B6[Dewa bergemelapan]
Ariq...
Sudah seminggu Nuha berada di perkampungan kecil itu. Bermakna sudah seminggu jugalah dia hidup miskin tanpa batasan. Dia akui rumah Ariq tidaklah sedaif yang orang lain akan sangka cumanya tidur atas tilam yang tak tebal. Duduk atas sofa yang tak empuk. Begitulah dia sekarang.
Lagi perubahan yang dia alami adalah dia tidak tahu mahu mengarah siapa saat ini. Kali ini dia lebih kepada menjadi si penerima arahan. Contohnya macam sekarang. Oleh kerana dia seorang sahaja tak boleh solat dalam rumah ni akibat masalah perempuan, sudahnya dia ditinggalkan sendirian di rumah.
Kata mama ada kenduri dekat masjid hujung kampung. Jadi semua sekali ikut. Kalau ikutkan hati terdesak dah lama dia bohong kata dirinya boleh solat. Tapi tak baik mempermainkan hukum Allah. Sedang dia mengelamun menghadap ruang tamu yang sedia ada kosong itu, lampu terpadam.
'puk'
Gelap!
Nuha menelan air liur perit. Alahai, masa-masa macam inilah kau nak terpadam. Nuha bangun perlahan-lahan cuba mencari pintu keluar. Selak pintu ditarik.
"Woo...kat luar lagi la gelap gelita!"Omelnya sendiri.
Nuha menggaru tengkuknya. Aduhai bulan pun malu-malu je nak keluar malam ni. Nuha tekad dia takkan duduk langsung dekat ruang luar itu. Mahupun tangga, kerusi rotan dan buaian rotan. Risau karang ada yang join sekali. Tak namanya cari pasal?
"Mana Ariq ni!"Tika ini dia hanya mampu fikir nama Ariq aje.
Kalau rumah dah takda eletrik mesti masjid pun samakan? Mustahil kawasan rumah ni sahaja. Selendang yang mula tidak terurus itu dibetulkan. Puas dia baca macam-macam doa.
Ish masa-masa macam nilah kau nak terpadam!
.
.
.
.
Dari jauh dua orang wanita separuh umur memerhatikan tingkah laku Nuha. Mereka jadi pelik bila wanita itu berlegar-legar dihadapan pintu rumah jirannya.
"Kita bagitahu orang kampung suruh tangkap pencuri tu nak?"Ujar Makcik Raudah.
"Kalau dia bukan pencuri macam mana?"Soal Makcik Zain.
Sudah beberapa minit mereka memerhatikan tingkah laku si gadis. Tapi tidak mahu membuat si gadis itu terkejut, nanti terlepas pula gadis itu.
"Jomlah panggil Amat ke sesiapa..."
Beberapa minit kemudian beberapa golongan tua muncul di hadapan rumah.
Nuha yang melihat situasi itu jadi cuak. Apahal pula ni? Siapa mereka ni?
'Golongan Viking ke ni?'
Minda Nuha mula membuat spekulasi.
'Tapi diaorang tiada janggut perang.'Tutur kata hatinya pula.
Tengah macam ni pun kau boleh fikir pasal movie merepek kau tu?
Nuha mengundur beberapa langkah ke belakang. Matilah aku.
"Hoi pencuri kau turun sekarang!"Ujar satu suara.
Nuha tercengang.
.
.
.
.
Sementara itu pula, Datin Nawrah berdiri tegak di hadapan rumah mewah itu. Dua orang menantunya juga turut berdiri terpacak di belakangnya.
Memori lama terimbas apabila dia ingin menyentuh kata laluan untuk membuka pintu.
.
.
.
Setahun lalu...
Nuha berdiri dengan penuh menyampah dihadapan pintu rumahnya sendiri. Hatinya cuba ditahan dari menengking mahupun memberontak.
"Apa password rumah kamu ni Nuh?"Soal Datin Nawrah.
Soalan itu buat Nuha tertawa kecil. Tapi penuh sinis di telinga Datin Nawrah. Nuha menolak tubuh ibunya perlahan ketepi.
"Kata laluan rumah anak sendiri pun tak tahu. Inikan pula tarikh lahir anak sendiri tak begitu Datin Nawrah?"Balas Nuha pedas.
Butang yang terdapat bentuk nombor itu ditekan satu persatu.
"161001"Tutur Nuha.
Dia menoleh untuk melihat reaksi ibunya. Wajah Datin Nawrah hanya suram dan menunduk.
"Masuklah...tapi jangan buat macam rumah sendiri. Datin datang sini cuma sebagai tetamu. Not more than that."Ujarnya lagi.
Tudung yang dipakai kini dibuka. Rambutnya di kirai-kirai supaya tidak tersimpul. Dia melihat wajah mamanya itu dari jauh. Jujur dari hati sebagai seorang anak, dia tidak mampu membenci mamanya sendiri. Walaupun sakit yang dia lalui tidak sezalim itu. Dia terpaksa.
Telefon berjenama Appleitu dikeluarkan. Dalam diam dia mengambil gambar mamanya yang sedang merenung ke luar balkoni itu.
Suara deheman buat dia tersedar. Pantas dia kembali kepada dirinya yang kejam itu.
"Nuh, mama nak cakap dengan kamu sikit..."Suara itu buat Nuha menoleh.
"Saya rasa Datin tak patut gelar diri Datin Mama. You are not my mom, sorry."Pantas Nuha menidakkan panggilan itu.
Dia rasa jijik. Rasa macam disindir dengan panggilan mama itu.
"Okay back to our topic...Datin nak cakap apa tadi?"Soal Nuha.
"Saya cuma nak tahu macam mana perkembangan syarikat Nuh."Ujar Datin Nawrah.
Nuha mengeluh. Air teh hijau itu dituang ke dalam cawan kecil itu. Pantas dia minum hingga habis.
"Datin datang sini atas pihak anak lelaki datin ke?"Soal Nuha.
Datin Nawrah tersedak mendengar soalan itu. Dia cuma menuang Teh Hijau itu ke dalam cawan namun tangan Nuha menepis pegangan itu.
"Datin jangan sentuh barang saya. Saya dah kata datin datang sini sebagai tetamu. Tetapi tetamu yang tak diundang."Tegas tutur bicara Nuha saat itu.
"Sekarang ni jawab soalan saya...apa sebenarnya niat datin datang sini?"
Nuha merenung tajam. Setajam yang mungkin. Hatinya kini robek semula.
"Ya...saya tanya bagi pihak anak lelaki saya. Saya harap awak letakkan ego awak tu jauh dan sudi berkongsi dengan anak lelaki saya. They deserve more than you actually."Jawab Datin Nawrah berani.
Nuha mula rasa tercabar.
"Kau tak pernah ikhlas lahirkan aku kan?"Soal Nuha perlahan.
Sekarang...
Panggilan dari seseorang itu menyentak lamunan Datin Nawrah. Dia baru tersedar hampi lama dia mengelamun.
"Mama tahu ke tidak password rumah dia ni?"Soal Kak Maria.
Datin Nawrah mengangguk. Pantas butang kecil itu ditekan.
'161001'
'Titt'
Terbuka.
.
.
.
.
Ariq yang sedang berjalan bersama adiknya itu sempat membuat lawak hambar menghiburkan hati si ibu. Namun langkah Aqil terhenti apabila melihat situasi di hadapan rumahnya.
"Abang...abang tengok tu!"Lengan abangnya ditarik.
Ariq yang menghabiskan sisa tawanya menoleh. Matanya membulat.
"Alamak ma! Nuha...Ma...Nuha!"
Cemas Makcik Asmah dan anak-anaknya mendekati orang ramai tersebut.
"Kenapa ramai-ramai berkumpul depan rumah saya ni?"Soal Makcik Asmah.
Dia dapat melihat raut wajah cuak Nuha yang sedang dipegang oleh dua orang wanita tua itu. Matanya menjegil pada Arik supaya menarik Nuha dari dua wanita itu.
"Perempuan ni nak merompak rumah awak Kak Salmah."Ujar Makcik Zin selamba.
Makcik Salmah mengeluh.
"Apa kamu merepek ni...budak tu bukan pencuri. Dah lepaskan dia.."Arah Makcik Salmah.
Namun kata-kata Makcik Salmah tidak dipedulikan. Sebaliknya ada pula yang bersuara.
"Kamu ni Sal cuba jangan memandai bawa orang luar masuk. Entah-entah dia ni orang jahat ke apa!"Tuduh lelaki tua itu pula.
Nuha yang berada dalam pegangan dua orang wanita itu sudah mahu menangis. Mukanya sudah mula cemik(menahan nangis). Dia cuba meraih simpati pada Ariq yang betul-betul berhadapan dengannya.
"Dia bukan siapa-siapa. Dia isteri saya. Boleh lepaskan tak tangan isteri saya?"Ariq tiba-tiba bersuara.
"Huh! Isteri?"Semua orang bersuara serentak.
Nuha juga turut menyebut perkataan isteri. Itupun kerana dia terperanjat mendengar kata-kata Ariq. Orang kampung yang mendengar suara Nuha tadi menoleh. Nuha jadi cuak.
"Ye... Saya isteri dia. Boleh lepaskan saya tak?"Pinta Nuha.
Bagus Nuha! Baru seminggu kau dekat sini dah kena claim jadi bini orang. Syabas anak muda!
"Apa bukti awak ni isteri dia?"Soal lelaki itu.
Nuha mengeluh.
Akulah ni yang nak kena bohong?
Belum sempat Nuha menjawab Ariq menjawab terlebih dahulu.
"Itu cincin dekat tangan dia tu. Cincin kahwin. Dah cukupkan bukti? Boleh lepaskan dia?"Ujar Ariq.
Akhirnya Nuha dilepaskan. Pantas dia menyorok belakang Ariq.
"Kamu semua ni kalau tak tahu cuba tanya dulu! Tap fasal-fasal kamu tuduh dia. Yang kamu tuduh ni masih ada ibu bapa. Cuba kalau dia anak yatim tadi...nak merangkak kamu semua dekat Padang Mahsyar minta maaf?"Tutur Makcik Asmah.
Semua yang berada di situ tertunduk. Tahupun malu dengan perbuatan sendiri!
Ariq mencari wajah Nuha yang berada di belakangnya.
"Kau okey tak ni?"Soal Ariq.
Nuha tidak menjawab. Dia terkesima dengan nada Ariq yang lembut tak keras macam selalu.
"Nuha..."Panggilan itu menyentakkan lamunan pendeknya.
"Arr...saya okey. Terima kasih tadi."Ujar Nuha lalu terus masuk ke atas.
Dia malu! Sumpah dia malu. Mana nak sorok muka ni! Aduhai Dewa bergemalapan. Aku tak kuat!
.
.
.
Pagi esoknya Nuha bangun agak lewat. Itupun kerana semalam dia tidur lambat. Maklumlah menunggu sampai ada elektrik. Sudahnya dia tertidur dekat atas sofa ruang tamu.
Ariq juga yang mengejutkan dia suruh bangun. Bila dah jadi hal isteri terjun semalam. Dia jadi kekok pula nak bercakap dengan Ariq. Walhal baru 7 jam yang lalu hal itu terjadi.
Nuha membetulkan tudung yang tidak bertukar-tukar daripada hari pertama dia sampai sini. Baunya pun sudah terlekat dengan bau embun. Dia keluar dari bilik perlahan-lahan. Visinya hari ini tidak mahu terserempak dengan Ariq.
Dia membawa langkahnya ke dapur. Baru sahaja hendak memanjat tangga untuk turun ke dapur, dia ditegur oleh seseorang.
"Engkau jalan macam pencuri ni dah kenapa?"Soalan itu buat Nuha terpusing.
Ariq nampak lain hari ini. Berbaju kemeja hitam. Seluar slack hitam. Ada tie pula tu. Mamat ni nak pergi mana? Lambaian tangan itu buat lamunannya mati.
"Eh aku tanya ni. Termenung pula dia."
"Arr...mana ada saya cuma nak exercise kaki aje."Itulah jawapan paling tak munasabah dia pernah bagi.
Baguslah tu Nuha. Dah duduk kampung lama sangat jadi lembab terus!
"Orang bandar macam kau ni memang pelik-pelik je kan. Ke tepilah aku nak makan."Tanpa perasaan dia menolak tubuh Nuha ke tepi.
Nasib baik Nuha sempat berpaut kalau tidak terbalik dia ke belakang. Nuha buat muka tak puas hati.
Nasib baiklah kau nampak handsome hari ini. Kalau tidak aku dah gigit-gigit tangan kau yang tolak aku tadi.
"Nuha... yang kamu berdiri dekat tangga tu kenapa?"
"Dia kan memang teringin nak jadi Patung Cendana ma."Jawab Ariq selamba.
Nuha mendekati lelaki itu. Mukanya digarangkan.
"Kau buat muka macam tu ingat aku takut?"Soal Ariq sambil menyuakan roti yang disapu dengan sangkaya itu.
Nuha berdecit.
"Diam ajelah awak."Ujar Nuha.
"Ha Ariq kamu nak pergi syarikat mana kali ini?"Soal Makcik Salmah.
Nuha toleh memandang lelaki itu. Oh jadi berkemeja hitam segala ni nak pergi interview lah. Patutlah.
"Syarikat hari tu dia panggil lagi ma. Mungkin dia tahu Ariq ada hal kecemasan kot."Jawab Ariq penuh adab.
Nuha jadi bingung. Hari tu Makcik Salmah ada guna dialek 'hang' apatah lagi. Hari ini cakap elok pula bahasa melayu biasa. Eh tak fahamlah aku dengan orang kat sini.
Takpelah tanya Aqil ajelah nanti. Budak tu je yang boleh bagi informasi dekat dia. Tanya Ariq karang, dia mempermainkan pula.
"Ariq pergi dululah ma. Ha kau ni duduk rumah aku jangan nak malas pula."Sempat Ariq memberi amaran.
Nuha hanya menjeling.
Bencilah aku!
"Nuha kamu pergi tengok Ariq ni sampai dia berlalu dari laman rumah ni."Arah Makcik Salmah.
"Eh apasal pula dia yang kena pergi ma?"Soal Ariq.
Makcik Salmah menunjukkan arah ke arah luar tingkap. Terdapat beberapa wanita berdiri di sebalik pokok besar itu. Barangkali nak mengintai tentang hal semalam.
Ariq dan Nuha saling memandang.
"Kau tunggu apalagi jomlah."Ajak Ariq.
Nuha menjungkitkan kening. Dia hanya diam dan mengikut.
Sampai di hadapan pintu Nuha dapat melihat jelas orang yang cuba memerhatikan mereka. Nuha mencari idea.
"Awak dekat sikit dengan saya."Ujar Nuha.
Ariq yang mendengar kata-kata itu terkejut.
"Kau gila ke?"
"Dekat ajelah cepat!"Arah Nuha.
Ariq akhirnya mengikut.
"Abang elok-elok tau pergi kerja tu. Ni tali leher ni biar saya betulkan."Suaranya sedaya upaya cuba dimanja dan dikuatkan.
Dia dapat melihat wajah terkejut wanita-wanita tua itu. Ariq juga turut sama terkejut. Laju degupan jantungnya saat ini.
"Sekarang ni pura-pura cium dahi saya."Arah Nuha.
Lagilah mata Ariq membulat.
"Kau ni nak ambil kesempatan ke apa?"Ujar Ariq.
Nuha menjulingkan mata ke atas. Baju Ariq ditarik ke depan spontan itu bibir Ariq betul-betul dihadapan dahi Nuha.
"Nak kena cium betul-betul ke ni?"Soal Ariq buntu.
"Tak payah nak melebih!"Nuha mencubit perut si lelaki dari luar.
Ergh orang dah kata pura-pura. Pekak ke macam mana mamat ni? Ariq yang menerima cubitan itu hanya mampu mengaduh kesakitan.
"Dah awak pergilah cepat. Dah habis dah saya berdrama."Ujar Nuha.
Tak pernah kerja gila dia buat macam ni!
"Boleh tahan manja juga kau ni kan..."Ayat yang terpacul dari mulut Ariq buat Nuha terpana.
Dia tidak sempat menjawab apa-apa bila Ariq berlalu sambil melambai ke arahnya. Nuha membalas dengan penuh kekok.
Sah mamat tu sewel!
.
.
.
Rambut perang yang telah serabut itu dikemaskan. Kaca mata hitamnya ditanggalkan. Senyuman bangga dilemparkan. Akhirnya dia sampai juga di sini. Beg berjenama LV itu diangkat.
Dia melihat seorang warga tua yang sedang menyiram pokok bunga. Dia mendekati dan menyapa.
"Assalamualaikum pakcik."Ucap lelaki itu.
Haji Man yang sedang menyiram pokok bunga itu terhenti. Dia melihat anak muda yang menyapanya itu.
"Waalaikumussalam. Kamu ni siapa?"Soal Haji Man.
Lelaki itu tersenyum manis.
"Saya Darius."
Tangan dihulurkan untuk berjabat. Senyum angkuh diterbitkan.
.
.
.
.
Nuha masih lagi termenung sendu di hadapan rumah kayu itu. Bukan dia tidak menolong Makcik Asmah buat kerja rumah, tapi semuanya dah siap. Makcik Asmah pun dah keluar pergi berjumpa jiran-jiran yang lain.
Bunyi pintu utama diketuk buat dia menoleh.
Aqil!
"Aqil nak pergi mana?"Soal Nuha ingin tahu.
"Pergi perpustakaan kak. Kenapa?"Soal Aqil semula.
Dia mencapai kasut hitam itu lalu disarungkan ke kakinya. Nuha berfikir sejenak. Kalau dia ikut mesti dia dapat tahu serba sedikit jalan dekat kampung ni.
"Aqil...kalau akak nak ikut boleh tak?"Pinta Nuha.
Aqil memandang gadis itu seketika. Boleh juga macam tu tak adalah dia kebosanan dalam perpustakaan itu. Dapat juga dia selamatkan diri daripada perempuan sengal yang tergila-gilakan dia.
Eceh perasan pula kau Qil!
"Boleh tak Qil?"Soal Nuha sekali lagi.
Aqil mengangguk.
"Kak Nuh pandai bawa basikal tak?"Soal Aqil.
Nuha mengangguk. Sudah semestinya dia tahu!
"Akak pergi siap kejap. Aqil tunggu tau!"Ujarnya pantas berlalu ke dalam.
Aqil hanya mengangguk. Ini kalau abang tahu mahu dia kena seligi bawa anak dara orang keluar jalan-jalan.
.
.
.
.
Ariq yang sudah berada dalam pejabat besar itu sedang duduk menghadap Bos Besar di hadapannya. Tuan Hamar itu sedang meneliti resume miliknya yang sudah lama dia hantar.
"Jadi awak ni adik Zarniq?"Soal Tuan Hamar setelah lama berdiam diri.
Ariq mengangguk perlahan.
"Awak tahu yang abang awak pernah kerja dekat sini dulu?"Soal Tuan Hamar lagi.
"Saya tahu. Tapi saya tak berniat nak ambil jawatan dia. Saya nak bermula daripada bawah."Terang Ariq penuh yakin.
Tuan Hamar mengangguk faham.
"Saya boleh bagi awak kerja ni. Tapi saya nak awak bantu saya sesuatu."Ujar Tuan Hamar.
Ariq menjungkitkan kening tanda 'apa'.
"Ganti tempat abang awak, dan saya nak awak cari siapa yang mengkhianati abang awak sampai dia sanggup bunuh diri dia sendiri."
Ariq terpana dan matanya mula berkaca.
.
.
.
.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro