Bunga yang terakhir bunga apa?"Soal Nuha berminat.

"Bunga Tahi Ayam. Aku khaskan bunga tu untuk kau."

"Bunga tu kan busuk. Awak nak cakap saya busuk ke!"Mata Nuha membulat.

Ariq tertawa kecil. Dia geleng perlahan.

"Aku taknak bagitahu. Kau cari sendiri."Jawab Ariq lalu bangun.

Nuha tercengang.

"Awak ni Ariq! Cerita tak habis."Rungut Nuha.

"Dah jom balik. Aku kerja esok."Ujar Ariq sambil menolak basikal itu.

Nuha mencebik. Hari ini memang hari yang dia nampak sisi baik seorang Ariq. Lelaki itu bukan selamanya dingin. Mungkin dia garang bersebab. Tapi bab bunga tahi ayam itu memang buat dia rasa nak pukul Ariq!

Bunga Tahi Ayam?

Apa samanya?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro