Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

14 ♡

Sudah masuk 2 minggu sejak kejadian Yoongi tidak sengaja mencederakan lengan Jungkook. Perniagaan mereka masih berjalan seperti biasa. Yoongi dan Jimin pun senyap, mendiamkan diri saja selepas kejadian tersebut. Mereka tidak mengganggu Jungkook lagi. Insaf kot. 

Tangan Jungkook pun semakin hari semakin pulih. Balutan luka pada lengannya itu pun sudah dibuka. Tapi itulah, masih lagi terdapat parut. Dia kalau ada parut pun masih kacak. 

Pakcik Joon pula sudah semakin sembuh. Dia sudah boleh keluar wad pada minggu lepas. Tapi, Jungkook masih tak membenarkan Pakcik Joon melakukan kerja yang berlebihan. Bimbang berlaku seperti dulu.

Junghwa pula, selepas saja tutup Tadika Sepah, dia terus ke gerai Jungkook. Dia sukarelanya membantu lelaki air biru idamannya itu berniaga air. Bukan tolong sangat sebenarnya, menggatal je lebih.

Daniel? Sudah lama dia menyepi. Menurut Junghwa, Daniel ada kerja di luar negeri. Baguslah. Duduk situ terus pun tak apa.

Jungkook mengisi air blue lemon ke dalam plastik. Kemudian, diletakkan di hadapan balang air. Senang kalau ada pelanggan yang mahukan air blue lemon dalam plastik, boleh terus ambil.

Tiba-tiba, datang seorang wanita yang cantik, punca Pakcik Joon pengsan dulu. Mak Jinah.

"Ye, Mak Jinah. Nak cup ke plastik?" tanya Jungkook. Dia memandang wajah Mak Jinah yang kelihatan muram saja. Entah kenapa. Mungkin ada hal yang tak kena.

Mak Jinah tidak menyahut. Dia diam membisu.

"Hmmphh!!" tiba-tiba saja Pakcik Joon berbunyi. Dia mengalihkan pandangannya ke belakang gerai. Merajuk. Tangannya disilangkan.

Mak Jinah memandang Pakcik Joon sekilas. Mesti orang tua tu marah sangat. Kemudian, dia memandang Jungkook lalu berkata,

"Mak Jinah nak minta maaf pada Pakcik Joon kamu. Mak Jinah tak tahu pulak sebab Mak Jinah, Pakcik Joon masuk hospital. Mak Jinah minta maaf sangat." terang Mak Jinah. Jungkook mengangguk lalu tersenyum kecil.

"Ni pun Mak Jinah tau sebab dah viral kat Facebook. Ramai orang tag Mak Jinah." tambah Mak Jinah lagi. Kepala ditunduk murung.

"Ramai orang kecam Mak Jinah! Huwaaaa!" Mak Jinah menghembus hingusnya pada baju Jungkook.

"Tak apalah, Mak Jinah. Pakcik Joon dah sembuh. Lagipun, bukan salah Mak Jinah. Benda nak jadi kan?" Jungkook cuba menenangkan hati Mak Jinah yang sarat dengan rasa bersalah dan tidak tenang. Dia pasti Mak Jinah akan menyalahkan diri sendiri.

Pakcik Joon menoleh ke sisinya sekejap lalu cepat-cepat memandang ke arah belakang gerai. Tubuhnya dipeluk dengan lagi kuat. Tidak lupa, mulut dimuncungkan. Dah rupa itik dah. Itik berjanggut sotong.

"Nak blue lemon satu." pesan Mak Jinah. Jungkook pantas mengisi air blue lemon ke dalam cawan.

"Nah, Kook bagi free je!" kata Jungkook. Mak Jinah tersenyum lalu mengucapkan terima kasih. Dia berlalu pergi. 

Jungkook menoleh ke arah Pakcik Joon yang sedang merajuk. Dia tergelak kecil dengan gelagat Pakcik Joon. Macam nyanyuk pun ada.

"Dia dah pergi la, Pakcik Joon." kata Jungkook. Perlahan-lahan Pakcik Joon memusingkan badannya. Matanya mengintai bahagian hadapan gerai, takut-takut kalau ada Mak Jinah lagi.

Pakcik Joon menghentakkan kakinya. "Tak nak pun Jinah pujuk Pakcik Joon!" kata Pakcik Joon. Dia memuncungkan bibirnya.

Jungkook tergelak besar. Terhibur dengan Pakcik Joon. "Pakcik Joon ni macam-macam la. Perangai tak padan dengan janggut." kata Jungkook.

"Hai Jungkook! Hai Pakcik Joon!" sapa Junghwa dengan riang. Jungkook menoleh ke arah Junghwa. Dia tersenyum lebar. Tangannya dilambaikan.

Dengar suara Junghwa saja sudah buat jantung Jungkook berdegup laju. Tidak keruan dibuatnya. Kehadiran Junghwa saja sudah mampu menggembirakan hari Jungkook. 

Kalau terhiris jari guna pisau pun, Jungkook masih boleh tersenyum lagi agaknya.

"Datang dah perempuan gila ni." kata Jimin selamba. Dia mengelap meja gerainya menggunakan kain. 

"Entah, dah la tak kenal. Tiba-tiba datang tendang nasi ayam orang. Biadap!" tambah pula Yoongi. 

Senyuman pada bibir Junghwa hilang. Junghwa menghampiri gerai mereka. Wajahnya berubah menjadi marah. "Kau ke aku yang biadap?! Menipu tu tak biadap?! Baik sangat la tu?!" tanya Junghwa sinis. Junghwa menyilangkan tangannya. 

"Diamlah kau perempuan murah! Dah ada boyfriend pun menyibuk kat gerai lelaki lain!" tengking Yoongi. Yoongi menghampiri Junghwa. Junghwa mendongakkan kepalanya. Dia langsung tidak takut dengan Yoongi. 

"Kau cakap aku apa?!"

"Perempuan murah! Dah la murah, pekak pulak tu! Datang sini sebab nak menggatal je! Macam aku tak tau niat perempuan macam kau ni!" balas Yoongi pedas.

Hati Junghwa mula membara. Dia membaling plastik yang berisi blue lemon itu ke arah Yoongi. Habis basah baju lelaki itu kerana plastik itu pecah. Nafas Yoongi mula turun naik. Dia menghampiri Junghwa.

"Kurang ajar punya perempuan!" Tangan Yoongi bersedia untuk menampar pipi Junghwa. Tetapi, sempat ditahan Jungkook.

"Eh kau pehal nak halang aku daripada tampar makcik tua ni?!" soal Yoongi marah.

"Kau kenapa nak tampar dia?! Kau tak malu eh pukul perempuan?!" Jungkook menengking Yoongi.

Yoongi terdiam. Tangannya ditarik kasar. Jungkook dijelingnya. Haa tahu takut!

"Ehh sudah la tu. Jangan bergaduh." halang Pakcik Joon. 

Yoongi dan Jimin kembali ke gerai mereka dengan wajah yang menahan geram. Mereka kembali melakukan kerja harian mereka.

Suasana menjadi sunyi. Tiba-tiba, datang seorang kakak cantik ke gerai mereka. "Hai korang!" sapa kakak itu. Mereka berlima memandang ke arah kakak itu. 

"Eh! Kak Jessi!" balas Jimin dulu. Kan dah cakap, Jimin ni kalau perempuan je hidup nyawa dia.

"Meh beli nasi ayam ni. Mesti Kak Jessi laparkan?" tambah Jimin lagi sambil mengenyitkan matanya. Dia menyenduk nasi ayam ke dalam bungkusan makanan. Tapi, sempat ditahan oleh Kak Jessi.

"Aku nak cepat ni. Aku nak buat tempahan Nasi Ayam YoonMin dan Blue Lemon Kookie." jelas Kak Jessi.

"Apa?!" Jungkook, Pakcik Joon, Yoongi dan Jimin terkejut.

"Minggu depan ye?" tambah Kak Jessi lagi.

"Minggu depan?!"

"Untuk 1000 jemputan." sambung Kak Jessi lagi.

"1000 jemputan?!"

Kak Jessi mula bengang. Setiap kali dia bercakap mesti mereka terkejut. Kak Jessi menyilangkan tangannya. 

"Korang nak ke tak nak ni?! Kalau tak nak, aku pergi tempah kat kedai lain." kata Kak Jessi. 

"Nak! Nak!" 

"Kalau macam tu, nanti aku hantar orang aku untuk ambil tempahan." kata Kak Jessi.

Mereka setuju. Kak Jessi mengangguk lalu pergi dari situ.

Jungkook, Pakcik Joon dan Junghwa bersorak gembira. Mereka melompat girang. Sementara itu, Yoongi dan Jimin bermasam muka. Mereka menjeling gerai Jungkook. 

🍋

HAII

ADA LAGI KE YG BACA FF NI AGAGAGA

BIKOT DAH LAMA TAK UPDATEEEEEE 😭😭😭

TAKPE BIKOT BELANJA KORANG NI:

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro