21 ♡
Dua hari selepas kejadian yang tak dijangka di Nasi Ayam YoonMin, batang hidung Yoongi dan Jimin langsung tidak kelihatan. Terus menghilang. Ke manalah mereka pergi? Hidup ke? Mati ke? Berniaga di tempat lain ke?
Setelah orang kampung balik, Yoongi dan Jimin berlari lintang-pukang meninggalkan pasar malam itu. Sampai sekarang, tak nampak-nampak. Kelibat berkeliaran di kawasan pasar malam pun tak ada. Macam kena sorok bunian.
Jungkook memandang sayu ke arah gerai mereka. Kadang-kadang sunyi pula bila tak ada orang cari pasal dengannya. Walaupun selama ini Yoongi dan Jimin banyak berlaku jahat pada Jungkook, tapi, jauh di sudut hati Jungkook, dia masih ada rasa simpati terhadap nasib yang menimpa mereka adik beradik.
Memang kesalahan dua beradik itu besar. Mencuri ayam penduduk kampung. Tapi, tindakan orang kampung memukul mereka, menghancurkan gerai mereka dan mencuri van mereka langsung tidak rasional.
Jungkook berniat untuk membantu mereka. Dia mahu membayar segala ganti rugi kepada orang kampung. Dia tidak kisah dengan jumlah wang yang perlu dibayar. Besar atau kecil nilai ganti rugi, Jungkook tetap mahu menolong Yoongi dan Jimin.
Pakcik Joon menepuk bahu Jungkook perlahan, Jungkook tersentak lalu memusingkan badannya menghadap Pakcik Joon yang selama ini dianggap seperti ayahnya sendiri.
"Kenapa Pakcik Joon?"
"Betul ke Kook nak bayar semua kat penduduk kampung tu?" soal Pakcik Joon.
"Iyoooo. Kook tak main-main. Kook memang nak tolong Yoongi dan Jimin." kata Jungkook.
"Tapi Kook, Pakcik Joon dengar, ayam yang diorang curi tu, kalau dicampurkan, nilai wang dia besar. Kook mampu?" balas Pakcik Joon. Bukan dia mahu menghalang Jungkook daripada membantu Yoongi dan Jimin, tapi, dia risau jika Jungkook tak mampu bayar, Jungkook yang akan susah nanti.
Tak pasal-pasal nanti Jungkook yang kena pukul. Nanti siapa nak tolong Pakcik Joon di gerai nanti kalau Jungkook tak ada?
"Tak apa, Pakcik Joon. Kook mampu. Kook boleh bayar." jawab Jungkook tenang.
"Kalau macam tu, Kook bantulah sejauh mana yang Kook mampu bayar. Kalau tak boleh atau rasa tak sedap hati, jangan paksa diri." pesan Pakcik Joon. Jungkook mengangguk faham.
"Okaylah, Pakcik Joon. Kook pergi ke kampung diorang tu dulu eh? Kalau larat, bancuh blue lemon lagi ataupun tunggu je la Kook. Biar Kook buat." kata Jungkook. Dia masuk ke dalam van.
Jungkook memandu vannya menuju ke kampung tersebut manakala Pakcik Joon sibuk mencari sebotol minyak anginnya. Tiba-tiba, badan berasa lenguh. Haih.
🍋
Van Jungkook dipandu keluar dari kampung. Segala ganti rugi sudah berjaya dibayarnya. Sebelum Jungkook membayar duit kepada penduduk kampung, Jungkook membuat satu perjanjian. Orang kampung bersetuju.
Perjanjian apa? Perjanjian di mana orang kampung takkan mengganggu kehidupan Yoongi dan Jimin lagi sebaik saja Jungkook membayar ganti rugi.
Baiknya Jungkook. Orang buat taik pun dia masih sudi membantu. Boleh buat suami ni.
Jungkook menghela nafas. Dia tersenyum kecil. Lega hatinya semua masalah si comel dua ketul itu sudah selesai.
Cuma, dia berasa kurang senang apabila dia tak dapat melawat Yoongi dan Jimin. Dia sebenarnya tak tahu di mana mereka berada. Entah hidup atau tidak.
Kini, Jungkook berhajat mahu mencari Yoongi dan Jimin. Dia mahu memberitahu segala ganti rugi sudah pun dibayarnya supaya hati mereka tidah resah lagi. Mereka boleh meneruskan hidup dalam keadaan tenang. Jungkook tahu, mesti mereka berada dalam keadaan takut dan trauma sekarang.
Sementara itu, Pakcik Joon sedang mengemas gerainya supaya kelihatan bersih. Sementara tidak ada pelanggan lagi, bolehlah dia membersih sekejap.
Kalau Jungkook tak ada, memang pelanggan jarang singgah. Kebanyakan daripada pelanggan mereka beli air sebab nak try Jungkook je. Pakcik Joon pula, hmmmm, tak ada sorang pun sudi nak try.
Tiba-tiba, mata Pakcik Joon ternampak sekeping kad bersaiz kecil. Seperti identity card. Kad itu berada di kawasan gerai Yoongi dan Jimin.
Pakcik Joon mengambil kad itu. Memang betul ianya identity card!
"Park Jimin..." ucap Pakcik Joon, membaca nama yang tertera pada kad itu.
🍋
Junghwa melipat pakaian Daniel kemudian dimasukkan ke dalam sebuah beg kain. Hari ini, Daniel sudah boleh keluar. Dia sudah semakin sembuh. Tapi, doktor berpesan supaya Daniel masih lagi perlu menjaga pemakanannya kerana luka pada perutnya agak dalam.
Junghwa menggelengkan kepalanya lalu mengeluh. Dia puas memikirkan kebodohan Daniel. Cuai sampai tertikam diri sendiri.
"Bebalnya dia ni." kata Junghwa perlahan.
Pintu wad Daniel dibuka. Daniel melangkah masuk sambil tangan memegang plastik berisi ubat. Daniel duduk di atas katil pesakit.
"Junghwa, terima kasih sebab sudi bayarkan bil hospital saya." ucap Daniel.
"Yelah." jawab Junghwa tanpa memandang Daniel.
Tangan Junghwa yang lincah mengemas, dipegang oleh Daniel. Junghwa mengangkat kepala memandang Daniel. Keningnya diangkat.
"Sa-saya nak minta sesuatu." kata Daniel. Junghwa masih mendiamkan dirinya.
"Bo-boleh tak hari ni, kita jadi macam pasangan bahagia lain? Sebelum kita teruskan keputusan kita?" pinta Daniel. Kening Junghwa hampir bercantum.
"Hari ni je Junghwa. Sa-saya sayangkan awak. Selama saya bersama awak, saya tak pernah rasa macam pasangan lain rasa. Rasa bahagia." jelas Daniel. Junghwa masih tidak memberi sebarang jawapan.
"Saya janji lepas tu saya akan lupakan.. awak. Saya.... janji." tambah Daniel lagi.
Janji nak lupakan Junghwa? Ingat senang ke nak lupakan orang yang kita sayang? Daniel tu bukannya robot.
Junghwa memberi senyuman kecil. Dia mengangguk setuju.
🍋
Junghwa dan Daniel berjalan masuk ke dalam sebuah mall. Buat pertama kalinya, mereka berjalan berpegangan tangan. Seolah-olah macam pasangan bercinta yang lain.
Junghwa memandang Daniel sekilas. Wajah lelaki itu kelihatan sangat gembira dan bahagia. Tidak seperti sebelum ini, muram saja. Lagi-lagi, bila dia tahu Junghwa bersama dengan Jungkook.
Daniel menghayunkan tangannya, tangan Junghwa turut terikut sekali. Mereka berdua berjalan menuju ke sebuah kedai ais krim. Katanya tadi, Daniel teringin nak makan ais krim.
"Daniel, lepas ni kau nak pergi mana?" tanya Junghwa sementara menunggu pesanan ais krim mereka.
"Saya? Saya mungkin tak duduk sini lagi." jawab Daniel sambil menundukkan kepalanya. Junghwa merenung Daniel lama. Terdetik hatinya rasa simpati terhadap lelaki itu.
"Kenapa?"
"Saya takut kalau saya ganggu awak dan Jungkook lagi." balas Daniel lalu tersenyum kekok.
"Daniel, boleh tak jangan sebut nama Jungkook? Hari ni kan hari kita berdua je." tegur Junghwa. Dahinya berkerut.
Lama kemudian, Daniel tersenyum. Terasa bahagia apabila Junghwa berkata begitu. Tapi, dia tahu, Junghwa tak ikhlas pun.
Kalaulah semua ni betul. Bukan pura-pura.
Seketika kemudian, pesanan mereka siap. Junghwa dan Daniel menikmati ais krim mereka sambil berbual rancak, terselit sekali tawa mereka berdua.
Tiba-tiba, tangan Daniel memegang dagu Junghwa. Junghwa terkejut dengan tindakan lelaki itu. Daniel mendekatkan wajahnya dengan Junghwa. Junghwa seakan terpaku.
Lama Daniel merenung anak mata Junghwa. Dia tertawa kecil kemudiannya. Daniel mencapai tisu lalu mengelap hujung hidung Junghwa yang tercalit sisa ais krim.
"Ish! Dah besar pun makan sampai comot lagi." gurau Daniel. Junghwa ketawa sambil tangan memukul perlahan bahu Daniel.
"Eee! Dia ni kan!"
Sementara itu, gelagat mereka sudah diperhati lama oleh Jungkook. Jungkook berasa sakit hati apabila Junghwa kelihatan mesra bersama Daniel. Kenapa tiba-tiba? Sebelum ini mereka berdua berkelakuan dingin saja.
"EEE! Kenapa diorang rapat semacam je?" gumam Jungkook perlahan.
"Jungkook! Aku dah beli barang dah!" kata Yuna sambil melangkah keluar daripada sebuah farmasi. Jungkook mengangguk lalu berlalu pergi dari situ bersama Yuna.
🍋
Pintu kaca bertanda 'Tolak' ditolak oleh Junghwa. Tangan Daniel ditarik menuju ke arah kaunter kedai itu. Sekarang, mereka berdua berada di butik perkahwinan.
"Aku budak girl. Yang pantang menyerah~" Sutun menyanyi sambil menyapu lantai butiknya. Junghwa dan Daniel hanya memerhati Sutun daripada jauh.
Tiba-tiba, Hobi yang kini sudah menjadi lelaki sejati, menjerit memanggil Sutun.
"Woi Sutun! Tu ha ada customer!" keluar suara jantan Hobi.
Sutun berpaling ke arah Junghwa dan Daniel. Dia tersenyum malu. Mesti mereka berdua sudah dengar nyanyian sumbang Sutun. Penyapu tadi disandarkan pada dinding.
"Ye Encik Daniel, Cik Junghwa. Ada apa yang boleh kami bantu?" soal Sutun dengan penuh beradab, senyuman di bibir terukir manis.
Junghwa memandang Daniel sekilas. Daniel menundukkan kepalanya. Tiba-tiba, dia berasa tidak sampai hati. Tapi, dia tak nak teruskan semua ini. Dia hanya mahukan Jungkook dalam hidupnya. Bukan Daniel!
Lagipun, Daniel sudah berjanji mahu lepaskan Junghwa. Dia sudah insaf sepenuhnya. Dia tak mahu mengganggu Junghwa lagi.
"Kami nak batalkan perkahwinan kami."
🍋
JUNGHWA TU TAK MENYESAL KE PUTUS TUNANG DENGAN DANIEL?!
Kejar sangat Kook, sekali kena reject. PODAHHHHH.
Jangan lupa vote + comment! ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro