t u j u h
Apa jadi eh dengan Puteri Junghee dan Jungkook?
Ha, mari mari baca chapter ni.
•••
"Em." Puteri Junghee merengek kecil saat dia cuba membuka mata dan cahaya mula memancar tepat ke wajahnya.
"Tuan puteri? Tuan puteri dah bangun?" Puteri Junghee membuka matanya luas untuk melihat gerangan yang memanggilnya itu.
Terkejut teruk dia melihat dia kini berada di dalam biliknya di istana bersaka dayang istana yang pada kejadian itu membantunya keluar dari istana.
"A-apa dah jadi?" Terus Puteri Junghee membangkit tubuhnya daripada terus berbaring di atas tilamnya.
"Tuan puteri pengsan tadi semasa bersiar di taman istana." Jawab dayang istana itu penuh sopan santun.
Kepala puteri Junghee diurut perlahan, cuba memikirkan apa yang sebenarnya berlaku.
"Ada tak tadi beta bersama dengan seorang lelaki?"Soal Puteri Junghee, berharap agar Jungkook juga ada bersamanya.
"Tidak, tuan outeri. Tuan puteri berseorangan bersama dayang istana Min." Jawapan dayang istana Kim itu membuatkan Puteri Junghee sekali lagi mengurut kepalanya.
"Takpalah. Dikau boleh keluar sekarang. Beta mahu berehat." Puteri Junghee terus menghalau keluar dayang istana Kim itu lalu dia berbaring semula di atas tilamnya dalam keadaan mengiring.
Tak. Tak mungkin. Aku harap Jungkook tidak apa-apa di sana. Terima kasih atas segalanya, Jeon Jungkook. Beta hargai sangat jasa kamu.
-
"Ergh." Jungkook mula membuka matanya lalu tangannya ditariknya untuk mengurut kepala yang sakit. Dia mula membangunkan tubuhnya yang terbaring itu.
"Eo. Jungkook? Kamu sudah bangun?" Seorang lelaki tua memasuki bilik yang dihuni oleh Jungkook itu. Terkejut Jungkook dibuatnya.
"S-siapa?" Soalnya teragak-agak kepada lelai tua itu. Macam mana pula lelaki tua itu tahu akan namanya?
"Ni ayahlah. Alahai anak ayah." Jawabnya bersama gelakan kecil. Tak lawak pak cik.
"A-ayah?"
Jadah apa? Bapak aku kacak lagi.
Jungkook terus meliarkan pandangannya ke seluruh tempat itu. Terkebil-kebil di meliaht keadaan tempat yang dihuni olehnya.
Mana tidak tergamamnya kalau tiba-tiba dia berada di dalam rumah yang kelihatan agak ketinggalan zaman.
"Kejap. Sekarang tahun berapa?" Soal Jungkook, cuba memastikanb bahawa tekaannya salah belaka.
"Kenapa dengan kamu ni? Sekarang tahun 1862."
What the fish?!
"Encik jangan main-main dengan saya. Sekarang tahun 2020, bukan? Tolong cakap encik hanya bergurau. Tak lawaklah, encik." Jungkook tergelak kecil, masih tidak boleh terima hakikat bahawa dia berada di tahun 1862.
"Kamu sihat tak ni, Jungkook? Ayah tak tahu pula jatuh pokok boleh buat kamu jadi begini?" Lelaki tua yang berpakaian seperti seorang bangsawan zaman Joseon itu menyentuh dahi Jungkook.
"Ish. Jangan sentuh. Tak, tak. Ini semua gila." Jungkook menepis tangan lelai tua tidak dikenalinya yang menggelarkan dirnya ayahnya itu.
Tiba-tiba matanya terjatuh pada tubuhnya. Dia mula menggelabah meraba seluruh tubuhnya sehingga dia berdiri di hadapan lelaki tua itu.
"Eee, kenapa aku pakai baju macam ni?!"
"Keadaan kamu ni memang dah teruk ni. Nanti ayah panggilkan tabib." Kata lelaki itu sebelum mula inyin berbangkit dari terus bersila di sebelah tilam yang dibaringi oleh Jungkook tadi.
"What?! Tabib?! Zaman bila punya perkataan tu?!"
"Jeon Jungkook. Jangan kurang ajar sangat sampaikan tinggikan suara dekat ayah kamu." Ujar lelaki tua itu lagi dengan nada dan riak wajah yang lebih serius.
"Tak, tak! Ini tak betul!"
-
"Tuan puteri. Tuanku raja dan pemaisuri menyeru tuan puteri untuk bersantap bersama." Dayang istana Kim memaklumkan kepada Puteri Junghee dari luar bilik sang puteri.
"Kejap lagi beta keluar." Puteri Junghee berkata sebelum menggosok matanya sambil cuba membangunkan tubuhnya daripada perbaringan.
Cermin yang berada di atas meja bersebelahan dengan tilam yang dibaringinya itu dipandang lama lalu rambutnya yang terurai panjang tidak didandan itu disentuh perlahan.
Kemudiannya, dia terus mendandan kecil rambutnya sebelum dia melangkah keluar untuk bersantap bersama ayahanda dan bondanya.
Walaupun keadaan kini betul-betul memeningkan kepalanya, tapi dia cuha untuk menepisnya kerana kini dia sudah pulang.
Di dalam hati hanya mampu berharap agar kejadian malam itu tidak akan berulang kembali.
"Anakanda sudah bangun? Sini, duduk depan bonda." Puetri Junghee menunduk sedikit tubuhnya tanda menegur ayahanda dan bonanya sebelum dia melangkah ke arah meja kecil yang terleta berhadapan dengan meja kecil bondanya serta meja ayahandanya terletak di antara mejanya dan meja bondanya.
Tak lama kemudian, mereka pun mula menjamu selera ataupun dengan menggunakan bahasa istana, bersantap.
"Macam mana dengan keadaan anakanda? Adakah anakanda tidak apa-apa?" Tuanku raja mula menyoal satu-satu anak perempuannya itu ataupun kini sudah bergelar puteri mahkota.
"Anakanda baik-baik sahaja, ayahanda. Ayahanda tak perlu risau."
"Baguslah kalau begitu. Petang ini, ayahanda dan bonda ingin mencemar duli ke perkampungan berdekatan. Adakah anakanda mahu mengikuti ayahanda dan bonda?"
"Anakanda mungkin tidak dapat mengikuti-"
Kejap. Kejadian malam itu, ayahanda dan bonda dibunuh ketika dalam perjalan pulang ke istana selepas mencemar duli di perkampungan berdekatan, bukan?
Puteri Junghee terdiam lama sebelum dia berdehem kecil sebelum dia bersuara kembali.
"Apakah terlaku penting untuk ayahanda dan bonda keliar mencemar duli ke perkampungan itu perang ini juga?" Teragak-agak Puteri Junghee mngajukan soalan tersebut kepqda ayahanda dan bondanya.
Dia bukan apa. Dia cuma takut kejadian itu berulang kembali.
"Kenapa, anakanda bertanyakan soalan sebegitu kepada kami?" Soal bondanya pula kepada Puteri Junghee membuatkan Puteri Junghee buntu.
"T-tak ada apa-apa. Abaikan apa yang anakanda katakan tadi."
-
Aduh. Bagaimana aku mahu menghalang ayahanda dan bonda untuk keluar mencemar duli ke perkampungan berdekatan itu?
"Ish. Bagi aku masuklah! Aku nak jumpa Junghee!" Sedang Outeri Junghee berjalan bersama beberapa dayang istananya, telinganya diterpa suara yang amat dikenalinya.
Terus terhenti langkah betul-betul di hadapan tangga tempat bersemayam diraja yang terletak jauh berhadapn dengan pintu utama istana.
"Ada apa, tuan puteri?" Puteri Junghee terus mengeluarkan tangannya daripada lindungan lapisan kain di pakaiannya dan memberitahu dayang istanannya itu supaya senyap.
"Ish, tepilah! Ha, tu, Junghee! Bagi aku jumpa dia kejap!" Jungkook yang kini terlepas masuk melepasi pintu utama itu memandang Puteri Junghee sambil merinta di dalam pegnagan pengawal-pengawal tersebut.
"Ini istana! Sila tunjuk hormat kamu terhadap istana diraja ini jika tidak mahu dibawa ke bilik kurungan!" Jerit salah seorang pengawal pintu utama istana tersebut.
"Yah, Junghee! Tolong aku! Macam amna aku boleh sesat dekat zaman kau ni!" Jerit Jungkook membuatkan Puteri Junghee terkejut.
Jadi, benarlah itu Jeon Jungkook?
"Sebelum kamu disumbatkan ke dalam bilik kurungan, baik kamu berhenti membuat bising di hadapan istana diraja!" Pengawal yang menjaga pintu istana itu memberi amaran kerasa kepada Jungkook.
Namun, Jungkook masih berusaha ingin memasuki istana demi bertemu dengan Puteri Junghee.
"Bawa dia!" Jerit pengawal beryugas itu namun jeritan daripada Puteri Junghee yang kini sedang berjalan mendekati pintu utama itu membantutkan tindakan mereka.
"Hey, kamu! Berhenti!"
•••
Grr. Itulah yang sebenarnya terjadi. Hehe😉
Nak tahu lebih boleh tunggu next update!😍💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro