B8[Seharum Bakawali]
Ariq
Pagi keesokan harinya Nuha bangun lewat. Ni semua gara-gara marahkan Ariq. Sudahnya dia sendiri tak boleh tidur memikirkan cara lain supaya Ariq dapat belikan dia baju itu. Memang dia nak sangat pergi pesta tu. Nuha duduk bangun dan berlalu ke ruang dapur untuk sarapan. Nampaknya tinggal dia dan Makcik Asmah sahaja di rumah. Barangkali semua dah keluar.
Nuha menjamah lempeng pisang itu sedikit demi sedikit. Sumpah dia rindu sangat untuk berjumpa dengan Neya dan Doja. Dia rindu nak bercakap dengan klien, rindu nak bau kain-kain di kilang. Dia juga rindu...
Nak bergaduh dengan abang-abangnya.
"Nuha...Mama tengok kamu asyik termenung aje kenapa ni?"Soalan Makcik Asmah itu mematikan lamunan Nuha.
Dia melihat Makcik Asmah mendekatinya. Dia menghadiahkan senyuman tawar. Lempeng pisang yang tinggal separuh itu tidak dihabiskan.
"Nuh okey je mama. Cuma..."
"Cuma?"
Nuha jadi serba salah hendak meluah.
"Err... tak ada apa-apalah ma."Bohongnya.
Melihat Makcik Asmah sedang mengeluarkan sesuatu bjat Nuha menoleh.
"Mama tahu kamu rindu nak bersosial dengan kawan-kawan kamu. Nah ni telefon yang mama ada simpan. Tapi mama tak guna sangat telefon ni. Telefon ni pun tak secanggih telefon kamu tu. Tapi adalah sikit-sikit game."
Nuha melihat telefon berjenama Nokia itu dilihat, Saat ini dia mahu sahaja menjerit. Mana mungkin dia menggunakan telefon kuno itu. Tak kena sungguh dengan standardnya.
"Kamu tak suka ke?"Soalan itu buat mata Nuha membulat.
Saat-saat ini boleh pula dia fikir standardnya. Nuha senyum hambar. Telefon tebal itu dicapai.
"Terima kasih mama. Nuha pergi depan dulu ye?"Pinta Nuha. Telefon Nokia itu digenggam erat.
Baru sahaja ingin berlalu Makcik Asmah menahannya. Nuha memandang semula.
"Kamu pergi ke pesta tu?"Soalan itu buat mata Nuha membulat.
Apa dia nak jawab.
.
.
.
Pandangan dingin itu diberikan pada lelaki itu. Mananya tidak, pagi-pagi datang dah menyakitkan hati. Dah terang banyak kali pun macam cakap dengan batu. Mahu sahaja Neya tumbuk lelaki bernama Nurhan itu.
"Encik Nurhan susah sangat ke nak faham maksud saya ni? Segala urusan di pejabat ini saya yang akan uruskan!"Suara Neya makin tinggi.
Rasanya dah sepuluh kali dia ulang. Dari Doja kat sini sampai dia dah halau Doja keluar.
"Kau boleh ke uruskan semua tu masalahnya? Kau ada ke ilmu-ilmu ni?"Tuturnya.
Hidung Neya kembang kempis. Sabar Neya Sabar. Kalau Nuha boleh jawab dengan tenang kenapa dia tak boleh.
"Baik Encik Nurhan keluar. Saya masih lagi berlembut dengan Encik Nurhan. Jadi, please leave."Pintanya.
Jari-jemarinya mula dibunyi-bunyikan. Kalau lelaki ini nekad taknak keluar, nampaknya dia kena guna kekerasan.
"Aku takkan keluar selagi..."Belum sempat Nurhan menghabiskan kata-katanya.
Buk!
Terbaring Nurhan dibuatnya. Neya genggam penumbuknya. Dah suruh keluar tak mahu keluar.
"Ha! Kau beranilah cakap apa-apa lagi. Aku tumbuk kau lagi kuat karang!"Tinggi suara gadis itu.
Sekali pandang dah boleh kata 'Nuha is return!'
"Fuh Neya! Kau dah boleh ganti tempat bos kita!"Puji Doja.
Bila dia nampak Nurhan keluar dengan lebam-lebam, tahulah maksudnya apa yang berlaku.
"Aku geram betul. Dah suruh keluar macam bodoh!"Kali ini bahasa Neya memang kasar.
"Okey chill little lady. Memandangkan kau dah berjaya belasah mamat tu. Aku belanja kau makan hari ni."Ujar Doja.
Ney hanya tersenyum malu.
.
.
.
Sementara itu, Ariq pula sedang meneliti dokumen kewangan yang diberi. Dia sebenarnya tidak dapat fokus dengan apa yang dia nak buat. Ini semua gara-gara teringatkan reaksi Nuha semalam. Katalog yang dicampak semalam dibawa ke pejabat. Baju yang Nuha pinta semalam dilihat semula.
"Kalau Nuha pakai ni...lawa ke dia?"Bicaranya sendiri.
Nuha yang tinggi lampai. Wajah Nuha yang kecil tap ditempek dengan dua pau yang comel. Nasib sahaja dia dan Nuha ada batas sebagai bukan mahram.
"Encik Ariq,ada apa-apa yang saya boleh tolong ke?"Soal gadis bernama Rose itu.
Rose merangkap pembantu peribadinya itu memang banyak memberi bantuan daripada pagi tadi dia sampai. Nampak macam sombong mulanya, tapi bila dah berkenalan tidaklah sombong mana.
"Err... Encik Ariq?"Teguran Rose itu mengejutkan Ariq.
Ariq garu belakang tengkuknya. Dia memandang wajah Rose serba salah.
"Saya nak awak buat sesuatu..."
.
.
.
Seminggu hampir berlalu. Malam ini juga Pesta Bula Rindu berlangsung. Nuha termanggu di pintu hadapan itu kebosanan. Sudahlah seminggu itu dia jarang nampak Ariq. Kalau nampak pun mesti Ariq akan campak stoking busuk milik lelaki itu ke mukanya. Baru nak balas Ariq mesti akan terus berlalu ke dalam bilik. Jujur sahaja dia akui, dia rasa rindu untuk bergaduh mulut dengan lelaki.
"Akak!"Suara itu mengejutkan Nuha.
Hilang terus bayangan wajah garang Ariq dimatanya.
"Aqil! Terkejutlah akak!"Marah Nuha.
Dia melihat bungkusan di tangan Aqil. Dia rasa itu sampul pos laju. Bila masa pula pos laju datang sini. Jangan kata Van Pos Laju, Pejabat Pos Laju pun dia tak nampak.
"Arr Aqil... tu apa tu?"Soalnya sambil memuncungkan bibir ke arah bungkusan itu.
Aqil tersengih.
"Nah."Jawabnya ringkas.
Aqil bangun dan berlalu ke ruang tamu itu untuk berehat. Tak sangka abangnya itu akhirnya belajar jadi lelaki.
Nuha mengambil bungkusan yang dihulurkan oleh Aqil. Cap dari Pos Laju itu terang bersuluh di hadapannya. Barang apa pula ni? Namanya turut tertera di situ. Rasanya dia tak ada order barang langsung dekat sini.
Jangan cakap order barang. Alamat rumah ni pun dia tak pernah tahu. Nuha merenung lama bungkusan itu.
Nak buka ke tidak?
Buka?
Tunggu?
Tanya Aqil?
"Baik tanya!"Ujarnya sendiri.
Nuha bingkas bangun dari duduknya dan berlalu ke ruang tamu. Mujur Aqil ada sedang baring di ruang tamu itu. Dia mendekati lelaki muda itu.
"Aqil akak nak tanya. Siapa bagi bungkusan ni..."Soal Nuha takut-takut.
Aqil memandang gadis itu lama. Dia cuba mengingati semula apa yang berlaku tadi.
"Tadi abang Ariq datang perpustakaan. Dia minta Aqil ambil barang dekat rumah pos. Dia kata ada barang yang akak order dah sampai."Bohong Aqil.
Sebenarnya abangnya itu yang suruh dia bohong. Tapi macamlah gadis bernama Nuha itu kurang bijak. Sudah tentulah dia tahu ada orang yang belikan. Tapi dia layankan aje abangnya.
Nuha tercengang. Ariq bayarkan macam yang dia suruh ke? Biar betul! Nuha pantas bangun dari situ dan berlalu ke bilik. Dia berdiri di hadapan bungkusan itu.
Mustahil!
Ariq berkeras menidakkan permintaanya hari tu. Katanya membazir duit dan buang masa. Malahan dia suruh supaya menggunakan pakaian yang sedia ada. Nuha masih tidak puas hati.
Ah aku kena buka! Kalau Ariq nak kenakan aku sekalipun tu belakang cerita!
Bungkusan itu dibuka. Memang benar! Pakaian yang dia minta Ariq bayarkan tempoh hari. Adakah bermakna Ariq nak dia pergi Pesta tu? Nuha memegang dress long sleeve warna biru cair itu. Cantik! Tudung warna soft pink itu juga turut dibeli seperti yang dia tunjuk. Nuha tersengih sendiri.
Baik juga mamat tu. Dia berdiri di depan cermin. Akhirnya kau akan jadi cantik malam ni.
.
.
.
Malam itu Nuha menyiapkan diri. Dia tak mampu nak menghiaskan diri seperti selalu. Hanya menggunakan apa yang ada maka itu jelah yang dia mampu guna. Lipstick warna deep red itu dicalit sedikit ke bibirnya. Ketukan pintu bilik buat dia menoleh.
"Akak, Aqil gerak dengan Dura dulu tau. Abang Ariq pergi dengan akak."Ujar Aqil dari luar bilik.
"Okey Aqil!"Jawab Nuha ringkas.
Ariq yang sedang duduk di luar rumah itu sedang menunggu dengan penuh sabar. Agak-agak Nuha nak pergi ke? Manalah tahu dia masih protes dengan tindakan kasarnya tempoh hari. Dia memang sengaja elakkan diri dari gadis itu supaya dapat kurangkan rasa marah si gadis pada dirinya.
Suara deheman itu mengejutkan Ariq. Pantas dia menoleh. Matanya membulat.
Cantik!
Nuha yang melihat reaksi Ariq itu jadi tidak selesa. Apa kena ni? Muka aku buruk sangat ke?
"Awak kenapa tengok saya macam tu?"Soal Nuha kaget.
Ariq yang mendengar soalan itu terus menunduk.
Entah apa masalah aku ni!
"Arr..bukan kau cakap kau taknak pergi?"Ariq bertanya untuk menghilangkan gugup.
Nuha tersengih.
"Kalau saya tak pergi pun yang awak tunggu sampai saya keluar ni kenapa?"Soal Nuha semula.
Ariq seperti terjerat dalam pertanyaan sendiri. Bau haruman bunga bakawali di tepinya itu seperti menghiasi Nuha. Ariq menarik nafas sedalam mungkin.
"Dahlah jomlah gerak."Ajaknya.
"Nak gerak naik apa?"Soal Nuha keliru.
Maklumlah dekat sini mana ada kereta. Takkan tiba-tiba ada kereta kuda macam cerita Cinderella itukan?
Sudahlah Nuha!
"Oi! naik cepat!"Sergahan itu menyentakkan Nuha.
Dia memandang Ariq. Matanya membulat.
"Are you kidding me?"Soalnya tidak percaya.
.
.
.
"Aqil...mana Nuha dengan Ariq i?"Rungut Dura,
Lengan Aqil dari tadi tidak dilepaskan. Aqil hanya mampu mengeluh. Rimas memang rimas, tapi nak buat macam mana. Karang dia marah Dura ni mahu kena gelar tak sedar diuntung.
"Abang Ariq dan Kakak Nuha okey!"Aqil membetulkan panggilan yang digunakan oleh Dura.
Dura hanya tersengih.
Suara riuh rendah itu buat Aqil tersengih. Dia sudah agak situasi ini akan berlaku. Melihat Kak Nuha yang seperti mahu rebah menggenggam kuat pada tempat duduk. Rungutan Kak Nuha boleh didengar.
"Eh dia ni bising betul lah!"Marah Ariq.
Maklumlah daripada kawasan rumah sampai sepanjang jalan hingga tiba di majlis, Nuha menyumpahnya dengan pelbagai perkataan. Dia pun tak larat nak menjawab semula.
"Awak tu ha! Kenapa tak cakap awal-awal kita nak kena naik basikal..awak tu dahlah bawa macam orang mabuk!"Rungutnya lagi.
Dura dan Aqil memandang mereka lama. Aqil menahan tawa. Dura pula cemburu melihat pasangan bahagia itu.
"Awak tengok abang awak tu romantik tau dengan bini dia."Rungut Dura. Bahu Aqil ditepuk manja.
Aqil hanya geleng. Kalau dia tau hubungan sebenar Abang Ariq dengan Kakak Nuha.
"Kita berdua belum kahwin."Jawab Aqil selamba.
"Kalau macam tu kahwinlah dengan saya cepat!"
Aqil terkejut dengan permintaan gadis itu. Pantas pegangan tangan itu dilepaskan.
"Ramainya orang."Ujar Nuha setelah puas bertekak dengan Ariq tadi.
"Kak Nuha nampak cantik sangat malam ni!"Puji Dura.
Nuha tersengih.
"Abang...tadi Abang Jais cari abang."Ujar Aqil pada Ariq.
Ariq mengangguk perlahan dan terus berlalu.
"Eh...Abang Ariq tu nak pergi mana?"
"Kak Nuha tak tahu ke?"Soal Dura pelik.
Nuha kerut dahi. Apa maksud minah sorang ni?
"Maksud Dura?"
Belum sempat Dura bersuara, Aqil menutup mulut gadis itu. Mahunya nanti kantoi. Dah tak ada kejutan pula.
"Err.. tak ada apa kak. Dura bawa Kak Nuha duduk dulu."Arah Aqil.
Dura mengangguk. Tangan Nuha ditarik. Nuha yang kebingungan hanya mengikut. Dura mengambil tempat yang paling hadapan. Meja bulat yang dihiasi kain putih dan tema majlis itu persis majlis annual dinner yang selalu dia pergi. Cuma muzik yang menjadi latar belakang majlis itu adalah lagu tradisional.
"Terima kasih Tuan, Puan, Kakak, Abang, yang sudi menghadiri Pesta Bulan Rindu. Malam ini kita ada tetamu tetap kita dan juga beberapa persembahan istimewa!"Ujar pengacara itu.
Eh tapi dia kenal lelaki itu! Itu Kamal lelaki yang menjengkelkan semasa kali pertama. Tak sangka dia nampak lain hari ini.
"Eh Nuha kan?"Tegur Dzawin ramah.
Dia tahu lelaki ini juga. Ini semua kawan Ariq. Memang nampak lain mereka semua malam ini.
"Dzawin kan?"Soal Nuha. Takut pula salah orang.
Dzawin tersenyum mengangguk. Tak sangka gadis itu nampak lain. Patutlah Ariq bersungguh berlatih kat belakang tadi. Ada sunti yang dia nak ngorat rupanya.
"Baiklah tuan-tuan dan puan-puan semua, persembahan pertama dimulakan dengan Artis kegemaran kita. Ariq!"Dengan itu tepukan gemuruh bergema.
Nuha tersenyum apabila melihat lelaki itu keluar. Namun mata Nuha membulat.
Ariq artis kegemaran? Maknanya Ariq selalu buat persembahan macam ni?
Kenapa dia tak pernah tahu semua ni?
Ariq mengambil tempat di kawasan piano itu.
"Assalamualaikum semua, hari ini saya nak persembahkan sebuah lagu untuk orang yang sayang..."Mata Ariq melihat tepat wajah Nuha.
Nuha yang terkejut terus menunduk. Dia tahu orang sekeliling memandang ke arahnya.
Ingat Nuha! Ini cuma lakonan.
Nuha memberikan senyuman palsu.
Alunan piano mula kedengaran. Nada lagu itu mendayu ke telinga. Nuha senyum sendiri. Dia tahu lagu yang sedang Ariq mainkan. Tanpa Nuha sedar, dirinya mula menyanyi mengikut rentak yang dialunkan. Jari-jemarinya juga diketuk-ketuk di meja seolah-olah dia sedang bermain piano itu.
Ini lagu Tetap Dalam Jiwa.
Tak sangka Ariq ni jiwang juga.
Bila memang harus berpisah
Aku akan tetap setia
Bila memang ini ujungnya
Kau kan tetap ada di dalam jiwa
Tak bisa tuk teruskan
Dunia kita berbeza
Bila memang ini ujungnya
Kau kan tetap ada di dalam jiwa
Nuha menyanyikan bahagian korus itu penuh asyik tanpa sedar. Dura, Aqil, dan Dzawin yang berada di sisinya menoleh. Tak sangka gadis itu boleh menyanyi.Nuha yang baru tersedar tindakannya terus tersengih.
Malunya!
"Tak sangka suara akak sedap!"Puji Aqil.
Nuha tertawa kecil. Apalah benda bodoh yang aku dah buat ni. Dia memandang Dzawin yang berada disisi. Dzawin masih tersenyum. Saat ini dia rasa mahu menyorok bawah meja ni. Tepukan gemuruh daripada orang ramai mengejutkan Nuha.
Lega bila Ariq dah turun pentas. Namun tiba-tiba Dura bangun.
"Hai semua... saya rasa kita perlukan persembahan istimewa. Apa kata kita jemput Abang Ariq dan Isteri dia Nuha!"Pinta Dura.
Mata Nuha membulat. Dia menggeleng laju. Tangan Dura pantas ditarik supaya duduk. Perempuan ni pantang ada peluang memalukan aku. Hish!
"Bagus juga idea awak tu!" Suara Kamal kedengaran di atas pentas.
Nuha mengetap bibir geram.
"Macam mana Ariq?"Soal Kamal.
Ariq tersengih, dia mengangguk dan menuju ke meja Nuha. Nuha cuak. Saat ini dia rasa ingin ada kuasa supaya dapat memberhentikan masa.Sorakan mula kedengaran apabila Ariq menghulurkan tangan untuk dibawa ke pentas. Mata Nuha membulat cuba memberi alasan yang dia tidak mahu naik ke atas.
"Cepatlah Cik Puan!"Ujar Ariq.
Nuha mengalah. Tangannya dihulurkan dan dipimpin ke pentas.
"Jadi korang berdua nak nyanyi lagu apa?''Soal Kamal.
Nuha berfikir sejenak. Dah lama dia tak karaoke.
Ha!
Nuha bisik pada Ariq. Ariq tersengih mendengar tajuk lagu yang dipinta. Dia menangguk dan bisik pada Kamal.
Kamal mengangguk.
"Baiklah, persembahkan pengantin baru kita dengan lagu..."
Nuha dan Ariq tersenyum kaget.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro