Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

B1[Pengkhianat]

Tudung berjenama Naeloza itu digayakan dengan cara moden. Orang selalu panggil turban yang ala-ala Mira Filzah tu. Peniti dicucuk pada tepi anak tudung supaya selendangnya itu tidak bergerak-gerak. Lipmatte warna 'nude pink' itu dicalit pada bibirnya yang mungil itu.

"Okey siap!"Suaranya penuh bangga. Beberapa kali dia menatap wajahnya di cermin besar dalam biliknya itu.

Nafas ditarik.

"Kau memang cantik hari ini Nuh. Kau mesti hebat hari ini."Pujinya sendiri.

Itulah aktiviti harian yang dia selalu buat. Menaikkan semangat sendiri kerana tiada orang lain yang mampu memberi semangat pada dirinya. Walaupun dia anak bongsu, kedua abangnya sering merendah-rendahkan keberadaannya. Oleh sebab itu Nuha lebih rela bergerak sendiri dengan usaha sendiri. Dia tidak peduli lagi tentang perlian abang dia.

"Miss Nuha, kereta Miss dah sampai."Ujar Neya iaitu pembantu peribadi Nuha.

Nuha senyum manis. Dia mengalihkan pandangannya pada Neya.

"I told you before, you should call me Miss Nuh. Don't ever call my full name. I hate it."Matanya merenung tajam. Bengis wajahnya memberi amaran.

Neya kaku. Bukan kali pertama dia diberi amaran. Tapi dia sendiri asyik terlupa. Benda mudah macam ni sangat sensitif bagi gadis bekerjaya di depan matanya ini.

"Maafkan saya Miss Nuh. Harini Miss masuk ke pejabat terus kan?"Neya meminta kepastian. Takut dia jika silap lagi.

Nuha memegang dagunya berfikir sejenak.

"I think nope. I will go to our Boutique, instant."Tuturnya.

Belum sempat Neya bersuara Nuha mencapai beg tangan berjenama Gucci itu dicapai dan berlalu pergi. Malas dia mahu menghadap muka pembantu peribadinya yang lambat itu.

"Miss Nuh! tunggu saya..."Jerit Neya.

.

.

.

.

Perak Darul Ridzwan.

Wajah lelaki yang sedang kusut itu membuatkan seisi rumah takut untuk menegur. Beranilah diusik. Silap-silap habis lebam-lebam di kerjakan nanti. Air yang berada dalam dulang tadi tidak berubah tempat. Risau jika sebarang bunyi dari pergerakan akan membuatkan si singa naik hantu.

"Arr...arr...arr..."Teragak-agak si adik mahu bersuara.

Oleh kerana gagap itu si abang menoleh dengan renungang yang tidak dapat dibaca. Keningnya yang lebat dan tajam di hujung itu dijangkitkan tanda mengapa.

"Abang tak nak minum ke? Ni mama buat."Gugup si adik saat itu.

Si abang hanya menoleh pada cawan berwarna biru itu. Kemudian dia memandang si adik. Si adik yang melihat pandangan itu terus memandang tempat lain.

Takut!

"Biar je lah dulu nanti abang minum."Jawabnya acuh tak acuh.

Si adik mengangguk dan berlalu pergi.

"Ariq kamu dah okey ke ni?"Suara itu buatkan Si lelaki tadi menoleh.

Ya namanya Ahmad Ariq Ejaz. Elok dan sesuai dengan raut wajahnya. Namun entah nasib malang apa yang menimpa setiap kali dia bekerja mesti akan ada spekulasi yang dibuat oleh rakan sekerja sehingga menyebabkan dia diberhentikan. Hendak salahkan takdir dia sendiri tidak berani menidakkan jalan cerita yang Allah dah susun. Nak taknak dia terpaksa reda.

"Dah ma. Biasalah mama pun tahu anak mama ni macam mana."Jawabnya. Air yang berada dalam cawan tadi mula diminum.

Puan Asmah mengeluh.

"Kamu tu nak angin janganlah sampai takutkan adik kamu si Aqil tu. Cemas tau dia tadi bila kamu pandang dia macam nak makan."Tegur si ibu.

Ariq tersengih.

"Mata Ariq memang macam nilah ma. Mama pun tahu kan."Ujar Ariq membela diri.

Puan Asmah hanya mampu geleng kepala. Dia yang membesarkan si anak. Dia sudah masak dengan tingkah laku anak-anaknya. Hendak dimarah, masing-masing dah besar panjang. Mampu nasihat cara halus sahaja lah begitu.

.

.

.

.

.

Kereta mewah yang menggunakan modal hybrid itu berhenti di sebuah butik besar yang tersergam indah. Muncul gadis yang penuh karisma itu keluar dari pintu kereta. Kaca mata hitam berjenama itu menutupi separuh wajahnya. Dia tersenyum sinis melihat dua susuk tubuh yang sedang berdiri tegak di hadapan butiknya itu. Kakinya melangkah mendekati.

"Apa abang dengan Kak Maria buat dekat sini?"Soalnya dingin.

Wajah Kak Maria atau nama sebenar Siti Fatimah Mariam dilihat. Api kemarahannya mula meluap bila melihat wajah wanita 30an itu. Pandangan pada si abang pula tidak kurang tajamnya. Mustahil tanpa sebab dua orang makhluk ini datang ke sini.

"I'm asking why are you here?"Suaranya mula meninggi satu oktaf.

Cermin mata hitam itu ditanggalkan. Keningnya yang tajam ibarat pisau itu dijongketkan garang.

"Abang nak bincang pasal syarikat adik ni."Perlahan Nurhan iaitu si abang sulung.

Riak wajah Nuha mula berubah keruh. Dia sudah agak. Nafasnya ditarik sedalam mungkin.

"Let's talk inside."Keras suara itu kedengaran.

Nuha berlalu dan melanggar bahu si kakak ipar dengan sengaja. Ya dia memang benci semua ahli keluarganya.

Sejak dia lahir lagi ibu ayahnya sering memastikan dia dan dua orang abangnya saling berlawan antara satu sama lain. Namun disebabkan ayah sering melebihkan dirinya, dua orang abangnya itu menyimpan rasa dendam pada dirinya.

Disebabkan sikap yang dididik oleh ahli keluarganya dia tekad untuk berdikari dan akhirnya dia berjaya membuka syarikat besar ini. Namun usaha sendiri ini bukan sahaja membuatkan si abang dengki malahan ibu yang patut menyokong si anak mula membelakangkan dirinya. Dia seorang diri. Dia terpaksa menganggap dirinya anak yatim dan begitulah kehidupannya sehingga sini.

"So macam mana Nuha?"Teguran si abang mematikan lamunan si gadis.

Butir air mata yang mengalir itu segera ditahan. Dia tak boleh tunjuk dia lemah!

"Stop calling me with that name. Call me Nuh only!"Sekali lagi amaran itu diberi. Kini pada si abang.

"Okey Nuh. I'm telling you what your opinion is now? Should we share this company? At least your brother can help you as a support?"Suara Kak Maria kedengaran.

Nuha menoleh ke arah suara itu.

"Korang berdua datang sini semata-mata untuk tanya aku pasal syarikat ni?"Soalan itu ditanya dengan muka penuh kebencian.

Si abang tersenyum mengangguk. Seolah-olah gembira bila si adik mengerti dengan maksudnya. Nuha yang melihat cawan berisi air kopi panas itu dicapai. Dia menggoncang cawan itu sedikit.

'Pushh!'

Air kopi itu memenuhi wajah Nurhan. Maria yang melihat keadaan itu menjerit.

"What are you trying to do? He is your brother!" Bulat mata Kak Maria memarahi Nuha.

Dada Nuha turun naik menahan amarah.

"Who the hell are you to come here? I don't even need any brother like you! Ask me about my company. I'm the one who raised this company alone and now you come without any shame and ask me to share with you!"

"Kau berdua berambus. Get lost both of you now!"Garang suara itu kedengaran.

Maria yang mulanya berani tadi mula terkaku. Wajah suaminya yang memerah akibat kesan kopi panas tadi di lap dengan tisu. Dia mengangkat suaminya yang duduk menyandar.

"Berani kau buat macam ni dekat abang kau ya? Aku akan pastikan kau kena dengan ayah nanti." Nurhan memberi amaran sebelum dia berlalu. Tie yang senget itu dibetulkan kasar dan terus melangkah keluar dari butik itu.

Keluar sahaja dari butik itu dia berdiri tegak. Maria turut berhenti sebelah suaminya.

"She will lose everything soon."Kata-kata itu ibarat satu sumpahan.

Maria memandang suaminya.

"But how?"

"Kalau dia tak boleh guna cara kasar, kita kena guna cara halus."Muka beku itu bersuara tanpa perasaan.

Maria tersenyum bangga dengan tindakan suaminya itu. Dia tidak peduli pasal dosa pahala lagi. Yang penting dia dapat kuasai kekayaan adik suaminya itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro