03
"Boleh buka ni sekarang? Tak malu ke nanti semua orang tengok?" Ikatan yang ketat itu cuba aku rungkaikan apabila mereka hampir tiba di SMO.
"Tak boleh. Saya kan bodyguard awak?" Kening diangkat. Hebat sangat lah tu bila menang permainan yang aku sendiri cipta?
"Awak, saya serius ni."
"Jadi saya pun. Jom." Lengan aku ditarik sekali lagi tanpa disentuh. Dengan terpaksa, kaki melangkah lagi.
Ketat gila ikatan ini! Dia ikat mati ke apa?
Sesampainya di SMO, seperti yang sudah dijangka, semua pelanggan di situ melihat kami pelik. Aku menunduk.
"Awak nak kertas mahjong, kan? Jom." Kali ini, aku kekal statik di situ.
Ariel berpaling. "Aina, geraklah."
"Doktor Ariel. Tolonglah. Tak malu ke semua orang tengok?" Entah kenapa, hati aku rasa sakit. Bagai Ariel langsung tidak mementingkan maruahnya.
"Awak perlakukan saya macam haiwan peliharaan, tahu?" Tubir mataku terasa panas. Memang, aku manja, aku gedik, aku dramatik. Tak salah, kan?
"Aina."
"Cukup. Cukuplah 15 minit awak buat saya macam binatang."
"Saya...."
"Ye saya tahu awak tak maksudkannya. Tapi awak harus tahu. Saya bukan orang yang cekal sangat. Orang yang awak anggap budak ni bukanlah budak yang suka akan gurauan bodoh sangat. Awak harus tahu, saya manja.... dan saya tak suka apa yang awak buat ni. Lepas, tolong." Air matanya yang menitis disapu dengan belakang tangan.
Suasana mula senyap, tiada lagi suara pelanggan bersuara, bertanya itu di mana, ini di mana. Senyap. Bagai turut menghormati situasi kami.
"Aina, saya..."
"Awak mungkin lihat saya seorang yang periang. Tapi saya tak lebih dari seorang anak mak yang sentiasa perlukan penjaga. Saya tak suka cara awak layan saya," jelas aku lurus saja pada pokok pangkal perbualan.
Ariel menunduk. "Maafkan saya. Saya ingat awak suka." Jeda seketika sebelum dia cepat-cepat mendekati aku untuk membuka ikatan pada pergelangan aku.
"Saya maafkan awak. Awak boleh pergi."
Sentap. Bukan aku, dia. Nampak jelas pada wajahnya.
Tanpa menunggu langkah Ariel, aku terus pergi ke bahagian yang mempunyai kertas mahjong. Pelanggan mula berdehem setiap kali aku melalui mereka. Biarlah mereka mahu kata apa. Tak pernah pun aku kesahkan.
Dua helai kertas mahjong diambil dan dibawa ke kaunter pembayaran. Kelibat Ariel sudah hilang dari gerbang SMO. Biarlah dia, tak pernah pun terdetik di hati aku untuk ambil kesah.
Duit dihulur untuk membayar dua helai kertas mahjong. Tapi duit itu ditolak pula. "Kenapa?"
"Kekasih cik dah bayarkan tadi."
Aku ternganga. "Kekasih? Siapa pula kekasih saya?"
Pekerja itu ketawa kecil. "Doktor Ariel lah. Akak bertuah tau, dapat dia. Dah la sweet, kacak pula tu." Tergedik-gedik pekerja wanita itu bercerita tentang Ariel.
Entah kenapa timbul cemburu dicelahan perasaan menyampah terhadap kebaikannya. Meja kaunter itu ditepuk kuat untuk menyedarkan pekerja tadi. Terkejut gadis itu dibuatnya.
"Maaf. Ada semut tadi." Alasan dicipta. Namun gadis itu tetap terus tertunduk. Baguslah jika faham.
Tanpa melihat pekerja itu lagi, aku keluar dari kedai itu dengan wajah cemberut. Cuma tertanya, kenapa mesti cemburu? Kenapa mesti marah?
Ah, abaikan. Memang selayaknya pun pekerja itu ditegur. Gediknya bukan main.
Di hadapan SMO, aku berhenti. Jalan tar di hadapanku dipandang kosong. "Jadi, aku mahu pergi ke mana?"
Sesungguhnya seorang Aina Amelin tiada apa-apa tanpa seorang penjaga. Lama juga dia menanti di situ. Mungkin 10 minit juga masanya terbazir melihat kereta yang lalu lalang. Mahu pulang ke klinik, tebal pula rasa wajah.
Jadi aku mengambil keputusan untuk pergi ke KFC. Boleh isi perut, lagipun KFC itu dekat saja dengan klinik Doktor Ariel. Sambil makan, boleh tunggu umi datang.
Jadi aku terus memulakan perjalanan selepas lama termenung. Hati, aku cuba cekalkan untuk berjalan sendiri. Aku juga yang halau Doktor Ariel. Sejujurnya, aku nampak keikhlasan dalam mata lelaki itu. Cuma entah kenapa, aku rasa tak mampu untuk menerimanya.
Jalan punya jalan, tangan semakin kerap naik ke bahagian dahi untuk mengelap peluh. Bila berjalan dengan Ariel, rasa sebentar sahaja. Kenapa bila sendiri, penatnya lain macam?
Sibuk termenungkan Ariel, tiba-tiba satu van berhenti di persisi jalan. Bertentangan dengan arahku berjalan.
Aku berundur apabila pintu itu dibuka. Namun, tak sempat aku lari jauh, dua orang lelaki keluar dari van itu dan terus menekup mulutku.
Kebetulan, langsung tiada manusia yang sedang lalu-lalang di kawasan itu. Ah! Kalau ada pula, masakan mereka berani menculik!
Jeritan kuat aku ternyata sia-sia apabila getaran bunyi itu tidak mampu melalui pepejal kain yang menutupi mulutku. Aku cuba untuk melawan dari pelukan lelaki perkasa itu, namun hanya unduran sikit yang terhasil. Hakikatnya, Aina Amelin ini memang lemah orangnya.
Seorang lagi lelaki pantas menangkap kakiku yang tidak henti mencuba untuk lari.
"Bawa dia masuk cepat!" jerit seorang lagi lelaki di dalam van tersebut.
Urusan menjadi lebih mudah. Tanpa berlembut, terus mereka menghumban aku ke dalam van. Kepalaku terhantuk dinding kereta, kuat. Rasa bergegar hingga ke otak sehingga pandanganku pun makin kabur. Lama kelamaan, ia semakin gelap.
Dan ia gelap sepenuhnya apabila van itu mula terasa bergegar.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro