B11[Berani buat,]
Ariq
"Ariq!"Panggilan itu bergema di segenap ruang rumah.
Makcik Asmah yang sedang memotong sayur terhenti. Apa lagilah budak berdua ni gaduhkan. Aqil yang sedang membantunya itu hanya mengangkat bahu. Kelibat Nuha meluru ke dapur buat dua orang itu menoleh. Wajah garang Nuha itu dilihat. Aqil menunjukkan arah di mana si abang berada.
Nuha mengetap gigi geram.
"Apalagi yang abang kamu tu buat?"Soal Makcik Asmah bingung.
"Entah. Adalah tu kot."Jawab Aqil.
Nuha yang melihat Ariq sedang menyiram pokok di dekati.
"Kau nak apa ni?"Soal Ariq.
Nuha terkejut. Macam mana lelaki itu boleh menyedari kehadirannya.
"Mana awak sorokkan telefon Nokia saya?"Tanya Nuha.
Ariq kerut dahi.
"Bila masa pula aku ambil telefon kau."Jawab Ariq.
Nuha sudah menyilangkan tangannya. Mukanya digarangkan.
"Saya tahu awak ambil. Pulangkanlah balik!"Rungutnya.
Ariq garu kepala.
"Masalahnya aku tak ambil. Amboi sedap-sedap aje tuduh aku. Ingat muka aku ni ada muka pencuri ke?"Marah Ariq.
Nuha melihat Ariq yang mula cekak pinggang.
"Memang pun. Sebab tu saya cari awak. Takkan mama pula yang ambil. Pulangkanlah..."Rayu Nuha.
Ariq mengeluh panjang.
"Macam mana nak buat kau percaya cakap aku eh?"Tanya Ariq tak puas hati.
Muka Nuha bertukar masam.
"Kalau awak tak pulangkan telefon tu sebelum esok malam siaplah awak."Ugut Nuha.
Mata Ariq membulat. Melihat Nuha terus berlalu ke dalam buat dia mengeluh.
Macam manalah aku nak hantar dia ni jumpa keluarga dia semula.
.
.
.
Sementara itu, Neya sedang meneliti fail yang diberi. Namun otaknya masih terfikir akan sesuatu. Ada yang tak kena dengan fail di depannya ini. Satu persatu fail itu diangkat.
Eh?
Mana pula pergi fail pengahlian syarikat ni?
"Doja!"Panggil Neya.
Doja yang sedang melayan kerenah pembeli itu terhenti.
"Kejap ya Datin Nur."Pinta Doja.
Dia segera berlalu ke bilik Neya.
"Kenapa ni?"Soal Doja.
"Mana fail keahlian syarikat ni?"Soal Neya.
Doja melihat semula fail yang tersusun di atas meja.
"Bukan ke fail tu Miss Nuh yang simpan."Tutur Doja.
Neya melihat semula fail itu.
"Tapi aku dah suruh Kak Maria bawa fail tu sekali ke sini."
"Kejap...kejap siapa tadi? Kak apa?"Tanya Doja semula.
Neya mengeluh.
"Kak Maria. Kenapa?"
Doja tepuk dahi.
"Ya Allah Neya... macam mana kau boleh terfikir nak suruh orang tu. Kau tahu kan dia dengan suami dia tu memang gilakan kan syarikat ni."Bebel Doja.
Neya mencebik.
"Aku lupa. Tapi masa tu kau tiada, dia pula datang serah diri nak tolong. So aku bagi ajelah dia tolong."Ujar Neya.
Doja hanya mampu garu kepala.
Ketukan pintu buat mereka berdua menoleh. Syarifah iaitu pekerja mereka muncul di muka pintu.
"Arr... ada orang nak jumpa Cik Puan."Ujar Syarifah.
Neya dan Doja mengangkat kening tanda keliru. Muncul seseorang di muka pintu.
"Hai Neya."Suara itu menegur ceria.
Neya sengih sumbing.
.
.
.
Nuha pula mengikut si Aqil ke perpustakaan. Kalau ikutkan hati dia malas nak keluar tapi disebabkan si Ariq tu ada dekat rumah. Dia batalkan terus niat dia nak stay home.
"Kak, asyik termenung je. Ada masalah ke?"Soal Aqil prihatin.
Nuha menggeleng perlahan. Ini lagi satu masalah. Dia rasa macam ada benda tak kena. Ada apa-apa berlaku ke dekat pejabat tu? Nuha mengeluh.
"Akak tak sihat ke?"
"Akak rasa tak sedap hatilah Qil."Akur Nuha.
Wajahnya diletakkan diatas meja. Dia termanggu di situ.
"Kenapa?"
Nuha mengetuk meja itu dengan jari jemari runcing miliknya.
"Pasal syarikat akak. Akak rasa macam ada sesuatu yang baru terjadi."Habis sahaja Nuha bersuara satu akhbar dicampakkan di depannya.
Nuha mendongak.
Dzawin!
"Eh Dzawin.."Tegur Nuha ramah.
"Nuha cari artikel pasal syarikat Nuha kan? Itu ada artikelnya."Ujar Dzawin.
Segera dengan itu dia mencapai akhbar tersebut.
'Penyerahan Syarikat Naeloza Awal Bulan Ini.'
Tajuk itu dibaca berulang kembali. Surat khabar iu digenggam kuat sehingga ronyok bahagian tepi akhbar itu. Tangannya menggigil. Aqil yang melihat reaksi itu memandang Dzawin untuk meminta kepastian.
"Kak..." Bahu gadis itu cuba dipegang.
Namun Nuha terlebih dahulu bangun.
"Akak nak balik!"Suaranya terketar-ketar saat ini.
Dzawin dan Aqil tersentak.
.
.
.
Nuha berlalu ingin keluar daripada perpustakaan. Namun langkahnya terhenti apabila melihat wajah manusia itu di hadapannya.
"Nuha... What a nice considence."Lelaki itu tersenyum sinis di hadapannya.
Nuha menunduk tidak mahu memandang lelaki itu.
"Sejak bila kau takut nak berhadapan dengan orang?"Soal lelaki itu.
"Kau nak apa Darius?"Takut-takut dia menjawab.
Belum sempat Darius menjawab Aqil dan Dzawin muncul di situ.
"Kau jangan cuba-cuba nak apa-apakan dia."Ugut Dzawin.
Namun ugutan itu dibalas dengan tawa Darius. Tawa yang penuh sinis dan kejam. Benci Nuha melihat wajah lelaki itu.
"Kau tahu tak dia ni siapa?"Soal Darius pada dua lelaki itu.
Nuha takut jika rahsianya pecah. Mesti Aqil akan beritahu pada Ariq dan Ariq akan membencinya.
"Dia Nuha. Pemilik Syarikat Naeloza. Dia ke sini sebab sesat dan terlanggar Abang si Aqil ni."Jawab Dzawin berani.
Nuha masih menunduk. Macam mana Darius boleh sampai ke sini?
"Itu je yang dia beritahu kau? Nuha aku rasa kau lupa beritahu sesuatu."Tutur Darius.
Nuha mengeluh.
"Siapa dia ni kak?"Soal Aqil bingung.
Belum sempat Darius menjawab, Nuha mencelah.
"Dia ni ex boyfriend."Bohong Nuha.
Ya dia terpaksa. Jika dia serahkan jawapan pada Darius alamatnya hal dia melarikan diri akan disebarkan.
Darius yang mendengar kata-kata Nuha tersenyum sinis. Aqil dan Dzawin memandang satu sama lain.
"Aqil balik dulu. Jangan cakap dengan Abang Ariq pasal ni boleh?"Pinta Nuha.
Aqil hanya mengangguk kebingungan. Dzawin juga begitu. Mamat berambut perang ini ada pada malam Pesta Bulan Rindu tempoh hari.
"Akak pergi bincang dengan dia kejap."Tuturnya meminta izin untuk berlalu.
Aqil dan Dzawin mengangguk.
.
.
.
Nuha menarik tangan lelaki itu jauh dari kawasan yang boleh didengari orang.
"Apasal kau boleh sampai sini?"Soalan itu terus keluar dari mulutnya.
Darius berdecit.
"Aku ingatkan Nuha yang garang dah takda. Rupanya masih ada."
Nuha memberi jelingan tajam.
"Nuha... Nuha...Nuha... kau tak mungkin akan lupa apa yang dah berlaku malam sebelum kau larikan diri tu."Tutur Darius sinis.
Nuha mengeluh. Ingatannya kembali pada malam sebelum dia melarikan diri.
.
.
.
"Apa maksud datin ni?"Suara Nuha meninggi dicorong telefon itu.
Neya dan Doja tersentak.
"Saya tiada kena mengena dengan keluarga datin. Jadi berhenti aturkan hidup saya!"Suaranya saat itu garang kedengaran.
Dia menamatkan panggilan itu dengan geram. Telefon berjenama itu dicampak ke bawah. Pantas Neya mengutip kembali. Dia melihat Nuha bangun.
"Miss Nuh nak pergi mana?"Soal Neya takut-takut.
Langkah Nuha terhenti.
"Doja malam ni hantar saya dekat alamat yang tertera."Arahnya.
Ini yang dia nak sangat. Baik dia akan buat.
Malam tersebut Nuha berpakaian berwarna biru dan berselendang hitam.
"Miss bukan cakap miss taknak pergi?"Soal Doja semasa di dalam kereta.
Nuha berhenti menatap telefonnya.
"Saya pergi bukan untuk bersetuju. Tapi saya nak dia orang tahu maruah saya bukan untuk dipijak."
Setelah tiba Nuha menatap wajah lelaki bernama Darius itu. Dia akui Darius itu tampan orangnya. Cuma hubungan merepek ini takkan pernah jadi kenyataan.
"Wanna have a drink?"Soalnya ramah.
Nuha menyilangkan tangannya.
"Can we straight to the point? Berapa banyak yang keluarga aku bayar kau?"Soal Nuha.
Huluran gelas Darius tidak dipedulikan. Darius tertawa kecil.
"Fierce. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi."Darius masih cuba berdalih.
Nuha merengus.
"Be a man please?"Ujar Nuha.
Darius memandang gadis di depannya.
"Keluarga kau bayar aku supaya aku boleh take over syarikat kau. Kemudian dia orang suruh aku serahkan dekat abang kau."Ujar Darius.
Nuha tertawa kecil.
"Kau ingat aku senang diperbodohkan ke?"
"Who knows? Sebab abang kau pun mudah diperbodohkan bila ada duit."Jawab Darius selamba.
Nuha yang geram mendengar jawapan itu terus menghentak kuat meja makan tersebut.
"Kau jangan ingat aku akan setuju dengan perkahwinan bodoh ni. Stop jatuhkan maruah kau sendiri."Bentak Nuha.
Gelas yang berisi air itu dicampak ke muka lelaki itu. Bermula dari saat itu dia tekad bawa dirinya menjauh.
.
.
.
Deheman Darius menyedarkan lamunan Nuha.
"Aku cari kau bukan sebab aku nak kau sangat. Aku cuma ikut arahan abang kau."Terang Darius.
Nuha melemparkan pandangannya ke luar kedai makan kecil itu. Kalau bukan kerana tidak mahu orang salah sangka dia setuju mengikut Darius ke sini.
"Berapa dia bayar kau kali ni?"
"Adalah dalam RM100,000."
Mata Nuha membulat.
"Banyak pula duit dia..."
Darius hanya senyum.
"Abang kau tu hamba duit. Dia suruh aku cari kau pun nak pastikan kau hidup lagi atau tak."Terang Darius.
Nuha menggeleng kepala.
"Sekarang kau dah nampak aku hidup lagi. Jadi kau bolehlah beritahu dia yang aku masih bernyawa."Ujar Nuha.
Minuman itu diteguk perlahan.
"Tapi aku nak kau balik demi syarikat kau dan..."
Kening Nuha terjongket.
"Dan?"
"Aku nak kenal kau dengan cara yang betul."Tutur Darius.
Nuha menghentak cawan plastik yang sudah kosong itu kuat.
"Kau dah tahu keadaan aku macam mana jadi pergilah. Aku tak sedia lagi nak balik walaupun aku tahu syarikat aku tu diambang kemusnahan."Nuha mengabaikan permintaan kedua lelaki itu.
Dia rasa dia tak boleh terima Darius walaubagaimana cara sekalipun. Tambahan lagi, biarlah syarikatnya itu musnah. Sekurang-kurangnya syarikat itu tak musnah di hadapan matanya.
Usai berbicara Nuha bangun dan ingin berlalu.
"Neya dan Doja perlukan kau. Kalau kau sedia nak balik aku ada dekat sini."Ujar Darius sebelum Nuha melangkah jauh darinya.
.
.
.
Ariq mundar mandir di hadapan rumah. Risau dia kelibat gadis itu masih belum muncul. Kalau ikut kata Aqil tadi Nuha nak berjalan-jalan ambil angin. Sudahlah gadis itu memang sedia ada sesat. Karang buatnya dia sesat lagi. Mana pula dia nak cari nanti.
Bunyi daun kering dipijak buat Ariq menoleh. Nuha yang kelihatan suram itu didekati. Dia menahan gadis itu dari terus melangkah. Nuha hanya memandang wajah Ariq kosong. Moodnya untuk bergurau hilang begitu sahaja.
"Kau pergi mana tadi?"Soal Ariq.
Sengaja dia buat suara garang. Dia dah lama nak tunggu jawapan mengarut Nuha.
"Saya nak masuk." Jawab Nuha malas.
Dia lalu sebelah Ariq dan meninggalkan lelaki itu sendirian. Ariq terkaku. Bukan jawapan ini yang dia nak dengar. Selalunya jawapan yang dia akan terima sangat unik. Dia masih ingat jawapan-jawapan yang Nuha beri bila dia bertanya.
'Kaki saya yang nak balik lambat.'
'Marahlah basikal tu! Dia yang lambat.'
'Awak tu yang awal sangat sampai.'
Itu jawapan yang dia nanti. Tapi hari ini jawapan gadis itu berbeza. Dia berlalu ke dalam dengan perasaan yang sedikit hampa. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia kecewa dengan tindakan Nuha tadi.
Suka kah dia pada Nuha?
Mustahil.
.
.
.
Malam itu Makcik Asmah jadi tak keruan. Bukan apa, Nuha tidak langsung keluar bilik. Sudah diketuk pintu bilik bertanya. Tapi jawabnya tidak mahu makan.
"Mama duduk depan bilik Nuha ni kenapa?"Soal Ariq yang baru selesai membersihkan diri.
Makcik Asmah menunjukkan pintu bilik Nuha.
"Mama ajak dia makan tapi dia tak nak."Gusar suara wanita tua itu.
Kening Ariq terjongket. Bila masa pula Nuha Adalina tidak mahu makan malam?
"Mama pergilah rehat dulu. Biar Ariq uruskan."Ujar Ariq.
Makcik Asmah mengangguk dan berlalu ke dalam bilik. Ariq berfikir sejenak.
Apa aku nak buat?
Ariq garu kepala. Pen dan kertas yang berada di atas meja itu memberikan idea. Pantas objek itu dicapai. Dia menulis sesuatu di kertas tersebut.
Pintu bilik diketuk selepas kertas itu diselitkan dekat bawah pintu.
Nuha yang sedang duduk memeluk lutut itu memandang kertas kecil yang diselitkan. Dia bangun dan mencapai surat itu.
Perlahan-lahan dia buka kertas kecil itu.
'Jangan duduk sorang-sorang dalam bilik tu lama-lama. Kau buat semua orang risau. Aku pun risau ni. Boraklah dengan aku kalau kau ada benda nak luah.'
Surat itu buat Nuha tersenyum. Dia serba salah juga bila melayan Makcik Asmah sebegitu tadi. Mesti wanita tua itu menganggapnya biadab. Tudungnya dicapai untuk keluar. Buka sahaja pintu bilik wajah Ariq muncul di depannya.
"Alhamdulillah... Nasib baik kau keluar. Aku baru fikir nak pecahkan pintu bilik ni."Tutur Ariq.
Nuha senyum tawar.
"Rumah awak tak ada kunci pendua ke?"Soal Nuha sengaja mengembalikan moodnya.
Mendengar jawapan itu buat Ariq senyum lebar. Inilah Nuha yang dia kenal.
"Kau dah makan belum?"Ariq segera menyedarkan diri sendiri.
Nuha menggeleng.
"Ha tulah buat keras kepala lagi! Kau kalau nak mogok sekalipun janganlah nak tahan lapar..."Belum sempat Ariq menghabiskan bebelannya Nuha meninggalkan lelaki itu dan berlalu ke dapur.
"Oi aku belum habis berceloteh lagi ni..."Dia mengikuti langkah Nuha ke dapur.
Nuha hanya menjulingkan mata ke atas. Membebel mengalahkan orang tua.
Selesai makan Nuha dan Ariq duduk di pangkin luar rumah itu. Bintang yang bersinar di langit malam itu buat dirinya tenang seketika. Bunyi gitar dipetik itu buat Nuha menoleh. Ariq dengan gitar pula pada mala mini.
"Kau ada masalahkah?"Soal Ariq sekadar ingin mengambil berat.
Nuha senyum tawar.
"Saya okey je."Tipu Nuha.
Ariq mendekati gadis itu.
"Kau tak nak cerita dekat aku ke apa yang ada dalam hati kau tu?"Soal Ariq lagi.
Soalan itu buat dahi Nuha berkerut.
"Maksud awak apa?"Nuha cuba meminta kepastian.
"Eh kau jangan salah faham. Maksud aku kawan-kawan aku ada cakap apa-apa ke pasal kau? Tak pun orang kampung ada kacau ke sampai kau murung petang tadi."Jelas Ariq.
Walaupun ada maksud lain disebalik soalannya itu dia tidak mahu terus kepada tujuan sebenar.
"Eh tak dalah. Saya okey je. Cuma mungkin saya rindu keluarga dan rakan-rakan saya."Tipunya lagi.
Bila masa entah dia ada keluarga dan kawan.
Ariq yang mendengar jawapan itu mengangguk.
"Aku janji dengan kau, aku akan pastikan kau balik semula ke pangkuan keluarga kau."Jawab Ariq.
Walaupun berat mulut untuk mengatakan ayat tadi. Dia sedar tempat Nuha bukan di sini. Dia juga tidak setaraf dengan gadis itu.
"Aku taknak kau sedih-sedih malam ni. Aku nak nyanyikan lagu untuk kau."Ujar Ariq.
Nuha mengangguk teruja.
Lagu Kekasih Yang Tak Dianggap itu mula dinyanyikan.
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bertahan
Ku yakin kau kan berubah
Aku sang bulan Tak menerangi malammu
Akulah bintang.
Malam itu lagu itu menghiburkan hati Nuha walaupun dia sedar lagu itu tidak ada kena mengena dengannya. Namun bagi Ariq sebaliknya. Lagu itu memang khas untuk Nuha.
Kekasih yang tak dianggap.
.
.
.
Nuha masuk ke dalam bilik dekat pukul 1. Dia rasa seronok kerana kesedihannya dapat diubati. Walaupun Ariq itu menjengkelkan tapi Ariq sentiasa ada untuk dia. Matanya terlihat baju yang terlipat. Dia mengangkat pakaian tersebut untuk disimpan. Baru sahaja mengangkat sesuatu jatuh ke atas lantai. Nuha menunduk.
Matanya membulat.
Telefon Nokia!
Nuha teringat sesuatu. Perkara bodoh dia dah buat selepas menuduh Ariq pagi tadi.
Jam tangan lelaki itu!
Nuha mahu menjerit saat itu.
Berani sangat buat.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro