Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

20 ♡

Dahyun menggaru-garu kepalanya yang dilapik dengan tudung. Fikirannya semakin hari semakin serabut. Eunwoo, suaminya sejak 20 tahun dulu, memandang Dahyun yang dengan riak wajah hairan.

Entah apalah isterinya itu fikirkan. Sejak dua tiga bulan ini, tak senang duduk dibuatnya.

"Cik Dahyun oi! Fikir apa tu? Saya tengok awak ni macam serabut je." kata si suami yang sedang mencuci motosikal.

"Abang! Abang tak perasan ke?! Reban ayam kita ni makin lama ayamnya makin sikit." Dahyun menghampiri Eunwoo. Kain yang disidainya, diletakkan semula ke dalam bakul.

"Itulah, abang pun perasan. Bukan reban kita je, reban seluruh orang kampung ni pun ayamnya banyak hilang. Anak ayam je yang tinggal." Eunwoo bercakap sambil mengangguk. Dia sambung menyental tayar motosikalnya menggunakan spongebob.

"Hmm, siapalah yang curi ayam kita semua ni ye?" soal Dahyun pada dirinya sendiri.

Tiba-tiba, ada seorang lelaki memakirkan motosikalnya di hadapan rumah Dahyun dan Eunwoo. Wajahnya jelas menampakkan dia ada hal penting yang perlu diberitahu. Kamera yang terletak dalam bakul motosikal diambilnya.

"Huh! Huh! Makcik Dahyun! Pakcik Eunwoo! Saya ada benda nak bagitau ni!" kata Taeyong yang dalam keadaan tergesa-gesa.

"Ada apa?" tanya Eunwoo.

"Saya dah tahu dah kenapa ayam kat kampung kita ni hilang!" kata Taeyong membuatkan Dahyun ingin tahu lebih lagi.

"Ha kenapa? Ayam kita kena curi ke?! Kalau ya, siapa yang curi?!" tanya Dahyun bertubi-tubi.

"Nah!" Taeyong menghulurkan kameranya kepada Eunwoo.

Flashback

Taeyong menunggang motosikal menuju ke arah rumahnya. Dia baru saya habis syif malam bekerja di 7 Eleven. Dia melalui di hadapan sebuah kawasan reban ayam. 

Dia memperlahankan motosikalnya apabila dia ternampak dua orang lelaki meletakkan beberapa ekor ayam ke dalam sebuah sangkar. Kemudian, sangkar itu diletakkan ke dalam van. 

Taeyong membawa keluar kameranya. Dia merakam segala perbuatan dua orang lelaki itu.

Tiba-tiba, seorang lelaki berhenti daripada melakukan kerjanya. Dia berdiri tegak memandang Taeyong. Jari ditunding ke arah Taeyong yang masih lagi merakam perbuatan mereka.

"Tolong jangan rakam!"

End of Flashback

"Dan saya pun tahu siapa dua orang tu dan kat mana diorang berniaga." kata Taeyong sambil mengangkat keningnya. Dia tersenyum bangga.

"Kalau macam tu, kita serang diorang!" kata Dahyun dengan bersemangat.

🍋

Tangan Junghwa mencapai telefon pintarnya. Nombor telefon kawan baiknya, Yuna, didail. Junghwa cuba menghubungi Yuna tetapi gagal.

"Mana dia ni?" tanya Junghwa sendirian.

Junghwa mencuba lagi buat kali ketiga. Akhirnya, Yuna menjawab panggilannya.

"Hello?"

"Woi! Yuna, teman aku boleh?" 

"Pergi mana?"

"Pergi jumpa Jungkook kat tempat dia. Jomlah! Sambil tu aku boleh kenalkan kau kat Pakcik Joon! Tua pun still awet muda!"

"Kepala otak kau! Hmm. Tak boleh la Junghwa. Aku busy ni. Ada hal kat luar."

"Alaa. Ok la." Junghwa mematikan panggilannya. Bibirnya dimuncungkan.

🍋

Junghwa melangkah masuk ke dalam pasar malam. Sekarang jam menunjukkan pukul 7 petang. Peniaga di sini masing-masing sibuk bersiap sedia dengan bahan yang mereka mahu jual.

Junghwa baru saja pulang daripada melawat Daniel di hospital. Sekarang, dia berniat untuk ke gerai Jungkook. Selepas ini, tiadalah syaiton yang akan mengganggunya lagi! Junghwa tersenyum gembira. 

Hanya tinggal beberapa tapak lagi ke gerai Jungkook, Junghwa ternampak sesuatu yang membuatkan hatinya menjadi sakit. Langkah Junghwa terhenti. 

Junghwa ternampak Jungkook dan Yuna bergelak ketawa menyusun balang air di atas meja.

Air mata Junghwa bertakung. Yuna mesra dengan Jungkook? Apa hubungan Yuna dan Jungkook selama ini? 

Junghwa dengan hati yang terluka, berlalu pergi dari pasar malam. Hatinya yang penuh tanda tanya, berbisik sesuatu,

"Kenapa diorang rapat sangat?"

"Diorang ada apa-apa ke?"

"Jangan-jangan, Yuna rampas Kook. Tapi, takkanlah Yuna sanggup buat macam tu kat aku."

Junghwa mula berfikir bukan-bukan.

🍋

Jungkook melambaikan tangannya ke arah Yuna. Yuna pulang ke rumahnya setelah selesai membantu Jungkook. Jungkook duduk di sebelah Pakcik Joon di atas bangku. 

"Junghwa dah lama tak datang sini, kan Kook?" tanya Pakcik Joon. 

"Entah, dia busy kot. Sebab, dengar cerita bakal suami dia masuk hospital." kata Jungkook. Malas dia mahu memberitahu hal sebenar secara terperinci. Tak pasal-pasal, Pakcik Joon terkejut terus masuk hospital.

Pakcik Joon hanya mengangguk kepala.

Sementara itu, Yoongi dan Jimin sedang sibuk dengan nasi ayam mereka. Seperti biasa, kerja-kerja memotong ayam, Yoongi yang uruskan. Sementara Jimin, menyusun salad ke dalam bungkusan nasi ayam.

Tiba-tiba, ada sekumpulan orang kampung datang ke gerai YoonMin.

"Haaa inilah orangnya! Dua beradik ni!" jerit Taeyong. Kelihatan orang kampung membawa senjata seperti kayu, parang, besi dan obor api.

Jimin tersenyum lebar. Tak sangka ada pelanggan ramai! Bolehlah dia belagak dengan si Jungkook tuu!

"Eh! Nak beli nasi ayam eh? Ha pilih nak bahagian mana? Hyung! Kita ada pelanggan, hyung!"

Yoongi berhenti memotong ayam. Dia mendekati Jimin. Wajahnya menjadi takut.

"Takkan nak beli nasi ayam sampai bawak kayu, api, besi bagai." kata Yoongi perlahan.

"SERANG!" jerit Taeyong. Orang kampung itu tadi meruntuhkan gerai YoonMin. Yoongi dan Jimin dipukul dengan teruk. Kanopi gerai mereka berdua juga dibakar. Mujur tak kena gerai lain.

"Aduhh!" 

"Pijak dia!"

"Jangan! Tolong!"

"Saya minta maaf!"

"Tiada maaf bagimu! Nah! Makan kasut sekolah yang aku tak basuh 15 tahun!"

"AAAA!"

Orang kampung terus memukul Yoongi dan Jimin. Dahyun memijak-mijak kepala Jimin menggunakan selipar jepun yang dipakainya.

Eunwoo pula terbalikkan semua meja. Van putih milik Yoongi dan Jimin dipandu oleh orang kampung lain pergi dari situ. Taeyong merakam setiap kejadian yang berlaku.

Suasana menjadi semakin huru-hara. Pasar malam itu menjadi tempat tumpuan orang ramai. Tetapi, mereka hanya mampu melihat dan merakam. Bantuan langsung tidak dihulurkan kerana bimbang dipukul dengan orang kampung juga.

Hanya seorang saja berani ke hadapan, membantu Yoongi dan Jimin yang sedang dipukul teruk-teruk.

Ya, orang itu Jungkook. 

"WOI! WOI! BERHENTI!" jerit Jungkook dengan kuat. Semua orang kampung berhenti memukul mereka dua-beradik.

"Apa dah jadi ni?!" tanya Jungkook kepada orang kampung.

"Apa dah jadi?! Woi budak! Setan dua ketul ni curi ayam kami! Ayam kami disembelih lepas tu dorang jual nasi ayam!" jelas Dahyun kepada Jungkook.

Jungkook memandang Yoongi dan Jimin yang terkulai lemah, dipukul sehingga badan mereka lebam, luka dan mungkin ada bahagian anggota yang patah.

"Betul ke Yoongi, Jimin?"

"Betul! Memang kami yang curi! Kami minta ampun!" Jimin melutut di hadapan orang kampung, meminta maaf.

"Ha nampak! Dia dah mengaku! Serang lagi!" sampuk Taeyong. Baru saja orang kampung mahu serang, Jungkook menghalang mereka lagi. Pakcik Joon mengangkat tangan sebagai tanda suruh berhenti. Nak jerit, tak mampu.

"Sabar! Bawa bertenang boleh tak?!" kata Jungkook garang.

"Bertenang?! Bertenang pungkook kau! Habis, ayam kami yang hilang tu kau nak bayar?!" kata Eunwoo.

Jungkook terdiam seketika. Dia memandang Yoongi dan Jimin sekilas. Kelihatan dua-beradik itu menangis teresak-esak sambil berpelukan.

"Saya akan bayar."

🍋


Haaa balasan untuk YoonMin!

Padan mukaaaa!

Tapi, Kook sibuk nak tolong, kalo bikot biarkan je diorang tergantung sepi.

🔊Oh, Bikot ada dua benda nak bagitau.

1. Blue Lemon dah nak habis. Kurang daripada 10 chapter.

Rasa sedih pulak :( 

2. Bikot lupa letak gambar ni kat chapter birthday Kook. (Padahal boleh je edit kt chapter tu)

Takpe nak selit kat sini gak!

Jangan lupa vote+comment! ❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro