Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

23 ♡

Tangan Jungkook berpaut pada bahu Junghwa. Junghwa membawa Jungkook masuk ke dalam rumah Jungkook. Dia baru saja pulang dari klinik. Doktor kata, Jungkook demam panas. Mungkin badan terlampau penat, fikiran sangat stres. Hal ini membuatkan Jungkook menjadi tekanan lalu demam.

Tombol pintu rumah Jungkook dipulas perlahan. Junghwa menolak pintu rumah tersebut. Tubuh badan Jungkook yang lemah dipapahnya. Perlahan-lahan kaki melangkah menuju ke arah ruang tamu.

Jungkook ditolak baring ke atas sofa di ruang tamu. Matanya terpejam rapat menahan sakit di kepala. Junghwa yang berasa bimbang, bangun berniat menuju ke dapur untuk mengambil air kosong.

Tapi, langkahnya terhenti apabila tangan Jungkook menahannya. "Awak nak pergi mana?" tanya Jungkook dalam keadaan lemah.

Junghwa menundukkan sedikit badannya. Tangannya naik mengusap dahi Jungkook. Rambut lelaki air biru itu diusap perlahan sambil bibir tersenyum kecil.

"Saya nak pergi ambil air sekejap. Awak rehat dulu." kata Junghwa lalu pergi ke dapur. Gelas yang kosong dan bersih dicapai, air diisi. Kemudian, Junghwa berjalan kembali ke ruang tamu.

"Jungkook, bangun sayang. Makan ubat lepas tu rehat ok? Saya buatkan bubur untuk awak kejap lagi eh?" Jungkook hanya menuruti arahan Junghwa. Beberapa pil ditelannya kemudian lidah yang pahit dibilas dengan air tadi.

Jungkook baring di atas sofa dan memejamkan matanya. Junghwa berfikir untuk naik ke bilik Jungkook. Dia ingin mengambil kain untuk mengelap dan membasahkan badan Jungkook.

Tangga dipanjat Junghwa menuju ke tingkat atas. Pintu bilik Jungkook dibuka, dia berjalan ke almari baju Jungkook.

Laci almari bahagian bawah ditariknya. Mata Junghwa meliar mencari sehelai kain. Tiba-tiba, dia ternampak sekeping sijil bersaiz A4. 

Air matanya menitis. Dia terduduk kaku. Nafasnya mula tidak teratur. Tangannya menggigil.

Junghwa berasa seolah-olah sedang mimpi. Dia tidak percaya dengan apa yang dia lihat.

Marriage Certificate

This certifies that

Jeon Jungkook
&
Shin Yuna

were united in marriage on

November 15, XXXX

Junghwa menangis teresak-esak. Dia menggenggam sijil itu dengan kuat sehingga hampir ronyok dan koyak. Apa semua ini?

Junghwa turun ke tingkat bawah menuju ke ruang tamu. Dia terus menengking Jungkook sambil air matanya mengalir. Sedih bercampur kecewa bercampur marah.

"Jeon Jungkook! Apa semua ni?!" Junghwa menunjukkan sijil kahwin kepada Jungkook. Jungkook terkejut dan membangunkan dirinya. Tangan Junghwa cuba dipegangnya. Tetapi, ditepis Junghwa. Jungkook berdiri.

"Ju-Junghwa, saya boleh jelaskan.." kata Jungkook perlahan.

"Jelaskan apa lagi?! Sampai hati awakkan? Awak dah kahwin?! Kenapa awak buat macam ni kat saya?!" Tarikh itu, hampir genap 3 tahun. Maknanya, Jungkook dan Yuna sudah berkahwin hampir 3 tahun.

Jungkook cuba memegang bahu Junghwa. "Jangan sentuh saya!" jerit Junghwa. Dia mencampakkan sijil tersebut ke atas lantai.

"Junghwa... Saya tak ada niat nak mainkan hati awak. Saya buat semua ni bersebab. Bagi saya jelaskan dulu." kata Jungkook lembut. 

"Saya tak nak dengarlah! Kalau saya tahu, saya tak kenal awak lagi baguslah! Saya takkan ganggu awak!" tengking Junghwa lagi.

Tiba-tiba, ada seseorang keluar daripada bilik di tingkat bawah. Orang itu menghampiri Junghwa dan Jungkook.

Yuna orangnya.

"Kenapa ni Junghwa, Jungkook?" tanya Yuna. 

PANG!

Junghwa lantas menampar pipi Yuna. Yuna jatuh terduduk. Yuna memegang pipinya yang sakit. Dia terkejut dengan tindakan Junghwa.

"Puas hati kau Yuna?! Selama ni aku anggap kau kawan! Tapi, kau tikam belakang aku!" tengking Junghwa. 

Yuna cuba memeluk kaki Junghwa. Dia menangis. "Junghwa... Semua ni bukan apa yang kau fikir--" Junghwa menendang tangan Yuna. 

"Jangan nak bagi alasan lah! Kau dengan Jungkook ni sama je! Memang patut pun korang kahwin! Dua-dua penipu! Apa korang fikir aku ni patung ke ha?! Tak ada hati dan perasaan?!" jerit Junghwa lalu keluar dari rumah Jungkook. Jungkook dan Yuna mengejar Junghwa. 

"Junghwa! Tolong bagi saya jelaskan!" Jungkook cuba memujuk Junghwa.

Tiba-tiba, kaki Jungkook tersadung lalu terhantuk pada lantai halaman rumahnya. Kepalanya berdarah. Matanya semakin kabur. Tetapi, dia sempat mendengar kata-kata Junghwa buat kali terakhir sebelum pandangannya menjadi gelap.

"Yuna! Kau lupa ke yang Jeon Jungkook tu masih suami aku?!" 

🍋

Daniel menggigit jarinya. Dia memandu keretanya menuju ke rumah Jungkook. Ada hal yang ingin dibincangkannya. 

Daniel ingin menjelaskan hal sebenar kepada Jungkook. Dia tak mahu melihat Junghwa terseksa dengannya. Jadi, dia ingin menyatukan Junghwa dan Jungkook semula. 

Jungkook, aku akan beritahu hal sebenar.

Lokasi kediaman Jungkook semakin dekat. Tiba-tiba, Daniel ternampak dua orang perempuan sedang bergaduh di tengah jalan, di hadapan rumah Jungkook. Daniel terkejut apabila mengenal pasti orang itu.

Junghwa dan Yuna. 

Kenapa mereka bergaduh?

Daniel pantas memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia turun dari kereta dan berlari menuju ke arah mereka. 

Daniel menahan Junghwa daripada memukul Yuna. Junghwa kelihatan seperti orang meroyan. Wajahnya basah dengan air mata. Tubuh Daniel ditolak Junghwa ke tepi.

"Aku benci kau Yuna! Kau rampas suami aku! Kau ambil kesempatan atas aku!" jerit Junghwa. 

"Dah la tu! Jangan bergaduh boleh tak?!" jerit Daniel. Tapi, dia yang dipulau.

Yuna cuba memegang tangan Junghwa tetapi ditepisnya. "Junghwa, tolonglah bagi aku terangkan semuanya! Ada sebab kenapa aku kahwin dengan Jungkook!" kata Yuna.

"Aku tak nak dengarlah penjelasan kau tu perempuan tak tahu malu! Kau rampas milik aku! Apa muslihat kau sebenarnya Yuna?! Kau nak pisahkan aku dengan Jungkook kan?! Itu yang kau nak kan?!" Junghwa menengking Yuna lagi. Yuna menggelengkan kepalanya berulang kali. Dia menangis.

"Sebab ni jugak la kau tak pernah benarkan aku ke rumah kau!" tambah Junghwa lagi.

"Tak, bukan macam tu Junghwa. Aku bukan perampas! Aku bukan nak pisahkan kau dan Jungkook." kata Yuna.

"Apa dosa aku kat kau Yuna?! Apa yang kau tak puas hati dengan aku?! Kau dengan Daniel pakat nak pisahkan kami kan?!" Junghwa menuduh Yuna. Yuna menggeleng laju. Air matanya tak berhenti mengalir.

"Aku tak ada niat buruk pada kau, Junghwa. Aku sendiri pun tak nak semua ni jadi! Dengarlah dulu penjelasan aku!" balas Yuna. Sekali lagi dia cuba menyentuh tangan Junghwa tapi laju Junghwa menepis.

Daniel sudah buntu. Dia tidak tahu cara untuk meleraikan pergaduhan mereka berdua. Mata Daniel terpandang pada susuk tubuh Jungkook yang terbaring kaku di tengah halaman rumahnya. Kepalanya tidak berhenti mengalirkan darah pekat.

Daniel segera menerpa ke arah Jungkook. Pipi Jungkook ditepuk, cuba untuk menyedarkan lelaki itu. Jungkook masih diam tidak sedarkan diri. Darah yang mengalir ditekap menggunakan tangannya.

"Jungkook! Bangun Jungkook!"

Sementara itu, ada seorang pemandu mabuk melalui kawasan itu. Kereta yang dipandunya terhuyung-hayang. Kehadirannya masih tidak disedari oleh Junghwa dan Yuna. Yuna dan Junghwa sibuk bergelutan di tengah jalan. 

Pin! Pin!

Daniel memandang ke arah bunyi hon kenderaan itu. Matanya membulat. Dia ternampak satu susuk tubuh dilanggar dengan kuat. 

Siapa yang kena langgar?

🍋


HAI KAWAN KAWAN!

Dah berapa bulan dah Bikot tinggalkan ff ni? :)

ipg punya assignments macam takde hari esok TAPI ALHAMDULILLAH DAH HABIS HAA LEGA AKU

Lepas ni Bikot active macam biasa YEAYY

Nahh Bikot belanja sesuatu 👇🏻👇🏻







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro