B3[Nama]
Deruman kereta itu laju menesuri jalan. Air mata berlinangan tidak dapat ditahan. Saat ini di dalam hati hanya meminta agar tuhan terus menarik nyawanya. Kali pertama dia seberani ini. Waktu malam sunyi dia memandu sendiri dengan penuh keberanian. Tangisan yang pecah itu tidak diendahkan lagi.
Hampir 6 jam perjalanan Nuha tersedar dari lamunan tidurnya. Suara azan yang berkumandang itu mengejutkan si gadis yang masih dalam keadaan separa sedar. Mata yang sembab dek tangisan itu dilihat melalui cermin kereta.
"Buruknya kau Nuh!"Selorohnya sendiri.
Sedang dia membelek mukanya bunyi ketukan di tingkap kereta. Pantas netranyq melihat ke arah tingkap. Muncul satu susuk tubuh lelaki separuh umur di tepi kereta itu. Perlahan-lahan tingkap diturunkan.
"Anak ni okey ka? Pakcik nampak kamu dari semalam berhenti kat sini?"Soalan pakcik itu buatkan Nuha bingung.
Dia menelan air liur.
"Arr...saya okey pakcik. Saya penat jadi saya tertidur."Ujarnya.
Memang betul pun dia kepenatan. Entah dimana dia berada saat ini pun dia tidak tahu. Dia hanya memandu ikut suka hatinya. Dia berhenti di sini pun kerana dia sudah tak larat.
"Anak masuklah dalam masjid. Solat subuh dulu ya. Lepastu teruih kan perjalanan."Ajak pakcik itu.
Melihat dialek yang ditutur oleh pakcik di tepinya dia yakin dia bukan di Johor. Mana kau berada ni Nuha!
Dia mengangguk mengikut arahan. Telefon bimbit dan beg duitnya dicapai. Pantas dia mengikut pakcik tadi ke dalam masjid. Masuk sahaja ke dalam masjid semua mata mula memerhati dirinya.
Nuha cemas.
Kenapa mereka nampak aku macam alien ni. Teruk sangat ke muka aku? Nuha menundukkan pandangannya. Seram sejuk dibuat.
"Sapa ni haji? Tak pernah nampak pun?"Soalan itu buat Nuha mendekati pakcik itu.
Buatnya karang dia kena pukul. Tak naya?
"Oh dia ni, alah pelancong. Dia tidur dekat dalam kereta dia tu. Aku kejut suruh dia bangkit subuh. Bukan sesiapa pun."Terang pakcik itu menjernihkan keadaan.
Nuha melihat jemaah yang berada di situ mengangguk faham.
"Oh ingatkan siapalah tadi. Kot-kot bini nombor empat ka kan! Naya nanti Hajah Limah meroyan."Gurau salah seorang yang berdiri di situ.
Mata Nuha membulat. Pantas dia menjauhkan jaraknya dengan Haji tadi. Amboi ini kalau aku tunjuk muka simpati sikit mesti pakcik ni dah melamar aku jadi bini dia. Nasib baik aku punya muka tengah hodoh.
"Apo hang dok melalut ni. Aku tolong ja budak ni. Ke situ pulak dia. Dahlah pi masuk saf sana. Buat dosa kering jalah haih." Bebel Haji itu.
Suai semua beransur pakcik yang masih tidak diketahui namanya itu memandang Nuha yang masih menunduk.
"Hang dok sah ambil hati na dengan mulut depa tu. Biasalah orang kampung bergurau. Tapi apa salahnya kalau hang sudi jadi bini pakcik."Berseloroh dia berkata.
Mata Nuha membulat. Kurang asam betul. Sempat lagi dia nak try tu.
"Takpa pakcik saya tak kisah pun gurauan tu. Saya nak ucap terima kasih dekat pakcik..."
"Panggil Haji Man ja. Orang kampung sini jarang panggil pakcik. Dak sesuai."Tuturnya.
Kening Nuha terangkat. Ingatkan dia sorang je ada panggilan khas. Pakcik ni pun ada.
"Em...Takpelah Haji Man. Saya masuk dalam ruang solat dulu."Pinta Nuha.
Haji man mengangguk. Nuha pun berlalu.
.
.
.
.
.
Sementara pagi itu, Ariq sedang membelek suit hitam di depannya. Sungguh ke dia perlu berpakaian sebegini untuk temu duga? Kenapa mama tak suruh dia pakai baju kemeja biasa yang dia selalu pakai. Bukannya dia nak jadi bos pun dekat situ.
Tapi Ariq, ibu tu lebih tahu apa yang terbaik untuk anak dia!
Tanpa banyak dalih dia terus bersiap dengan mengenakan pakaian yang tersedia. Rambutnya yang hitam lebat itu disapu minyak rambut tidak berjenama.
"Kau mesti akan dapat kerja tu hari ni!"Memberi semangat diri sendiri.
Dia keluar dari bilik untuk bertemu dengan mamanya meminta restu.
.
.
.
.
.
Di sudut lain, Neya sedang menenangkan diri sendiri. Tudungnya yang dari semalam tidak bertukar sudah pun sedia ada serabut. Dia cuba mencari apa yang patut. Doja juga tidak ketinggalan membantu si gadis.
"Macam mana ni Doja! Miss hilang macam tu apa aku nak cakap dengan Datin Nawrah nanti."Neya akhirnya bersuara setelah lama mendiamkan diri.
Doja garu kepala. Dia juga tidak sangka bosnya itu pandai membohong. Kalau dia tahu bos dia menipu memang tidak lah dia bagi kunci kereta semalam. Kepalanya digaru. Rasa mahu pitam bila melihat bosnya yang berlalu pergi tanpa menunggu dirinya.
"Teruk sangat ke orang tu?"Soal Neya meminta kepastian.
Doja tidak tahu hendak memberi reaksi apa. Yang dia nampak semalam 10 minit dia hantar bosnya itu 15 minit kemudian bos dia terus keluar dengan tergesa-gesa. Entah apa dibualkan pun tak sempat tanya. Tahu-tahu saja bosnya itu dah larikan diri.
"Kita tak dapat nak trace dia sebab phone dia off. Manalah dia pergi agaknya."Doja mengomel sendiri.
Neya melepaskan keluhan berat. Suara riuh rendah dari luar butik itu mengejutkan Neya dan Doja.
"Aku rasa aku tahu siapa..."Neya cuba meneka.
Dia mengira dalam kiraan tiga secara perlahan.
"Oi Neyara!"Muncul lelaki yang menjengkelkan itu di depan mata mereka berdua.
Neya memandang Nurhan malas. Doja berdiri di sisi Neya. Beranilah lelaki ini buat masalah kalau dia dah tak sayang nyawa.
"Ada apa ya Encik Nurhan?"Soal Neya masih lagi penuh berbudi bahasa.
Mata Neya memandang si isteri yang berada di sisi. Nasib baiklah aku bukan sesiapa. Kalau tidak aku dah cakar-cakar muka gedik perempuan ni.
"Sekarang ni mana Nuh? Kenapa dia tak jawab-jawab panggilan saya? Ke mana dia dah pergi?"Tinggi suara lelaki itu.
Neya menahan sabar.
"Kami pun tak dapat hubungi dia dari semalam. Kami tak tahu dia dekat mana..." Jawab Neya.
Mata Kak Maria membulat.
"What did you mean?"Soal wanita itu terkejut.
"Kita orang kehilangan jejak Nuha dari semalam. Dia bawa lari kereta dia. Kami semua tak tahu dia dimana. Dia tutup telefon dia. Jelas tak penerangan saya ni? Nak saya lukis rajah ke baru Tuan, Puan nak faham?" Sinis Doja memerli.
Geram pula hati dibuatnya. Kata-kata itu buat si abang sulung itu menunjukkan reaksi tegang.
"Kurang ajar tau kau ni!" Kepala Doja cuba ditonjol. Namun tangan Doja lebih pantas menahan.
Doja tersenyum sinis.
"You can harm other, but not me."Tajam butir bicara itu memberi amaran.
Pantas Nurhan menurunkan tangannya. Cengkaman kuat dari Doja itu buat tangannya terasa pedih. Lelaki di depannya ini sukar sekali untuk ditewaskan. Adiknya itu memang bijak memilih orang. Neya pun bukan wanita biasa-biasa. Sekali dia menengking tiada siapa berani membidas.
"Aku nak kau dapatkan kepastian dia dekat mana! Aku akan bagitahu Tuan Hirwan pasal ni. Supaya boleh pastikan siapa yang patut ambil alih syarikat ni sementara dia takda." Tanpa meminta persetujuan, Nurhan membuat andaian.
Neya dan Doja tidak terkata. Belum sempat membidas pasangan tadi terus meluru keluar dari butik itu. Doja geleng kepala.
Apa nak jadi dengan keluarga ni?
"Doja, kita kena cari juga Miss Nuh dekat mana. Aku taknak nanti jadi apa-apa dekat syarikat ni."Luah Neya.
Doja menangguk laju.
.
.
.
.
Nuha yang selesai membersihkan diri di masjid itu kembali semula ke dalam kereta. Dia jadi buntu. Dengan beg dompetnya ditinggalkan pada Doja. Telefon bimbitnya pun sudah tidak bernyawa agaknya.
"Okey sekarang ni kau nak ke mana?"Ngomelnya sendirian.
Pelayan Navigasi itu dibelek-belek. Beberapa tempat muncul di skrin tersebut. Nuha menggaru tengkuk yang tidak gatal.
"Manalah aku tahu nama tempat ni. Kalau luar negara tu aku tahulah."Ngomelnya lagi.
Dia melepaskan keluhan berat. Menyesal pula cakap besar depan Doja hari tu. Maklumlah segala urusannya dia serahkan pada Doja dan Neya. Doja yang meningkat dan Doja juga yang melupakan. Dia sendiri tidak menghafal alamat rumahnya. Apatah lagi nombor telefon Neya dan Doja.
Perutnya tiba-tiba berbunyi kuat. Mata Nuha membulat.
"Haih kau jangan nak buat malu pula. Duit dahlah satu sen pun takda ni."Perutnya diusap-usap.
Dia memberanikan diri untuk meneruskan perjalanan. Manalah tahu tiba-tiba dia sampai rumah. Stereng kereta berjenama itu dipegang untuk memulakan pemanduan.
Hampir 1 jam memandu, Nuha melihat papan tanda berwarna biru yang memaparkan nama tempat.
'Manjung'
Dia berhentikan keretanya ke tepi.
"Manjung ni dekat mana pula?"Kepalanya digaru. Dia benar-benar kebingungan.
Navigasinya itu tiba-tiba mati sendiri. Apa mahal-mahal rosak. Dia mengeluh. Kalau dikira-kira rasanya dah lebih 100 kali dia mengeluh.
Nuha ingin meneruskan perjalanan. Namun baru sahaja ingin menekan minyak dia melanggar sesuatu. Mata Nuha terbuntang.
"Alamak! Mati kau Nuha! Mati..."Dia cuba menahan gelisahnya.
Pintu kereta dibuka, perlahan-lahan dia ke depan kereta. Lelaki yang terduduk sedang mengaduh kesakitan itu dilihat. Mukanya cemas.
"Arr...cik...cik...okey ke?"Takut-takut dia bersuara.
Melihat lelaki itu memandangnya segera dia menundukkan pandangan. Takut pula melihat mata lelaki itu.
"Kau tak nampak ke aku yang besar ni?"Perli lelaki itu pedas.
Bibir Nuha mengherot. Kurang asam nak perli-perli.
"Saya tak sengaja."Ringkas Nuha menjawab.
Lelaki itu cuba bangun. Namun Nuha yang terlihat sesuatu terus menjerit kuat. Lelaki itu terkejut mendengar jeritan gadis itu.
"Hei kau ni apahal?"
Nuha memuncungkan bibirnya ke arah lutut lelaki itu.
"Apa muncung-muncung? Nak cium aku pula ke?"Soal lelaki itu tidak mengerti.
Nuha berdecit.
"Tu...darah tu..."Tunjuk Nuha.
Apa gila nak dicium lelaki tak dikenali ini. Lelaki tersebut membelet kakinya itu. Nuha rasa serba salah.
"Err...saya bawa awak pergi hospital boleh?"Ajak Nuha.
Lelaki itu tidak membantah. Hanya mengangguk dan terus masuk ke dalam kereta tanpa menunggu arahan si gadis. Nuha tercengang.
Kerek gila mamat ni!
Baru saja hendak meneruskan perjalan baru dia teringat. Dia tidak tahu dia dimana dan jika dia bawa lelaki ini ke hospital siapa pula nak bayar rawatan lelaki itu?
Nuha melihat raut wajah lelaki itu. Nampak sedang berkerut-kerut barangkali menahan sakit.
"Kau tak gerak lagi ni kenapa?"
Nuha tersengih kaget.
"Saya tak tahu klinik dekat mana. Lagi satu...saya takda duit."Ujar Nuha perlahan.
Takut sungguh dia jika dipukul lelaki itu. Nampak macam ganas. Lelaki yang mendengar kata-kata Nuha terus menoleh.
"Kau buat lawak ke apa? Kereta mahal macam ni duit takda? Apa kau ni pencuri ke?" Berseloroh si lelaki berkata. Ada tawa kecil di hujung ayatnya.
Air muka Nuha berubah. Dia memasamkan mukanya.
Sabar Nuha.
"Cakap baik sikit ya! Saya orang ternama okey! Duit saya banyaklah setakat nak betulkan kaki awak ni."Bidas Nuha pedas.
"Jadi, yang kau kata takda duit tadi kenapa?"Lelaki tadi sengaja menaikkan kemarahan si gadis.
Nuha mendengus.
"Saya hilang beg duit saya."Tipu Nuha.
Terus tawa lelaki itu pecah. Saat itu mahu saja dia cekik-cekik si lelaki.
"Dahlah kau drive. Aku tunjuk arah."Suara si lelaki.
Beberapa minit akhirnya rawatan si lelaki selesai. Nuha hanya melihat dari jauh pada mulanya. Namun bila nampak si lelaki jalan dengan perlahan dia mendekati dan membantu. Sampai di hadapan kaunter lelaki itu mengeluarkan dompetnya. Nampak dah lusuh dompet itu. Dia mendekati dan melihat harga ubat yang dibeli.
Namun si lelaki cuma membayar RM1. Mata Nuha membulat. Hendak ditanya lain pula jadinya nanti. Dia terus berlalu menunggu di luar klinik kecil itu.
Muncul sahaja lelaki itu terus dia mengambil ubat ditangan. Ubat itu dibelek. Si lelaki jadi pelik melihat tingkah laku si gadis.
"Kau kenapa ni?"Kasar suaranya bertanya.
Nuha masih melihat nama-nama ubat yang diberi. Riak wajahnya membingungkan si lelaki.
"Kenapa ubat ni murah sangat? Mustahil semua ni harga seringgit."Soal Nuha keliru.
Si lelaki tadi mengeluh.
"Engkau ni baru lagi dekat Malaysia ke atau kau ada masalah gegar otak? Dah sah-sah ni Klinik Satu Malaysia klinik ni kerajaan punya jadi kesemua ubat-ubatan diaorang tanggung. Kau tak pernah sakit ke?"Bingung si teruna itu dibuatnya.
Nuha menjuihkan bibir.
"Saya cuma pergi private hospital. Jadi ubat saya semuanya mahal-mahal. Sebab tu saya tanya."Jawab Nuha.
Si lelaki hanya geleng kepala. Dasar anak orang kaya kerek!
"Siapa suruh jadi orang kaya. Nak bayar ubat pun mahal-mahal."Selepas bertutur si lelaki terus masuk ke dalam kereta.
Nuha berdecit.
"At least, saya tahu ubat saya tu original atau tidak!"Dia masuk juga ke dalam kereta dan memulakan pemanduan.
Sepanjang perjalanan sunyi sepi dibuatnya. Bunyi radio yang memainkan lagu english itu memecahkan sunyi mereka berdua.
"Nasib baik tak parah, kalau aku mati tadi kau nak ganti nyawa aku?"Suara lelaki itu mula memecahkan kesunyian tadi.
Nuha menoleh.
"Saya minta maaflah. Saya tak sengaja."Pinta Nuha.
Tiba-tiba baru dia sedar. Dari tadi dia tidak mengetahui nama lelaki itu. Masa tengok ubat tadi pun dia sibuk membelek nama klinik sahaja.
"By the way, nama awak apa ya?"Soal Nuha penuh sopan.
Si lelaki memandang wajah wanita itu dari tepi.
"Asal kau nak tahu? Aku taknak orang yang aku tak kenal tahu nama aku."Jawab si lelaki angkuh.
Nuha tepuk dahi sendiri.
"Saya tanya nama ni sebab saya pun nak bagitahu nama saya..."Balasnya.
"Aku Ariq."Ringkas jawapannya.
Mulut Nuha membentuk huruf O tanda dia mengerti. Kepalanya di angguk beberapa kali.
"Nama kau siapa?"Soal Ariq pula.
Nuha tersenyum.
"Nama saya Nuha Adalina. Mesti awak pernah tahu nama saya? Takkan awak tak pernah dengar nama saya dekat mana-mana televisyen?"Penuh mengharap dia berkata-kata.
Mustahil orang ternama macam dia tidak dikenali oleh lelaki ini.
"Aku tak pernah kenal pun kau. Nilah kali pertama aku jumpa perempuan nak langgar aku. Kaulah tu."Ariq menjawab penuh sindiran.
Mata Nuha membulat. Mustahil Ariq tak pernah terlihat namanya.
"Yeke? Mak awak tak baca majalah wanita ke? Takkan tak pernah nampak nama saya?"Masih tidak berpuas hati dia cuba bertanya.
Ariq hanya menggeleng. Memang dia tak pernah nampak si Nuha ni. Nuha pula sedikit kecewa. Ada juga orang yang tidak mengenalinya.
"Dah sampai simpang tu belok kiri, lepas tu ada satu rumah warna coklat. Tu rumah aku."Arahan tiba-tiba diberikan.
Sekali dipandang serupa macam dia memberi arahan pada Doja semasa di Johor. Tiba-tiba dia rindu akan dua orang pekerjanya itu. Keluhan berat dilepaskan.
Ariq yang perasan akan keluhan itu menoleh. Dia menatap dari tepi wajah gadis itu. Nampak serabut sangat muka gadis itu. Macam mana dia boleh sampai ke sini? Kalau gadis ini pencuri mustahil dia pakar dalam menggunakan kereta ini.
Mungkin mamanya boleh membantu dia untuk memastikan keberadaan gadis di tepinya ini. Dia tidaklah sezalim yang disangka. Mana mungkin dia mahu melukai gadis seperti ini secara tiba-tiba. Dia bukan Arjuna yang hanya mendiamkan diri tidak bertindak apa-apa apabila sesuatu berlaku.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro