Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

26 ♡

Daniel berjalan mengiringi Jungkook keluar daripada pintu utama hospital. Hari ini, pihak hospital membenarkan Jungkook untuk keluar. Kesihatannya semakin pulih. Cuma, doktor tidak menggalakkan Jungkook untuk berfikir perkara yang boleh menyebabkan dia berasa tertekan.

Tapi, mana mungkin Jungkook takkan berfikir hal sedemikian. Junghwa, dia perlu pujuk Junghwa supaya kembali padanya. Dia takkan biarkan hubungan mereka berakhir begini saja. Jungkook perlu memberi penjelasan kepada Junghwa secepat mungkin.

Sebelum Jungkook dan Daniel keluar dari hospital, mereka sempat melawat Yuna. Yuna masih tidak sedarkan diri. Keadaannya sangat menyayat hati. 

Kepalanya berbalut, tangan kirinya patah. Dia juga bergantung hidup sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan.

Daniel bertanyakan hal Yuna kepada doktor yang menjaganya. Kata doktor, Yuna dalam keadaan yang sangat kritikal. Peluang hidupnya amat tipis. 

Doktor menjangkakan peluang untuk dia hidup hanyalah 10%. Doktor itu juga meminta Daniel untuk memberitahu ahli keluarga Yuna tentangnya.

Tapi, siapa ahli keluarga Yuna?

Dua tiga hari yang lepas, Daniel berkerah tenaga untuk menghubungi, menyiasat tentang keluarga Yuna. Dia bertanya kepada jiran sekeliling. Tapi, satu info pun dia tak tahu. Dia akhirnya mengalah. 

Jungkook masuk ke dalam kereta Daniel. Dia meminta Daniel untuk menghantarnya ke rumah. Daniel mengangguk, hanya mengikut permintaan Jungkook.

Sepanjang perjalanan, Jungkook dan Daniel langsung tidak berbual apa-apa. Sunyi sepi. Daniel faham yang Jungkook sedang bersedih, buntu, tidak tahu cara apa lagi untuk mengembalikan Junghwa ke pangkuannya.

Fikiran Jungkook kusut. Dia tak mahu lepaskan Junghwa dan serahkan isterinya itu kepada Daniel. Dia terlampau sayangkan Junghwa.

Sekiranya sudah tertulis yang jodoh antara mereka tidak panjang, Jungkook terima. 

"Daniel, betul ke Junghwa failkan permohonan penceraian kami?" tanya Jungkook memecahkan suasana sunyi. Daniel membantah laju.

"Tak lah! Junghwa tu kan jenis cakap main lepas kalau tengah marah. Macam kau tak kenal isteri kau tu!" Daniel cuba menyedapkan hati Jungkook. Walaupun sebenarnya, dia tahu yang Junghwa sudah membuat permohonan dengan pihak mahkamah. Tapi, dia tak sampai hati untuk memberitahu Jungkook.

"Andai kata aku terpaksa lepaskan dia, aku nak kau yang jaga dia. Aku percayakan kau." kata Jungkook sayu. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap kereta.

"Jungkook, aku kan dah janji dengan kau, aku akan satukan korang semula." balas Daniel.

"Usaha kau takkan dapat menghalang ketentuan Tuhan, Daniel." kata-kata Jungkook membuatkan Daniel terdiam.

"Mungkin ini jalan cerita kami. Kadang-kadang, aku berputus asa. Tapi, aku cuba kuatkan semangat aku demi Junghwa." kata Jungkook sedih. Air matanya mengalir perlahan.

"Memang kita tak dapat lawan takdir Tuhan. Tapi, sekurang-kurangnya, kita cuba baiki segalanya." ujar Daniel. 

Jungkook terus diam membisu. Dia mengeluh perlahan. 

Lama kemudian, Daniel bertanya lagi, 

"Maaf la aku tanya kau. Kenapa kau kahwin dengan Yuna eh? Sebab cinta ke?" persoalan Daniel seolah-olah dibawa angin. Tiada jawapan daripada Jungkook. Mungkin dia tak mahu kongsi dengan Daniel.

Daniel pun sebenarnya terkejut bila dapat tahu yang Jungkook sudah berkahwin dengan Yuna. Kalau dia tahu, dia sudah lama bagitahu Junghwa. Dahi Daniel berkerut memikirkan sesuatu.

Macam mana Jungkook kahwin dengan Yuna?

Sebab cinta ke?

Tapi, kalau dah kahwin, kenapa Jungkook mesra dengan Junghwa sangat?

Habis tu, Jungkook curang?

Curang dengan Yuna dan dalam masa yang sama dia tak sedar yang dia pun berlaku curang pada Junghwa? Yang juga merupakan isterinya sebelum Jungkook hilang ingatan?

Hah?!

"Eh! Peninglah!" Daniel menggaru kepalanya yang tidak gatal. Jungkook menoleh memandang Daniel hairan. Keningnya diangkat.

Daniel memandang Jungkook lalu menggeleng laju. "Ha tak ada apa." Daniel terus memacu laju keretanya.

🍋

Pakcik Joon merenung jauh memikirkan sesuatu. Hatinya berasa puas apabila dia berjaya membalas dendam yang sudah lama terpahat dalam hati. Dia tersenyum senget.

"Hi Pakcik Joon! Saya nak blue lemon satu!" kata seorang pelanggan perempuan di gerai itu. Namun, Pakcik Joon masih lagi termenung. Tidak sedar akan kehadiran pelanggannya.

Jimin yang sedang sibuk melayan pelanggannya, memandang Pakcik Joon sekilas. Pakcik Joon ni pekak ke?

Oh ya! Gerai Jimin dan Yoongi sudah kembali seperti dulu. Tapi kali ni version halal la sebab ayam tak curi. 

"Pakcik Joon! Oo Pakcik Joon! Saya nak air ni." kata pelanggan itu lagi. 

Jimin yang memandang dari jauh, menghampiri Pakcik Joon. Lantas, ditegurnya orang tua itu.

"Pakcik Joon, ada orang nak order air tu." tegur Jimin. 

"Pakcik Joon ni nak berniaga ke tak nak? Saya nak beli air ni!" sampuk pelanggan tadi. Dia sudah mula bengang kerana tidak dilayan.

"Eh! Kau kalau nak banyak bunyi, boleh berambus!" tengking Pakcik Joon kepada pelanggan itu. Jimin terkejut lalu berlari anak ke gerainya. Dia mencuit bahu Yoongi. 

"Dah kenapa orang tua ni?" tanya pelanggan itu lalu pergi dari situ.

Pakcik Joon kembali duduk di atas bangku. Seketika kemudian, dia menyeluk poket seluarnya mengeluarkan sesuatu. 

Gambar mendiang isterinya sewaktu muda ditatap lama. Air matanya mengalir perlahan. 

"Kalau bukan sebab lelaki tu, awak masih boleh diselamatkan." kata Pakcik Joon sayu.

"Pakcik Joon tu kenapa?" soal Yoongi perlahan. Jimin hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. 

Tiba-tiba, leher Pakcik Joon dicengkam seseorang. Pakcik Joon terkejut dan cuba melepaskan diri. Gerai Blue Lemon itu dimusnahkan oleh sekumpulan lelaki menyebabkan orang pengunjung dan peniaga berdekatan terkejut dan takut. 

"Woi apa ni?!" jerit Pakcik Joon.

"Ooo sini kau menyorok ye Namjoonin? Hutang tak nak bayar. Tahu lari je!" tengking lelaki itu lalu menolak Pakcik Joon sehingga terduduk. Tanpa melengahkan masa lagi, Pakcik Joon terus dipukul teruk. 

"Tolong! Berhenti!" 

Janggut Pakcik Joon dicengkam sehingga dia mendongak memandang lelaki yang memukulnya. "Dulu bukan main janji lagi. Kau nak bayar hutang lepas isteri kau dah sihat. Sekarang isteri sudah mati. Hutang tak nak bayar!" 

"Nanti aku ba--" Pakcik Joon dipukul lagi sehingga lemah orang tua itu.

"Weh! Dia orang tua kot! Boleh bincang elok-elok kan?!" Yoongi mencelah. Lelaki tadi berpusing menghadap Yoongi dan berjalan perlahan mendekatinya.

"Kalau tak tau hujung pangkal, jangan masuk campur!" Lelaki itu terus menumbuk Yoongi. Jimin pula baru saja ingin membalas, lelaki tadi sudah mengacukan pistol ke arahnya. Jimin mengundur ke belakang.

"Ambil duit Namjoonin dan dua orang budak tak guna ni." arah lelaki itu kepada pengikutnya. Setelah itu, mereka berlari pergi dari situ. Akan tetapi, pihak polis yang baru saja tiba sudah mengepung mereka. Mereka ditangkap.

Jimin dan Yoongi segera mendapatkan Pakcik Joon yang sudah hampir pengsan. "Pakcik Joon, bertahanlah!"

🍋

Junghwa mengelap bingkai gambar terakhir yang selama ini diletakkan di atas rak televisyen. Dia tersenyum hambar. Selepas ini, dia akan dilepaskan oleh Jungkook. Junghwa memeluk gambar itu seerat-eratnya. Seolah-olah, dia takkan melihat gambar itu lagi.

Sayang, hatinya masih sayangkan Jungkook. Tipulah kalau dia dapat melupakan Jungkook hanya dalam satu malam saja.

Lelaki yang dia tunggu bertahun-tahun untuk mengingatnya kembali, tak lama lagi akan berpisah dengannya.

Perasaan marah dan benci menguasai diri. Junghwa berkeras juga. Ingin lupakan Jungkook. Hatinya sakit. 

Junghwa memasukkan bingkai gambar dia dan Jungkook itu ke dalam kotak. Kemudian, kotak itu ditutup, diikat menggunakan tali.

Segala gambar atau kenangannya bersama Jungkook, dia simpan. Dia ingin mulakan hidup baru. Junghwa cuba untuk melupakan Jungkook. Sebab itulah, dia buang semua kenangan manis bersama suami yang tak lama lagi akan menjadi bekas suaminya.

Tiba-tiba, loceng rumahnya berbunyi tanda ada orang datang. Junghwa melangkah malas ke pintu rumahnya.

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Jungkook berdiri di hadapannya, bersama bagasi di sisi. Daniel berdiri di belakangnya.

Junghwa memandang Jungkook tajam. "Awak nak apa?" tanya Junghwa perlahan.

"Junghwa, lepas ni, dia akan tinggal dengan awak." balas si Daniel.

"Eh Daniel! Aku tanya Jungkook bukan kau!" marah Junghwa. Daniel hanya mendiamkan diri.

"Junghwa, izinkan saya tinggal di rumah kita?" tanya Jungkook lembut.

Junghwa menggelengkan kepalanya. "Saya takkan benarkan awak duduk sebumbung dengan saya. Lagipun, rumah ni saya akan jual." jelas Junghwa. Jungkook selangkah ke depan menghampiri Junghwa.

"Junghwa, kenapa awak buat saya macam ni? Besar sangat ke salah saya? Junghwa, saya hilang ingatan tau! Saya bukan sengaja tinggalkan awak!" tengking Jungkook. Air matanya menitis.

"Jungkook! Saya tak nak hidup dengan awak lagi! Keputusan saya muktamad! Saya nak awak lepaskan saya!" Junghwa menengking Jungkook.

"Junghwa, tolonglah bagi peluang kepada saya. Saya merayu." Jungkook tidak dapat menahan tangisannya. 

"Minggu depan datang mahkamah. Kita selesaikan di sana." Junghwa terus menutup pintu rumah itu dan menguncinya. Dia terduduk di sebalik pintu. Tangisan yang ditahannya tadi, dilepaskannya.

Ya, dia lemah apabila berhadapan dengan Jungkook. Dia tak sanggup berpisah. 

Jungkook menarik beg roda yang berisi pakaiannya, keluar dari kawasan rumah itu. Hatinya kecewa. Kecewa dengan isterinya yang bertindak tanpa ada rasa simpati padanya.

🍋

HAA PADAN MUKA PAKCIK JOON!

BTW, Junghwa tak nak Jungkook dah tu. Korang amik la Jungkook buat suami.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro