5 ♡
Junghwa menongkat dagu di atas mejanya. Dia termenung jauh memikirkan sesuatu. Kemudian, tersenyum secara tiba-tiba. Gila agaknya.
Oh tak! Dia teringat akan lelaki kacak jual air blue lemon yang dia jumpa minggu lepas. Jeon Jungkook. Nama itu sering kali diucapnya.
Flashback
"Janganlah nangis. Nah blue lemon."
Air mata Junghwa menitis. Perlahan-lahan tangan Junghwa menerima pemberian Jungkook. Ibu jari Jungkook mengelap air mata Junghwa yang menitis di pipi. Tangannya naik mengusap rambut Junghwa perlahan. Dia tersenyum kecil.
"Jungkook..." panggil Junghwa perlahan. Dahi Jungkook berkerut.
"Eh? Awak tahu nama saya?" soal Jungkook. Junghwa yang dari tadi menilik wajah Jungkook, tersentak. Dia menjadi gagap.
"Eh! Sa-Saya tahu se-sebab.... Ha o-orang kat si-sini asyik sebut nama awak je!" kata Junghwa. Jungkook kembali tersenyum. Dia mengangguk faham.
"Air ni awak ambil lah. Saya bagi percuma!" kata Jungkook. Baru saja Junghwa ingin membalas, Daniel memotong.
"Bro Bro BRO BRO!!! Girlfriend aku tu!" marah Daniel. Dia mengetap giginya. Penumbuk digenggam, tinggal mahu tumbuk saja pipi Jungkook. Berani bethol kacau girlfriend dia!
Jungkook terus berdiri. Dia memandang ke arah Daniel dan membongkokkan sedikit badannya. "Maafkan saya." katanya pendek.
Daniel terus menerpa ke arah Jungkook. Collar baju Jungkook dicengkamnya erat. Matanya tajam memandang anak mata Jungkook. "Kau jangan dekat dengan Junghwa! Kau faham ke tak?!" tengking Daniel.
Dia ni dah kenapa? Kena rasuk?
Junghwa bangun lalu menolak Daniel jauh daripada Jungkook. Pakcik Joon pula datang dan melindungi Jungkook. Tangannya didepakan, macam main galah panjang. Jimin dan Yoongi pula bersorak supaya Daniel menumbuk Jungkook. Dasar syaiton!
"Daniel! Tak payah la bergaduh dekat sini! " marah Junghwa.
"Hey! Jangan kacau Kook!" jerit Pakcik Joon.
"Eh pakcik! Tak yah acah hero aaa~!" kata Yoongi sinis.
Pakcik Joon yang rasa tercabar itu, laju mencapai ayam di atas meja gerai mereka dan membaling ke arah Yoongi. Akan tetapi, Yoongi sempat mengelak.
"Berani bethol baling!" jerit pula Jimin.
Daniel mencapai tangan Junghwa dan menariknya pergi dari situ. "Nasi ayam cancel."
"Ee lepaslah!" tengking Junghwa.
"Awak diam! Ikut saya!" balas Daniel.
Junghwa cuba memegang tangan Jungkook tetapi tidak kesampaian. Sempat menyentuh jari lelaki itu saja. Daniel menarik Junghwa lebih laju dan berjalan keluar dari pasar malam itu.
Jungkook menoleh ke belakang, memandang Junghwa yang kian jauh. Tiba-tiba, jantungnya berdegup laju.
Ha haa suka Junghwa ehh?
Dia tersengih seorang diri. Pengunjung pasar malam yang menyaksikan hal tadi sudah pun berlalu pergi.
Entahlah, dia tiba-tiba tertarik dengan Junghwa.
Lama-kelamaan, senyuman Jungkook mula pudar. Tangan kanan memicit sikit dahinya. Tiba-tiba, rasa sakit kepala.
"Dia dah berpunya la Kook." katanya perlahan. Cuba memujuk hati.
"Babi punya Jungkook! Sebab dia lah brader tadi tak jadi beli nasi ayam aku!" marah Yoongi. Dia mengetap gigi. Tangan menggenggam erat pisau pemotong daging. Kalau ikut hati, mahu saja dia hayun pisau itu.
"Sabar weh, dia tu memang menyusahkan kita je!" kata pula si Jimin. Jungkook yang mendengar kata-kata mereka, kembali ke gerainya. Hatinya cukup terasa dengan apa yang adik-beradik syaiton itu katakan. Sabarlah Kook.
End of Flashback
Junghwa berhenti mengelamun apabila seorang anak muridnya menegurnya. Wonho, seorang pelajar yang selalu datang ke tadika seawal pukul 7 pagi. Kelas mula pada pukul 8 pagi.
"Cikgu? Cikgu mengantuk ke?" soal kanak-kanak berotot itu. Junghwa memandan Wonho lalu tersenyum.
"Eh tak la. Kenapa?"
"Saya nak hantar kerja sekolah semalam. Nah!" kata Wonho. Tangannya menghulur dan meletakkan buku latihan di atas meja Junghwa.
"Eh, Wonho simpan dulu. Kejap lagi baru hantar ye? Kita tunggu kawan-kawan lain. Nanti kita nak bincang kerja tu sama-sama." kata Junghwa sambil matanya melihat ke arah jam dinding. Tepat pukul 7.15 pagi. Wonho mengangguk lalu kembali ke tempat duduknya.
🍋
Jungkook mengeluh panjang. Dia duduk di atas bangku kayu yang disediakan di gerainya. Jam sekarang menunjukkan pukul 11 malam. Banyak gerai di pasar malam pun sudah ditutup. Mereka ligat mengemas segala peralatan untuk berniaga.
Pakcik Joon yang leka mengemas barang ke dalam van, memandang Jungkook hairan. Lelaki itu nampak sedih sejak kes minggu lepas.
Pakcik Joon menegur Jungkook, "Kook?"
Tiada sahutan. Pakcik Joon cuma mengangkat bahunya dan menyambung kerja.
Jungkook mengeluh lagi. Dia memeluk tubuh. Bukan apa, dia cuma rasa bersalah. Dia tiada niat untuk merampas hak orang. Dia juga berasa sedih sebab Junghwa tidak datang ke gerainya.
Hah! Mesti sebab Daniel!
"Jungkook, jom balik." ajak Pakcik Joon. Jungkook mengangguk dan menaiki vannya.
🍋
Alah abe Kook ni rampas je la Junghwa tu! 😭
Jangan lupa vote + comment cayang bikot semua ❤️🤚🏼🍑🌚
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro