B5[Dunia Kadzaba]
Budapest, Capital of Hungary [2013]
Mata Nuha tertancap pada Masjid yang tersergam indah itu. Dia tidak tahu mengapa hatinya mahu ke sini. Kalau diikutkan sakit hatinya dah lama dia cari mana-mana bangunan kemudian terjun.
Ada abang macam tak ada abang!
Selendang biru yang menutupi separuh wajahnya itu dibetulkan. Rambutnya yang mengerbang itu disisip ke tepi.
'Susah betul bila datang seorang diri ni!' Keluhnya sendirian.
Menyesal pula ikutkan ego sendiri!
Nuha berjalan terus ke kawasan Taman Budapest itu. Telinganya tertarik dengan alunan biola yang dimainkan. Lagu itu tidak pernah dia dengar. Indah di pendengarannya alunan tersebut berlalu.
Mata Nuha cuba mencari susuk tubuh yang memainkan viola itu. Namun tubuhnya dilanggar seseorang.
"I'm sorry."Pinta Nuha pada wanita muda itu.
Wanita muda itu hanya memandangnya sinis.
"Buta!"Balasnya.
Mata Nuha membulat. Berani dia cakap aku buta. Oh orang Melayu rupanya. Barangkali wajah kacukan Melayu Turki itu buatkan orang fikir dia 'english people'. Nuha cuba mencari balik wanita itu namun tidak pula dia temukan. Hilang fokusnya pada viola tadi. Biadap sungguh wanita muda itu.
.
.
.
.
Malaysia [2020]
Nuha terjaga dari tidurnya apabila bau masakan sedap muncul di hidungnya. Pantas dia bangun dari baringan. Bunyi tulang sendi berdecit setiap kali dia mengeliat. Tak pernah kerja gila dia baring atas lantai.
Tudungnya yang sudah terlerai itu dibetulkan. Wajahnya yang lesu itu dibawa ke dapur. Tak pernah-pernah dia rasa hidupnya seteruk ini.
Makcik Asmah yang melihat kelibat gadis itu tersenyum. Lepas mendengar segala cerita gadis muda itu terbit rasa kasihan. Walaupun dia tiada di tempat Nuha dia dapat rasa perit kehidupan si gadis.
"Nuha, mama ganggu kamu tidur ke?"Soal Makcik Asmah prihatin.
Nuha menggeleng. Senyum tawar diberi.
"Takdalah ma. Cuma saya terbau benda sedap. Dah lama saya tak bau benda sedap macam ni. Saya selalu makan masakan chef hotel je. Itupun 3 suap je."Ujar Nuha.
Ya itulah Nuha. Orang dekat situ gelar dia Puteri Cerewet. Mananya tidak, jika makanan itu tidak kena dengan seleranya alamatnya 3 suap ajelah dia makan.
"Kenapa 3 suap je kak?"Soalan dari Aqil itu mengejutkan Nuha.
Awal pula budak ni bangun.
"Sebab tak sedap. Orang kat tempat akak panggil akak 'Fussy princess'. Tahukan maksud dia?"Ujar Nuha.
Aqil mengangguk faham. Makcik Asmah hanya senyum. Nuha ini penuh budi bahasa. Walaupun anaknya Ariq berkasar dengan gadis itu, Nuha masih menggunakan bahasa yang sopan untuk menjawab.
"Kamu berdua duduklah dulu dekat ruang tamu tu. Nanti dah siap mama panggil."Ujar Makcik Asmah.
"Tapi jap ma...abang mana?"Soal Aqil.
"Mana lagi dia nak pergi pepagi ni? Tu ha kat belakang tu tengok tanaman dia."Jawab Makcik Asmah.
Aqil mengangguk dan berlalu terus ke luar rumah. Nuha pula tertarik dengan buku yang dipegang oleh Aqil. Dia mendekati lelaki muda itu.
"Aqil...akak duduk boleh?"Dia meminta izin.
Aqil menghadiahkan senyuman dan mengangguk.
"Aqil still sekolah ke?"Soal Nuha memulakan bicara.
Aqil menggeleng.
"Dah habis dah. Tinggal tunggu nak sambung belajar aje."Jawab lelaki itu.
Nuha mengangguk faham.
"Kenapa tak sambung awal-awal aje?"Soalnya lagi.
"Sebab mama kata selagi ayah tak balik sini Aqil tak boleh sambung. Sebab ayah yang tentukan."Jawab Aqil.
Mulut Nuha terlopong. Ada juga macam tu. Tapi nanti... Perlu ke dia tanya pasal ayah lelaki ini? Tapi Nuha kau bukan jenis menyibuk! Baik tukar topik.
"So malam tadi Aqil dari mana?"
Aqil senyum.
"Aqil jaga perpustakaan. Tapi semalam ramai orang tu yang balik lambat."
Kali ini Nuha makin tergamam.
"Masih ada orang yang pergi perpustakaan?"Soalnya terkejut.
Aqil mengangguk.
"Sebab dekat sini susah nak dapatkan rangkaian internet. Jadi buku dekat perpustakaan tu jadi sumber. Lagipun kat sini tak ramai yang guna telefon bimbit. Kalau ada pun bukannya canggih. Nokia tu je yang ada."Terang Aqil panjang lebar.
"Oh...Sebenarnya Aqil...akak nak tahu buku apa yang Aqil tengah baca tu..."Soal Nuha tersengih.
Aqil tertawa kecil.
"Buku ilmu aje kak. Dunia Kadzaba."Buku itu ditunjuk pada gadis muda itu.
Nuha mencapai buku tersebut. Tajuknya unik.
"Apa makna Kadzaba?"Soalan itu terpacul keluar dari mulutnya.
"Kadzaba maksudnya penuh dusta. Dunia penuh dusta. Betullah tu, sekarang ni ahli keluarga pun tak boleh percaya."Jawab Aqil.
Ayat Aqil itu buat Nuha menahan sebak. Dia memalingkan wajahnya untuk menyembunyikan rasa sebak itu. Suara Makcik Asmah memanggil buat Nuha berasa lega. Sekurang-kurangnya Aqil akan pergi ke dapur.
"Jomlah kak sarapan pagi."Ajak lelaki itu.
Nuha mengangguk dan mengikut dari belakang. Nafasnya ditarik panjang untuk mengurangkan rasa sayu.
.
.
.
.
.
Neya menatap wajah Datin Nawrah. Dia sendiri tidak tahu apa tujuan wanita tua itu ke sini. Pada mulanya dia teragak-agak hendak memberi kebenaran masuk. Oleh kerana Doja kata beri sahaja masuk ke dalam pejabat tuannya itu dia tidak teragak-agak lagi.
"Ada apa Puan ke sini?"Soal Neya meminta kepastian.
Datin Nawrah melihat sekeliling.
"Betul ke kamu tak tahu ke mana Nuha pergi?"Soal Datin Nawrah serius.
Neya mengangguk. Memang itu kenyataannya. Dia nak berdalih apalagi?
"Kamu tak ada sorokkan dia di mana-mana ke?"Soalnya lagi.
Neya menggeleng. Buat apa dia nak sorok tuannya sendiri. Macam tidak berfaedah pula. Memanglah bosnya itu pernah melarikan diri sebelum ni. Tapi itu dengan pengetahuan dia. Sekarang ni dah lain. Dia sendiri pun tidak tahu keberadaan tuannya itu.
"Kamu sendiri tahu kan dia pernah lari dari kami semua."
"Saya tahu puan. Tapi kali ni saya memang betul-betul tak tahu. Beg duit dia pun ada dengan saya. Jadi takkan dia sengaja tinggalkan beg duit macam tu saja."Jawab Neya bersungguh-sungguh.
Matanya memandang tepat pada wanita separuh umur itu. Masih nampak muda walaupun umur sudah mencecah 60 an.
"Saya dan Doja sekarang ni tengah tunggu nak buat laporan polis. Kalau ada jumpa..."Belum sempat Neya menghabiskan ayatnya Datin Nawrah menyampuk
"Jangan libatkan polis."
Neya tercengang.
"Habistu?"
"Saya akan upah penyiasat untuk cari dia. Kamu cuma perlu siap sedia kalau ada panggilan mengenai Nuha."Terang Datin Nawrah.
Neya masih tercengang. Apa jenis keluarga lah ni. Melihat Datin Nawrah berlalu buat Neya menggeleng kepala. Nasib baiklah mak dia tak macam ni.
Neya kembali semula menghadap laptop yang terbuka. Banyak lagi kerja bos yang dia kena ambil alih sementara waktu. Mujurlah Doja juga ada kemahiran melayan pelanggan yang datang hendak membeli. Jika tidak dah lama muflis butik tuan dia tu.
.
.
.
.
.
Nuha pula telah selesai sarapan pagi. Tak pernah dia rasa sekenyang itu sebelum ni. Rasa makanan Makcik Asmah itu memang sedap yang teramat. Lain sangat dengan masakan di Hotel Lima Bintang.
Aqil sudah berlalu katanya nak pergi buka perpustakaan. Nuha duduk di meja dapur itu. Hajatnya nak minta sesuatu. Tapi entah mengapa dia rasa segan yang teramat. Sudah berapa kali Makcik Asmah lalu-lalang depannya. Bila nak bersuara mesti rasa tersekat.
"Nuha kamu kenapa?"Soalan Makcik Asmah buat mata Nuha membulat.
Dia mengetap bibir. Nak cakap ke tak ya? Nuha menggaru belakang tengkuknya.
"Mama...sebenarnya Nuha nak..."Dia berjeda seketika.
Mukanya di kesiankan.
"Nak apa?"
"Nuha nak minta duit sikit. Nak beli sabun badan dengan berus gigi."Pintanya laju. Dia menunduk selepas berkata-kata.
Melihat reaksi Makcik Asmah yang tersenyum buat Nuha kembali mendongakkan kepalanya.
"Lah tu je ke? Tak apalah tak payah minta duit, nanti mama suruh Ariq belikan. Mama ni pun satu dah tahu kamu tetamu bagi guna sabun yang sama. Takpa nanti mama cakap dengan Ariq ya."Ujar Makcik Asmah lembut.
Nuha senyum. Lega!
"Terima kasih mama. Maaf susahkan mama. Nuha tak biasa kongsi-kongsi barang peribadi Nuha."Tuturnya jujur.
Makcik Asmah mengangguk faham. Kepala Nuha diusap lembut. Dia dapat mengerti kehidupan gadis bandar ini dengan cepat. Walhal, Nuha baru dua hari di rumahnya.
.
.
.
.
.
Keadaan di pejabat besar itu tegang. Lelaki berkaca itu merenung tajam teruna muda yang berambut perang di depannya. Jari-jemarinya diketuk beberapa kali di atas meja kaca itu.
"Aku nak tanya apa yang kau dah buat dengan adik aku?"
"Buat apa ni? Saya tak fahamlah!"Ujar lelaki berambut perang itu.
Matanya memandang tajam wajah itu. Dia kena dapatkan jawapan. Supaya lagi mudah urusan tukar nama syarikat itu. Lagi mudah nak buat spekulasi tentang adiknya.
"Kau jangan buat-buat tak faham. Apa yang kau dah buat dekat Nuha sampai dia larikan diri?"Tangan Nurqan pantas mencengkam leher lelaki itu.
Lelaki itu tersenyum sinis. Jadi inilah lelaki yang Nuha ceritakan tempoh hari semasa 'blind date' bodoh tu?.
"Oh jadi kau abang si Nuha? Baru sekarang kau nak acah-acah hero? Selama dia hidup dengan kau pernah kau tanya tentang dia?" Soal lelaki itu sinis.
Nurqan tersentak. Soalan lelaki itu buat dia terdiam. Cengkaman tadi perlahan-lahan dia lepaskan.
"Apahal tak cekik je sampai mati? Takut kau tak dapat apa-apa jawapan?"Makin sinis lelaki itu berkata.
Mata Nurqan tajam memandang.
"Adik kau tak lari sebab aku pun. Aku tak ada paksa dia lari pun. Aku cuma jujur tentang apa yang family kau nak buat. Adik kau tu cantik,baik,bijak tapi sebab ketamakan korang dia jadi mangsa."Tutur lelaki itu.
Dia duduk di sofa empuk dalam bilik itu dengan wajah selamba. Matanya memandang sekeliling.
"Tapi aku boleh cuba cari adik kau..."
"Kau tahu ke dia ke mana?"
Lelaki itu tertawa kecil.
"Aku Darius. Tak ada benda yang aku cari takkan jumpa."Jawab Darius.
Mata Nurqan bersinar. Kalau itu yang Darius dikatakan ini peluang terbaik!
"Kalau macam tu kau pas..."belum sempat Nurqan menghabiskan kata-katanya Darius mencelah.
"Dengan syarat kau bagi aku RM100,000."Ujarnya.
Nurqan tersentak. Nilai itu sangat banyak. Tapi inilah peluangnya untuk mendapat tahu keberadaan adiknya.
"So, yes or nay?" Soal Darius sambil tersenyum sinis.
.
.
.
.
.
Nuha yang bertelaku di hadapan rumah itu melepaskan keluhan berat. Apalah yang aku buat dekat sini. Nak tolong mama tapi dilarang. Sudahnya dia termenung sahajalah. Namun saat itu lamunannya hilang.
Mananya tidak...singa dah balik! Nuha cuba menenangkan diri.
"Nah ambil ni."Plastik berwarna biru itu terhulur di depannya.
Pantas tangan Nuha mencapai. Dia membelek alatan mandi yang dibeli. Mulutnya dimuncungkan seketika.
"Ala kenapa beli yang tiada jenama."Keluh Nuha.
Ariq yang mendengar omelan itu hanya mengeluh.
"Kau ingat aku orang kaya macam kau? Bersyukur sikit aku nak belikan. Kalau tidak pakailah kau lumut dalam bilik air tu."Pedas Ariq membalas.
Nuha menjuihkan bibir. Macamlah tak boleh cakap baik-baik. Dia bangun dan berlalu ke atas. Malas nak layan mamat sewel tu.
Berlalu sahaja Nuha ke atas. Suara riuh rendah menerpa. Ariq mendengus. Siapa lagi kalau bukan Jaiz, Kamal, Dzawin dan Imal iaitu kawan-kawannya.
"Assalamualaikum Ariq!!" Suara Kamal yang kuat itu cukup buat satu rumah dengar.
"Tak payah nak bagi salam sangat. Bukan kau tak nampak aku dekat sini."Jawab Ariq yang memang sudah duduk di tangga rumah.
Kawannya yang lain hanya ketawa.
"Weh semalam aku lepak warung Roslan. Pastu ada Haji Man dia cerita pasal budak bandar datang kampung ni. Aku tak ingat pula nama dia. Tapi yang aku ingat sikit 'Nuh'."Jelas Kamal sambil mengambil tempat di ruang hadapan itu.
Ariq menjelingkan mata ke atas. Dia sudah agak mesti orang tua miang tu akan bercerita.
"Dengar citer budak lawa. Kau tahu jelah Haji Man tu kalau dia kata lawa maknanya lawa betul lah tu kan? Tapi aku tak pastilah pula mana pergi budak bandar tu..."Kali ini Imal bersuara.
Kening Ariq terjongket. Biar betul Nuha tu lawa? Dia takdalah kata Nuha tu hodoh cuma dia rasa biasa je.
"Kau ni diam je kenapa? Ha lagi satu sejak bila pula kau beli kereta ni. Aku tahulah kau tu anak orang kay..."
Belum sempat Dzawin menghabiskan ayatnya Ariq pantas menutup mulut lelaki itu. Meronta-ronta Dzawin minta dilepaskan. Geram punya pasal dia terus menggigit jari Ariq.
"Sakitlah bongok!"Marah Ariq.
"Dah tu engkau tu tekup mulut aku kenap? Betul apa aku cakap. Tu hah kasut jenama Nike tu sejak bila pula kau beli? Banyak pula duit kau?"Soal Dzawin lagi sekali.
Ariq menjengilkan matanya suruh diam. Jaiz yang mula memahami maksud Ariq terus menyuruh Dzawin mendiamkan diri. Mananya tidak pandang punya pandang dia tertoleh pada satu susuk tubuh di pintu. Bila dilihat baru dia boleh tafsir maksud Ariq.
"Kuatnya bersembang."Suara Nuha menerpa.
Dia dah berdiri di situ dalam 5 minit yang lalu. Bila terdengar ayat Dzawin tadi jadi rasa was-was pula tentang si Ariq ni.
"Weh jangan-jangan ni budak yang Haji Man tu cerita!"Selamba Imal berkata.
Ariq mengeluh. Nuha hanya tersenyum.
"Betulah lawa. Tapi camna dia boleh ada dekat rumah kau ni Riq?"Soal Jaiz pelik.
Ariq berdehem. Dia mula membuka cerita. Hal sebenar dah terpecah. Setelah 30 minit bercerita semua mula mengerti.
"Muka awak ni saya macam pernah nampak lah..."Ujar Imal.
"Nampak dekat mana?"Soal Nuha berminat hendak tahu.
Imal memegang dagunya cuba mengingat sesuatu.
"Oh ya! Nuha Adalina kan? Penjual tudung terkenal tu!"Ujar Jaiz teruja.
Nuha tersenyum lebar. At the end someone know me!
Semua di situ tercengang. Termasuk Ariq. Dia memandang Nuha penuh tanda tanya.
"Mana kau baca ni?"Soal Ariq.
"Adik kau kan perpustakaan."Seloroh Imal menjawab.
"Apa kau cakap?"
"Maksud aku adik kau kan buka perpustakaan. Jadinya aku terjumpa artikel pasal dia ni. Terkenal weh dekat bandar!"Terang Jaiz.
Ariq hanya menggelengkan kepala. Patutlah perempuan ni banyak songeh.
"Kau tak bosan pula duduk dekat kampung kecil ni?"Soalan Kamal yang seolah-olah dingin itu.
Nuha menjongketkan kening.
"Bosan tu tak adalah sangat. Sebab dekat bandar saya selalu sibuk. Dekat sini dapat rehat kira okeylah juga. Cuma dekat rumah ni tv takda."Ada nada merungut di situ.
Tudungnya yang tidak berpin itu dibetulkan. Takut pula ternampak aurat.
"Memanglah. Dekat sini mana ada orang pakai tv. Kita orang tengok yang real."Jawab Imal.
Kata-kata itu buat mata Nuha mengecil. Cuba mengerti maksud disebalik kata-kata lelaki berambut hitam itu. Melihat rakannya menyiku rakannya sorang itu buat Nuha keliru.
"Eh saya maksudkan benda lain. Maksud saya wayang kulit. Ha tulah tv kami!"Terang Imal.
Nuha mengangguk.
"Wayang kulit dekat sini? Ada lagi ke bendanya? Ada ke orang yang berminat nak tengok?"Soal Nuha lagi.
"Eh budak bandar ni dah sah-sahlah ada. Mestilah orang kampung ni yang tengok. Kau ingat wayang kulit tu kolot sangat. Kau tu yang kolot."Jawab Kamal garang.
Nuha buat muka tak puas hati. Aku tanya je sebab nak tahu. Dia bitter lebih dah kenapa.
"Saya tanya aje. Memang saya jakun pun. Saya budak bandar moden, kaya dan tak pernah rasa miskin."Balas Nuha geram.
Ingat mulut dia aje pedas! Ni Nuhalah.
"Dah kau Kamal tak payah nak berangin pula."Suara Ariq itu buat Nuha menoleh.
Ingatkan dah bisu tadi. Senyap je macam batu.
"Kalau Nuha nak cuba tengok wayang kulit bagilah tahu. Saya boleh bawakan."Pelawa Imal.
Nuha tersenyum gembira. Sekurang-kurangnya ada juga yang baik. Tapi dia tak beberapa tahu nama mereka ni.
"Tapi saya tak kenal sangat nama korang."Ujar Nuha.
"Saya Imal. Yang pakai cermin mata tu Dzawin. Yang garang sikit tu Kamal. Tu yang pakai topi tu Jaiz."Ujar Imal.
Nuha hanya mengangguk. Dia meminta diri untuk berlalu ke dalam. Biarlah budak-budak lelaki itu berbual.
.
.
.
.
.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro