02
"Jom?" Dia sengih mengajak aku apabila bayangan mereta Myvi abah sudah menghilang. Dasar buaya jalanan.
"Jom pergi mana? Jamban? Saya tak nak pergi dengan awak." Aku melangkah keluar dari kedai itu tanpa menunggunya. Malaslah. Keselamatan aku lebih terjamin bila tanpa dia. Aku bukannya tahu pun latar belakang lelaki itu. Umi senang-senang saja percayakan dia.
[NO POV]
Ariel senyum melihat gelagat Aina. Mahu dikejar, tapi takkan klinik ini mahu ditinggalkan tak berjaga? Nampaknya Allah sedang membantu. Kelibat pekerjanya Ainur dan Laila sedang menghampiri. Senyuman Ariel semakin lebar.
"Ainur, Laila. Saya tinggalkan kedai pada awak berdua. Dalam satu jam lagi saya balik!" Airel melaung. Terkejut beruk dua gadis berpakaian kerja itu dibuatnya.
"Tapi tuan mahu pergi mana?"
"Pergi first date! Doakan saya!" Tersengih-sengih Ariel melaungkan kata itu. Tanpa berpaling mahupun menjawab pertanyaan pekerjanya lagi, terus Ariel mengejar langkah gadis bernama Aina Amelin itu.
Laila dan Ainur menggeleng kepala. Buku rekod pesakit itu dibelek. "Gadis ini rupanya." Laila tersengih membacanya.
"Patutlah gembira semacam. Dari pertemuan pertama lagi boss tu dah angau teruk sampai tengok video budak tu pakai CCTV. Aku doakan boss kita tu berjaya curi hati budak tu. Ahaks. Comel betullah diorang!" Ainur turut tersengih-sengih gatal.
"Kan! Dah la gadis tu makin cantik tanpa kaca mata! Sepadan lah dengan boss! Eiii!"
Ainur ketawa besar, "Kan! Aku hampir tak dapat cam dia tadi! Bak kata pepatah, bagai durian dibelah dua ha!"
"Kan, kan! Sepadan je."
"Nak cakap bodoh kan, marah. Bagai pinang dibelah dua lah, bongok!" Lelaki yang turut pekerja di klinik itu datang menegur.
Mereka berdua mencebik, "Tahu lah! Saja je. Tu pun kecoh. Dah lah." Dengn sepakej jelingan, mereka berlalu pergi melalukan tugas masing-masing.
Aliff menggelengkan kepala sahaja. Macam-macam perangai. Gedik-gedik macam sokong hubungan boss dengan budak tu, tapi sebenarnya dua-dua taruk perasaan dekat boss. Perempuan!
XX [BACK TO AINA POV]
"Tunggulah, Aina!"
Aku berhenti buat seketika dan berpaling, sebelum wajah menyampah ditayangkan pada Ariel yang sedang gigih mengejar. Kenapa dia perlu ikut? Kedai dia siapa jaga? Kenapalah perlu wujud manusia gila bayang macam tu.
Sesampainya lelaki itu disisi, terus aku membebel. "Siapa suruh awak ikut? Saya boleh jalan sendiri lah!" Aku berhenti. Wajah dia, aku pandai tepat pada mata.
"Aina Amelin, ini Jertih. Walaupun tak seperti bandar Kuala Lumpur sana, tapi Jertih masih digelar bandar. Ada penjahat sana-sini. Bahaya, tahu?" jawabnya. Acah prihatin lah tu.
"Yes. Penjahat sana-sini. Kat depan saya ni pun penjahat juga. Entah apa yang awak bagi pada umi sampai umi boleh percayakan awak.." Aku menjelingnya. Tapi dia masih tersenyum. Kenapa dia senyum? Dia perlekehkan aku ke apa?
"Kan? Penjahat sana-sini. Kat depan saya ni pun penjahat. Seketat manapun saya kunci hati saya, tetap awak boleh masuk curi cinta saya. Bahaya betul Jertih ni." Sengih dia semakin simpul. Terbit lesung batu di bawah bahagian tepi mulutnya.
Seketika aku terpana. Namun cepat-cepat aku menggelengkan kepala. "Apa-apa sajalah." Terus aku berjalan lurus.
"Maknanya awak benarkan saya ikut lah ni kan?" Dia kembali mengejar langkahku.
"Kalau saya tak benarkan pun, awak ikut juga kan?"
Dia tersengih. Semakin lama mereka berjalan, semakin hilang pula jarak di antara mereka. Terbit rasa tak selesa walaupun perkara itu terjadi secara rawak kerana mengelak manusia yang lalu-lalang.
"Boleh berjalan depan saya, tak?" Aku memecahkan gelombang sunyi yang terhasil. Langkah diberhentikan.
Ternyata dia kelihatan bingung, "Boleh saya tahu kenapa? Awak nak usya belakang saya, eh? Saya ada nombor umi ni, saya report nanti." Dia mengugut sambil tersenyum. Poketnya yang berisi telefon bimbit itu ditepuk-tepuk.
"Saya tak ada masa lah nak usya awak! Saya hanya nak ingatkan yang awak ni sekadar bodyguard 1 jam saya. Jadi encik bodyguard, saya arahkan kamu berjalan depan saya. Jadi pandu arah untuk saya."
"Apa?"
Aku naikkan bola mata hitam ke atas lagi. "Jadi bodyguard saya! Pekak ke, hah? Dah cepat! Makin lama bawah terik matahari ni dengan awak, makin gila saya dibuatnya!"
Baru sebentar tadi, wajah Ariel nampak sedikit geram. Namun kini, dia mengukir senyum manisnya kembali. Ah! Kenapa selalu gunakan senjata itu?
"Mana boleh." Dia bersuara. Aku mengerutkan dahi.
"Kenapa pula? Saat ini, saya majikan awak." Tangan aku cekakkan pada pinggang.
"Bahayalah. Kalau orang culik awak diam-diam kat belakang, macam mana?" Dia mulakan teori nakalnya.
Mata hitam aku bergerak ke arah kiri, cuba mencari idea terbaik untuk membalas kata-katanya. Namun hampa, dia kalah dalam permainannya sendiri. "Jadi awak nak berjalan belakang saya? Gatal!" Kepala Airel yang tinggi itu dihempuk dengan tas tangan pasar malamnya.
Airel mengaduh kesakitan. "Bukanlah. Tapi saya ada cara lain," katanya sambil menggosok kepalanya. Rambutnya yang serabut kembali dikuak ke belakang. Sekali lagi seorang Aina Amelin terpana. Seperti biasa juga, cepat-cepat aku mengawalnya semula.
"Apa?"
"Bak sini tas tangan awak."
"Kenapa?"
"Bak sajalah. Pot pet pot pet pula gadis cantik ni." Terus tas tangan aku dirampasnya.
Buat kali pertama, jelingan bertukar menjadi senyuman. Tiber! Pantas senyuman itu aku lenturkan semula. Mujurlah Ariel tidak sempat melihatnya. Kalau tak, boleh jatuh merundum saham aku.
"Nah." Tali tas tangan aku dihulurkan.
"Apa ni? Saya bukan budaklah, doktor." Aku mengeluh lemah. Lemah rasa jiwa bermain dengan doktor berperangai seperti dia.
"Yes, you are. Awak budak lagi pada pandangan saya. Jadi, ikat ni pada pergelangan tangan awak. Baru tak terlepas." Tali itu masih tidak bersambut.
Dahi aku tepuk sekuat-kuatnya. Kenapa lah aku perlu pergi ke SMO dengan lelaki ini?
Memandangkan aku masih tidak menyambut tali yang diberinya. Terus tangan berlapik aku dicapai.
"Ariel!"
Tanpa melihat respon dari aku, tali itu diikat kemas pada pergelangan tanganku. Saat itu, jarak langsung hilang antara mereka. Jelas setiap lekuk di wajah putih itu. Ada kesan jerawat kecil di sekitar pipinya. Sejujurnya, comel! Kemudian ada parut kecil di keningnya. Tahi lalat juga sibuk mencari populariti di wajah kacaknya itu. Overall, cute!
"Ehem." Deheman Ariel menyentak aku ke alam realiti. Terus pandangan aku alihkan pada mak cik yang sedang membonceng motosikal bersama suaminya. Selesai saja mengikat tanganku, dia mengangkat tangannya ke atas. Tangannya yang turut terikat dengan tali tersebut. Persis kanak-kanak!
"Jadi kita tak akan berpisah! Tas ni, biar saya pegang, ya majikan? Jom jalan." Tanganku diheretnya tanpa bersentuhan. Aku mengeluh separa merengek. Namun kaki tetap melangkah mengikut kesan jejak langkah Ariel.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro